Saturday, 12 August 2006

KEJADIAN ZINA, PELACURAN DAN ROGOL BERLAKU HAMPIR SETIAP HARI DI MELAKA


MELAKA 12 OGOS : Negeri Melaka yang sedang pesat 'membangun' dari segi pembangunan menurut dakwaan Ketua Menterinya rupa-rupanya turut 'membangun' dari segi gejala maksiat dan jenayah.

Inilah akibatnya apabila pembangunan material tidak seiring dengan pembangunan spiritual dari segi agama dan alhlaq.

Media hari ini melaporkan satu lagi kejadian menjijikkan apabila Dua beradik perempuan yang sedang menuntut dalam tingkatan satu dan dua menjadi mangsa rogol bapa sendiri dan rakan lelaki yang baru dikenali dalam dua kejadian berasingan, baru-baru ini.

Kakak berusia 14 tahun mengadu dirogol bapa kandung manakala adiknya berusia 13 tahun pula mendakwa dirogol dua lelaki yang baru dikenalinya.

Berikutan itu, bapa kandung pelajar berkenaan yang berusia 38 tahun ditahan selepas sejam pelajar berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Udang, pagi kelmarin.

Manakala dua lelaki itu gagal dikesan berikutan pelajar berkenaan tidak mengetahui identitinya.

Pegawai Turus Jenayah Khas (D9), Deputi Superintendan Mansor Hussein, berkata bapa mangsa yang tidak bekerja itu ditahan di sebuah kedai makan di Tanjung Kling, di sini, kira-kira jam 4.30 pagi.

Menurutnya, bapa mangsa ditahan reman dua minggu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Katanya, mangsa mendakwa dirogol bapanya pada 15 Jun lalu, jam 5 petang di rumah mereka di Tanjung Kling ketika ibu dan adik beradik lain tiada di rumah.

Beliau berkata, mangsa takut membuat laporan polis mengenai kejadian itu berikutan diugut bapanya supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa.

“Mangsa yang mengalami tekanan perasaan akibat kejadian itu mengambil keputusan lari dari rumah pada 6 Ogos lalu tetapi ditemui semula oleh rakan bapanya kira-kira jam 10 malam, Rabu lalu,” katanya.

Mansor berkata, selepas dipujuk, mangsa menceritakan apa yang berlaku kepada rakan bapanya itu sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Udang pada jam 3.40 pagi, kelmarin.

Sebelum itu, adik mangsa pula mendakwa dirogol dua lelaki ketika keluar bersama-sama mangsa di Pantai Puteri, pada 23 Jun lalu.

Katanya, dua beradik itu keluar rumah untuk bersiar-siar pada jam 8 malam dan duduk di tepi pantai berkenaan apabila dihampiri dua lelaki yang tidak dikenali.

Menurutnya, seorang daripada lelaki terbabit kemudian mengikut mangsa untuk bersiar-siar di tepi pantai manakala kakaknya pula mengikut seorang lagi lelaki.

“Ketika berjalan di tepi pantai, mereka bertemu dengan seorang lagi lelaki dipercayai rakan kepada lelaki yang baru dikenali itu sebelum merogolnya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan di Balai Polis Sungai Udang pada jam 8 malam, Rabu lalu.

Katanya, polis gagal menahan lelaki terbabit berikutan mangsa tidak dapat mengecam mereka dan hanya mengetahui menerusi nama samarannya sahaja.

Menurutnya, kedua-dua kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


Dr M sanggup bersumpah junjung al-Quran di masjid


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan kesediaannya untuk bersumpah dengan menjunjung al-Quran di dalam masjid bagi membuktikan kebenaran kritikannya berhubung isu pembatalan Jambatan Bengkok bagi menggantikan Tambak Johor.

Bagaimanapun, katanya, ‘mereka yang berkenaan’ juga mesti bersumpah bersamanya bagi membuktikan ‘siapa yang benar dan siapa yang salah’. Dr Mahathir tidak menyatakan secara khusus siapakah ‘mereka yang berkenaan’ itu.

Beliau menyatakan kesediaannya itu ketika berucap di majlis ‘Jasamu di Kenang’ anjuran Pemuda Umno Petaling Jaya Utara di Tropicana Golf & Country Resort di Petaling Jaya pagi ini.

Majlis itu diadakan sebelum berlangsung mesyuarat perwakilan Pemuda bahagian berkenaan di tempat yang sama yang dirasmikan oleh ketua Umno bahagian tersebut, Datuk Ikhwan Salim Sujak.

Dewan persidangan penuh sesak dengan kira-kira 500 hadirin yang mendengar ucapan Dr Mahathir selama kira-kira 45 minit.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Dr Mahathir menunjukkan surat dari kerajaan Singapura yang menjadi bukti Malaysia boleh membina Jambatan Indah menggantikan Tembok Johor tanpa sebarang masalah.

Beliau mengemukakan surat yang dihantar oleh dua bekas Perdana Menteri Singapura – Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong – kepada beliau semasa hampir bersara sebagai Perdana Menteri.

“Ini semua surat dari Singapura (Lee dan Goh) yang menunjukkan republik itu tidak mengenakan sebarang syarat kepada kerajaan Malaysia terhadap pembinaan Jambatan Indah.

'Tiada syarat'

“Mula-mula nak bina secara pakej tetapi tidak jadi kerana tidak dapat persetujuan dari republik itu. Jadi Jambatan Bengkok boleh dibina tanpa pakej.

“Singapura tidak kata kalau mahu bina jambatan ada syarat itu, ada syarat ini. Tetapi kita sendiri yang tawarkan pasir dan ruang udara kepada negara itu.

“Kita telahpun mulakan pembinaan jambatan tetapi berhenti kononnya takut tindakan undang-undang dari Singapura tetapi Peguam Negara (AG) kata, kalau ada kes undang-undang bawa ke mahkamah.

“Belum apa-apa, kita telah menyerah...kalau diteruskan pembinaan jambatan tidak ada masalah seperti sekarang ini.

“Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan (Datuk Seri) Syed Hamid Albar kata kita tidak tertakluk kepada Singapura untuk bina jambatan.

“Tetapi akhirnya membatalkan atas alasan takut tindakan undang-undang dari Singapura. Ini semua tidak betul,” katanya.

Kandungan surat

Dr Mahathir berkata, beliau menunjukkan surat tersebut bagi membuktikan bahawa pendedahannya mengenai pembatalan Jambatan Bengkok adalah berpunca dari Malaysia dan bukannya Singapura.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan tidak mendedahkan kandungan surat itu kepada orang awam menyebabkan mereka tidak tahu keadaan sebenar.

“Kerajaan tidak menjawab soalan saya. Apa yang mereka dedahkan ialah surat saya yang telah lama disiarkan di Singapura,” katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada surat itu tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA), Dr Mahathir menjawab, ia adalah untuk menunjukkkan bahawa “kita mempunyai bukti Singapura tidak mengenakan sebarang syarat mengenai pembinaan Jambatan Bengkok.”

Beliau berkata, kerajaan menegaskan pembinaan Jambatan Bengkok dihentikan kerana rakyat Johor tidak mahu, tetapi tegas Dr Mahathir, jawaban itu sama sekali tidak betul.

Katanya, rakyat Johor mahu jambatan tetapi mereka tidak mahu menjual pasir dan membenarkan ruang udara digunakan oleh jet pejuang Singapura.

“Apa makna merdeka jika hendak bina jambatan di kawasan sendiri terpaksa mendapat kebenaran Singapura. Anak jantan tidak tunduk kepada Singapura,” katanya lagi.


Umno SEKALI LAGI KECUT PERUT BERHADAPAN GERAKAN


PULAU PINANG 12 OGOS : Presiden Umno menegaskan bahawa penggiliran jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan dilakukan. Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan yang dibuat oleh beberapa Pergerakan Pemuda Umno bahagian yang mahukan jawatan tersebut digilirkan diantara Gerakan, Umno dan MCA.

Nampaknya Umno sekali lagi gagal memartabatkan kuasa orang melayu di Pulau Pinang walaupun Umno mempunyai kerusi DUN paling banyak berbanding Gerakan dan MCA. Nampak jelas bahawa amaran Presiden Gerakan, Lim Keng Yaik untuk 'membaham' udang dengan batu-batunya sekali cukup menggerunkan Pak Lah. Tetapi mereka begitu bersemangat untuk 'merampas kuasa' di Kelantan walaupun Kelantan diperintah oleh melayu.Inilah sebenarnya pemimpin Umno dan Islam Hadhari yang hanya berani berhadapan dengan orang melayu tetapi menikus bila berhadapan dengan orang lain.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59