Tuesday, 30 May 2006

PERANGAI PLO/FATAH DI PALESTIN SAMA MACAM SAUDARA MEREKA UMNO/ISLAM HADHARI



KUALA LUMPUR, 30 Mei - Kalau kerajaan Umno/BN Malaysia tidak mengiktiraf kerajaan Terenganu dan Kelantan selepas pilihanraya umum 1999 dahulu maka samalah juga apa yang berlaku terhadap kerajaan Hamas di Palestin yang tidak diiktiraf oleh PLO/Fatah.

Umno/BN pernah melayan kerajaan PAS Terengganu dan Kelantan bagaikan kerajaan buangan apabila wang royalti minyak untuk Terengganu dan peruntukan kerajaan persekutuan di salurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Badan Perhubungan atau Pemimpin Umno Negeri dengan menafikan hak kerajaan negeri.

Ini jugalah yang berlaku kepada kerajaan Hamas Palestin apabila wang bantuan kepada rakyat Palestin diserahkan kepada Mahmoud Abbas bukan kepada kerajaan Hamas yang dipilih secara mutlak oleh rakyat.

Begitulah dengan apa yang berlaku hari ini apabila Menteri Luar Palestin, Mahmoud Zahar delegasi kerajaan Hamas memboikot program diatur kerajaan Malaysia sempena satu persidangan khas Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) setelah Malaysia sebagai tuan rumah persidangan mengiktiraf kehadiran wakil Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Farrouk Khadoumi.

Zahar berkata demikian ketika ditemu bual Harakahdaily selepas pertemuan beliau dengan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa di sebuah restoran di sini.

Turut serta dalam pertemuan itu ialah, Naib-Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Dato' Husam Musa; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dan AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Mengulas lanjut kontroversi tersebut , Zahar menyatakan, beliau kesal tindakan Malaysia sebagai Pengerusi NAM turut menjemput wakil PLO itu malah memberi kesempatan untuk berucap dalam persidangan semalam, sedangkan Farrouk bukanlah wakil kerajaan yang sah.

"Saya adalah Menteri Luar Palestin yang sah, yang dipilih secara sah melalui pilihan raya yang adil. Seharusnya saya yang mewakili kerajaan untuk berucap," katanya.

Zahar yang menyesali tindakan Malaysia itu, bertindak menelefon Ustaz Nasharudin bagi meminta PAS meraikan kehadiran wakil kerajaan Hamas di Kuala Lumpur.

Satu kerja 'biadap'

Sementara itu Mohamad Sabu pula menyifatkan Malaysia sebagai Pengerusi NAM dan juga Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) telah melakukan satu kerja 'biadap' terhadap sebuah kerajaan yang dipilih rakyat.

Perwakilan dari parti yang tak dipilih (Fatah) pula diberi kesempatan untuk berucap sebagai mewakili rakyat Palestin, katanya.

"Kenapa dipangil dia (Farrouk) sedangkan ini (Zahar) adalah wakil rasmi yang patut mewakili kerajaan yang telah secara sah dipilih. Ini sesuatu yang biadap," katanya..

Dalam pada itu Ustaz Nasharudin pula menyatakan bahawa wakil Hamas itu telah meminta untuk bersama PAS setelah kecewa dengan layanan Malaysia selaku tuan rumah persidangan NAM.

"Ini satu penghormatan kepada kita. Tidak kisahlah mereka (Hamas) minta bersama kita dan mereka tidak mahu mengikuti program yang disediakan Malaysia, kita dipihak PAS meraikan tetamu,"katanya.

PAS sendiri tidak faham mengapa Malaysia selaku tuan rumah bertindak sedemikian terhadap wakil rasmi kerajaan Palestin, sebaliknya memberi ruang kepada wakil Fatah yang telah kalah dalam pilihan raya, katanya.

Sebagai Pengerusi NAM, Malaysia tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan baik, katanya.

Dalam pertemuan itu juga, PAS turut membincangkan soal pemberian bantuan kepada Palestin yang telah diusahakannya melalui kutipan derma yang sedang dijalankan.

PAS juga telah menghulurkan sedikit bantuan buat permulaan kepada kerajaan Hamas bagi mengimbangi masalah yang dihadapi rakyat Palestin pimpinan Hamas setelah Amerika Syarikat menggunakan kuasa membuat sekatan ekonomi terhadap Hamas.

Husam yang mewakili kerajaan Kelantan turut menyerahkan wang dinar emas kepada Zahar sebagai simbolik kepada usaha kerajaan Kelantan memperkenalkan dinar emas dalam urus niaga.

Sumber : Harakahdaily


KENALKAH ANDA KEPADA ORANG INI?



Rasa-rasa macam pernah jumpa...tapi di mana ye???

Dipetik dari TauXpe


IKLAN ARAK TAK BOLEH TAPI KILANG ARAK TAK APA



Inilah cara Islam Hadhari untuk menutup kebatilan mereka. Imam Al-Badawi Wal Hadhari ketika menjawab soalan wartawan berkenaan penyiaran iklan arak dalam akhbar New Straits Time berkata bahawa "Iklan minuman keras atau sebarang iklan yang berkaitan minuman keras, tidak sepatutnya disiarkan dalam akhbar New Straits Times."

Tetapi dalam masa Imam Al-Badawi Wal Hadhari ini seolah-olah menutup mata dan hatinya membiarkan kilang Carlsberg tersergam di Shah Alam. Perkara lebih besar dari penyiaran iklan arak di NST.

Janganlah Imam Al-Badawi hendak berdolak-dalik lagi. Iklan tak boleh tapi buat arak boleh. Inilah dasar Islam Hadhari iaitu Islam ada HAD dan ada HARI. Islam hanya diamalkan ada had nya. Arak tak apa, judi boleh tapi Undang-undang Islam tak boleh. Pengamalan Islam ada harinya, iaitu pada hari orang besar mati kena pakai tudung, tiada orang mati tudung pun hilang. Inilah kecelaruan dan kesesatan Islam Hadhari. Ini baru dua tiga perkara banyak lagi perkara pelik tapi ajaib dalam Islam Hadhari ini.

MAKA JAUHILAH WABAK PENYAKIT YANG SANGAT MERBAHAYA INI.


JANGAN TERJEBAK DENGAN GOLONGAN PENYERU KE NERAKA JAHANAM - US NUSURUDDIN DAUD


AYER MOLEK 30 MEI : Ketua Penerangan PAS Kelantan, YB Us Nusuruddin Daud menggesa umat Islam di Malaysia supaya tidak terjebak dan terjerumus bersama-sama dengan golongan penyeru ke arah neraka jahanam yang sekarang sedang berkuasa di dalam negara kita. Beliau berkata demikian pada majlis ceramah di Markaz PAS Bukit Lintang, dekat sini Ahad lalu.

Antara sifat golongan ialah ialah mereka membiarkan sahaja gejala murtad berleluasa di dalam negara ini. Selain golongan ini juga turut bersekongkol dengan kumpulan Artikel 11/IFC yang sedang berusaha untuk menganggu gugat kedaulatan Islam di Malaysia. Antara tuntutan golongan ini kata Us. Nusuruddin ialah mereka menggesa kerajaan supaya melonggarkan undang-undang Malaysia dengan membolehkan anak-anak orang Islam memilih agama masing-masing bila umur mereka mencapai 18 tahun.

"Hati-hatilah dengan golongan penyeru ke arah neraka jahanam ini" kata Us. Nusuruddin ketika mengupas hadith Rasulullah iaitu kisah Huzaifah Ibnu Yaman yang bertanya kepada Rasulullah beberapa soalan yang sangat penting untuk difahami oleh umat Islam masa kini.

Dalam perkembangan berlainan, Us. Nusuruddin menegaskan bahawa kerajaan Islam Kelantan Insya Allah akan dapat dipertahankan walaupun sekarang ini ianya diperintah dengan majoriti satu kerusi.

"Walaupun Umno menawarkan jutaan ringgit kepada wakil-wakil rakyat kami Insya Allah kami tidak akan menjual agama kami dengan wang ringgit yang amat rendah nilainya jika dibandingkan dengan aqidah" tegas beliau yang juga merupakan ADUN Meranti dan Timbalan Speaker DUN Kelantan.

Beliau seterusnya melahirkan keyakinan yang amat tinggi bahawa kerajaan Kelantan akan dapat dipertahankan dalam pilihanraya umum akan datang malah kita akan merampas kembali kerusi-kerusi yang dimenangi Umno sebelum ini.

Rakyat sudah dapat menilai betapa lemah dan zalimnya kerajaan Umno Islam Hadhari sekarang tegas beliau lagi.

Turut berceramah bersama beliau ialah Ketua Dewan Ulama' PAS Melaka, Us. Zulkifli Ismail.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59