Monday, 17 July 2006

KANDUNGAN LAPORAN POLIS DEWAN PEMUDA PAS PUSAT TERHADAP ISU SERBAN


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH

LAGI MAHA PENYAYANG

Tarikh : 14 Julai 2006 / 18 Jamadilakhir 1427

Daripada :


SALAHUDDIN AYUB
Markaz Tarbiyah PAS Pusat,
Lorong Haji Hassan, Off Jalan Batu Geliga,
Taman Melewar, 68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.

Kepada :


KETUA POLIS SELANGOR
Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor,
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

ADUAN POLIS MENGENAI KENYATAAN YANG ARIF HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN, DATO` ABDUL HAMID MOHAMED DI DALAM PENGHAKIMAN BERTULISNYA YANG BOLEH DITAFSIR SEBAGAI MENGHINA DAN MEMPERLECEH AJARAN ISLAM KHUSUSNYA SUNNAH RASULULLAH S.A.W PADA 13 JULAI 2006

Saya Salahuddin Ayub nombor kad pengenalan 660110-10-5203 (no. k/p pelapor) di alamat Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Lorong Haji Hassan, Off Jalan Batu Geliga, Taman Melewar, 68100 Batu Caves, Selangor, pekerjaan sendiri, berbangsa Melayu dan beragama Islam selaku mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat, dengan ini mengemukakan aduan polis seperti mengikut kata-kata aduan berikut:

Pada 14 Julai 2007, bertempat Shah Alam , saya telah melayari laman web THE MALAYSIAN BAR dan membaca laporan bertajuk “The Serban Case: Full Judgment delivered by Datuk Abdul Hamid Mohamad FCJ’’ . Dimana didalamya telah memuatkan teks penghakiman penuh Dato’ Abdul Hamid Bin Hj Mohamad, Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia di dalam kes Permohonan Sivil No. 01-3-2005(N) antara Meor Atiqulrahman bin Ishak dan dua lagi lawan Fatimah binti Sihi dan dua lagi.

Kami berpendapat, berasaskan kepada laporan Hakim, diantara perkara-perkara yang dinyatakan adalah ;

``The next question is whether the wearing of turban by boys of the age of the Appellants is a practice of the religion of Islam. Islam is not about turban and beard. The pagan Arabs, including Abu Jahl, wore turbans and kept beards. It was quite natural for the Prophet (P.B.U.H.), born into the community and grew up in it, to do the same. As it was not repugnant to the teaching of Islam, he continued to do so.”

‘‘Soalnya ialah sama ada pemakaian serban oleh kanak-kanak lelaki sebaya usia perayu (dalam kes ini) merupakan satu amalan dalam agama Islam. Islam bukan sekadar memakai serban dan berjanggut. Arab jahiliah, termasuk Abu Jahal, memakai serban dan berjanggut. Tidak hairanlah bagi Rasulullah yang lahir dan membesar dalam masyarakat itu, berbuat demikian. Tambahan pula ia tidak bertentangan dengan Islam maka Nabi memakainya”

``Turbans were (and are) not only worn by Arabs.

Other peoples, living in the desert or semi-desert areas, e.g. the Afghans and Persians wore/wear them too. Indeed, anybody who goes to Mecca will immediately realize that a piece of cloth, by whatever name it is called, to cover his head and face from the heat, the dryness and the dust, is most useful. Nowadays, the turbans, distinguished by their designs and the way they are tied or worn, symbolize the nationality of the persons wearing them e.g. whether they are Saudis, Sudanese, Afghans, Omanis, etc.


The turban has become part of the national dress of those countries.”

“Katanya, serban bukan hanya dipakai oleh orang Arab.

Orang lain yang tinggal di padang pasir seperti kaum Afghan dan Parsi juga memakai serban. Malah, sesiapa sahaja yang pergi ke Mekah akan dapati bahawa sehelai kain, biar atas nama apa sekalipun untuk menutup kepala dan muka daripada panas matahari, cuaca kering dan debu, amat berguna. Sekarang ini, berdasarkan reka bentuk dan cara memakainya, serban melambangkan bangsa pemakainya, umpamanya sama ada mereka itu orang Arab Saudi, Afghan, dari Sudan, dari Oman dan sebagainya. Serban telah menjadi sebahagian daripada pakaian rasmi negara ini.”

‘’In Malaysia, until 1960’s, the turban worn the way the Appellants wear them, were only worn by “Hajis”, men who had performed the Hajj (pilgrimage). There were few “Hajis” then, one or two in a village. Of course the wearing of turban carried with it a social status, a sign of “alim” (knowledgeable in matters of Islamic religion) and “warak” (piety).

Non-Hajis would not wear them. They would be ashamed to do so. Then came 1970’s and the appearance of “dakwah” (missionary) groups. They distinguished themselves by their dress, the men and their male children wore “jubah” and “serban”. One such organization had been declared unlawful. We saw their top leaders confessing, crying and repenting over television!”


Seterusnya Hakim juga menyatakan, di Malaysia sehingga tahun 60 an, serban sepertimana yang dipakai oleh perayu hanya dipakai oleh ``Pak Haji” yang telah menunaikan Haji di Mekah. Pada masa itu, hanya terdapat seorang dua sahaja ``Pak Haji” di kampong. Sudah tentulah pemakaian serban membawa bersama satu status lambang `kealiman’ (berpengetahuan dalam agama Islam dan “kewarakkan”). Orang yang tidak Haji tidak memakai serban. Mereka berasa malu untuk memakainya.

Hakim tersebut menyatakan lagi, pada tahum 70 an, telah munculnya gerakan – gerakan dakwah. Mereka menunjukkan kelainan diri mereka dengan cara mereka berpakaian, dimana lelaki dan kanak-kanak memakai jubah dan serban. Salah sebuah gerakan dakwah itu telah pun di haramkan. Kita menyaksikan di television, pemimpin utama mereka membuat pengakuan, menangis dan bertaubat.

“It is interesting to note that, even now, very few of our Muftis and hardly any Shari’ah Court Judge wears turban.”.....................

“As far as I can ascertain, the Al-Quran makes no mention about the wearing of turban.” ..............................

“I accept that the Prophet (P.B.U.H.) wore turban. But he also rode a camel, built his house and mosque with clay walls and roof of leaves of date palms and brushed his teeth with the twig of a plant. Does that make the riding a camel a more pious deed than travelling in an aeroplane? Is it preferable to build houses and mosques using the same materials used by the Prophet (P.B.U.H.) and the same architecture adopted by him during his time? In Malaysia, Muslim houses and mosques would leak when it rains!”


Katanya lagi. ‘‘Apa yang turut menarik ialah sehingga sekarang ini pun tidak ramai daripada mufti kita dan hampir tiada hakim Mahkamah Syariah memakai serban,” ......................


daripada apa yang saya dapat pastikan, Al-Quran tidak menyebut mengenai pemakaian serban”..................


Saya tahu bahawa Rasulullah memakai serban. Tetapi baginda juga menunggang unta, membina rumahnya dan masjid daripada tanah liat dan berbumbungkan daun kurma dan menggosok gigi menggunakan sugi.


Adakah itu bermakna bahawa menunggang unta itu satu amalan lebih alim daripada bergerak menaiki kapal terbang?


Wajarkah dipilih bahan dan cara serupa yang digunakan oleh Rasulullah untuk membina rumah dan masjid seperti di zaman baginda? Di Malaysia, kalau ini dilakukan, rumah dan masjid orang Islam akan bocor bila hujan.”

Sebagai umat Islam, saya berasa amat kesal diatas penghakiman tersebut yang jauh tersasar dari kontek ajaran Islam sebenar, apatah lagi ianya merupakan keputusan Mahkamah tertinggi di Negara ini, yang mana keputusan ini bakal memberikan implikasi yang besar terhadap perkembangan Islam selaku agama bagi Persekutuan.(Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan)

Penghakiman tersebut juga mempunyai kecenderungan:

1) Memberikan gambaran dan perspektif yang salah terhadap kedudukan sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan amalan pemakaian serban menurut ajaran Islam.

2) Merendahkan, menghina, memperlecehkan dan memperolokkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan amalan pemakaian serban (contohnya mengaitkan kelompok gerakan yang sesat dengan pemakaian serban).

Perbuatan sedemikian bukan sahaja jelas bertentangan dengan ajaran Islam, bahkan secara secara khusus, melanggar peruntukkan-peruntukkan didalam Akta-Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang berkuatkuasa di Negeri-negeri di Malaysia. Terutamanya berkaitan dengan penghinaan terhadap Sunnah Nabi s.a.w.

Meskipun kami menyanjungi prinsip kebebasan kehakiman, namun kami juga tidak boleh menerima bahawa seseorang Hakim adalah kebal dan boleh menyatakan apa sahaja yang beliau suka khususnya dalam perkara yang menyentuh ajaran Islam.

Kami menghormati keputusan Mahkamah tersebut namun Hakim sepatutnya lebih berhati-hati dan mengambil kira hati dan perasaan umat Islam yang membaca penghakiman tersebut apatah lagi kes ini adalah kes yang mendapat perhatian ramai

Adalah satu yang malang Hakim tersebut bercakap seolah-olah beliau sebagai orang yang kononnya pakar dalam ajaran Islam tanpa mengambil kira bahawa di dalam kes tersebut terdapat keterangan pakar agama yang telah memberikan keterangan berhubung kemuliaan pemakaian serban menurut ajaran Islam.

Justeru, pihak kami menggesa pihak tuan melakukan siasatan segera terhadap perkara ini, demi menjamin kesucian ajaran Islam terus terpelihara. Sekiranya hal ini dibiarkan begitu sahaja, tidak mustahil akan lebih ramai lagi pihak tertentu mengambil kesempatan menghina dan merendahkan ajaran Islam sehingga dibimbangi akan mencetuskan huru-hara di Negara ini.

Sekian sahaja laporan ini.

Bersama-sama ini dilampirkan beberapa keratan akhbar berkaitan.

Pengadu,

SALAHUDDIN AYUB


DEMONSTRASI NYATAKAN SOKONGAN KEPADA PALESTIN DI SELURUH NEGARA JUMAAT INI - PRESIDEN PAS


MELAKA, 17 Julai - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan seluruh Badan Perhubungan PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan mengadakan Demo menyatakan sokongan kepada Umat Islam Palestin dan Lubnan pada hari Jumaat ini. Arahan ini dipetik dari Harakahdaily hari ini.

Sementara itu Presiden PAS juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Hizbullah dan Hamas kerana membangkitkan semangat umat Islam menentang keganasan Israel selepas mereka dikecewakan oleh kerajaan sekular di negara masing-masing.

Dalam kenyataan medianya sebentar tadi beliau berkata, PAS bersama dengan seluruh gerakan Islam sedunia memberikan sokongan padu kepada Hizbullah di Lubnan dan Hamas di Palestin yang bangkit berjihad menentang Israel.

"Insya Allah PAS dan gerakan Islam lain akan guna saluran politik dan berusaha dengan apa bentuk yang mampu dihulurkan untuk memberikan sokongan moral sekurang-kurangnya kepada saudara-saudara kita di Palestin dan Lubnan" ujar beliau.

Katanya, PAS mengharapkan peristiwa yang berlaku di Lubnan dan Palestin sebagai satu kebangkitan baru kepada umat Islam setelah mereka dizalimi dengan begitu rupa, khususnya dunia Barat tidak menerima gerakan Islam yang menang dalam pilihan raya melalui proses demokrasi.

Presiden PAS menegaskan. konflik terbaru di Asia Barat merupakan agenda Israel, pertamanya, untuk menggulingkan kerajaan Hamas yang menang dalam pilihan raya, setelah Hamas tidak dibantu oleh negara-negara OIC khususnya Liga Arab.

"Kedua, Israel berusaha untuk melucutkan kekuatan persenjataan Hizbullah dengan mencetus pergolakan politik di Lubnan.

"Kita mengharapkan kedua-dua agenda Israel ini gagal," tegas beliau.

Mengulas mengenai dakwaan Amerika Syarikat dan Israel bahawa Hizbullah dan Hamas mandat bantuan Iran dan Syria, Presiden PAS menegaskan bahawa Israel terlebih dahulu mendapat bantuan daripada Amerika, Britain, Perancis dan beberapa negara Barat yang lain.

Tegasnya, "Tidak salah Iran atau Syria membantu Hizbullah dan Hamas. Bahkan wajib semua negara umat Islam membantu, jika tidak, menurut hukum Islam mereka akan menanggung dosa."

Menurut Ustaz Hadi, PAS melihat berlaku perbezaan ketara di antara pendapat umum umat Islam berbanding kerajaan umat Islam yang diterajui oleh golongan sekular.

"Umat Islam sedunia bersama-sama dengan Hizbullah dan Hamas, adapun kerajaan mereka berada dalam ketakutan dan terpinga-pinga.

"Kita mengharapkan kerajaan negara OIC, khususnya Liga Arab supaya bangkit dari tidur sebelum mereka dibangkitkan oleh rakyat masing-masing," tegasnya.

Sehubungan dengan itu, Presiden PAS mengarahkan Badan Perhubungan PAS negeri-negeri menggerakkan semua ahli PAS di seluruh negara, supaya melakukan solat hajat dengan qunut nazilah memohon pertolongan Allah khusus untuk saudara seislam di Palestin, Lubnan dan lain-lain.

Sumber : Harakahdaily.


HADAPKAN ISRAEL KE MAHKAMAH ANTARABANGSA - HJ SALAMAT





BUKIT KATIL, 17 Julai - Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menggesa pihak-puhak berwajib supaya menyeret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa(ICJ) atas tindakannya menyerang Lebanon dan Palestin serta membunuh rakyat yang tidak berdosa. Tindakan ini penting untuk diputuskan segera berhubung keangkuhan Israel yang menyerang negara berdaulat tanpa alasan yang munasabah.

Selain itu Malaysia selaku pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mestilah mengambil tindakan serta merta untuk menghentikan serangan tersebut. Tindakan amarab mesti dilakukan segera. Malah jika Israel berdegil juga OIC mesti mengambil tindakan lebih drastik umpamanya menghentikan penjualan minyak kepada Israel dans sekutu-sekutunya iaitu Amerika, Britain dan Perancis.

"Memandangkan sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat telah menggunakan kuasa veto untuk membatalkan keputusan Majlis Keselamatan PBB untuk mengecam serangan Israel terhadap rakyat Lubnan, maka Malaysia perlu membantu dengan membawa kes serangan itu ke ICJ untuk menghentikan segera serangan Israel itu," kata Ketua DPP Kawasan Hj Salamat Aman pagi ini.

"Selain itu OIC dan NAM juga mesti berani mengambil tindakan susulan seperti memutuskan hubungan diplomatil, ekonomi dan penjualan minyak bagi negara-negara yang ada minyak." tambah Hj Salamat.

"DPP Kawasan juga menggesa negara OIC mempersiapkan kekuatan ketenteraan untuk memberi amaran kepada Israel. Jika usaha-usaha lain tidak diendahkan oleh Israel. Sudah sampai masanya kita bertindak secara kekerasan kerana sudah puluhan ribu umat Islam di bunuh dan di sembelih oleh Israel" tegas Hj Salamat lagi.

Serangan Israel itu bermula Rabu lepas apabila pejuang Hizbullah yang berpengkalan di Lubnan dilaporkan menahan dua tentera Israel.

Tindakan rejim Zionis menggempur Lubnan itu telah membunuh puluhan orang awam di samping menyebabkan wilayah tersebut terputus hubungan dengan dunia luar.

Sekalipun beberapa kuasa besar seperti Rusia mengecam tindakan rejim Zionis tersebut, Amerika Syarikat dilapor menyifatkan serangan yang dilakukan Israel itu sebagai tindakan mempertahankan diri.

Pengerusi OIC yang juga Perdana Menteri Malaysia, Al-Badawi sebelum ini dikecam hebat kerana langsung tidak prihatin dengan pembunuhan umat Islam di Palestin dan Lebanon. Sehingga kinipun beliau masih belum mengumumkan tindakan sewajarnya yang bakal di ambil keatas Israel.

"Pengerusi OIC dan Imam Al-Hadhari ini seolah-olah seperti kerbau yang di cucuk hidung yang boleh ditarik ke hulu ke hilir oleh tuannya iaitu Amerika" sindir Hj Salamat dengan sinis.

Imam Al-Badawi yang dilaporkan telah kembali ke tanahair Sabtu lalu selepas bercuti diluar negeri. Di saat umat Islam di ratah di Asia Barat beliau dengan senang lenang bercuti dan bersuka ria.

Inilah sifat pemimpin Islam Hadhari.


PEMUDA PAS MELAKA BUAT LAPORAN POLIS TENTANG KES SERBAN


MELAKA, 17 Julai - Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka telah membuat laporan polis Sabtu lalu mengenai kenyataan Hakim Mahkamah Persekutuan, Dato' Abdul Hamid Mohamad dalam penghakiman bertulisnya yang boleh ditafsir sebagai menghina dan memperlecehkan ajaran Islam khususnya sunnah Rasulullah s.a.w.

Laporan tersebut telah dibuat oleh Ketua DPP Negeri Melaka Us. Kamaruddin Sedik di Ibu Pejapat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang pada kira-kira jam 9.00 pagi.

Di dalam laporan itu, Us Kamaruddin selaku pengadu berkata, hujah hakim Abdul Hamid dalam keputusan kes tiga yang dibuang sekolah kerana memakai serban memberi gambaran dan perspektif yang salah terhadap kedudukan sunnah Nabi Muhammad.

Abdul Hamid dalam keputusan kes tiga pelajar berkenaan berhujah bahawa, "soalnya ialah sama ada pemakaian serban oleh kanak-kanak lelaki sebaya usia perayu (dalam kes ini) merupakan satu amalan dalam agama Islam. Islam bukan sekadar memakai serban dan berjanggut. Arab jahiliah termasuk Abu Jahal memakai serban dan berjanggut. Tidak hairanlah bagi Rasulullah yang lahir dan membesarkan dalam masyarakat itu, berbuat demikian. Tambahkan pula ia tidak bertentangan dengan Islam maka Nabi memakainya."

Seterusnya Abdul Hamid juga menyatakan bahawa,"pada tahun 70-an telah muncul gerakan-gerakan dakwah. Mereka menunjukkan kelainan diri mereka dengan cara mereka berpakaian di mana lelaki dan kanak-kanak memakai jubah dan serban. Salah sebuah gerakan dakwah itu telah pun diharamkan. Kita menyaksikan di televisyen, pimpinan utama mereka membuat pengakuan menangis dan bertaubat."

Ketiga-tiga pelajar yang terbabit dalam kes ini adalah Mior Atiqulrahman Ishak, Syed Abdullah Khaliq Aslamy Syed Ahmad johari dan adiknya Syed Ahmad Syakur.

Dewan Pemuda Negeri amat kesal dengan hujah hakim berkenaan yang tidak sepatutnya dikeluarkan kerana cenderung ke arah memperlecehkan dan memperolokkan sunah Nabi dengan amalan pemakaian serban misalnya mengaitkan kelompok gerakan yang sesat dengan pemakaian serban.

Turut serta mengiringi Us Kamaruddin semasa membuat laporan tersebut ialah AJK Dewan Pemuda PAS Negeri, pimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan dan beberapa orang ahli pemuda PAS.


DEMI UNTUK PERTAHANKAN PAK LAH, SURAT RAHSIA PUN BOLEH BERTUKAR STATUS JADI TIDAK RAHSIA


Undang-undang pun boleh dilanggar dan ditukar status demi untuk menyelamatkan orang yang berkuasa. Semalam kita dikejutkan dengan tersiarnya surat RAHSIA KERAJAAN berkenaan isu jambatan bengkok. Jika tidak sebelum ini sudah pasti orang yang membocorkan surat rahsia ini sudah pasti di dakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Tetapi kali ini kerajaan sendiri yang melanggar undang-undang ini demi untuk menyelamatkan seorang yang sedang berkuasa tetapi sedang 'kepanasan.'

Kerajaan menyiarkan kandungan sepenuhnya surat-menyurat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong berhubung cadangan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

Salinan empat surat itu, dua yang ditandatangani oleh Dr Mahathir dan dua lagi oleh Goh. Semalam kerajaan menarik balik klasifikasi rahsia bagi dokumen-dokumen tersebut bagi menangkis dakwaan Dr Mahathir berhubung keputusannya pada 12 April untuk membatalkan projek itu.

Salinan empat surat itu, dua yang ditandatangani oleh Dr Mahathir dan dua lagi oleh Goh, kini dapat dibaca dalam portal berita Bernama di bawah tajuk "Correspondence between Tun Dr Mahathir and former Singapore Prime Ministers".

Bekas Perdana Menteri itu antara lain, mendakwa, kerajaan Singapura bersetuju dengan cadangan Malaysia membina sebuah jambatan bengkok, dan Malaysia menawarkan rundingan penjualan pasir dan penggunaan ruang udaranya kepada jet pejuang Singapura.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri semalam, ini merupakan kedua kalinya dalam sejarah negara dokumen-dokumen yang diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) disiarkan kepada umum, bagi menjelaskan kedudukan sebenar dan membolehkan rakyat Malaysia faham mengenai keputusan kerajaan membatalkan projek itu.

Menurutnya rundingan berhubung perbincangan dengan Singapura mengenai isu ruang udara bukannya baru dan tidak dicetuskan oleh kerajaan sekarang pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut laporan Bernama, Dr Mahathir selaku perdana menteri ketika itu telah memasukkan isu itu sebagai satu pertukaran dan sebagai sebahagian pakej isu-isu untuk diselesaikan bersama Singapura dalam rundingan dari 1998 ke 2002.

Ini terkandung dalam surat Dr Mahathir kepada Lee selaku Menteri Kanan pada 4 Mac 2002, dan isu yang sama dibangkitkan oleh Goh pada 1 Mac 2005.

Ini menolak dakwaan Dr Mahathir kononnya pentadbiran sekaranglah yang menawarkan ruang udara kepada pesawat Tentera Udara Singapura.

Isu rundingan


Penjualan pasir kepada Singapura dibangkitkan oleh republik itu dalam pertemuan antara Abdullah dan Goh pada 1 Mac 2005, sekaligus menolak tanggapan yang kerajaan menjadikan isu itu untuk dirundingkan.

Kandungan surat-surat yang disiarkan hari ini menunjukkan bahawa dalam sepucuk surat kepada Goh bertarikh 7 Okt 2002, Dr Mahathir secara bersendirian menamatkan rundingan yang berdasarkan pakej dengan Singapura, dengan berkata Malaysia telah membuat keputusan untuk memberikan keutamaan tertinggi untuk menyelesaikan dahulu isu air yang telah lama tertangguh.

Dalam jawapannya pada 14 Oktober Goh memberitahu Dr Mahathir bahawa oleh kerana beliau mahu menangani isu air secara berasingan dan mahu menghentikan pendekatan secara pakej itu, pertukaran-pertukaran ini tidak lagi mungkin dapat dicapai.

"Oleh kerana rundingan secara pakej ini sudah ditamatkan, saya telah mengarahkan pegawai-pegawai saya menangani isu air dan isu lain secara tersendiri dan berasingan, berdasarkan merit masing-masing, dan tidak lagi sebagai satu pakej," kata Goh dalam surat itu.

Kenyataan Jabatan Perdana Menteri itu juga berkata Pejabat Peguam Negara telah menasihatkan supaya Malaysia tidak meneruskan tindakan membina sendiri jambatan itu tanpa mematuhi kehendak undang-undang.

Halangan utama terhadap pembinaan jambatan bengkok melibatkan tindakan meroboh Tambak Johor di bahagian Malaysia dan ini akan memberi kesan secara langsung kepada paip air milik Public Utilities Board (PUB) Singapura.

Berdasarkan Perjanjian Air Johor-Singapura 1961 dan 1962, Malaysia perlu mendapatkan kelulusan PUB berhubung sebarang perubahan kepada paip air itu akibat daripada pembinaan jambatan.

Kerajaan telah menjelaskan bahawa keputusannya adalah keputusan politik, berdasarkan sentimen, kedaulatan dan integriti rakyat Malaysia, kata kenyataan itu.


KES MURTAD AZLINA JELANI (LINA JOY) & KELEMAHAN SISTEM PERUNDANGAN:IMPLIKASI TERHADAP MASA DEPAN ISLAM & MELAYU DI MALAYSIA


Fakta yang terkandung dalam tulisan ini diringkaskan berdasarkan daripada (1) kupasan kes Murtad Azlina Jelani (Lina Joy) yang dibincang dihadapan peguam-peguam Islam Malaysia & organisasi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) yang hadir pada taklimat pada 12-Julai-2006 di Bilik Mesyuarat Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, serta, (2) berdasarkan kupasan kes yang telah dibentang & dibincangkan bersama Saudara Zulkifli Nordin pada 09-Julai-2006 di Surau As Sakinah Taman TTDi Jaya, Shah Alam.

Program selanjutnya untuk kupasan serta pelan tindakan akan diadakan pada;

1. Jumaat 14-Julai-2006, 07.45pm di Masjid Ibtisam Taman TTDI Jaya, ulasan oleh Peguam Zulkifli Nordin, persediaan & Perancangan sedang dijalankan dengan rapi.

2. Ahad 16-Julai-2006, 02.30pm di Anjung Rahmat, Ibu Pejabat ABIM Jalan Gombak untuk merangkan pelan strategi oleh seluruh NGO & organisasi Muslim & Malaysia.

3. Kehadiran untuk kedua program diharapkan sepenuhnya & menjadi fardhu kifayah untuk bertindak.


LATAR BELAKANG

1. Bangsa Melayu khususnya di Malaysia, adalah satu-satunya bangsa di dunia yang mengguna pakai definisi yang jelas di dalam perlembagaan untuk mentakrifkan definisi perkataan Melayu serta skop yang terlibat.

2. Tidak ada definisi yang sama dibuat untuk mana-mana bangsa lain, di Malaysia atau di dunia.

3. 3 faktor yang telah dipersetujui di dalam mengdefinisikan perkataan Melayu, iaitu;
Bercakap Melayu
Beramal dengan budaya Melayu

4. Istilah Melayu di Malaysia dijelaskan sebagai seorang yang penganut agama Islam, dan Islam & Melayu pada dasarnya mengikut definisi perlembagaan sama sekali tidak boleh dipisahkan.

5. Perkara ini diletakkan dengan jelas di dalam perlembagaan dan menjadi suatu undang-undang di Malaysia untuk Melayu tidak dibenarkan meninggalkan Islam, dan Melayu dan bangsa lain yang menganut agama Islam adalah tertakluk di bawah syariat Islam & perundangan Mahkamah Syariah di Malaysia.


AZLINA JAILANI @ LINA JOY?

1. Nama asal: Azlina Jelani, pernah ditukar kepada Azlina Lelani, dan sekarang berdaftar sebagai Lina Joy untuk menafikan nama Islam yang terdahulu.

2. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun.

3. Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.

4. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.


FAKTA KES

1. Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam.

2. Beliau berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengn permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara. (untuk rekod; sebanyak lebih daripada 250,000 kes yang sama menanti di JPN untuk menukar agama, kenyataan & kajian Muti Perak).

3. Permohonan sejak tahun 2000 untuk buang perkatan Islam tetapi tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan beliau keluar Islam.

4. Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak mengbenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.

5. Permohonan bermula di Mahkamah Magistrate, dibawa ke Mahkamah Tinggi, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 13-April-2006, dan semuanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah.

6. Setelah semuanya tidak berjaya, kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan oleh barisan pembela kepada Lina Joy.

7. Pada awalnya ketiga Hakim yang mendengar kes. Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-mullim) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan, HINGGALAH Majlis Peguam yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh Hakim yang terlibat.

8. Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.

9. Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

10. Isu Mahkamah Syariah sudah tidak releven pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.

11. Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per say, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.

12. Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia attempt yang sebegitu berani yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut untuk menguraikan ikatan Islam mengikut kepahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.


IMPLIKASI DARI DEFINISI "INDIVIDU"

1. Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan.

2. Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya;
Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa.
Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya.
Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan undang Syariah sudah tidak relevent.
a. Sebagai contoh, solah boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solah yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi “bukan Islam” pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.
b. Semua badan-badan Islam tidak relebvent lagi dalam perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara individu diperjuangkan.
Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama.
Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam.
Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solah, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan.


MENGAPA KES LINA JOY?

1. Kes Lina Joy mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng untuk mempertahankan Islam di mana-mana sahaja.

2. Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11” yang pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan mereka untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir.

3. Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sister-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin-pemimpin negara yang bergama Islam.

4. Kes Lina Joy adalah attempt yang akan memberikan impact yang amat besar yang mana ia mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, samaada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya.

5. Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan.

6. Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar didunia menghantar wakil untuk memberikan pressure yang besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang AMAT LEMAH untuk membela aqidah seorang rakyat Islam.

7. www.becketfund.com menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya dianggotao oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia.

8. Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuun untuk memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy, antaranya;
Majlis Peguam (Bar Council)
Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Budha & Sikh.
Malaysian Women Power Organization
National Council of Women Organization
All Women Action Society
Sister in Islam
Women Health Organization
Women Council of Change
Women Developmen for Change
Pergerakan Hak Asasi Rakyat Malaysia (Suaram)


9. Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy di dalam mengakhiri kes itu menyebut;

“…it is time that we must knock into the heads of Malay that our country Malaysia is never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia Islam is just a sub-sivilience to constitution…”


TINDAKAN SEGERA

Memandangkan kes ini hanya mempunyai tempoh 6 minggu sebelum diputuskan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya dari tarikh 04-Julai-2006, maka tindakan segera telah diputuskan untuk diambil oleh segenap lapisan masyarakat Islam, antara keputusan jangka masa pendek yang telah dicadang dan dipersetujui akan diusahakan secepat mungkin adalah;

1. Penubuhan segera kumpulan Peguam Pembela Islam (PPI) yang diketuai oleh Peguam Zainur Zakaria, untuk melakukan protes kepada Majlis Peguam di atas keputusan beberapa Eksekutif Committee untuk menyokong kes Lina Joy;
Isu secara langsung seolahnya menunjukkan seolahnya Majlis Peguam lah yang menjadi dalang utama kes ini setelah mereka menyatakan sokongan penuh kepada kes Lina Joy di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, sedangkan tidak pernah mendapat mandate tersebut daripada badan dan ahli Majlis Peguam yang dilantik.
Majlis Peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani & kurang ajar pelbagai pertubuhan NGO bukan Islam untuk mengajar orang-orang Islam untuk bagaimana mengamalkan Islam di Malaysia.
Suatu EGM akan diadakan segera untuk membantah dengan mendapat tandatangan lebih 200 peguam Islam yang hadir dalam perjumapaan 12-Julai-2006 untuk menghalang Majlis Peguam daripada menyebelahi Lina Joy dalam kes beliau.
Antara ahli jawatankuasa yang dilantik adalah;
Dato Dr Zaiton Osman
Dato Abu Zahar
Dato Ainuddin
Zulkifli Nordin
Tuan Haji Mohd Buruk
Pak Wan Chik Marican, Peguambela bagi Pihak Negara
Baharuddin
Sabki Yusuf
Radhi, Setiausaha NGO Melayu
Zainddin Ismail
Kamar Ainiah
Zainur Ridaun
Shamsuriya
Azril Abim
Raja Mustafa

2. Suatu website diwujudkan segera untuk menjadi rujukan kepada fakta kepada kes ini. www.peguampembelaislam.com atau www.peguampembelaislam.org, yang akan diputuskan segera mengikut kesesuaian.

3. Suatu Press Statement akan dikeluarkan oleh Peguam Pembela Islam untuk mendesak semua pihak yang terlibat untuk menghormati undang-undang dan menafikan penglibatan Majlis Peguam di dalam membela kes Lina Joy.

4. Perjumpaan oleh semua gabungan NGO Islam & Melayu untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan Peguam Pembela Islam serta menyebarkan kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang isu ini.

Kes ini ada kes yang menjadi perhatian dunia, sedangkan di Malaysia kes ini disorokkan oleh pihak media tempatan atas alasan faktor keselamatan dan sebagainya.

Umat Islam di Malaysia dari apa jua kefahaman politik dan bangsa langsung tidak sedar tentang apa yang berlaku.

Majlis tersebut akan diselia oleh ABIM yang akan diadakan di Ibu Pejabat ABIM, Anjung Rahmat, Jalan Gombak pada 16-July-2006, Jam 2.30pm. Semua dijemput hadir

5. Press Statement yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie, Dato Zaiton Osman pada Jumaat 07-July-2006 langusng tidak dikeluarkan oleh mana-mana media di Malaysia.

6. Mesej akan disampaikan melalui mimbar khutbah Jumaat pada minggu hadapan atas kebenaran daripada pihak yang terlibat.

7. Paling kurang 100,000 artikel akan dicetak dan diedarkan dengan tujuan untuk menyedarkan umat Islam tentang perkara ini dalam bentuk bertulis.

8. Solah Hajat diminta dilaksanakan di segenap peringkat untuk memberi kesedaran dan memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan aqidah Umat Islam di Malaysia, khususnya.

9. Usaha juga akan diteruskan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin negara serta Majlis Raja-Raja tentang implikasi dari sikap tak ambil endah dari kes ini, serta meminta dengan kuasa yang ada pada tangan mereka untuk berusaha menyelamatkan aqidah umat Islam dari terus dimusnahkan.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59