Wednesday, 19 July 2006

KUMPULAN ARTIKEL 11 BERDEGIL MAHU TERUSKAN FORUM DI JOHOR BAHARU




Inilah pemimpin-pemimpin kumpulan 'Lahanat' Artikel 11





JOHOR BAHARU 19 JULAI : Gabungan Article 11 yang akan tetap mengadakan forum awam seterusnya di Johor Bahru Sabtu ini, menegaskan bahawa ia tidak seharusnya dianggap sebagai ‘sensitif’ atau menghina mana-mana agama termasuk Islam.

“Kita melihatnya sama seperti forum lain (untuk berbincang mengenai perlembagaan). Malah, kita memberi nafas kepada perlembagaan dengan mengadakan perbincangan seperti ini. Ia sama seperti mengadakan seminar mengenai keganasan rumahtangga, sebagai contohnya,” kata Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah.

Sidang akhbar itu diadakan sebagai menjawab laporan dalam akhbar The Sun hari ini yang memetik kedua-dua parti politik itu meminta pihak polis dan Jabatan Agama Islam Johor supaya jangan membenarkan forum tersebut diadakan.

Sudah jelas kepada kita bahawa kumpulan nampaknya semakin berani bertindak secara terang-terangan. Mereka berani kerana mereka tahu ada golongan atasan dan pemimpin serta anak-anak pemimpin yang sentiasa menyokong mereka.

Sehingga ini, Gabungan Article 11 telah mengadakan tiga forum awam di Selangor, Pulau Pinang dan Melaka untuk membincangkan hak kebebasan beragama yang termeterai dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu Ketua DPP Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman menyeru seluruh pemuda-pemudi Islam di Malaysia bangkit menentang segala bentuk usaha untuk menghakis kedaulatan Islam dari perlembagaan negara.

"Ini sahajalah undang-undang yang boleh menjamin keutuhan Islam di negara kita. Undang-undang lain seperti hudud, jenayah dan sebagai memang tidak pernah di pakai di negara kita. Kalau yang ini pun hendak dihapuskan maka sudah pasti Islam akan terhakis dan lama kelamaan akan berkubur" ujar Hj Salamat dengan bersemangat.


ANWAR DAKWA ADA USAHA UNTUK MAHATHIR KEMBALI BERKUASA


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kritikan berterusan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mungkin satu pakatan untuk membawa Tun Dr Mahathir Mohamad kembali berkuasa.

“Saya tidak menolak kemungkinan wujudnya rancangan bahawa cabaran tersebut adalah untuk membawa balik Dr Mahathir...,” kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu dalam wawancara ekslusif dengan malaysiakini.

“Ingatlah bahawa semua asas kritikan (Mahathir) bukan satu atau dua dasar sahaja, tetapi (dakwaan bahawa) pucuk pimpinan sudah hilang fokus.

“(Mahathir menegaskan bahawa) orang Melayu tidak merasa selamat di bawah pucuk pimpinan sekarang. Beliau menegaskan(di bawah pucuk pimpinan sekarang) kepentingan kita (orang Melayu) tidak dilindungi dan bahawa kepentingan (negara) telah dijual kepada sebuah negara asing dan khususnya kepada Singapura.

“Sudah tentunya wujud konotasi perkauman atau mesejnya ialah orang Cina (terus menjadi ancaman)....dan kerana itu, anda perlukan pemimpin yang kuat untuk membuat pindaan dan merencanakan satu dasar yang jelas untuk melindungi kepentingan negara ini sebelum diserahkan kepada sesiapa sahaja, dan dalam kes ini (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak),” katanya.

Bagaimanapun, Anwar mengakui bahawa senario ini tidak mungkin wujud kerana tindakan melempar kritikan terhadap Abdullah sekarang, masih belum mencukupi untuk membawa perubahan sedrastik itu.

“Saya bercakap dengan pembantu dan penyokong kuat (Dr Mahathir)... dan mereka nampaknya amat optimistik, ditambah pula dengan sokongan yang diterima, termasuk dari sesetengah pemimpin pembangkang. Tetapi saya rasa tidak begitu realistik yang ahli-ahli Umno, dalam jumlah yang besar, akan bangun menentang Abdullah,” katanya.

‘Pergolakan politik’

Bagaimanapun, katanya, Dr Mahathir mempunyai kemampuan untuk menimbulkan masalah kepada Abdullah. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga meramalkan Abdullah akan berdepan dengan “pergolakan politik” dalam bulan-bulan yang akan datang.

Katanya, Dr Mahathir mempunyai penyokong, bukan sahaja di kalangan veteran Umno, tetapi juga di peringkat akar umbi Umno.

“Dan Dr Mahathir dan para penyokongnnya mempunyai sumber... mereka ada berjuta-juta ringgit...,” dakwa Anwar.

Dr Mahathir yang sedang bercuti di sebarang laut sehingga 22 Julai ini, telah mengkritik keras pentadbiran sekarang berhubung pembatalan projek jambatan indah, pengeluaran AP dan mengenai Proton.

Malah, pada satu ketika, Dr Mahathir pernah menyatakan beliau mungkin tersilap memilih Abdullah sebagai penggantinya.

Beliau bagaimanapun, tidak menjangka Najib akan mencabar kepimpinan Abdullah, dan secara berjenaka berkata: “Mungkin kita juga perlu meminta pandangan (isteri Najib, Datin) Rosmah... tetapi saya tidak nampak ianya (cabaran) akan berlaku...”

Tetapi, katanya, semua kenyataan Najib menyokong Perdana Menteri setakat ini “masih belum meyakinkan”.

Unsur perkauman

Dalam wawancara selama dua jam minggu lalu di pejabat malaysiakini di Bangsar Utama, Anwar juga mendakwa, Umno yang pernah dianggotainya, memiliki wang tunai sebanyak RM8 bilion.

Katanya, wang tersebut dikumpulkan melalui para jutawan dan syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan Umno yang memegangnya bagi pihak parti tersebut.

Anwar juga mendakwa wujud unsur-unsur berkauman dalam kritikan Dr Mahathir terhadap kerajaan Singapura, terutama dalam isu jambatan bengkok.

“Ia adalah Singapura, jiran kita – walaupun ia bukan jiran yang mesra – tetapi pada fikiran saya, unsur-unsur tersebut adalah sesuatu yang dianggap tidak bertanggungjawab di pihaknya (Dr Mahathir),” kata Anwar, yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri selama enam tahun sebelum beliau dipecat oleh Dr Mahathir atas dakwaan salahguna kuasa dan salahlaku seks.

“Bukan sahaja (beliau membangkitkan isu) nasionalisme, tetapi (beliau) juga (bercakap) menentang orang Cina dan Singapura (yang didakwanya) cuba bertindak keras terhadap kepimpinan Melayu dan kerana itu mereka (kepimpinanorang Cina di Singapura) perlu diajar,” katanya.

Sumber : Malaysiakini


CUTI DR MAHATHIR BUKAN SEMBARANGAN CUTI. AMBIL KESEMPATAN BERTEMU RAKYAT DAN KELAB Umno LUAR NEGARA


Nampaknya cuti Dr Mahathir bukan sembarangan cuti apabila mengambil kesempatan semasa bercuti untuk bertemu dengan rakyat dan Kelab Umno luar negara bagi menerangkan kritikan beliau terhadap kerajaan sekarang.

Malah menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai sekembalinya beliau dari luar negara nanti beliau akan membuat 'road show' di seluruh negara untuk menerangkan isu-isu berkaitan dengan kritikan beliau terhadap Pak Lah dan kerajaan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini berada di London bagi mengakhiri percutiannya di samping menemui rakyat Malaysia di sana.

Sumber-sumber memberitahu, Dr Mahathir berlepas ke London dari Turki semalam dan akan berada di Britain hingga Khamis ini sebelum berlepas pulang ke tanahair. Beliau dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang pada jam 9 pagi 22 Julai.

Antara lain atucara percutian beliau di London ialah menemui ahli Kelab Umno di sana. Majlis pertemuan dengan rakyat Malaysia itu, diatur oleh anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mukhriz bersama anak-anak Dr Mahathir yang lain turut serta dalam percutian ibubapa mereka ke Turki sejak 2 Julai lalu. A

“Dr Mahathir akan mengadakan dialog dengan beberapa Kelab Umno di negara itu bagi menjelaskan kepada rakyat Malaysia di sana mengenai kritikannya terhadap dasar-dasar kerajaan sekarang.

“Ini adalah sebahagian daripada ‘roadshow’ untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai pendapat dan pendirian beliau berhubung isu-isu yang dibangkitkannya,”jelas sumber

Dalam perkembangan lain, kelab penyokong Dr Mahathir di ibunegara, Gen-M menasihatkan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) jangan menghadiri majlis smbutan kepulangan Dr Mahathir Sabtu ini kerana dikhuatiri akan dikenakan tindakan disiplin oleh pihak pentadbiran universiti.

1,000 dijangka hadir

Jurucakap kelab tersebut berkata, pihaknya diberitahu bahawa pentadbir universiti awam telah mengeluarkan arahan melarang pelajar dan kakitangannya menyertai sebarang aktiviti menyokong Dr Mahathir.

“Kami berharap para pelajar khususnya tidak menyertai acara sambutan Sabtu ini kerana kami difahamkan pihak pentadbir universiti telah mengarahkan dikenalpasti mereka yang hadir atau terbabit dengan aktiviti kami,”ujarnya.

Kelab itu menjangkakan kira-kira 1,000 akan hadir menyambut kepulangan bekas Perdana Menteri itu.

“Beberapa rombongan menaiki bas dari Kedah, Johor dan Kelantan telah mengesahkan kehadiran mereka,” ujarnya.

Menurutnya lagi, jika berdasarkan jumlah keahlian Gen-M sekarang ini, rakyat pelbagai kaum dijangka akan menyambut kepulangan Dr Mahathir nanti.

“Gen-M kini mempunyai ahli seramai 6,180 orang dengan 30 peratus kaum Cina, 20 peratus India dan selebihnya Melayu dan kaum-kaum lain,”ujarnya.


HABUAN RM15 BILLION MENANTI KRONI DAN KAKI AMPU


KUALA LUMPUR 19 Julai – Imam Al Badawi Wal Hadhari semalam mengumumkan tender bagi 880 projek pembangunan baru di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bernilai RM15 bilion yang akan dilaksanakan dalam tempoh masa terdekat.

Antara projek daripada senarai awal ini termasuk pembinaan lebih daripada 450 sekolah rendah dan menengah, jalan, projek perbekalan air dan Terminal Pengangkutan Bersepadu di Gombak, Selangor.

Al-Badawi yang juga Menteri Kewangan berkata, projek membina jalan itu adalah dari Padang Besar, Perlis ke Bukit Kayu Hitam, Kedah manakala projek jambatan itu adalah antara Semporna dan Pulau Bum Bum di Sabah.

Bagi menyegerakan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur pula, kerajaan telah menyenaraikan pelaksanaan Fasa 2 bagi laluan dari Jabur ke Kuala Terengganu.

Beliau berkata, tender bagi projek-projek itu, yang merupakan 7.5 peratus daripada nilai keseluruhan RM200 bilion yang diperuntukkan untuk RMK-9, kini sudah sedia untuk dikeluarkan.

Abdullah berkata, beliau akan memantau secara terus pelaksanaan projek-projek berkenaan, di samping memperkenalkan beberapa metodologi pengurusan bagi memastikan projek-projek tersebut mencapai matlamatnya.

‘‘Saya yang mempengerusikan Badan Bertindak Pelaksanaan Negara akan memantau pelaksanaan projek-projek berkenaan,’’ katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri di sini.

Hebat sungguh bunyinya Imam Al-Badawi ini. Beliau yakin akan dapat memantau pelaksanaan projek-projek ini. Bagaimana pula dengan pemberian tender, kelulusan tender, kelulusan projek dan sebagainya. Adakah Al-Badawi sanggup dan akan memantaunya kerana kita tahu sebelum ini begitu banyak kes-kes rasuah, salah laku, penyelewengan yang berlaku di depan mata beliau. Tetapi beliau berdiam diri. Malah laporan polis kepada menteri-menteri dan Menteri Besar beliau yang bertong-tong jumlahnnya dan bertahun-tahun lamanya pun tidak di siasat.

Anaknya dan menantunya yang kaya raya pun di depan mata beliau sendiri pun beliau tak mampu siasat dan ambil tindakan. Anaknya bagai sekelip mata menjadi antara orang yang terkaya di Malaysia hanya selepas 2 tahun Imam Al Badawi menjadi Perdana Menteri. Menantunya pula boleh beli saham syarikat sampai jutaan ringgit. Mana dia dapat duit sebanyak itu.

Inilah Imam Al Hadhari yang sedang memerintah kita.


PUJIAN MELAMBUNG DERIH JUSOH KEPADA ALI RUSTAM ADA MAKNA


Jolokan San Antonio Malaysia kepada Sungai Melaka yang diberikan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh baru-baru ini seolah-olah mempunyai makna yang tersirat dan tersurat.

Pujian tersebut menyebabkan Ali Rustam 'kembang' dan tidak senang duduk. Malah Derih Jusoh juga menyatakan bahawa Terengganu akan meniru cara Melaka menguruskan sungainya.

Tetapi sedarkan Derih Jusoh bahawa sungai dekat Terengganu semuanya panjang-panjang umpama negerinya yang menjalar dari Pahang sampai Terengganu. Sudah pasti kos penyelenggaraannya akan tinggi. Tetapi itu tidak menjadi hal bagi mereka kerana ada projek ada 'masyuk'.

Menteri Besar Terengganu itu berkata, beliau kagum dengan usaha kerajaan negeri dibawah pimpinan Mohd Ali kerana berjaya meningkatkan industri pelancongan di negeri Lagenda Hang Tuah itu, khususnya perlaksanaan projek pengindahan Sungai Melaka.

Menurutnya, Kerajaan Negeri Terengganu akan mencontohi langkah yang dilaksanakan Melaka dalam memajukan industri pelancongan negeri.

“Kita akan mencontohi Melaka dalam memaju dan menaikkan taraf sungai yang ada di negeri ini untuk menarik lebih ramai pelancong ke Terengganu, “ katanya.

Katanya, banyak perkara di Melaka yang boleh dijadikan contoh oleh Terengganu dalam memajukan industri pelancongan negeri berkenaan.

Mungkin Derih Jusoh ingin mencontohi Ali Rustam yang membiarkan sahaja tempat-tempat maksiat seperi Dangdut, Nite Club, Karaoke, Disko dan pusat-pusat maksiat tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Maka tidak hairanlah mengapa muda-mudi di Melaka ini ramai yang terjerumus ke kancah maksiat dan pergaulan bebas. Inilah yang mungkin ingin sangat di contohi oleh Derih Jusoh yang sudah pasti mempunyai kepada 'hotak' yang sama dengan Ali Rustam di mana mereka berdua pun menganut pegangan yang sama iaitu Islam Hadhari.

Selain Derih Jusoh juga mungkin ingin meniru Ali Rustam yang dari segi mengadakan projek-projek pembangunan yang menelan belanja besar dan membazir. Ini kerana jika ada projek maka sudah pasti ada yang akan kenyang. Semua orang tahu siapa Derih Jusoh yang mempunyai syarikat sendiri.


PEMUDA Umno GUNA KEJOHANAN BOLASEPAK TARIK PEMUDA JADI AHLI Umno


KUALA LUMPUR, July 19 - Pergerakan Pemuda Umno Malaysia akan menganjurkan pertandingan bolasepak yang di namakan Liga Bolasepak Pemuda Umno bermula 27 Julai ini.

Kejohanan ini akan di kendalikan oleh Pergerakan Pemuda dan Biro Sukan di mana ianya di buka kepada semua bahagian di seluruh negara. Apa yang menariknya antara syarat yang di kenakan kepada pemain yang ingin menyertai pasukan yang bertanding ialah mereka mesti mengisi borang menjadi ahli Umno.

Jadi sudah pastilah kejohanan ini sebenarnya dijadikan umpan kepada pemuda-pemuda seluruh negara supaya menjadi ahli Umno.

Dalam kenyataan Bernama baru-baru ini Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa lebih dari 4,000 pemain yang mewakili kira-kira 200 pasukan akan menyertai liga ini. Perasmian kejohanan akan dilakukan oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Hishamuddin Hussein pada hari Sabtu di Stadium Bolasepak Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur.

Seperti biasa Umno yang juga merupakan penyeru kepada program maksiat dan budaya hedonisme akan menjemput para artis untuk melalaikan muda-mudi dalam program perasmian kejohanan ini. Antara para 'dai' kepada program maksiat yang dijemput ialah Ezlynn, Adam dan KRU. Ini adalah strategi mereka untuk menarik minat anak muda agar datang beramai-ramai mengunjungi program perasmian kejohanan ini.

Ini juga adalah selaras dengan ajaran Islam Hadhari yang diasaskan oleh Imam Al-Badawi Wal Hadhari yang sentiasa redha dan menggalakkan program hiburan dan konsert maksiat seperti ini walaupun sekarang ini beliau tahu sekarang ini akhlaq dan perangai muda-mudi sudah jauh menyimpang dari ajaran Islam.

Apa yang pasti sekarang ini Dewan Pemuda PAS mesti menganjurkan program alternatif untuk menyelamatkan pemuda-pemuda dari terjerumus ke kancah maksiat dengan menyertai program pemuda Umno yang memang terkenal sebagai penyeru kepada perkara maksiat. Pimpinan pemuda mesti mengambil langkah drastik untuk menganjurkan porgram-program sukan seperti liga Bolasepak peringkat kebangsaan dan sebagainya untuk menari pemuda bersama PAS.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59