Friday, 18 August 2006

Umno BERGADUH KERANA DUA PERKARA


MELAKA 18 OGOS : 'Orang Kampung' semua dah tahu bahawa Umno biasanya bergaduh kerana dua perkara iaitu harta (projek) dan pangkat (kuasa). Itu sebab rata-rata ornag yang menyertai dan berjuang dalam Umno sekarang adalah untuk dua perkara tersebut.

Ramai juga pemerhati politik berkata serangan Dr Mahathir kepada Pak Lah sekarang ini pun disebabkan perkara tersebut. Sejauh mana kebenarannya tidaklah dapat dipastikan.

Isu-isu yang lebih besar iaitu isu murtad dan isu kedaulatan Islam tidak menjadi hal kepada mereka.

Inilah juga berlaku kepada Umno Shah Alam yang bergolak sekarang.

Media hari ini melaporkan bahawa ketiga-tiga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Shah Alam – Setiausaha Umno bahagian, Shamsudin Hashim, Datuk Manan Mohd Said (Bendahari) dan Md. Taib Mat (Ketua Penerangan) – menafikan dakwaan bahawa meletak jawatan kerana tidak dilantik sebagai Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Sebaliknya, mereka mahu jawatan tersebut dikekalkan kepada Ketua Puteri Bahagian Shah Alam, Jameah Badri untuk tempoh sepenggal lagi selama selama dua tahun.

Salah seorang daripada mereka memberitahu malaysiakini, mereka bertiga membantah perlantikan Shahrin Ahmad, pegawai khas Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Ahmad Nawawi Md Zin sebagai Ahli Majlis MBSA kerana tidak cukup syarat, iaitu bukan ahli jawatankuasa pengurusan parti dan masih baru dalam parti.

Katanya, Ahmad Nawawi sebagai Timbalan Ketua Umno Bahagian Shah Alam memaksa mereka menyokong cadangan untuk melantik Shahrin sebagai Ahli Majlis MBSA.

Bagaimanapun, katanya, mesyuarat hari itu gagal membuat sebarang keputusan sama ada cadangan itu diterima atau sebaliknya.

“Mesyuarat yang diadakan pada 7 Julai itu dipengerusikan oleh Ketua Umno Bahagian Shah Alam, Datuk Salamon Selamat serta dihadiri oleh lapan AJK lain, termasuk Ahmad Nawawi.

“Bagaimanapun, Ahmad Nawawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik telah meninggalkan majlis sebelum mesyuarat tamat,” katanya.

Beliau berkata, mesyuarat berlangsung dalam keadaan agak panas kerana salah seorang daripada mereka bertanya kepada Salamon sama ada keputusan mesyuarat itu adalah keputusan Salamon atau Jawatankuasa Pengurusan Umno Bahagian?

Katanya, jika ia keputusan Ketua Bahagian, mereka akan akur kerana beliau mempunyai kuasa untuk melantik Ahli Majlis Shah Alam sebagai wakil Umno bahagian.

Salamon, bagaimanapun tidak menjawab soalan tersebut dan sebaliknya memberitahu bahawa beliau tidak mahu mengekalkan Jameah sebagai Ahli MBSA kerana masih baru dalam parti.

“Jawapan tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati kami kerana baru sekarang beliau mempersoalkan perkara tersebut sedangkan beliau tidak bercakap sewaktu melantiknya sebelum ini.

“Mengapa Ketua Bahagian, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda boleh menjadi ahli MBSA tetapi tidak mahu melantik Ketua Puteri,” katanya lagi.

Bagaimanapun, katanya, beberapa hari selepas mesyuarat itu, Salamon membuat pengumuman bahawa mesyuarat pengurusan Umno bahagian bersetuju untuk melantik Shahrin, Salamon, Datin Niswaty Dimyati (Ketua Wanita bahagian) dan Zulkarnain Md Ruslan (Naib Ketua bahagian) sebagai ahli Majlis Shah Alam.

Jurucakap itu berkata, pengumuman tersebut merupakan satu pembohongan kerana mesyuarat tersebut tidak membuat sebarang keputusan mengenai perkara tersebut.

Berikutan itu, katanya, Shamsudin, Manan dan Md Taib mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan kerana tidak setuju dengan keputusan yang dibuat oleh Salamon.

Beliau juga mendakwa, selepas mesyuarat, Nawawi telah menelefon mereka bertiga dan memarahi mereka kerana tidak menyokong cadangan melantik Shahrin sebagai Ahli Majlis Shah Alam.

SAMPAI BILAKAH PEMIMPIN DAN AHLI UMNO HENDAK SEDAR DAN INSAF. BENARLAH KATA ORANG BAHAWA HANYA MATI YANG DAPAT MEMISAHKAN NAFSU MANUSIA YANG SENTIASA MAHUKAN KUASA DAN HARTA


FAHAMAN LIBERAL VERSI NAJIB


KUALA LUMPUR 17 OGOS : Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam generasi muda pasca merdeka tidak begitu menghayati sejarah tanah air terutamanya perjuangan menuntut kemerdekaan negara sehingga ada yang mudah termakan dengan ideologi liberal laungan barat.

Beliau berkata jika ini berterusan, lama kelamaan mereka tidak lagi dapat menghayati segala perit jerih dan pengorbanan yang dilalui oleh orang terdahulu untuk mengecapi dan mengisi kemerdekaan.

(SEBENARNYA BAHAYANYA LEBIH DARI ITU KERANA FAHAMAN LIBERAL YANG DITANAM OLEH BARAT IALAH KEARAH MEROSAKKAN ORANG ISLAM SUPAYA MENERIMA ISLAM LIBERAL YANG ANTARA LAIN MENYATAKAN SEMUA AGAMA ADALAH SAMA; ANAK-ANAK HENDAKLAH DIBERIKAN KEBEBASAN UNTUK MEMILIH AGAMA MEREKA SENDIRI;ORANG MURTAD TIDAK BOLEH DIAMBIL TINDAKAN ATAS ALASAN KEBEBASAN BERAGAMA DAN HAK ASASI MANUSIA SERTA BERMACAM-MACAM LAGI PERKARA YANG MENGELIRUKAN)

Najib berkata lagi "Bagi mereka ini, sejarah perjalanan tanah air daripada sebuah tanah jajahan kepada sebuah negara yang makmur, hanyalah sebuah kisah, atau sebuah bahan akademik yang mungkin hanya perlu diketahui untuk tujuan peperiksaan atau sekadar untuk pengetahuan am sematamata.

"Mereka tidak lagi memahami betapa sukarnya untuk kita melangkah setapak demi setapak membangunkan negara ini daripada sebuah negara miskin dan mundur kepada sebuah negara yang bermaruah, yang dikagumi oleh negara-negara membangun lain," katanya ketika merasmikan ".

(INILAH SAHAJA YANG ADA DALAM FIKIRAN NAJIB DAN ISLAM HADHARI IAITU KEPENTINGAN MATERIAL DAN FIZIKAL YANG DIFIKIRKAN, AGAMA DAN AKHLAQ NAK TERLENTANG, NAK TERBALIK ITU TAK PENTING)


APA ERTI SEBUAH KEMERDEKAAN KALAU PERANGAI DAN PEMIKIRAN KITA MASIH DIJAJAH


Apa erti sebuah kemerdekaan kalau perangai dan pemikiran rakyat dan pemimpin negara masih dijajah.

Rata-rata pemikiran pemimpin kita masih dibelenggu dengan pemikiran penjajah apabila mereka masih mengekalkan undang-undang penjajah di negara kita. Seperti yang kita sedia maklum undang-undang kita asasnya adalah undang-undang barat yang dihasilkan oleh Lord Reid. Tidak hairanlah jika pemikiran dan tingkah laku pemimpin kerajaan yang ada sekarang begitu kebaratan.

Sistem pendidikan barat yang berorientasikan keduniaan terus bertapak di negara kita. Ada orang tidak faham dengan menuduh bahawa sistem pendidikan Islam hanya mementingkan hal-hal akhirat. Tetapi mereka tidak sedar bahawa sistem pendidikan lebih terkedepan dan maju. Islam tidak menolak kemajuan, sains dan teknologi. Tetapi kemajuan, Sains dan Teknologi di kawal oleh Islam.

Pemimpin-pemimpin negara juga masih terbelenggu dengan membiarkan rakyat terjerumus dalam dunia keseronokan tanpa batas. Siaran TV di negara kita hampir 80 % bercorak hiburan yang langsung tidak bermanfaat dan menjuruskan rakyat dan muda-mudi supaya melupakan alam sekeliling. Konsert, kelab malam, karaoke, rumah urut, dangdut di biarkan beroperasi macam cendawan lepas hujan, malah ada tempat-tempat ini beroperasi sehingga ke pagi.

Perjudian dibiarkan berleluasa apabila kedai-kedai 'ekor' terus mendapat tempat dihati rakyat. Contohnya di sebuah pekan kecil di Melaka iaitu Taman Merdeka sahaja terdapat sekurang-kurang 3 kedai tikam ekor. Tiada tindakan dari pemimpin kerajaan dalam menangani isu perjudian yang membelenggu pemikiran rakyat dalam usaha mereka untuk mencari duit dengan mudah.

Muda-mudi terus terjebak dengan dadah dan dedah.Setiap hari jumlah penagih baru bertambah. Tindakan dan kaedah pencegahan yang diambil kerajaan langsung tidak berkesan kerana ianya berteraskan kaedah barat dengan meninggalkan cara Islam. Gejala dedah dan berpakaian menjolok mata sudah menjadi amalan muda-mudi perempuan. Seluar pendek, pakaian ketat, baju nampak pusat dan sebagainya sudah menjadi pakaian 'rasmi' mereka. Kalau pakai tudung sekalipun tudung tersebut sekadar menutup kepala tetapi dada tidak ditutup malah ianya digayakan sekali dengan seluar jeans ketat sehingga menampak tubuh yang montok.

Gejala sosial, zina, pergaulan bebas, lepak, homoseksual, budaya punk, rempit, khalwat, bersekedudukan, berpeluk dan bercumbu di tempat awam sudah menjadi perkara biasa sama sepeti apa yang berlaku di negara barat. Hasilnya begitu banyak kes buang bayi dan pengguguran berlaku setiap hari.

7,000 pelajar dilaporkan di buang sekolah dan 15,000 lagi ditangkap kerana ponteng. Semua ini membelenggu negara kita pada saat kerajaan dan rakyat melaungkan kemerdekaa.

Baru-baru ini juga kajian Institut Integriti Malaysia mendapati hampir 30 peratus generasi muda sanggup makan suap jika berkuasa dan bertanggungjawab terhadap sesebuah organisasi atau institusi. Keadaan sungguh menyedihkan hati kita kerana jelas muda-mudi kita sekarang ini dibelenggu oleh sifat tamak dan mementingkan kesenangan hidup dunia semata-mata tanpa memikirkan dosa dan pahala.

Isu paling besar yang dihadapi sekarang ini ialah isu murtad yang melanda orang Islam. Angka 100,000 lebih jumlah orang Islam murtad sebagaimana kenyataan Mufti Perak amat menggerunkan. Namun pemikiran pemimpin Islam Hadhari masih dijajah dan terjajah sehingga mereka langsung tidak merasakan ianya amat merbahaya. Anda antara mereka menyatakan angka itu tidak benar. Mereka seolah-olah melihat gejala murtad ini dari segi matematik tanpa menyedari bahawa jika hanya 1 kes pun terjadi ianya adalah serius dan perlu ditangani. Malangnya undang-undang murtad tidak ada dalam negara Islam Hadhari ini menjadi gejala ini kian lama kian menular.

Barat juga berjaya menjajah pemikiran pemimpin negara apabila berjaya menanamkan kepercayaan bahawa kebebasan agama dan hak asasi manusia mesti dihormati sehingga menyebabkan ujudnya golongan Atikel 11, IFC dan SIS yang sekarang ini sedang hebat berusaha untuk menghapuskan kedaulatan Islam dalam perlembagaan negara. Rangkaian mereka ini yang didalangi barat dilihat sebenarnya mempunyai tujuan yang khusus iaitu untuk memurtadkan umat Islam. Malangnya ada pemimpin besar Islam Hadhari sendiri yang menyokong mereka ini. Malah anak pemimpin Islam Hadhari sendiri menjadi penyokong dan ahli SIS yang aktif.

Keselamatan rakyat di negara yang kononnya merdeka ini juga semakin terhakis. Saban hari kes bunuh, rogol,ragut, rompak, samun, ugut dan sebagainya menghiasi dada-dada akhbar. Apa erti semua ini. Rakyat merdeka di dalam ketakutan. Sehingga hendak ke keluar membeli barang dan pergi kerja pun ada yang dibunuh di tengah jalan.

Rakyat pula di ajar dengan budaya ugut dan rasuah ketika pilihanraya. Ada antara mereka yang diugut dibuang kerja, anak tidak diberi pinjaman pelajaran, bantuan ditarik balik dan sebagainya, jika tidak mengundi BN dalam pilihanraya. Malah mereka juga diberi rasuah dengan harta benda dan wang ringgit supaya mengundi BN. Pemimpin Umno dan BN bukan sahaja terlibat dengan rasuah ketika pilihanraya malah ketika pemilihan parti mereka juga terlibat sama seperti dibuktikan keatas Isa Samad. Ini semua disebabkan pemikiran mereka dijajah oleh satu fahaman dan kemahuan itu gila kuasa dan tamak.

Banyak lagi sebenarnya isu pemikiran kita masih djajah tetapi tidak mampu untuk saya ungkapkan di sini.

Pada pendapat saya, perjuangan kemerdekaan kita belum selesai. Ancaman-ancaman kepada rakyat dan negara wujud pula dalam pelbagai bentuk. Pemimpin negara mesti memikirkan dan mengubah diri mereka dari belenggu pemikiran penjajah jika mahu negara ini merdeka sepenuhnya.

Oleh : Rakyat tidak merdeka.


SELATAN THAI KEMBALI BERGOLAK


NARATHIWAT 18 OGOS : Selatan Thai kembali bergolak berikutan beberapa kes pengeboman semalam. Kejadian mungkin akan menyebabkan kerajaan Thailand kembali mengganas seperti tahun-tahun lalu.

Semalam, Tiga penduduk ditembak mati oleh lelaki tidak dikenali di wilayah selatan Thailand, sementara 19 yang lain cedera dalam letupan bom.

Dua kakitangan kerajaan juga ditembak mati dalam kejadian berasingan semalam di wilayah Pattani, salah satu daripada tiga wilayah selatan yang dilanda pemberontakan.

Kejadian itu berlaku selepas satu kejadian tembakan di Narathiwat lewat kelmarin.

Sementara itu, dua letupan bom melanda wilayah selatan yang diduduki penduduki Islam di Thailand.

Dalam kejadian awal pagi di Narathiwat, sebutir bom yang disembunyikan dalam motosikal meletup di hadapan kedai emas menyebabkan tujuh orang cedera bersama lima askar dengan seorang daripada mereka dalam keadaan kritikal.

Bom kedua meletup setengah jam kemudian berhampiran hospital di wilayah Yala menyebabkan dua pegawai polis dan lima orang awam cedera.

Tiga wilayah di sepanjang sempadan Malaysia diduduki penduduk melayu Islam menyaksikan pemberontakan sejak Januari 2004 yang mengakibatkan lebih 1,400 orang terbunuh.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59