Saturday, 22 July 2006

MAHATHIR KEMBALI : APAKAH LANGKAH BELIAU SETERUSNYA?


KUALA LUMPUR 22 JULAI : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di tanahair pagi ini dengan disambut oleh lebih 200 penyokong yang menunggu ketibaan beliau di Lapangan Terbang Subang.

Mereka membawa enam kain pemidang sebagai tanda sokongan terhadap bekas Perdana Menteri itu yang menjadi pengkritik kuat pentadbiran sekarang, khususnya dalam isu pembatalan jambatan indah, isu AP serta penjualan MV Agusta.

Satu daripadanya berbunyi: Welcome Home Tun, budak-budak "tu" dah jual banyak harta negara, Dr M tolong kembalikan maruah Malaysia.

Satu lagi kain pemidang berbunyi: TDM, selamatkan Malaysia, hapuskan pengkhianat, agama, bangsa dan negara.

Bagaimanapun, tiada seorang pun pemimpin Umno sekarang yang kelihatan berada di situ untuk menyambut kepulangan Dr Mahathir daripada bercuti di luar negara.

Lamanweb diganggu

Antara yang hadir ialah Pengerusi Majlis Bertindak Rakyat Kelantan (MBRT) Datuk Ibrahim Ali.

Kelab penyokong Dr Mahathir - Gen M - yang menganjurkan majlis tersebut turut mengedarkan baju-T serta VCD rakaman ceramah umum bekas Perdana Menteri itu di Taman Melawat pada 24 Jun lalu.

Jumlah mereka yang hadir menyambut kepulangan Dr Mahathir itu jauh berkurangan daripada anggaran awalnya seramai kira-kira 1,000 orang.

Jurucakap kelab penyokong Dr Mahatahir itu sendiri menjangka 500 orang ahli-ahli kelab berkenaan akan hadir, manakala lainnya diuruskan oleh kumpulan-kumpulan pro-Dr Mahathir yang lain.

Jurucakap itu juga memberitahu lamanweb Gen M yang mempromosi majlis sambutan kepulangan Dr Mahathir telah diganggu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan ia tergendala selama empat jam semalam.

Katanya lagi, beliau juga mendapat panggilan dari para pegawai Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN) yang cuba mendapatkan maklumat lanjut mengenai majlis sambutan Dr Mahathir.

Nampaknya Dr Mahathir mula merasa apa yang pembangkang rasa di zamannya dan zaman sekarang di mana pembangkang dinafikan hak untuk bersuara di media, mengadakan rapat umum dan ceramah dengan bebas, menggantung banner/poster, di ganggu oleh SB dan sebagainya.

Apakah tindakan Mahathir seterusnya kita tunggu dan lihat. Pak Lah pun sudah mula bukan mulut untuk menjawab tuduhan dan kritikan Mahathir apabila semalam beliau menafikan Khairy (menantunya) sebagai penasihatnya.

Sumber : Malaysiakini


POLIS ‘BERSEKONGKOL’ DENGAN KUMPULAN ARTIKEL 11 JAYAKAN FORUM MENCABAR KEDAULATAN ISLAM – HJ SALAMAT.


BUKIT KATIL 22 JULAI : Polis Johor disifatkan bersekongkol dengan kumpulan artikel 11 dalam isu menyentuh kedaulatan Islam apabila memberikan permit kepada program tersebut yang akan berlangsung pada 9.00 pagi hari ini di Hotel Selesa, Johor Baharu.

Malahan dalam kenyataan akhbarnya semalam, Timbalan Ketua Polis Negeri, Timbalan Pesuruhjaya Polis Datuk Hussin Ismail berkata polis tidak membenarkan perhimpunan atau demonstrasi di lakukan di luar hotel tempat program tersebut di anjurkan.

Ketua DPP Kawasan Hj Salamat menyatakan kekesalannya di atas perkara ini kerana Polis disifatkan bersekongkol dengan kumpulan Artikel 11 dalam menjayakan usaha kumpulan ini untuk mengubah perlembagaan negara artikel 11 (1A).

“Umat Islam tetap akan menentang usaha kumpulan ini demi untuk mempertahankan kesucian dan kedaulatan Islam. Umat Islam Melaka akan turut sama turun ke Johor Baharu untuk membuat bantahan terhadap penganjuran program ini” tegas Hj Salamat yang juga merupakan Bendahari DPP Negeri Melaka.

Sebelum ini DPP Negeri Johor dan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Johor Baharu telah membuat bantahan dan menghantar memo kepada Polis, Pemilik Hotel Selesa dan pihak berwajib lain meminta program ini dibatalkan.


PAK LAH NAFI KHAIRY PENASIHATNYA


KUALA LUMPUR 22 JULAI : Akhirnya Pak Lah membuka mulut menjawab tuduhan Dr Mahathir dan para pemerhati politik bahawa menantunya Khairy Jamaluddin adalah penasihatnya. Jawapannya ini merupakan reaksi pertama Pak Lah setelah tuduhan demi tuduhan dilemparkan kepadanya.

“Menantu saya bukan penasihat. Dia bekerja dengan saya. Sebagai pembantu saya, selalunya dia terlibat menyediakan analisis dan memberikan pendapatnya dalam banyak hal” kata Pak Lah selepas mempengerusikan mesyuarat ke 100 Menteri Besar dan Ketua Menteri di Pejabat Perdana Menteri semalam.

“Dia meletakkan jawatan kerana dia sedar ramai orang mengkritik. Dia tidak lagi terlibat. Mengapa orang masih membuat tuduhan”? tanya Pak Lah.

Dalam ucapannya beberapa minggu lepas, Dr Mahathir (walaupun bukan secara terang-terangan) menuduh Khairy merupakan orang yang sering mempengaruhi Pak Lah dalam apa juga keputusannya. Mahathir secara kiasan menyatakan bahawa budak hingusan dan lulusan Oxford adalah lebih berkuasa dan segala keputusan yang diambil bukan keputusan mutlak Perdana Menteri.

Pemerhati politik juga melihat Pak Lah merupakan Perdana Menteri yang paling lemah kerana gagal menjawab secara kritikan Mahathir dan pembangkang dalam isu jambatan bengkok, Proton, kerugian sebahagian besar GLC, isu rasuah, isu menantunya dan lain-lain.

Selain itu pada zaman Pak Lah juga menteri-menteri bukan Islam berani menyentuh isu kedaulatan Islam apabila menghantar memo kepada Pak Lah supaya Perlembagaan negara artikel 11 (1A) di kaji semula.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59