Saturday, 5 August 2006

BERANIKAH Umno TUNTUT JAWATAN KM PULAU PINANG?


PULAU PINANG 5 OGOS : Pemerhati Politik tanahair sentiasa memandang sinis kepada Umno apabila ada ura-ura hendak mengambilalih kepimpinan negeri Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya meminta diadakan penggiliran jawatan Ketua Menteri antara parti-parti komponen BN seperti yang dilaksanakan di Sabah suatu ketika dahulu. Pemuda Umno Pulau Pinang akan membawa usul penggiliran Ketua Menteri dalam mesyuarat peringkat bahagian Umno negeri itu.Ini kerana Umno dilihat amat lemah dan 'takut' untuk berhadapan dengan Gerakan yang sudah berpuluh-puluh tahun di'hadiah'kan dengan jawatang tersebut.

Umno yang mempunyai kerusi terbanyak di antara semua komponen BN di Pulau Pinang tidak berani menuntut jawatan tersebut. Malah Pergerakan Pemuda Umno negeri dan Pusat juga seperti 'kecut perut' untuk berhadapan dengan Gerakan tetapi mereka begitu berani mencabar dan ingin merampas jawatan MB Kelantan walaupun ianya dipegang oleh bangsa sendiri. Inilah Umno.

Acapkali apabila terdapat ura-ura untuk jawatan tersebut maka, pimpinan Umno negeri atau Pusatlah yang barangkali menolaknya atas alasan perpaduan BN dan sebagainya.

Media melaporkan bahawa sumber-sumber Umno negeri itu berkata, sekurang-kurangnya 10 daripada 13 pergerakan Pemuda Umno bahagian telah sepakat untuk membentangkan usul tersebut dalam mesyuarat masing-masing minggu depan, sebelum membawanya ke mesyuarat bahagian.

“Pemuda Umno Pulau Pinang merasakan sudah tiba masanya jawatan Ketua Menteri digilirkan antara parti komponen Barisan Nasional yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN),” ujar sumber berkenaan.

Beliau menekankan, Umno yang menguasai 14 daripada 40 kerusi DUN wajar diberi peluang menjawat jawatan tersebut.

Baki kerusi DUN Pulau Pinang dikuasai oleh Gerakan (13 kerusi), MCA (9), MIC (2) manakala DAP dan PAS masing-masing satu kerusi.

Umno memenangi 14 daripada 15 kerusi yang ditandinginya dalam pilihanraya umum 2004. Gerakan memenangi kesemua 13 kerusi yang ditandinginya, MCA pula tewas satu daripada 10 kerusi yang diperuntukkan kepadanya dan MIC menkedua-dua kerusinya.

Umno terkuat

Sumber berkenaan menambah, usul tersebut dijangka diterima oleh semua mesyuarat bahagian dan akan dibawa pula oleh badan perhubungan Umno negeri ke perhimpunan agung Umno.

Mesyuarat Umno bahagian bermula semalam dan akan berlangsung hingga 10 September. Pergerakan Pemuda bahagian negeri itu akan mula bermesyuarat pada 12 Ogos ini.

Menurut sumber itu lagi, ini adalah kali pertama usul penggiliran Ketua Menteri akan dibawa ke perhimpunan agung Umno.

“Ini adalah hasrat ahli-ahli akar umbi Umno. Kami merasakan tindakan ini adalah wajar kerana Umno merupakan komponen BN yang paling kuat di negeri ini. Umno Pulau Pinang menunjukkan prestasi yang sangat baik dalam pilihanraya umum lalu berbanding MCA dan Gerakan,” ujarnya.

Menurut sumber itu, ahli-ahli Umno negeri berharap, dengan membawa isu penggiliran Ketua Menteri ini menerusi saluran parti dan diperbahaskan dalam perhimpunan agung Umno, pucuk pimpinan BN akan memberi perhatian kepada hasrat orang Melayu Pulau Pinang.

“Ini bukan isu baru...selepas pilihanraya dulupun sudah ada desakan supaya tokoh Umno dilantik mengetuai kerajaan negeri tetapi cadangan itu ditolak oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita harap kerajaan BN yang diketuai oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sekarang akan menimbangkan usul ini secara serius,” tambahnya.


ISLAM HADHARI HALALKAN PERTANDINGAN RATU CANTIK


SUBANG JAYA 5 OGOS :Di dalam negara Islam Hadhari yang di pimpin oleh Imamnya, Al Sheikh Al Imam Al Badawi rupa-rupanya pertandingan Ratu Cantik yang mendedahkan sebahagian besar tubuh adalah di halalkan. Buktinya media melaporkan bahawa misi mereka bukan sekadar bergelar wanita tercantik Malaysia tetapi lebih daripada itu di mana bagi 19 peserta peringkat akhir Miss Malaysia World 2006, dalam mengejar kemasyhuran, insan yang tidak bernasib baik tidak pernah dilupakan.

Inilah Islam Hadhari. Ratu cantik dibenarkan, musabaqah juga di adakan;ceramah agama dianjurkan, konsert juga di galakkan;masjid dibina,tempat-tempat maksiat juga dibiarkan;derma kepada orang miskin diberikan, sponsor kepada program maksiat juga diperuntukkan;kilang membuat makanan dan barangan diusahakan,kilang arak pun dibenarkan;gedung perniagaan dibantu,pusat judi juga diberikan lesen;Nasyid dibenarkan, konsert dan karaoke digalakkan. Malah bermacam-macam lagi perkara yang bertentangan dengan Islam di anjurkan dan dibenarkan oleh Islam Hadhari yang cukup memeningkan kepala kita untuk memikirkan dari mana dalil dan nas yang mereka ambil bag mengharuskan perkara-perkara tersebut.

Buktinya, wanita yang bakal dinobatkan sebagai wanita tercantik Malaysia itu, turun padang melakukan kerja amal dengan yang terbaru melakukan aktiviti bersama lebih 300 kanak-kanak dari enam buah rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang.

Semua peserta ratu terbabit akan berentap untuk memburu gelaran sebagai Ratu Cantik Malaysia 2006 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby dan pemenang akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa di Warsaw, Poland.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59