Friday, 7 July 2006

DEMONSTRASI DI KEDUTAAN AMERIKA BERMULA


KUALA LUMPUR, 7 Julai - Wakil kami di Kedutaan Amerika melaporkan bahawa demonstrasi menentang kekejaman Israel di Kedutaan Amerika bermula dengan aman di mana lebih 2,000 orang menyertainya sebaik sahaja selepas solat Jumaat di Masjid Tabung Haji.

Demonstrasi yang bertujuan melahirkan bantahan atas tindakan kejam pengganas-pengganas tentera Israel yang membunuh dan menangkap rakyat dan pemimpin Palestin.

Antara yang menyertai demonstrasi ini ialah Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, dan pimpinan PAS lain iaitu Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Nawawi; Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob, Ahli MPT PKR, Ustaz Dr. Badrul Amin (KeADILan), pimpinan JIM Zaid Kamaruddin (Jim) dan pimpinan Abim.


MENTERI AKUI EKONOMI TERUK JADI PENYEBAB KEPADA PENGANGGURAN TINGGI DI KALANGAN SISWAZAH


KUALA LUMPUR 7 JULAI : Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Stopa Mamat mengakui bahawa keadaan ekonomi negara yang teruk menjadi penyebab kepada kenaikan peratus pengangguran di Malaysia. Sebelum kerajaan seringkali menafikan keadaan ini sebagai penyebab kepada masalah pengangguran yang kian meruncing.

Stopa hari ini berkata bahawa kerajaan akan mengambil langkah untuk menangani masalah siswazah menganggur termasuk dalam bidang kejuruteraan, perniagaan dan perakaunan yang antara lain ada hubungkait dengan keadaan ekonomi dan peluang perniagaan.

Beliau juga menyatakan bahawa masalah itu juga ada kaitan dengan kemahiran yang dimiliki siswazah itu sendiri.

Katanya, semua itu menjadi punca pengangguran di kalangan siswazah dan bukannya kerana keengganan sektor swasta mengambil mereka bekerja.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menangani masalah tersebut.

Menurut laporan Bernama, Mustapa berkata, kerajaan memandang serius masalah siswazah menganggur kerana bukan hanya melibatkan lulusan jurusan tertentu tetapi juga termasuk jurusan kejuruteraan, perniagaan dan perakaunan.

Menurutnya, beliau sedang mengumpulkan angka siswazah mengganggur daripada Kementerian Sumber Manusia, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Jabatan Perangkaan Negara.

"Data ini kena diinterpretasikan dengan betul dan angka ini berubah dari hari ke hari," katanya mengulas kenyataan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Abdul Rahman Bakar bahawa 70 peratus daripada 20,217 siswazah menganggur ialah dari Institusi Pengajian Tinggi Awam, 26 peratus dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan bakinya lepasan universiti luar negara.

Tetapi ada pihak mendakwa jumlah pengangguran sebenar lebih jauh dari angka tersebut bahkan ianya mencecah sehingga lebih 60,000 orang. Ini kerana ramai di kalangan penganggur siswazah ini tidak mendaftarkan diri mereka dengan mana-mana agensi seperti Jabatan Tenaga Rakyat dan sebagainya.

Terdahulu beliau menyampaikan amanat kepada kira-kira 3,000 mahasiswa baru Universiti Malaysia Sabah (UMS) sesi 2006/2007 semalam.

Di samping itu, katanya, kerjasama antara sektor swasta dengan pihak universiti perlu dimantapkan lagi bagi memastikan sebarang kursus baru yang ditawarkan, menepati kehendak pasaran tenaga kerja.

Kita hairan bagaimana kerajaan gagal menangani masalah ini kerana ianya sudah berlarutan bertahun-tahun lamanya. Ianya menjadi semakin meruncing selepas kerajaan membenarkan Universiti dan Koleh Swasta beroperasi bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Ini ditambah lagi dengan ujudnya program berkembar dengan Universiti luar negara.

Sudah jelas kepada kita bahawa kerajaan Islam hadhari yang memerintah sekarang tidak mempunyai perancangan jangka panjang ketika membuat keputusan membenarkan universiti dan kolej swasta beroperasi di negara kita. Kerajaan seolah-olah hanya mementingkan wang ringgit hasil dari cukai dan bayaran yang di buat oleh institusi swasta tersebut.


RIAK-RIAK PILIHANRAYA AWAL SUDAH KELIHATAN


MELAKA 7 JULAI : Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di bawah kementerian Penerangan Malaysia telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Gerak Kerja Pilihanraya selama 3 hari bermula pada 3hb sehingga 5hb Julai 2006 bertempat di Merak Melaka Beach Resort.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Mohamed Amin Salih. Dalam ucapannya beliau menyeru pegawai-pegawai kerajaan dan juga menteri perlu berdiri teguh di belakang kerajaan sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pentadbir kerajaan.

Menurutnya lagi untuk menghadapi pilihanraya umum yang bakal tiba tidak berapa lama lagi, pelbagai program telah direncana supaya BN berjaya mempertahankan kemenangan besar seperti Pilihanraya Umum 2004 lalu.

Bengkel tersebut juga bertujuan merangka format gerakkerja pilihanraya JASA serta membentuk garis piawaian laporan selain membentuk serta melatih pegawai-pegawai baruJASA sebagai urusetia, petugas dan perumus laporan pilihanraya peringkat negeri.

Ketua DPP Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman ketika mengulas perkembangan menyeru seluruh pemuda dalam kawasan Bukit Katil supaya menggerakkan jentera masing-masing bagi menghadapi sebarang kemungkinan Pilihanraya awal diadakan.

"Jangan kita tunggu sehingga saat-saat akhir seperti masa lalu" tegas beliau yang juga Bendahari DPP Negeri Melaka.

"Kita juga akan menyusun semual jentera pilihanraya pemuda di setiap peringkat demi untuk memantapkan gerakerja supaya ia lebih sistematik dan teratur' tambah beliau lagi.

Kemelut politik mutakhir ini seolah-olah memungkinkan lagi pilihanraya awal berlaku kerana kedudukan Al-Badawi yang semakin goyah sekarang selepas di asak bertubi-tubi oleh bekas PM, Tun Mahathir Mohamad.


JANGAN LUPA DEMONSTRASI DI KEDUTAAN US PETANG INI


SAHABAT-SAHABAT JANGAN LUPA UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM DEMONSTRASI DI HADAPAN KEDUTAAN AMERIKA LAKNATULLAH PETANG INI BERMULA SELEPAS SOLAT JUMAAT. KALAU DI PALESTIN SAHABAT-SAHABAT KITA BERHADAPAN DENGAN PELURU, ROKET DAN JET PEJUANG ISRAEL KITA DI MALAYSIA HANYA BERHADAPAN DENGAN FRU DAN SEMBURAN AIRNYA.

KEPADA SAHABAT YANG BERPELUANG DAN BERKESEMPATAN TURUNLAH BERAMAI-RAMAI MENYATAKAN SOKONGAN DAN SIMPATI KITA KEPADA PERJUANGAN SAUDARA KITA DI PALESTIN.

MENTERI DALAM NEGERI PALESTIN TELAH MENGISYTIHARKAN DARURAT DI PALESTIN BAGI MEMPERTAHAN AGAMA, NYAWA, MARUAH DAN NEGARA MEREKA.

APA SUMBANGAN KITA?


DI BAWAH INI SAYA SIARKAN TULISAN SAUDARA ROSLAN SMS UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA :

Mengapa saya akan keluar berdemonstrasi hari ini

Menteri Dalam Negeri kerajaan HAMAS Palestin Saeed Siyam telah mengisytiharkan darurat dan mengeluarkan arahan agar pejuang-pejuang Palestin mempertahankan bumi Palestin dari pencerobohan regim haram Zionis Israel yang sedang berlaku disaat ini di Gaza.

Semalam jurucakap Kementerian Dalam Negeri Palestin mengumumkan:

Because of the continuation of bloodshed and Israels crimes, the minister of interior a few hours ago declared a full state of emergency in the homeland.

He (Seyam) called on all Palestinian security and military services to participate in the moral, national and religious duty to defend our people, and to confront this incursion and cowardly Zionist aggression


Beliau (Seyam) menyeru pejuang dan tentera Palestin agar melaksanakan kewajiban moral, nasional dan aqidah untuk mempertahankan negara dan rakyat dari pencerobohan bacul regim Zionis

Bumi Palestin dihujani saban hari dengan peluru dan bom dari jet dan helikopter tempur serta meriam-meriam Israel yang ditempatkan di sempadan. Hari ini sahaja agensi berita antarabangsa melaporkan 26 orang rakyat Palestin termasuklah penjuang dan kanak-kanak telah meninggal dunia, syahid menghadapi serangan ganas Israel itu.

Rasulullah saw bersabda:

Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan hartanya ia mati syahid, sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan keluarganya ia mati syahid dan sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan agamanya ia mati syahid.


Saya masih teringat semasa wakil HAMAS melawat KL baru-baru ini, beliau menyatakan bahawa penduduk Palestin telah sedia menempah syahid bagi pihak penyokong dan pejuang Islam di luar Palestin. Cuma yang dipinta oleh mereka dari kita adalah doa dan sokongan yang akan menjadi pembakar semangat mereka untuk terus berjuang dan akhirnya membebaskan Masjid al Aqsa dari penjajahan Israel.

Kini bumi para Nabi dan Rasul itu sedang merah dibasahi para syuhada tanpa mengira batas usia. Kita yang sedang membaca tulisan saya ini sudah pasti sedang berada di pejabat atau rumah dengan dipupuk oleh bayu nyaman pendingin udara. Kita mungkin marah dan sedih atas nasib yang menimpa sahabat-sahabat serta saudara-saudara kita itu, tetapi cukupkah sekadar marah dan bersedih.

Ayuh saudara-saudara, kita bukan diseru agar mengangkat senjata, kita bukan diarahkan agar menempuh hujanan peluru dan bom, kita bukan dipaksa menempah syahid tetapi hari ini di Masjid Tabung Haji di KL kita diajak agar beramai-ramai berkumpul selepas solat Jumaat. Ayuh kita berganding bahu menyatakan solidariti dan keasatuan kita untuk memperotes kezaliman dan kebiadapan regim bangsat ini serta pengkitirafan tindakan mereka oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Ayuh kita tinggalkan sebentar keenakkan dunia yang mendodoi kita untuk sama-sama kita menghadapi terik matahari Jumaat untuk menyampaikan mesej kepada dunia bahawa kita umat Islam Malaysia bersatu dan bersedia menghulurkan apa sahaja bantuan dan pertolongan bagi mempertahankan bumi dan rakyat Palestin.

Kerana itu saya tidak sanggup menonton dari jauh, saya tidak tergamak sekadar mendengar laporan kawan-kawan dan membaca undates di laman-laman web. Akan tetapi demi Palestin dan demi Islam saya insyallah akan bersama-sama berprotes terhadap kezaliman taghut Israel itu.


MALANG SUNGGUH PENDUDUK TAMBAK PAYA


TAMBAK PAYA, AYER MOLEK 7 JULAI : Sudah jatuh di timpa tangga. Begitulah nasib penduduk Kg Tambak Paya disini apabila sering di timpa masalah yang tidak putus-putus.

Dua minggu selepas masalah gangguan lalat dihadapi penduduk Kampung Tambak Paya, berpunca dari sebuah pusat ternakan diselesaikan pemiliknya, kini timbul pula gangguan bau bahan kimia yang digunakan untuk membunuh serangga berkenaan.

Gangguan bau sejak dua hari lalu bukan saja merunsingkan penduduk malah dikhuatiri boleh menyebabkan kesan sampingan terhadap kesihatan.

Bagaimanapun, gangguan lalat di kawasan rumah penduduk masih berlaku, tetapi tidak serius berbanding dua minggu lalu.

Seorang penduduk, Goh Ah Meng, 58, berkata masalah bau bahan kimia itu menusuk hidung dan berlaku pada sebelah pagi dan lewat petang.

“Keadaan itu menyebabkan cucu saya yang baru berusia 15 hari sukar bernafas dan saya terpaksa meletakkannya dalam bilik setiap masa.

“Saya mengakui masalah gangguan lalat sudah dapat diatasi selepas Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPH) memberi amaran kepada pemilik pusat ternakan itu.

“Bagaimanapun, saya masih menggunakan perangkap lalat,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Sebuah akhbar harian dua minggu lalu melaporkan penduduk kawasan berkenaan mengadu menghadapi masalah gangguan lalat dan bau najis ayam berpunca dari pusat ternakan komersil yang terletak berhampiran rumah mereka.

Berikutan itu, pemilik pusat ternakan itu memberi jaminan akan menyelesaikan masalah berkenaan secepat mungkin dengan mendapat khidmat nasihat daripada pakar pemusnah serangga.

Sumber : Hairan Metro


CERITA MELAKA : MACAM-MACAM ADA KAT MELAKA


MELAKA 7 JULAI : Melaka memang terkenal dengan pelbagai cerita misteri, sejarah dan kelakar. Suatu waktu dulu kita dikejutkan dengan berita pemimpin negeri ini berkokok bagai ayam jantan ketika mengacau ceramah PAS. Lepas tu timbul cerita Raja Melaka dan macam-macam lagi. Beberapa bulan lepas timbul pula cerita orang kahwin sejenis. Pendek kata macam-macam ada.

Semalam cerita kahwin sejenis timbul semula. Selepas empat tahun menghilangkan diri, sepasang ‘suami isteri’ disyaki sama jantina yang dinikahkan secara sah pada Disember 2002, akhirnya hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Pasangan terbabit menghilangkan diri beberapa hari selepas perkahwinan mereka dan dipercayai bersembunyi di Kuala Lumpur selepas jantina seorang daripada mereka diragui Majlis Agama Islam Melaka (Maim).

Sejak itu, Maim menjalankan gerakan mengesan pasangan berkenaan dan mereka berjaya dikesan awal Mei lalu di Cheras, Kuala Lumpur, melalui maklumat ahli keluarga.

Berikutan itu, Maim menyerahkan waran untuk mereka hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Bagaimanapun, apabila pasangan itu hadir ke mahkamah, perbicaraan tidak dapat dijalankan berikutan Kadi Melaka Tengah, Mohamad Azli Abdul Rahman berkursus di London tiga bulan dan dijangka pulang pertengahan Ogos depan.

Pasangan berkenaan juga sudah melantik peguam, Zulfiqri Zakaria, untuk kes perbicaraan berkenaan yang ditetapkan pada 7 September depan.

Sebelum ini, pasangan `suami isteri’ yang dinikahkan secara sah itu gagal dikesan pihak Pendaftar Mahkamah Syariah hingga menyebabkan perbicaraan `memisahkan’ mereka terpaksa ditangguh dua kali.

Pasangan berusia akhir 30-an itu sepatutnya hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada 20 April lalu bagi mendapatkan perintah farakh atau membatalkan pernikahan kerana bernikah golongan sejenis, tetapi gagal menghadirkan diri.

Mereka dinikahkan Iman Satu Masjid Bukit Cina, Ishak Juki, selepas mematuhi prosedur ditetapkan, termasuk ‘pengantin lelaki’ mendapat pengesahan sidang kampung, manakala majikannya menyatakan `lelaki’ itu bujang dan memiliki kad pengenalan jantina lelaki.

Bagaimanapun, masalah timbul beberapa bulan kemudian apabila Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) enggan mendaftar perkahwinan itu kerana ‘pengantin lelaki’ diragui kelelakiannya.

Perkahwinan sesama jantina itu terbongkar selepas ahli keluarga pasangan perempuan membuat aduan kepada Jaim sebaik mengetahui ‘pengantin lelaki’ adalah wanita.

Harian Metro sebelum ini mendedahkan seorang perempuan berlagak lelaki didakwa mengahwini kaum sejenisnya di negeri ini empat tahun lalu selepas perkahwinannya dengan seorang wanita lain enam tahun lalu berakhir perceraian.

Bagaimanapun, pernikahan kali kedua pada 2002 gagal didaftarkan selepas keluarga ‘pengantin lelaki’ membuat laporan Jaim sebaik mengetahui perkahwinan sesama jantina.

Wanita berkenaan dilahirkan pada 7 Julai 1967 dan diberi nama Mazinah Mohamad, 39, mengahwini pasangannya selepas mendakwa melakukan pembedahan jantina dan menggunakan nama Mohd Sofian Mohamad.

Sumber : Hairan Metro


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59