Friday, 25 August 2006

Dr M: Perdana Menteri patut disiasat berhubung skandal 'Oil For Food'


KUALA LUMPUR 25 OGOS : Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi patut disiasat berkaitan dakwaan pembabitannya dalam skandal 'Oil For Food', program bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) kepada Iraq.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sebuah badan bebas patut menyiasat Abdullah kerana beliau dikatakan mendapat faedah atau keuntungan dari program yang membabitkan sebuah syarikat yang berkaitan dengan keluarganya.

Dr Mahathir juga mahu kerajaan memberi jaminan bertulis tidak akan mengambil tindakan terhadapnya jika beliau mendedahkan dokumen rahsia bagi membuktikan Malaysia yang terlebih dahulu menawarkan pasir dan ruang udara kepada Singapura dalam isu 'jambatan bengkok'.

Beliau meminta jaminan itu dalam sesi soal jawab di majlis ceramah anjuran Dewan Perhimpunan Malayu Kedah (DPMK) di Alor Setar semalam.

Dalam majlis itu, bekas Perdana Menteri itu turut menjawab persoalan berhubung Datuk Seri Rafidah Aziz, keputusannya menghadiri Perhimpunan Agung UMNO, kuota pencalonan UMNO, saham MAS dan Tan Sri Tajuddin Ramli serta isu kehakiman dan Tun Salleh Abas.

DPMK yang menganjurkan majlis itu ialah sebuah badan terbuka yang boleh dianggotai oleh semua orang Melayu negeri Kedah tanpa mengira fahaman politik asalkan bukan wakil rakyat yang sedang berkhidmat.

Berikut ialah transkrip soal jawab Dr Mahathir dalam sidang akhbar selepas majlis ceramah berkenaan yang dipetik dari Agendadaily.com:

Wartawan: (Merujuk kepada keputusannya hendak hadir dalam Perhimpunan Agung UMNO) Apakah Tun bercadang untuk berucap di perhimpunan itu jika diberi peluang?

Dr Mahathir: Ya…jika saya dibenarkan berucap …saya akan berucap...jika saya dibenarkanlah (nada sinis).

Wartawan Agendadaily: Apakah Tun sudah tandatangani borang pemilihan bertanding jadi perwakilan (UMNO Bahagian Kubang Pasu) ?

Dr Mahathir: Dah sign dah…kita sign awal-awal lagi.

Wartawan Agendadaily: So no turning back ?

Dr Mahathir: No turning back …saya ahli biasa UMNO..nombor 1…ahli pertama UMNO (baru - selepas mahkamah putuskan UMNO lama tak sah berikutan krisis pertandingan Team A dan Team B pada tahun 1987) …sekarang saya tak boleh bercakap dalam UMNO…

Wartawan Agendadaily:Tidakkah kehadiran Tun akan wujudkan suasana yang tension nanti di perhimpunan itu?

Dr Mahathir:Tak patut ada tension …saya ahli UMNO...saya tahu kalau kita nak ada Perhimpunan Agung UMNO yang mana semua orang bangun kata kami sokong…kami sokong…tak semacam UMNO semasa sayalah...saya pun kena hentam juga masa saya…jadi dalam UMNO memanglah ada kebebasan bersuara..tapi kalau kita ada UMNO yang mana semua kata kami sokong…kami bersetuju…Yes Minister.…jadi nampak tak semacam UMNOlah…UMNO dah jadi badan lain.

Wartawan Agendadaily: Dari segi protokol tak kan Tun sebagai bekas Perdana Menteri nak duduk di belakang (bersama perwakilan biasa lain) ?

Dr Mahathir: Semacam…saya biasa duduk belakang…jadi Presiden pun saya pi duduk di belakang …nak rasa tengok macam mana duduk..dulu dia tunjuk dalam gambar (siar dalam suratkhabar pernah duduk belakang sekejap semasa satu Perhimpunan Agung UMNO beberapa tahun lalu)…tak bagi duduk depan…saya duduk di belakanglah.

Nanti kata kami sayang kepada Perdana Menteri…bekas Perdana Menteri janganlah jadi macam tu…duduk belakang…itu bukan sayang…itu nak tutup mulut saya.

Wartawan Agendadaily: Ada pandangan yang mengatakan keadaan ini berlaku kerana Tun sudah menguasai selama 22 tahun dan sistem ini berjalan kerana Tun sendiri dah melaksanakannya ( tak boleh kritik pemimpin) sekian lama dalam UMNO...jadi mereka ikut sajalah?

Dr Mahathir: Apa yang saya buat…zaman saya…semua orang boleh bercakap…Tunku Abdul Rahman boleh bercakap…tak ada larangan samasekali.masa Tengku Razaleigh lawan dengan saya…Datuk Abdullah (Pak Lah) lawan dengan saya…Datuk Musa lawan dengan saya…tak ada sekatan…ini langsung tak ada kebebasan…yang ini yang saya hairan...tak ada kebebasan bagi ahli UMNO nak bercakap…bukan sahaja ahli biasa tetapi bekas Presiden pun tak boleh bercakap…

Tunku Abdul rahman boleh bercakap…Tengku Razaleigh kempen seluruh Malaysia…Datuk Abdullah Ahmad Badawi kempen seluruh Malaysia…kata saya komunis semua…pun saya tak tahan…kan masa tu saya Perdana Menteri dan Presiden UMNO…saya tak guna kuasa tu nak sekat dia…tapi sekarang ni macam-macam kuasa kerajaan diguna…tak bagi permit untuk bercakap.

Wartawan Agendadaily: Jadi apakah Tun tak pernah laksana sistem blacklist penentang Tun…contohnya nama kena mark ( kalau kritik atau lawan ) ?


Dr Mahathir: Tak ada..bahkan akhirnya mereka saya terima balik dalam kabinet.(Datuk) Rais Yatim dah bakar habis dah semua jambatan..tapi masuk jadi menteri..(Datuk) Kadir Sheikh Fadzir,(Datuk) Syed Hamid Albar..bahkan Pak Lah sendiri…dia tentang saya…saya terima…saya bukan orang yang buat blacklist .

Kalau you berjuang untuk UMNO you ada hak.

Wartawan: Dalam bulan ini ada dua perkataan yang digunakan iaitu iblis …adakah Tun terasa iblis itu ditujukan pada Tun…ataupun perkataan beruk yang disebut oleh menantu Pak Lah (Khairy - beruk yang goyang pokok sekalipun tak ada angin ) …apa pandangan Tun atas dua perkataan ini?


Dr Mahathir: Bolehlah takat tu…bila panggil orang beruk boleh..orang lain jangan mencarut… jangan jawab langsung…ini kebebasan…ketelusan ..yang kita tengok sekarang ni..mengata kat orang …nak panggil orang beruk apa semua.

Saya ni dihasut oleh Matthias Chang…Ibrahim Ali.

Wartawan: Selama 22 tahun …Tun tak pernah guna perkataan ‘ saya Perdana Menteri’ ( yang disebut oleh Pak Lah dalam satu ucapan baru-baru ini ) ..apa pandangan Tun?

Dr Mahathir: Saya anggap walaupun dilantik sebagai Perdana Menteri ...saya sebenarnya servant kepada orang…kita dalam kerajaan pun kita kata government servant. Jadi kita tak boleh tunjuk sangat bahawa saya Perdana Menteri boleh buat apa saja…cuma memberi dorongan…memberi panduan…jadi orang lain kalau tak bersetuju…tak bersetujulah…

Jadi nak kata saya Perdana Menteri…jesteru itu ikutlah saya…sebab tu saya kata (dalam ucapan tadi) jangan kata Hidup Mahathir …(patutnya) Hidup UMNO … Hidup Melayu …yang pentingnya UMNO dengan Melayu..bukan saya…saya tak penting…


Saya cuma menyuarakan pendapat ramai orang yang telah menyatakan kepada saya rasa tidak puashati mereka…tetapi hidup dalam ketakutan…kalau mereka kontraktor…mereka akan hilang kontrak…kalau mereka berkerja dengan kerajaan…maka akan diambil tindakan terhadap mereka…macam-macam rasa ketakutan.

Ada Menteri Besar yang diarah…tapi bila tanya oh dak…dak…saya tahu benda ni berlaku. Diarah oleh Khairy. Ada pegawai kerajaan pun yang diarah.

Wartawan Agendadaily: Dalam persoalan Tun ni…Perdana Menteri dah arahkan menteri-menteri jawab isu-isu yang dibangkitkan…mereka anggap semua dah jawab…Tun bagaimana?

Dr Mahathir: Saya tanya soal mudah...betul atau tidak awak yang menawarkan bekalan pasir kepada Singapura…tak jawab…sebaliknya nak suruh saya jawab...macam mana saya nak jawab...dokumen tu ada kat dia…kalau saya keluarkan dokumen tu ..saya kena tangkaplah...OSA…

Wartawan Agendadaily: Tapi Datuk Najib... bila kita tanya hal ini sudah bagi jaminan Tun boleh bagi bukti tu secara tertutup?

Dr Mahathir: (Secara) tutup tak mau...bagi secara terbuka...(kalau secara) tutup dia tak cerita kat orang. Saya nak keluar benda tu...bagi pengakuan sebarang dokumen kalau saya dapat ...saya boleh dedah dokumen itu dan tidak ada tindakan terhadap saya berkenaan OSA...bagi pengakuan bertulis...saya akan kemukakan bukti tu.

Wartawan Agendadaily: Lepas tu Tun akan keluarkan bukti tu?

Dr Mahathir: Saya akan carilah..

Wartawan Agendadaily: Orang semua nak tahu...ada tidak benda tu ditangan Tun sekarang ni ?

Dr Mahathir: Orang nak tau buat apa...kalau orang tahu nanti ambil mai selidik...cungkil ambil dalam bilik rumah saya...tak payahlah, saya taulah cara tu...geledah...geledah.

Wartawan Agendadaily: Ada yang berkata tindak tanduk Tun ni saja nak jejaskan kedudukan Pak Lah sebagai Perdana Menteri …akhirnya menumbangkan Pak Lah…jadi apa komen Tun?

Dr Mahathir: Kalau dia cuma buat benda yang betul…tak tumbanglah…bila buat tak betul...dia tumbanglah.

Wartawan Agendadaily: Tadi dalam ucapan Tun ada dakwa lepas Tun berhenti jadi PM dua minggu siapa-siapa yang datang jumpa Tun kena blacklist.…apakah Tun ada bukti hal ini?

Dr Mahathir: Saya diberitahu mereka yang jumpa saya akan kena blacklist .

Wartawan Agendadaily: Mungkin itu hanya hearsay saja?

Wartawan: Tun dah sign nak bertanding jadi perwakilan. Apa Tun nak buat hadir dalam Perhimpunan Agung UMNO?

Dr Mahathir: Saya pi duduk di belakanglah…kita nak dengarlah apa depa nak cakap…kalau ada peluang kita bercakap..kita bercakaplah…kot dia boleh bagi lima minit bercakap.

Wartawan: Itu platform besar Tun?

Dr Mahathir: Platform besar…tapi cakap lima minit saja..

Wartawan Agendadaily: Kalau Tun ada peluang bercakap…apa Tun nak cakap..?

Dr Mahathir: (Ketawa ) tu tunggulah…kalau saya cerita sekarang…tak seronoklah…nanti orang tak baca dah suratkhabar.

Wartawan: Bila Tun Perdana Menteri… Datuk Seri Abdullah Timbalan Perdana Menteri...ada laporan yang dikeluarkan oleh Kongres Amerika tentang penyiasatan Oil For Food punya skandal ( berkaitan Iraq) …ada beberapa pemimpin dunia dari Asia,Amerika, Eropah dan sebagainya….Pak Lah sendiri dikaitkan…namanya ada tersenarai sebagai beneficiary …tetapi tidak ada tindakan diambil masa Tun PM dan sekarang...adakah Tun sedar tentang ini masa Tun PM?


Dr Mahathir: Masa saya PM saya tidak sedar…cuma selepas saya letak jawatan…laporan dibuat….yang penting bukan dia beneficiary atau tidak, tetapi sebagai Timbalan Perdana Menteri atau menteri atau sesiapa yang pegang jawatan (kerajaan) tidak harus terlibat dalam apa-apa transaksi komersial. Nampaknya dia terlibat.Sejauh mana dia terlibat saya tidak tahu…tetapi saya fikir perlu ada siasatan oleh sebuah badan bebas…bukan oleh mereka yang dibawah arahannya.

Wartawan: Ada Pak Lah ditanya mengenai hal ini oleh media macam mana nama dia boleh disenaraikan…dia menafikan tahu menahu mengenainya tetapi mengakui ada ahli perniagaan yang menemuinya minta surat sokongan dan beri surat sokongan…mungkin itu sebabnya namanya ada dalam senarai?

Dr Mahathir: Orang itu adalah kakak iparnya…itu yang saya dapat tahu.

Wartawan: Adakah itu nama-nama dari Malaysia termasuk yang genuine.?

Dr Mahathir: Yang genuine …macam Effendi memanglah.....tapi depa ni bukan kerja dengan kerajaan.

Sekurang-kurangnya saya patut tahu atau minta kebenaran saya…tetapi ini tidak…tidak ada kebenaran diminta…dan saya tidak tahu apa-apa mengenainya sehingga saya letak jawatan.

Jika berlaku di zaman (pentabiran) saya Perdana Menteri …saya pasti akan menolaknya dan mengambil apa-apa tindakan yang sewajarnya.

Wartawan Agendadaily: Dalam ucapan tadi Tun ada berkata bahawa Datuk Seri Rafidah tidak patut dilantik semula sebagai menteri (dalam kabinet Pak Lah ), boleh tak Tun ulas lanjut hal itu?


Dr Mahathir: Ya…dia buat sesuatu yang bertentangan dengan dasar kerajaan, sepatutnya dia tidak dilantik. Dia bagi AP kepada kawan-kawan…dua orang tertentu dan sesiapa lain nak AP mesti beli kepada orang itu…dan dia tau…Kenapa bagi pada orang itu supaya orang itu jual…


Wartawan Agendadaily: Tun pasti semasa Tun jadi Perdana Menteri dia (Rafidah) tak buat macam tu…?

Dr Mahathir: Well..certainly not to that extend…adalah orang yang dapat AP tapi dua orang ni, mungki mereka dapat masa saya …saya tak dak maklumat langsung.

Wartawan: Persoalannya ialah semasa Datuk Seri Anwar dulu hendak diambil tindakan kes rasuah pada Rafidah, Tun didakwa mempertahankannya?

Dr Mahathir: Macam-macam tuduhan dari Datuk Seri Anwar... saya ni macam jin, kata dialah…saya ni tak patut jadi Perdana Menteri langsung tapi itu tak benar sama sekali saya tak ambil tindakan tapi Badan Pencegah Rasuah ambil tindakan sampai Rafidah komplen cara orang itu ambil tindakan pada dia cukup keras sangat…panggil dia…soal dia…tapi akhirnya mereka buat keputusan tidak ada bukti yang cukup untuk diambil tindakan.

Wartawan: Bukan Tun halang…?

Dr Mahathir: Saya tak halang…semua siasatan…semuanya saya tak halang. Kalau ada bukti ambil tindakan.

Wartawan Agendadaily: Sekarang ini semacam Perdana Menteri dah tak nak jawab persoalan-persoalan yang Tun bangkitkan dan semacam tak nak layan apa yang Tun cakap, apakah Tun akan terus bercakap…?


Dr Mahathir: Saya akan terus bercakap…dia tak jawab…tak jawablah…kerana tak boleh nak jawab... benda tu betul.

Saya kata bagi AP kat Haniff dengan banyak…dia tak boleh jawab, benda tu betul…saya kata dia buat tawaran pasir sebanyak satu billion cubic meter …dia tak boleh jawab kerana benda tu betul…

Kalau dia nak jawab…betullah apa yang Dr Mahahtir kata…itu salahlah dia…dia nak bagi pesawat pejuang Singapura terbang dalam ruang udara Malaysia…itu betul atau tidak…kalau dia nak jawab kata betul…dia kata betul…jadi orang marahlah pada dia…jadi dia tak jawablah…senyaplah..

Tapi dia gunalah Brendan Preira (Pengarang New Straits Times)…pergi cungkil Ani Arope, cungkil Tajuddin Ramli kononnya saya paksa Tajuddin Ramli…saya boleh bagi keratan suratkhabar tentang kenyataan Tajuddin Ramli, apabila dia dapat beli MAS kerana pada masa itu dia ada dua kapalterbang dalam MHS (Malaysian Helicopter Services).. saya boleh bagi kenyataan dia yang begitu seoronok sekali dapat MAS bukan mudah…

Wartawan: Tapi dia buat tu macam (kata dia dipaksa beli untuk ' khidmat negara'.…?

Dr Mahathir: Ya..lah…macam (Datuk) Nadzmi Salleh (bekas CEO Proton), bila dia berhenti…dia dapat RM1 juta tapi dia buat kenyataan kata dia tak dapat…lepas tu dia datang jumpa saya...dia kata sorrylah tak betul…betullah apa yang Tun kata…sebenarnya tawaran pada dia cuma RM500 ribu tapi saya yang penaik sampai RM1 juta bagi kat dia pasal saya ingat khidmat dia bagus…tapi dia mai bagitau kat saya, tak bagi tau kat orang suratkhabar.

Kalau you nak tahu pergi tanya dia…betul tak dia datang jumpa saya kat dia dapat RM1 juta kerana saya recommend tetapi Mahaleel, sampai sekarang ni tak dapat satu sen dan yang lain-lain tak taulah... barangkali yang lain dapat tak taulah…saya tau Mahaleel tak dapat ..

Wartawan: Tun Salleh Abas (bekas Ketua Hakim Negara) dakwa masa pentabiran Tun kuasa badan kehakiman 'disekat' …ada apa-apa Tun nak kata tentang itu.


Dr Mahathir: Itu adalah persepsi dia..tapi kemampuan saya untuk ‘sekat’ badan kehakiman tidak ada.Badan kehakiman sebenarnya sudah buat keputusan sebelum datang kepada saya …banyak kali….termasuk mengistiharkan UMNO haram (pada awal tahun 1988)..hanya satu cawangan (UMNO) yang kecil buat silap seluruh 2 juta ahli UMNO terpaksa menanggung akibatnya…adakah saya sekat (keputusan) itu.Itu adalah keputusan mahkamah.

Anwar pula dibicarakan selama 9 bulan…dia ada 9 peguam…dan mahkamah putuskan…adakah saya ada pengaruh?

Wartawan: Bagaimana Tun nak kumpul sokongan dari kalangan ahli parti dan orangramai pada tindakan Tun ini?

Dr Mahathir: Saya fikir saya kena luahkan hal ini…kerana ia benar.Saya mungkin tidak dapat sokongan kerana saya tahu ahli UMNO sangat takutkan pucuk pimpinan.

Siapa-siapa yang buat sesuatu yang tidak diluluskan oleh pucuk pimpinan akan terima panggilan…mereka terima panggilan dari Perth (masa Pak lah bercuti di sana dulu)...dari merata tempat minta berhenti ( dipercayai merujuk kepada jemputan kepada beliau) dan sikit yang berani membantah.

Jika ini yang UMNO mahu…nak berpegang kepada orang yang buat tak betul..dan jika kamu tidak mahu ambil balik dari dia…ini yang kamu terpaksa terima.

Orang dapat kerajaan yang dia sendiri mahukan...dan jika orang dapat menerima pemimpin yang saya kata diktator yang tidak membenarkan saya bercakap kepada UMNO….saya dulu jadi Presiden UMNO selama 22 tahun…saya bebas bercakap dengan ahli UMNO…dia juga bebas bercakap dengan ahli UMNO…sekarang saya diberitahu saya tidak boleh bercakap kepada UMNO.

Ahli-ahli UMNO tidak boleh menjemput Dr Mahathir.

Saya tahu Majlis Tertinggi telah memutuskan saya tidak boleh bercakap kepada UMNO tetapi bila Datuk Seri Abdullah membuat kenyataan (masa sidang akhbar)...kata UMNO bebas mengundang sesiapa tetapi mereka sendiri harus bertanggungjawab...tetapi sebenarnya mereka tidak bebas...kerana mereka akan dipanggil dan diminta supaya batalkannya…cuba tengok Perlis ( merujuk kepada UMNO Bahagian Padang Besar yang diketuai oleh datuk Zahidi zainol Abidin terpaksa batal jemputan padanya).

Wartawan: Tun kata nak kukuhkan perpaduan dalam UMNO…tetapi apa yang sedang berlaku sekarang akan mengakibatkan masalah dalaman?

Dr Mahathir: Bila Tunku Abdul Rahman tidak berbuat sesuatu …ada masalah….UMNO adalah milik orangramai dan kena memenuhi aspirasi orangramai.
Wartawan Agendadaily: Berhubung dengan institusi Presiden UMNO dan institusi UMNO itu sendiri, ada tanggapan sekarang bahawa orang UMNO kena menghormati dan mempertahankan institusi Presiden dan kena menghormati institusi UMNO itu, apa komen Tun?

Dr Mahathir: Kalau dia buat tak betul, dalam Islam pun (ketika sembahyang) kalau imam baca tak betul kita kena correct, jadi satu kewajipan pada kita untuk correct… Saidina Abu Bakar pun kata, kalau saya buat salah...betulkan saya…ni takkanlah manusia pun tak boleh tegur, saya cuma tegur…

Wartawan Agendadaily: Persoalannya sekarang, cara Tun tegur di luar (secara terbuka) dan cara Tun tegur memalukan Presiden UMNO, Perdana Menteri…?


Dr Mahathir: Dulu pun ada juga…saya yang tegur Tunku Abdul Rahman tapi UMNO kekal…Tunku Abdul Rahman, dia sedar dan dia undur…Datuk Onn pun dia sedar dan dia pun undur, ini sampai tak bagi orang bercakap, tutup mulut orang…marah kepada menteri…saya tak pernah tengok benda macam ni…sebab tu saya kena cakap cara keras sikit.

Kalau saya cakap cara bisik-bisik…tak laku…saya tau, kalau tidak lama dah saya buat…

Wartawan Agendadaily: Seperkara lagi ialah sistem kuota dalam UMNO (iaitu jumlah pencalonan minima yang perlu dapat rebut untuk rebut jawatan utama dalam parti), adakah Tun rasa ia perlu dikekalkan atau diteruskan.

Dr Mahathir: Ada masanya sistem kuota itu perlu, kalau kita berhadapan dengan satu-satu masalah…kita tak nak perpecahan, tetapi sebagai sesuatu yang kekal... ia tidak perlu.

Dari Malaysiakini


MASIH ADA KAMPUNG DI MELAKA YANG DHAIF


ALOR GAJAH 25 OGOS : Penduduk di Kilometer 33, Kampung Taboh Naning di sini tidak meminta banyak. Yang mereka minta ialah peluang untuk hidup seadanya seperti penduduk di perkampungan lain.

Walaupun hanya mempunyai tiga rumah didiami 14 penduduk daripada tiga keluarga, mereka menganggap diri mereka berhak mendapat kemudahan seperti penduduk di kawasan lain.

Mereka sudah tinggal di situ selama 15 tahun dan menoreh getah dengan pendapatan sekadar mencukupi untuk keperluan keluarga.

Permohonan mereka untuk mendapatkan bantuan menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sudah dipenuhi. Begitu juga jambatan sudah dibina walaupun terpaksa menunggu selama 15 tahun.

Sebelum ini kehidupan tiga keluarga itu agak terpencil dari dunia luar kerana penempatan mereka dipisahkan sebatang sungai kecil dan jambatan hanya dibina April lalu.

Serang penduduk, Jamaluddin Sabtu, 40, berkata beliau mula tinggal di kampung itu sejak berumahtangga kira-kira 15 tahun lalu dan kepayahan hidup yang dilaluinya tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata.

Beliau pernah meredah sungai sehingga paras pinggang sambil menjunjung anaknya untuk membawa mereka ke seberang kerana tidak mahu anaknya basah kuyup meredah sungai untuk ke sekolah.

"Kami memang orang susah, tapi masih ada maruah. Saya tidak pernah serik meminta ihsan pelbagai pihak termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan wakil rakyat.

"Namun, pelbagai alasan diberikan. Sehinggalah pada 2002 baru saya dipilih sebagai penerima bantuan PPRT dan ketika itu saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri.

?Tapi kegembiraan itu tidak lama kerana ada saja masalah melanda dengan pembinaan rumah PPRT," katanya ketika ditemui.

Jamaluddin mendakwa, 13 hari selepas rumah PPRT siap, dinding dan lantai mula retak kerana hanya cerucuk besi diameter 10 milimeter diikat empat penjuru digunakan sebagai asas tapak rumah, menyebabkan ia tidak kukuh.

"Apa yang saya lihat kerja simen cukup ringkas dan sekadar menyusun batu-bata sehingga terbentuk rumah saya sekarang," katanya.

Beliau berkata, semua itu dilaluinya pada 2002 dan sehingga sekarang sentiasa menghubungi pihak berkaitan untuk membantunya membaiki atau membaikpulih rumahnya, namun tiada yang peduli.

Dari Berita Hairan


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59