Tuesday, 15 August 2006

USTAZ FADZIL PERNAH INGATKAN DR M BAHAWA PAK LAH TIDAK LAYAK JADI PM


Ingatan Ustaz Fadzil kepada Dr M mengenai Pak Lah

Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor (Bekas Presiden PAS) sebenarnya telah lama mengingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hakikatnya tidak layak menggantikan beliau (Dr M). Abdullah tidak mampu memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri. Tidak tahu apakah kebijakan Dr Mahathir memilih Abdullah sebagai penggantinya. Yang nyata, Dr Mahathir mengakui beliau mengaku kesilapannya memilih Abdullah.

Dalam kenyataan Ustaz Fadzil kepada Dr Mahathir yang ketika itu bercuti dan Abdullah mengetuai pentadbiran negara, antara lain Ustaz Fadzil membangkitkan kerisauan rakyat tentang kemampuan Abdullah memimpin negara. Abdullah malah membuat kenyataan bercanggah dengan kenyataan menteri-menteri kabinet, suatu amalan yang dilakukannya sehingga kini. Berikut ialah kenyataan Ustaz Fadzil pada masa itu:

Press Statement

KUALA LUMPUR , 19 Jan (Hrkh) - PAS would like to call upon the Prime Mmister, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad to return home immediately from his holidays abroad to face the growing discerning situation in the country.

PAS President, Fadzil Nor said, at the same time PAS would also like to call Dr Mahathir to relinquish Abdullah from the Deputy Premier's post, or for Abdullah to resign honourably from his government position upon Dr Mahathir's return.

Our call is not without substance. The "Mr Nice Guy" disastrous handling of several internal affairs in the absence of the Prime Minister this past week has given rise to public worries over the actual charisma and capability of the PM's heir-apparent.

1) The blatant and undemocratic arrests and court charges of opposition leaders and party workers,

2) the distasteful and undiplomatic reactions he made against comments by foreign leaders and organisations on these arrests,

3) the action against Harakah and other opposition media, something seen as insulting the intellect of the people

4) malicious comments he made with regards to the arrests.

5) the failure to hold the weekly Cabinet meeting in Dr M's absence,

6) the apparent conflict of statements between the Health and the Agriculture Ministers on the issue of safety of imported fruits which has caused confusion and unduly worries among the people,

7) his continued misplaced comments on PAS Trengganu government's recent decisions on low-cost housing ceiling price and the termination of several of previous government's political appointments.

8) his inability to control the behaviour of UMNO leaders who are creating political instability in their quest for party positions prior to the Umno's elections.

9) and the use of UMNO's supreme council platform to decide on government matters....

are but examples of the potential misappointment of Abdullah for the country's most important political job.

Before it becomes worst, stepping down can be the most honourable thing for Abdullah to do, lest people will make a mockery of his "Mr Nice Guy" tag as proclaimed by the BN

Fadzil Mohd Noor
PAS President

19 January 2002

Di petik dari Perakan.net


MB DAN KM KERAJAAN BN PANDAI PERINTAH SEHINGGA BANGUNAN AGENSI KERAJAAN NEGERI KENA SITA


MELAKA 15 OGOS : Kedua-dua Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi negeri Perlis dan Melaka memang selalu menuduh kerajaan Kelantan tidak pandai memerintah sehingga negerinya menjadi mundur dan miskin. Pelbagai lagi tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh mereka kepada Kelantan. Sehingga pernah KM Menteri Melaka menegah rakyatnya dari melawat Kelantan suatu ketika dahulu.

Beberapa bulan lalu kita dikejutkan dengan berita bahawa Bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) disita kerana gagal membayar hutang.

Hari ini satu lagi peristiwa menggemparkan kita apabila bangunan Majlis Perbandaran Kangar pula disita kerana masalah yang sama.

Harakahdaily melaporkan bahawa Majlis Perbandaran Kangar (MPK) hari ini disita dengan perintah mahkamah tinggi setelah gagal menjelaskan tuntutan pemiutang sebanyak lebih RM6 juta.

Pintu utama bangunan MPK telah disita untuk memboleh pihak bailif membuat pemeriksaan inventori.Perintah tersebut dikeluarkan selepas mahkamah telah memutuskan tuntutan sebuah syarikat pemaju, Sonati Development Corporation Sdn Bhd (Sonati) perlu dibayar oleh MPK sebanyak RM4,223,473.06 serta faedah sebanyak 8 peratus setahun sebanyak RM2,127,301.71.

Sonati telah dilantik oleh MPK untuk menguruskan pembangunan sebidang MPK di Padang Besar, namun kontrak mereka telah ditamatkan separuh jalan.

Sonati telah mengemukakan tuntutan di mahkamah dan pada 4 Februari 2005, Hakim Dato' Hassan Lah telah memutuskan tuntutan liabiliti ke atas MPK dan gantirugi ditaksirkan oleh pendaftar.

Pada 1 Jun lalu, pendafttar telah mentaksirkan jumlah gantirugi sebanyak RM4,223,473.06 perlu dibayar oleh MPK beserta faedah dan kos sejak 14 April 2000.

Setelah gagal menjelaskan tuntutan tersebut, maka pada 8 Ogos lalu, mahkamah telah mengarahkan satu writ pelaksanaan.

Hari ini, atas arahan mahkamah kakitangan MPK diminta mengosongkan bangunan mereka. Pada jam 12.15 tengahari, pintu utama bangunan MPK telah disita untuk memboleh pihak bailif membuat pemeriksaan inventori.

MPK diberi masa selama 14 hari untuk menjelaskan tuntutan plaintif dan sekiranya mereka gagal, segala hak milik MPK akan dirampas dan dilelong.

Pihak peguam yang mewakili Sonati menjelaskan bahawa sehingga hari ini belum ada sebarang tawaran penyelesaian daripada MPK.

Namun begitu, atas persetujuan bersama, operasi MPK akan berjalan seperti biasa esok.

Dari dua peristiwa di atas maka jelaslah sekarang bahawa siapa yang pandai perintah dan siapa yang 'bangang'.

Mungkin definisi pandai memerintah Islam Hadhari ialah apabila bangunan kerajaan disita dan semua duit kerajaan di habiskan walaupun berhutang dengan banyak dari Kerajaan Pusat. Manakala yang tidak pandai memerintah ialah MB dan kerajaan negeri yang tidak pandai berhutang, agensi kerajaannya ditadbir dengan baik dan lain-lain.

Dunia dah terbalik itulah ungkapan yang boleh kita katakan kepada pemimpin dan kerajaan Islam Hadhari.


TIDAK LANGSUNG TERSELIT DALAM LUBUK HATI PIMPINAN Umno BAHAWA MURTAD ADALAH ISU YANG MERUNCING


PARIT BUNTAR , 15 Ogos : Seluruh pimpinan Umno sekarang ini terasa panas dan berbahang dengan kritikan dan dakwaan bekas 'boss' mereka Dr Mahathir. Setiap hari 'wirid' mereka hanyalah memikirkan bagaimana hendak menghalang Dr Mahathir dari berjumpa ahli Umno dan juga bagaimana cara untuk menjawab segala dakwaan dan tuduhan Dr Mahathir.

Isu besar yang sedang melanda umat Islam di Malaysia sekarang iaitu isu murtad sedikitpun tidak menjadi kegusaran bagi mereka. Sekarang puak-puak yang berusaha untuk menjahanamkan kedaulatan Islam berusaha setiap saat untuk menghancurkan Islam melalui media, forum, sebaran risalah, filem, memo dan sebagainya, tidak diendahkan oleh mereka.

Oleh kerana itulah hampir semua ucapan perasmian persidangan Umno tidaklah langsung menyentuh isu murtad ini kerana pada mereka ianya tidak penting.

Sebagain contoh semasa berucap ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Parit Buntar, Perak, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mahukan musim Persidangan Perwakilan UMNO di seluruh negara sekarang dijadikan medan oleh para pemimpin parti untuk menjelaskan kritikan pedas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan negara.

Beliau langsung tidak menyentuh isu murtad, isu kedaulatan Islam dan isu moral yang sedang melanda negara kita.

Inilah bahananya apabila kita tersalah pilih pemimpin.


MAT SABU TURUN MELAKA 8 SEPT.


BUKIT KATIL 15 OGOS : Naib Presiden PAS Hj Mohd Sabu akan berceramah di KM10, Kg Pedamar, Bukit Lintang pada 8 September ini.

Kenyataan ini dibuat oleh AJK PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Mohd Diah Abdul kepada Blog ini semalam. Program anjuran Majlis Tindakan DUN Ayer Molek ini dijangka mendapat sambutan hebat dari masyarakat setempat kerana isu-isu mutakhir ini amat menarik untuk dikupas dan didengar oleh seluruh lapisan masyarakat.

Mohd Diah menyeru seluruh rakyat Melaka supaya turun beramai-ramai memeriahkan ceramah tersebut yang akan di adakan di sebuah rumah ahli PAS di kampung tersebut.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59