Monday, 3 July 2006

SYABAS YB AMIRUDDIN


Malam tadi saya berkesempatan menonton rancangan Debat Perdana terbitan RTM 1 yang membicarakan isu-isu berkaitan pertanian dalam RMK 9.

Ahli-ahli Panelnya terdiri dari ADUN Anak Bukit, Hj Amiruddin Hamzah yang juga AJK PAS Pusat, Ahli Parlimen Arau, YBM Dato' Syed Razlan, Ahli Parlimen Kudat Dato' Abdul Rahim Bakri yang juga Pengerusi FAMA dan juga seorang lagi iaitu Pakar Akademik dari UPM.

Dari perbincangan ahli-ahli panel tersebut walaupun ianya tidak panas seperti sesetengah debat sebelum ini, namun keterampilan dan ketokohan ahli panel dari PAS tetap terserlah.

Bermula dengan Dato' Husam Musa yang menjadi antara panel pertama dari PAS yang dijemput oleh RTM sehinggalah kepada YB Amiruddin malam tadi, jelas kepada kita bahawa wakil-wakil PAS lebih rasional, berhujah dengan fakta, sentiasa tenang dan beretika serta sentiasa mendapat sambutan dan tepukan dari penonton.

Begitu juga dengan YB Amiruddin malam tadi, setiap kali soalan diajukan kepada beliau oleh Pengerusi beliau dengan bersahaja dan mudah menjawabnya dengan fakta dan cadangan-cadangan balas yang berpijak di bumi nyata. Beliau juga berjaya mengulas dan memberikan alternatif kepada apa juga masalah yang membelenggu industri pertanian negara.

Sebagai contoh katanya suatu ketika dahulu daerah Sik dan Baling pernah diisytiharkan sebagai daerah Dokong. Tetapi bila terlampau banyak dokong ditanam petani menghadapi masalah pemasaran pula. Ini kerana jelas beliau kerajaan tidak mempunyai perancangan terhadap industri hiliran terhadap buah-buahan dan tanaman-tanaman lain. Inilah juga yang terjadi kepada buah rambutan yang acapkali mereput di atas pokok pada setiap musim.

Beliau dua tiga kali mendapat tepukan dari hadirin yang memenuhi audotorium kerana berjaya menyakinkan penonton dengan hujah-hujah yang penuh dengan fakta dan berhikmah.

Manakala kita lihat acapkali wakil-wakil BN datang untuk berdebat dengan kurang persediaan. Hujah-hujah mereka tidak mempunyai fakta hanya sekadar menyokong rancangan kerajaan tanpa fakta yang jelas.

Syabas Wakil-wakil PAS.


PKNM BANGKRAP?



AYER KEROH: Pejabat Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam disita Mahkamah Tinggi di sini semalam, berikutan kegagalan agensi itu membayar tunggakan hutang lebih RM2 juta.

Selain Pejabat Mohd Ali di Tingkat 11 Bangunan PKNM di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) itu, tujuh lagi tingkat lain milik PKNM termasuk yang menempatkan pejabat pengurus besar, disita.

Arahan sita itu dikeluarkan menerusi surat penghakiman Mahkamah Tinggi yang ditandatangani Timbalan Pendaftar, Elesabet Paya Wan bertarikh 28 Jun 2006.

Surat Mahkamah Tinggi itu mengarahkan PKNM sebagai defendan membayar RM2.23 juta kepada plaintif, Subang Teknik (M) Sdn Bhd dalam tempoh tujuh hari mulai semalam atau semua barangan dalam pejabat yang disita akan dirampas.

Dua bailif Mahkamah Tinggi, Mohd Faishal Sulaiman dan Hamidah Hashim bersama Haja Mydin Abdul Kadir, selaku Pengarah Urusan Melody Jaya Holding Sdn Bhd, iaitu syarikat keselamatan yang bertanggungjawab terhadap keselamatan barangan yang disita mahkamah dan dua peguam plaintif dari Tetuan Lamin & Co Kuala Lumpur, Shahril Lamin dan K Pathmanathan, pergi ke bangunan PKNM semalam.

Mohd Faishal, Hamidah dan Haja Mydin menampal notis sita di semua pejabat PKNM dari tingkat 4 hingga tingkat 11 bersama senarai barangan pejabat yang disita. Tiga lagi tingkat bangunan 11 tingkat itu disewakan.

Pengurus Kanan Pembangunan, Usahawan dan Perniagaan PKNM, Ab Rahim Ibrahim turut menandatangani surat mengesahkan barangan yang disita dari semua pejabat PKNM tetapi usaha pemberita untuk menemuinya tidak berhasil.

Inilah bukti bahawa Kerajaan Islam Hadhari Negeri Melaka memang pandai memerintah. Oleh kerana terlalu pandai pejabat pun kena sita.

Macamana negeri maju agensi yang bertanggungjawab untuk memajukan negeri pun berhutang sehingga 'rumah' sendiri pun tergadai.


SUMBER : BERITA HAIRAN & JASINDAILY


SAMPAI KIAMAT PUN DEB TAK AKAN TERCAPAI - SALAHUDDIN


BUKI BARU 2 JULAI : Ketua DPP Pusat, YB Salahuddin Ayub menyatakan bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak akan di capai sekiranya pemimpin-pemimpin Umno/BN tetap mengamalkan dua perkara yang terbukti menggagalkannya.

Faktor pertama ialah gejala rasuah yang berleluasa di kalangan pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan dan kedua penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam pengagihan projek-projek kerajaan.

'Saya bertanggungjawab dengan apa yang saya katakan. Isu rasuah ini bukanlah isu baru dan ianya jelas terbukti dalam isu AP dan lain-lain' tegas Salahuddin.

'Kalau selama ini rakyat tidak percaya dengan dakwaan pembangkang, tetapi kini dakwaan yang sama di buat oleh bekas PM sendiri iaitu Tun Mahathir', apakah rakyat masih tidak percaya', soal Salahuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Dalam ucapan tersebut, beliau juga menyentuh isu kedurjanaan Israel di Palestin di mana beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia turun untuk berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Amerika Jumaat ini, 7 Julai selepas bersembahyang Jumaat di Masjid Tabung Haji.

Selain Salahuddin juga menyelar sikap bacul kerajaan Islam Hadhari yang gagal mengambil tindakan serius terhadap gejala murtad yang telah 'mengorbankan' 250,000 orang yang Islam yang telah murtad seperti yang dinyatakan oleh Mufti Perak, Dato' Hj Harussani Zakaria.

'Besok pagi, satu kes berkenaan seorang perempuan melayu yang murtad iaitu Lina Joy akan di dengar di Mahkamah di Kuala Lumpur. Kepada sahabat-sahabat yang berkelapangan marilah kita sama-sama meramaikan mahkamah untuk menunjukkan bahawa umat Islam amat peka kepada masalah murtad ini' tegas Salahuddin lagi.

Ceramah tersebut terpaksa ditamatkan lebih awal kerana Salahuddin terpaksa pulang awal ke Kuala Lumpur untuk persediaan menghadiri kes murtad tersebut dan juga menghadiri persidangan Dewan Rakyat sebelah petangnya.

Turut berceramah malam tadi ialah Ketua DPP Negeri Melaka, Us Kamaruddin Sedik.

Ceramah Umum yang julung kali diadakan di Markaz PAS Bukit Baru tersebut telah mendapat sambutan yang hebat dari penduduk setempat. Pada sebelah petangnya satu majlis Hi-Tea telah diadakan di perkarangan Markaz tersebut.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59