Wednesday, 31 May 2006

KHAIRY SEMAKIN GHAIRAH.



Khairy Jamaluddin (KJ) semakin ghairah menaikkan namanya dipersada politik tanahair dan antarabangsa. Beliau begitu licik mengatur program-program tertentu bagi melonjakkan namanya.

Dua program terbaru beliau iaitu Projek Myteam dan Persidangan Makanan Halal sedunia benar-benar digunakan oleh beliau untuk melonjakkan namanya di kalangan rakyat khususnya golongan muda di Malaysia.

Dalam politik pun beliau dilihat lebih bijak mengangkat dirinya sendiri. Dalam Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, beliau dilihat lebih ke hadapan dari Hishamuddin yang sentiasa sibuk dengan tugasnya sebagai Menteri Pelajaran yang sekarang teruk diserang media dalam pelbagai isu.

Dengan kekuatan beliau 'menguasai' bapa mertuanya, Imam Al-Badawi Wal Hadhari serta kekuatan Media yang semuanya dalam gengamannya maka tidak hairanlah musuh politik dalamannya sekarang ini pucat lesi.

Dua pencabarnya iaitu Hishamuddin dan Khir Toyo teruk diserang oleh media mutakhir ini. Hishamuddin hampir setiap hari dihentam oleh TV3 dengan pelbagai isu seperti isu pengangguran graduan pendidikan dan sebagainya. Khir Toyo pula tidak menang tangan untuk menepis isu-isu yang dibongkar oleh media seperti isu alam sekitar, isu tanah, isu kerajaan tempatan dan sebagainya.

Dengan cengkaman dan pengaruh beliau terhadap Imam Al Badawi dan media terutama TV3 dan Kumpulan NST maka amat senang beliau untuk mempopularkan diri sendiri.

Imam Al-Badawi sendiri tanpa segan silu memuji program-program yang dianjurkan oleh menantu kesayangannya.

Contohnya komen Imam Al Badawi bahawa "Pasukan MyTeam berjaya menunjukkan persembahan yang menarik ketika menentang Malaysia kelmarin", seperti yang disiarkan oleh Utusan Malaysia. Komen seolah-olah menjadi inspirasi untuk Khairy untuk bekerja lebih kuat untuk mencapai cita-cita besarnya.

Kita mengingatkan kumpulan Najib-Hisham dan lain-lainnya supaya bersiap sedia untuk dipancung oleh Khairy yang bercita-cita besar untuk menjadi PM sebelum umurnya 40 tahun.

Kaki-kaki bodek pun bersiaplah kamu untuk membodek supaya tetap dipilih untuk menjadi pemimpin Umno dan kerajaan. Kalau Najib menang bodeklah Najib dan sebaliknya kalau Khairy kuat maka 'kipas' lah beliau untuk meneruskan kesinambungan perjuangan untuk membesarkan perut dan bawah perut kamu semua.


PEMUDA BUKIT KATIL DESAK JAIM PANTAU PLAZA MAHKOTA



Gambar Hiasan














BUKIT KATIL 31 MEI : Dewan Pemuda PAS (DPP)Kawasan Bukit Katil, menggesa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membuat pemantauan dengan lebih serius di kawasan Plaza Mahkota berikutan pendedahan demi pendedahan di buat samada oleh media atau orang ramai yang menyatakan bahawa maksiat dan gejala tidak sihat berlaku berleluasa di kawasan tersebut. DPP Bukit Katil juga mengharapkan PDRM supaya lebih serius dalam menangani gejala menghidu gam dan menghisap dadah yang juga berlaku di kawasan tersebut. Selain itu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) juga diharapkan tidak lepas tangan dalam soal ini.

Ketua DPP Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman dalam kenyataannya kepada blog ini pagi ini menyatakan bahawa pihak terbabit seharusnya menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih serius kerana gejala ini sudah lama berlaku di kawasan tersebut, tetapi tindakan yang tegas dan serius tidak di ambil.

"Kita mahu agensi-agensi terbabit supaya jangan hanya sibuk menyaman dan memantau Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan aktiviti-aktiviti PAS sahaja tetapi tanggungjawab sebenar mereka ialah memantau dan mencegah gejala-gejala tidak sihat ini. Ini tidak mereka lebih berminat dan serius untuk menghalang dan memantau program dan aktiviti PAS" kata Hj Salamat dengan kesal.

"Selain itu kerajaan negeri juga jangan hanya pandai bercakap sahaja. Pasukan penguatkuasa JAIM mesti di tambah dan diperkuatkan, ini kerana acapkali bila kita buat aduan JAIM kata tidak cukup anggota untuk bertindak", tambah Salamat yang juga merupakan Bendahari DPP Negeri Melaka.

Akhbar Harian Metro semalam melaporkan bahawa deretan pusat perniagaan di Plaza Mahkota di Bandaraya Melaka yang kosong sejak beberapa tahun lalu kerana tiada penyewa kini menjadi lokasi bohsia dan pelajar menghidu gam dan melakukan maksiat. Tingkat tiga deretan bangunan perniagaan itu turut dijadikan tempat tinggal sementara bagi pelajar yang melarikan diri dari rumah.

Kebanyakan bohsia dan kaki gam ini hanya ke deretan bangunan itu selepas tengah malam untuk tidur manakala pada waktu siangnya dihabiskan dengan bersiar-siar atau melepak di pusat beli belah.

Seorang daripada mereka yang ditemui di kawasan itu mengakui lokasi berkenaan adalah tempat yang selamat daripada gangguan pihak berkuasa atau pencegah maksiat.
Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, keadaan deretan bangunan itu yang banyak kosong memudahkan mereka melarikan diri atau berpindah jika dirasakan kawasan itu tidak selamat untuk didiami.

Tempat ini baik kerana berdekatan dengan pusat beli belah dan pada masa sama bebas untuk melakukan apa saja, katanya yang sering berada di kawasan itu bersama rakan terutama pada hujung minggu.

Menurutnya, dia tinggal bersama keluarga di Telok Mas, di sini, tetapi pada hujung minggu datang ke deretan bangunan itu untuk melepak bersama rakan.
“Ramai juga saya mendapat rakan baru dan kebanyakan adalah di kalangan pelajar perempuan yang lari dari rumah.Mereka ini mudah apabila tiada wang minta rakan lelaki yang baru dikenali belanja,katanya.

Bangunan itu yang dibina pada sekitar akhir 1990-an dipercayai kosong kerana tiada penyewa yang berminat walaupun kadar sewa yang ditawarkan murah.
Ini disebabkan kawasan itu bukan tumpuan ramai walaupun berdekatan dengan pusat beli belah dan pusat tumpuan pelancong.

Antara faktor menyebabkan bangunan itu kosong kerana kebanyakan perniagaan yang dijalankan kurang mendapat sambutan pelanggan.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59