Tuesday, 22 August 2006

GEJALA MURTAD TIDAK MEMBIMBANGKAN - ABDULLAH MAT ZIN


Dalam Buletin Utaman TV3 semalam disiarkan sedutan perbahasan Parlimen tentang isu murtad, di mana Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Abdullah Mat Zin ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen menyatakan bahawa gejala Murtad tidak begitu membimbangkan.

Kita hairan apa skala dan kayu ukur yang digunakan oleh Menteri Islam Hadhari ini. Apakah sifir matematik menjadi ukuran samada gejala murtad ini serius atau tidak, sedangkan mufti Perak menjelaskan terdapat lebih 100,000 orang Islam yang murtad.

Sebagaimana yang kita tahu walaupun satu kes murtad berlaku ianya dikira serius. Tetapi menteri Islam Hadhari ini nampaknya tidak kisah dan sambil lewa sahaja dalam kenyataan dan ucapannya.

Setiap kali diajukan pertanyaan tentang murtad jawapannya ialah angka 100,000 ribu tidak sahih dan kita akan menyiasat, itu skrip jawapan yang sudah lama terkeluar dari mulut menteri ini.

Malang sungguh berketuakan penganut Islam Hadhari ini. Dalam kepala mereka tidak lain hanya memikirkan keuntungan dunia sahaja.

Oleh : Irana 82


KERAJAAN ISLAM HADHARI TERENGGANU TERUS GALAKKAN RAKYATNYA BERKONSERT


KUALA TERENGGANU 22 OGOS : Selepas sahaja kemenangan anak Terengganu, Faizal dalam pertandingan Akademi Fantasia, konsert, program hiburan dan sebagainya semakin subur di Terengganu. Kalau sebelum inipun program-program melalaikan seperti inipun makin menjadi-jadi, maka selepas kemenangan Faizal program sebegini bukan sahaja dianjurkan oleh pihak tertentu malah kerajaan negeri Terengganu sendiri menggalakkannya.

Ini semua tahu inilah strategi kerajaan Islam Hadhari Terengganu untuk memikat dan melalaikan anak-anak muda di Terengganu supaya terus memberikan sokongan kepada BN yang terkenal dengan sifatnya menghalalkan setiap progam hiburan tanpa adanya batasan-batasan tertentu.

Media melaporkan bahawa kepulangan juara Akademi Fantasia 4 (AF4), Faizal ke Terengganu selama tiga hari disambut dengan meriah oleh penduduk negeri itu.

Hampir 30,000 peminatnya mengambil peluang melepaskan rindu terhadap bintang baru AF4 itu dengan menyerbu ke Pantai Peranginan Kelulut, Marang untuk menyaksikan persembahannya pada malam Rabu lalu.

Jalan raya sejauh 10 kilometer sesak apabila mereka mula berpusu-pusu ke pantai berkenaan sejak pukul 6 petang bagi menyaksikan persembahan sulung anak kelahiran Marang itu di Terengganu.

Faizal yang pertama kali pulang ke Terengganu sejak menyertai AF4 sekitar Jun lalu melahirkan rasa terharunya ekoran sambutan di luar jangkaan itu.

“Saya berasa gembira dapat pulang ke Terengganu kerana saya sangat rindukan kampung halaman. Sebelum ini, paling lama pun saya tinggalkan Terengganu seminggu,” katanya.

Beliau yang tidak putus-putus melemparkan senyuman ke arah peminat melahirkan kegembiraan kerana dapat memberikan persembahan khas untuk penduduk Terengganu pada malam itu.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua terutama penduduk Terengganu kerana membantu saya mencapai cita-cita untuk menjadi seorang penyanyi,” ujarnya.

Bagi menghiburkan para peminatnya pada malam itu, Faizal menyampaikan lapan buah lagu termasuk Dealova, Lihatlah, Kamalia, Blues Terengganu Kita dan dua lagu rakyat Terengganu, Wa Timang Landak serta Anak Udang.

Faizal juga mendapat hadiah istimewa daripada Kelab Penyokongnya apabila mereka mengadakan sambutan hari lahirnya yang ke-22 secara mengejut selepas persembahannya di Pantai Peranginan Kelulut.

Kira-kira 50 ahli kelab tersebut memberikan kejutan berkenaan apabila Faizal tiba di Hotel Primula Beach Resort, Kuala Terengganu.

Inilah budaya yang cuba ditanamkan oleh Derih Jusoh dan kerajaannya di kalangan anak muda supaya khayal dalam dunia hiburan tanpa memikirkan alam persekitaran dan apa juga peristiwa sekeliling.


BILAKAH NIK ADLI AKAN DIBEBASKAN?


KOTA BAHARU 22 OGOS : Sudah lebih 4 tahun anak Tok Guru Nik Aziz ditahan di ISA. Apa yang menjadi tandatanya ialah bilakah beliau akan dibebaskan. Beliau dituduh sebagai ketua kumpulan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) yang keujudannya masih menjadi tandatanya. Nik Adli tidak pernah di dakwa di bicarakan di Mahmakah.

Gambar di atas menunjukkan Pak Lah memimpin Tok Guru turun dari pentas dalam program di Kelantan semalam. Tetapi adalah sedikit belas kesihan Pak Lah kepada Tok Guru yang sudah 'merindui' anaknya lebih 4 tahun. Begitu juga kerinduan isteri dan anak-anak terhadap suami dan ayah mereka.

Apakah Islam Hadhari tidak mengambil kira semua itu?


4 NEGERI TIADA UNDANG-UNDANG KAWAL PENGEMBANGAN AGAMA LAIN DI KALANGAN ORANG ISLAM


MELAKA 22 Ogos – Empat negeri tersebut - Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tiada undang-undang bagi mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam seperti yang diperuntukkan di bawah Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Pada masa ini semua negeri beraja - Perlis, Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu serta Melaka sudah menjalankan kuasa itu melalui enakmen negeri masing-masing.

Kelantan negeri paling awal berbuat demikian pada tahun 1981 dan paling akhir ialah Johor pada tahun 1991.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan, artikel itu berbunyi: Undang-undang negeri dan mengenai Wilayah- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.

Di Selangor misalnya, undang-undang yang dikenali sebagai Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Bukan Islam) 1988 itu menjadi satu kesalahan sekiranya seseorang memujuk, mempengaruhi atau menghasut seorang Islam untuk cenderung kepada agama bukan Islam, menjadi pengikut atau ahli agama bukan Islam atau meninggalkan atau membelakangi agama Islam.

Adalah diharapkan seluruh rakyat negara ini hendaklah mematuhi segala perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan kerana ia sudah dipersetujui oleh para pemimpin terdahulu sejak merdeka dengan mengambil kira pelbagai perkara untuk kesejahteraan rakyat dan keamanan negara.

Oleh kerana tiadanya undang-undang sedemikian (atau kalau adapun tidak ada penguatkuasaan yang serius), telah menyebabkan berlaku penyebaran tanpa kawalan oleh pengikut agama lain ke atas penganut agama Islam.

Kita juga tidak pernah atau jarang mendengar tindakan undang-undang diambil ke atas mubaligh-mubaligh kristian, hindu dan agama lain walaupun terdapat kes-kes penyebaran agama lain terutama kristian di kalangan orang Islam.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59