Thursday, 24 August 2006

STICKER AWASI GEJALA MURTAD. PASANGLAH DIKERETA ANDA



ISLAM LIBERAL DI INDONESIA AMAT MERBAHAYA


Berita yang disiarkan oleh Bernama pada 4 Jun lalu benar-benar mengguris hati kita sebagai umat Islam. Manakan tidak masjid di Bantul, Yogjakarta tempat berlakunya gempa bumi di Indonesia telah lama digunakan secara bergilir-gilir antara orang Islam, kristian dan hindu. Di dalamnya penuh dengan patung dan salib.

Inilah sebenarnya ajaran Islam Liberal yang beriktikad bahawa semua agama sama sahaja. Perkara sebeginilah sebenarnya sedang diperjuangkan oleh sesetengah pihak di Malaysia agarnya 'keharmonian' sesat seperti juag diamalkan di Malaysia. Malah di dalam sesebuah rumah di Indonesia pun terdapat agama majmuk di mana ayah Islam, ibu kristian, anak-anak ada yang hindu, athies, kristian dan sebagainya.

Berita yang disiarkan oleh Bernama...........

Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) yang ke sini dalam misi membantu mangsa gempa bumi terkejut bila melihat kewujudan salib dan patung Hindu dalam sebuah masjid ketika hendak menunai solat zohor di sebuah perkampungan dekat sini hari ini.

Seorang anggota pasukan PBSM, Jeffrey Hassan berkata setelah pasukannya memberi bantuan rawatan kepada mangsa-mangsa di perkampungan Gepoko, mereka bersiap-siap untuk melakukan solat zohor.

"Saya bertanyakan orang kampung di mana letaknya masjid dan mereka menunjukkan arahnya.

"Tapi, alangkah terkejutnya kami, sebaik masuk ke masjid kami lihat sebuah salib, lambang penganut Kristian, dan patung Hindu di dalamnya," kata Jeffrey.

"Kami tak jadi solat, lalu bertanyakan orang kampung bagaimana perkara sedemikian boleh terjadi," katanya.

"Itu biasa saja. Sememangnya telah lama kami lakukan begitu. Kami di sini berkongsi melakukan ibadat dalam satu masjid," kata seorang penduduk.

"Pada hari Jumaat masjid itu digunakan oleh orang Islam, Ahad oleh orang Kristian dan Selasa untuk orang Hindu," katanya.

GEMPA BUMI DAN TSUNAMI YANG DIKENAKAN OLEH ALLAH S.W.T KEATAS BEBERAPA BAHAGIAN DI INDONESIA MERUPAKAN BALA DAN PERINGATAN KEPADA MEREKA DAN KITA SEMUA.


KETAM MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN BETUL


Amati gambar ini dan anda dapat lihat bahawa salah seorang dari penunggang Vespa tersebut keras kepala tidak mahu memakai Topi Keledar. Dah lah dia tu orang besar ....mengajar rakyat perkara yang tidak betul pula.


KES LINA JOY BELUM DIPUTUSKAN MAHKAMAH - FAIRUZ


PUTRAJAYA 24 OGOS : SMS yang menyatakan kes Lina Joy telah selesai adalah tidak benar. Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata Mahkamah Persekutuan memerlukan sedikit masa untuk menyampaikan penghakiman dalam kes Lina Joy yang dianggap sensitif.

Beliau berkata korum yang diketuai beliau perlu meneliti hujah yang dikemukakan oleh banyak pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam rayuan yang didengar awal Julai tahun ini.

"Akan disampaikan tidak lama lagi (keputusan), kami perlukan sedikit masa. Kita tidak boleh tergesa-gesa. Anda juga perlu ingat ada tiga hakim yang mendengar rayuan itu," kata beliau.

Ahmad Fairuz berkata lebih masa diperlukan bagi membolehkan korum itu menulis alasannya.

Beliau memberi respon kepada pertanyaan konon terdapat desas-desus disebarkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) memberikan tarikh tetap mahkamah akan menyampaikan keputusannya, serta khabar angin yang Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan memihak kepada Lina Joy.

Mahkamah menangguhkan keputusannya pada 4 Julai selepas mendengar hujah dari pelbagai pihak dalam rayuan itu.

Lina, 42, nama lahir Azlina Jailani, merayu terhadap penolakan Mahkamah Rayuan terhadap permohonannya untuk menghapuskan perkataan "Islam" dari kad pengenalannya.

Rayuannya ke mahkamah itu ditolak pada 19 Sept 19 tahun lepas, dalam keputusan majoriti 2-1, untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi tidak membenarkan permohonannya bagi penghapusan perkataan "Islam" dari kad pengenalannya atas alasan keputusannya keluar dari Islam tidak disahkan oleh Mahkamah Syariah atau mana-mana pihak berkuasa Islam yang lain.

Pada 23 April, 2001, Mahkamah Tinggi memutuskan sebagai seorang Islam, Lina, tidak boleh keluar dari Islam dan bahawa isu itu perlu diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Dalam samannya, Lina menamakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad sebagai responden.

Pada 2 Feb 1997, Lina memohon kepada JPN untuk menukar namanya atas alasan beliau tidak lagi memeluk Islam dan telah masuk Kristian.

Permohonan itu ditolak oleh JPN pada 11 Ogos 1997.

Permohonan keduanya kepada JPN untuk menukar namanya kepada Lina Joy diluluskan dan JPN memintanya memohon kad pengenalan baru.


APA RANCANGAN PAK LAH UNTUK HALANG DR MAHATHIR JADI PERWAKILAN Umno BAHAGIAN KUBANG PASU


ALOR STAR 24 Ogos – Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berhasrat menjadi perwakilan UMNO dan akan berucap pada perhimpunan agung parti itu November ini.

Dr. Mahathir berkata beliau tidak akan menarik diri setelah mendapat pencalonan untuk menjadi perwakilan UMNO bahagian Kubang Pasu pada persidangan UMNO bahagian itu 3 September ini.

Bercakap kepada para pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk “Cabaran Pembangunan Ummah” anjuran Dewan Perhimpunan Melayu Kedah (DPMK) di sebuah hotel di sini hari ini, beliau berharap akan turut diberi peluang berucap jika dipilih sebagai perwakilan.

Ditanya sama ada beliau akan mengulangi kritikannya terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, beliau berkata: “Saya tak boleh bagi tahu apa yang nak diucap. Tunggulah”.

Dr. Mahathir berkata bahawa beliau diberitahu bahawa ada pihak tertentu yang akan memujuknya supaya menarik diri daripada bertanding sebagai perwakilan UMNO bahagian itu.

“Saya tidak akan tarik (diri). Buat apa nak tarik (diri),” katanya.

Tika dan saat ini sudah tentu Pak Lah dan kuncu-kuncu sedang memikirkan bagaimana hendak menghalang Mahathir dari menjadi perwakilan dan berucap di Persidangan Agung Umno. Sudah tentu mereka mempunyai seribu satu macam cara untuk berbuat demikian. Ini kerana mereka berkuasa sekarang. Semuanya di'tangan' mereka.

Bekas presiden UMNO itu berkata, beliau amat sayangkan UMNO dan semasa disingkirkan daripada parti itu (semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman pada 1969), jiwanya penuh dengan perjuangan parti itu.

Katanya beliau sedih kerana dianggap sebagai pemecah belah parti UMNO kerana menurutnya beliau adalah anggota UMNO yang pertama mendaftar apabila parti UMNO diwujudkan semula selepas diharamkan.

Beliau hairan mengapa beliau dihalang untuk bertemu dan berucap sedangkan beliau begitu setia dan sayangkan UMNO.

Mengimbas mengapa beliau meletakkan jawatan yang disandangnya selama 22 tahun pada 2002, Dr. Mahathir berkata beliau mengambil keputusan itu setelah mengambil kira empat faktor.

Empat faktor itu ialah kestabilan negara, parti UMNO yang kian kukuh, kedudukan ekonomi bertambah baik dan kedudukan kewangan negara yang memuaskan.

“Lepas tu saya buat pengumuman untuk letak jawatan pada 2002. Saya kata kepada UMNO secara terbuka untuk letak jawatan”, katanya.

Sementara itu, Presiden Dewan Perhimpunan Melayu Kedah Tan Sri Khalid Abdullah berkata, majlis itu dianjurkan bagi membolehkan anggota-anggota dewan itu mendengar penjelasan isu semasa oleh negarawan dari Kedah itu.

“Selepas ni kita mungkin jemput Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) ke sini untuk berucap”, katanya.

Sumber : Utusan


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59