KUALA LUMPUR 21 OGOS : Walaupun tidak mempunyai permit polis ceramah Anwar Ibrahim tetap diteruskan semalam. Ceramag yang berlangsung di tempat letak kereta di Kampung Kerinchi di sini dihadiri oleh kira-kira 2,500 orang.
Tidak ada kelihatan seorang pun Polis berpakaian seragam menghadiri ceramah tersebut. Ini merupakan perkembangan baik kerana ceramah pembangkang sebenarnya tidak menganggu ketenteraman awam tidak sebagaimana di dakwa oleh sesetengah pihak.
Seperti biasa, Anwar dalam ceramahnya menyatakan kekesalan di atas penerusan tradisi kepimpinan ala Mahathir yang dilakukan oleh Pak Lah dengan mengekalkan ISA, amalan rasuah, kroni, DEB yang tidak adil dan lain-lain isu.
Para pemerhati melihat bahawa Anwar masih mempunyai ramai peminat dan masih mampun mencorak politik Malaysia.