Monday, 10 July 2006

KERUGIAN BANK ISLAM BUKAN DISEBABKAN KES 'SONGLAP' ?


KUALA LUMPUR, 10 Julai -- Kerugian yang dialami oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sebanyak RM479.8 juta tahun lepas adalah disebabkan oleh pengurusan kredit yang lemah dalam operasi luar pesisirnya di Labuan, dan bukan oleh sebarang kes 'songlap'. Demikian kata Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dr Hilmi Yahya.

Beliau berkata kerugian itu merupakan satu perkara yang terpencil dan tidak melibatkan operasi dalam negeri bank itu, yang masih mencatatkan keuntungan dalam tahun berkenaan.

"Dengan perubahan yang dibuat pada peringkat pengurusan bank itu di Labuan dan di Semenanjung Malaysia, kerajaan yakin bahawa keadaan seperti ini tidak akan berulang," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Abd Muttalib (BN-Maran) di Dewan rakyat Isnin.

Ekoran dari kerugian yang dialami itu, katanya bank berkenaan mengambil langkah memperkukuhkan urus tadbir korporat bank serta kerangka pengurusan risiko dan kreditnya di Labuan.

Menjawab soalan asal Datuk Raja Ahmad Zainuddin Omar (BN-Larut), beliau berkata bank itu turut mendapat suntikan modal dari pemegang saham yang sedia ada serta dari pelabur lain yang berminat memegang ekuitinya.

Menurutnya suntikan modal Dubai Investment Bank dari Emiriyah Arab Bersatu dan Tabung Haji yang secara bersama mewakili 49 peratus keseluruhan modal Bank Islam akan dapat mengatasi masalah kewangan BIMB tahun lepas, di samping membolehkan bank itu menjangka akan memperolehi keuntungan tahun ini.

Dr Hilmi berkata Tabung Haji yang sekarang memegang 39 peratus modal dalam Bank Islam itu juga wajar dibenarkan untuk mengadakan kaunternya di bank itu bagi memudahkan pelanggannya berurusan.

Tetapi yang memusykilkan kita semua ialah adanya dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa terdapatnya hutang lapuk ratusan juta yang tidak di bayar oleh orang yang ada hubungan dengan meneteri. Perkara ini tidak dijelaskan secara terperinci. Selagi kesangsian ini tidak dileraikan selagi itulah rakyat tidak akan berpuashati.


Masyarakat Islam Selatan Thailand Belum Jelas Dasar Parti Islam


NARATHIWAT, 10 Julai -- Masyarakat Islam di selatan Thailand belum bersedia memberi komitmen menyokong sebuah parti berlandaskan Islam di negara itu kerana dasarnya belum jelas.

Anggota Jawatankuasa Majlis Agama Islam Narathiwat, Ismail Haseimi, berkata masyarakat Islam di selatan Thailand ingin melihat dahulu dasar perjuangan Parti Santiparp Thai (Thailand Aman) memandangkan ia ditubuhkan di Bangkok.

"Saya tidak boleh membuat keputusan lagi. Saya mahu lihat dahulu sebelum saya menyertai dan memberi sokongan kepada parti itu," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Pada majlis pelancaran 30 Jun lalu, Parti Santiparp Thai menjelaskan ia merancang bertanding merebut antara 60 dan 70 kerusi parlimen pada pilihan raya akan datang kerana ia mahu menjadi suara politik alternatif bagi Muslim Thailand, terutama kepada penduduk di wilayah selatan.

Setiausaha Agung parti, Mukta Kila, berkata sekitar 40 daripada kerusi itu adalah dalam kawasan di wilayah selatan termasuk wilayah yang bergolak seperti Yala, Pattani dan Narathiwat.

Parti yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya pada Mac lalu, akan diketuai Sombat Tahnaprasert, bekas pelajar di Mesir yang pernah bekerja dalam sektor kejuruteraan di Florida, Amerika Syarikat.

Setakat ini, Ismail berkata, beliau tidak mengenali tokoh yang akan memimpin parti itu dan sistem kepimpinan yang boleh menyakinkan masyarakat Islam di sini menerimanya.

Sebenarnya, kata beliau, fahaman masyarakat Islam di selatan Thailand sukar dinilai kerana ianya tidak menentu.

"Untuk meminta mereka menyokong parti Islam belum pasti lagi kerana cara masyarakat di sini ialah mereka sokong siapa yang baik dengan dia. Setakat pemilihan anggota jawatankuasa majlis agama Islam wilayah sendiripun sudah terdapat tiga kumpulan, inikan pula untuk mengajak mereka menyokong calon parti Islam yang belum mereka kenali," kata Ismail.

Bagi imam wilayah di Pattani, Abdul Somat Hasae, jawatankuasa penaja parti Islam itu sepatutnya memaklumkan dahulu kepada rakyat tentang penubuhannya.

"Mereka perlu turun padang memaklumkan dasar perjuangan yang hendak dibawa kepada rakyat sejelas-jelasnya sebelum ianya ditubuhkan," katanya.

Abdul Somat berkata cadangan penubuhan parti Islam adalah idea "orang Bangkok" dan bukannya masyarakat Islam yang majoritinya tinggal di selatan Thailand.

"Sepatutnya idea itu lahir di sini yang ramai orang Islam, bukannya di sana dan dipimpin oleh mereka yang tinggal di Bangkok, baru dia tahu apa yang dikehendaki dan tidak dikehendaki oleh orang Islam di sini," katanya.


JUAL TUBUH HANYA UNTUK TOP-UP KAD PREPAID





Gambar Hiasan













SEREMBAN 10 JULAI : Nilai maruah seorang remaja perempuan berusia 16 tahun hanyalah kad prabayar telefon bimbitnya. Ini kerana remaja terbabit sanggup menjual tubuhnya untuk mendapatkan wang bagi membeli kad prepaid tersebut. Nampak cerita ini seakan-akan lakonan tetapi itulah hakikat sebenar kejadian yang berlaku sejak beberapa bulan lalu.

Remaja terbabit yang masih belajar di sebuah sekolah menengah di bandar ini, dipercayai menawarkan khidmat seks kepada pelanggan di hotel sekitar negeri ini.

Lebih menjijikkan, dia yang menetap di Sikamat itu mengedarkan sendiri risalah mengenai `perkhidmatannya’ di sekitar kedai dan tempat meletak kereta di Kemayan Square dan Taman AST.

Risalah itu turut disertakan nombor telefon bimbit `bapa ayam’ yang akan berurusan dengan pelanggan berminat mendapat khidmat seks.

Menurut sumber polis, pihaknya menerima aduan daripada orang awam mengenai pengedaran risalah itu kira-kira jam 2 petang.

Sebaik menerima maklumat itu, beberapa anggota Cawangan Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Seremban, segera melakukan penyamaran bagi mendapatkan bukti kegiatan maksiat itu.

“Anggota D7 yang menyamar meminta dua wanita untuk mendapatkan layanan yang dikatakan dalam risalah itu.

“Selepas beberapa kali membuat penawaran, ‘bapa ayam’ itu bersetuju menghantar dua wanita, seorang warga Russia dan seorang lagi remaja tempatan berusia 16 tahun dengan bayaran RM450,” katanya di sini, semalam.

Menurut sumber itu, remaja itu yang ditanya mengenai `perkhidmatannya’ mengakui dia melakukan `kerja’ itu dengan rela.

Malah, dia mengakui sudah melakukan pekerjaan itu sejak beberapa bulan lalu bagi membeli barang keperluan harian dan menambah kad prabayarnya.

“Siasatan mendapati remaja itu akan mendapat RM80 setiap kali memuaskan nafsu pelanggannya.

“Remaja dan wanita warga Russia itu kemudian dihantar ke IPPD Seremban untuk membantu siasatan. Wanita warga Russia itu pula didapati menggunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke negara ini beberapa minggu lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Hasanuddin Hassan, mengesahkan pihaknya menahan seorang remaja dan wanita warga Russia berusia 20-an kerana disyaki terbabit dengan kegiatan maksiat.

Inilah diantara ribuan pelajar-pelajar yang sedang dan telah di asuh oleh sistem pendidikan negara kita yang langsung tidak mempunyai jati diri sebagai seorang muslim. Ini yang dapat ditangkap, bagaimana dengan mereka yang masih bebas melakukan perkara yang sama. Semua ini jelas mencerminkan betapa longgar dan gagalnya sistem pendidikan negara yang hanya mementingkan akademik dan kebendaan sahaja tanpa menekankan aspek keagamaan dan jati diri.

Sumber : Hairan Metro


ALI RUSTAM JANGAN SIBUK BERPOLITIK SAHAJA SEHINGGA PEJABAT PKNM PUN KENA SITA


MELAKA 10 JULAI : Rakyat negeri ini menggesa Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam supaya jangan hanya sibuk berpolitik sahaja sehingga gagal menjalankan tugas sebagai Ketua Menteri dengan berkesan.

Seorang penduduk Taman Merdeka, Hj Salleh Osman, 50 berkata sebagai rakyat Melaka beliau berasa malu dengan isu yang melibatkan Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang disita kerana tidak membayar sewa.

"Ali Rustam sibuk ke sana ke mari menjalankan tugasnya sebagai Naib Presiden Umno sehingga mengabaikan tugas Ketua Menteri yang lebih penting. Imam Al Badawi sepatutnya menggugurkan jawatannya sebagai KM Melaka kerana kegagalan ini" tegas Hj Salleh.

Akhbar Melaka Hari Ini melaporkan bahawa sehari dua ini Ali sibuk melawat Kelantan bagi 'mengajar' Umno Kelantan bagaimana untuk memantapkan Umno di Kelantan.

Seorang lagi rakyat Melaka yang ditemui iaitu Moazzar Mansor yang tinggal di Taman Seri Selendang berkata bahawa beliau sudah lama tidak yakin dengan pemerintahan Ali Rustam yang katanya bukan sahaja tidak tahu memerintah malah bersikap tidak matang dan tidak professional.

"Lihat sahaja kes Ali Rustam berkokok ketika mengacau ceramah Presiden PAS suatu ketika dahulu. Di mana ianya jelas menunjukkan beliau tidak professional dan kebudak-budakkan", jelas Moazzar.

"Poster-poster ceramah pembangkang juga diarahkan supaya dikoyak dan diturunkan oleh kerajaan BN Melaka pimpinan Ali Rustam. Ini juga menunjukkan yang Ali Rustam tidak bersifat anak jantan dan 'memperkosa' demokrasi", tambah Moazzar lagi.

Sementara itu Ali Rustam dilaporkan menyeru UMNO Kelantan supaya meningkatkan jumlah keahlian dan sekali gus mendaftar sebagai pengundi sebagai strategi berkesan menawan negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden UMNO itu juga, berkata, salah satu sebab mengapa UMNO tewas di negeri Kelantan ialah ahli UMNO tidak keluar mengundi.

Sebagai contohnya, katanya, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama dalam Parlimen Kota Bharu tewas 34 undi kepada pembangkang walhal jumlah ahli UMNO yang layak mengundi seramai 2,424 orang.

“Bayangkan betapa ruginya parti kerana kehilangan kerusi dengan kekalahan majoriti yang kecil. Keadaan ini dapat diatasi jika ahli UMNO yang berdaftar sebagai pengundi keluar mengundi untuk memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN).

“Matlamat kita berparti ialah untuk memenangi pilihan raya . Ini adalah kemuncak perjuangan kita. Jika kita gagal, sudah tentu kita tidak dapat membentik kerajaan untuk

Bersungguh-sungguh benar beliau mengajar Umno Kelantan. Ini tak lain hanyalah untuk mengangkat diri sendiri supaya popular.

Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka dalam rangka lawatan kerja dua hari ke sini. Pada sebelah malamnya, beliau mendengar taklimat dan mengadakan petermuan dengan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Bharu dan pada jam 1 pagi mengadakan pertemuan dengan Puteri UMNO seluruh Kelantan di H B Village di Pantai Cahaya Bulan (PCB).


KERAJAAN ISLAM HADHARI BIARKAN 100,000 UMAT ISLAM MURTAD TANPA APA-APA TINDAKAN


Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria membuat kenyataan bahawa kira-kira 100,000 orang Islam di negara termasuk seorang yang bergelar 'ustazah' telah murtad. Sebelum beliau menyatakan jumlahnya lebih besar iaitu 250,000 orang.

Menurutnya, angka mengenai murtad itu diperolehi dari kajian sekumpulan profesional dan intelektual Melayu yang menjalankan kajian mengenai masalah itu pada tahun lepas.

"Terdapat seorang wanita bergelar "ustazah" turut mengetuai kumpulan ribuan mereka yang murtad ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar "Dasar Aparteid Terhadap Wanita Islam di Malaysia: Satu Penilaian" di Kuala Lumpur hari ini.

Pendedahan Harussani mengenai penyelewengan akidah umat Islam di negara ini adalah yang kedua minggu ini selepas mendakwa masyarakat Melayu membelanjakan RM1 bilion setahun untuk minum arak dan RM3 bilion lagi untuk berjudi.

Menurut laporan Bernama, Harussani berkata kumpulan murtad itu turut cuba mendapatkan perhatian daripada beberapa pihak di Amerika Syarikat dengan mendakwa mereka ditindas oleh umat Islam di Malaysia kerana menukar agama.

"Saya dapat maklumat daripada Amerika yang marah kepada saya. Dia ingat saya ini adalah ketua agama di Malaysia dan saya telah menyekat orang Islam yang telah mendaftar masuk Kristian daripada melawat gereja," katanya.

Beliau berkata berikutan itu terdapat masyarakat Amerika yang beranggapan umat Islam Malaysia adalah kalangan yang zalim kerana menyebabkan golongan murtad tidak sanggup secara terbuka mengaku sudah keluar Islam kerana bimbang dibunuh atau dipukul.

Harussani juga memberitahu beliau telah menulis dua memorandum bertajuk "Ancaman-ancaman Terhadap Islam" kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Majlis Raja-Raja pada April lepas bagi memaklumkan gejala murtad itu.

Katanya berikutan itu satu arahan telah dikeluarkan kepada pihak berkuasa agama Islam untuk mengambil tindakan segera, bagaimanapun tiada tindakan susulan diambil kerana badan itu memberi alasan ia hanyalah satu maklumat tanpa bukti.

Beliau bagaimanapun tidak mahu menyatakan nama pihak berkuasa agama itu.
Harussani juga berkata umat Islam Malaysia kian pincang dengan keimanan yang tipis apabila mudah percaya kepada mereka yang mengakui kononnya Rasul atau Tuhan, seperti dalam kes Ayah Pin di Terengganu.

Kesemua usaha melemahkan umat Islam itu, katanya, didalangi oleh musuh Islam untuk mengelirukan pemikiran umat.

"Mereka mewujudkan Islam Liberal. Sampaikan di Indonesia, ada ulama yang telah terpengaruh hingga tergamak mengeluarkan kenyataan perkahwinan lelaki dengan lelaki adalah sah," katanya.

Apa yang dikesalkan ialah apa tindakan kerajaan Islam Hadhari dalam menangani masalah murtad ini. Sehingga kini tidak ada satu pun tindakan serius di ambil oleh Imam Al Badawi. Bila diajukan isu ini pemimpin kerajaan Islam Hadhari sekadar menyatakan bahawa angka tersebut adalah tidak benar dan jumlah sebenar adalah terlalu kecil. Mereka bukannya mahu menyiasat atau mengambil tindakan yang sewajarnya bahkan mereka cuba mengelak dan memandang perkara ini sebagai remeh dan tidak penting.


ITALI JUARA BARU PIALA DUNIA 2006


BERLIN 10 JULAI : Itali berjaya memenangi Piala Dunia 2006 apabila berjaya mengalahkan Perancis 5-3 melalui sepakan penalti awal pagi tadi. Perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 selepas tambahan masa.

Perancis berjaya mendahului Itali 1-0 melalui jaringan penalti Zaneddin Zidane pada awal-awal babak pertama setelah Theirry Henry dijatuhkan dalam kotak penalti. Itali menyamakan kedudukan menjadi 1-1 tidak lama kemudian melalui tandukan Motazzeri berpunca dari tendangan sudut.

Perlawanan akhir kali ini dicemari dengan insiden yang kurang manis apabila Zidane diperintah keluar padang selepas mengasari Motazzeri pada separuh masa kedua. Zidane dengan tidak semena-mena menanduk dada pemain Itali tersebut sehingga Motazzerri jatuh terlentang di atas padang.

Perancis ditimpa malang apabila penyerang simpanan mereka David Trezeguet yang masuk menggantikan Frank Ribery di akhir separuh kedua gagal menyempurnakan sepakan penalti kedua pasukkannya.

Kejuaraan ini merupakan kemenangan Itali kali keempat selepas 1930, 1934 dan 1982.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59