Wednesday, 24 May 2006

JANGAN BIMBANG MAT SAID ANDA SUDAH PASTI TIDAK BERSALAH



MELAKA 24 Mei - Seperti yang semua orang tahu rasuah, penyalahgunaan kuasa, kronisme dan nepotisme sudah tidak menjadi kesalahan di dalam Islam Hadhari. Dalilnya sehingga kini dua orang pemimpin Islam Hadhari iaitu Isa Samad dan Amid Nordin masih tidak malu untuk terus memikul amanah sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Walau sebesar mana rasuah dan kesalahan lain ianya tidak menjadi hal asalkan seseorang itu adalah penganut dan pemimpin Islam Hadhari.

Begitulah juga dengan kes Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd. Said Yusof akan hadir memberi penjelasan kepada panel empat menteri Khamis ini berhubung kes meminta Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menutup sebelah mata terhadap import kayu balak dari Indonesia yang melanggar syarat.

Kita tidak hairan jika sekiranya Mat Said hanya diberi amaran atau mungkin diberi tunjuk sebab. Tindakan ini mungkin dilakukan sekadar untuk mengabui mata rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Nazri Tan Sri Aziz berkata, pertemuan di pejabat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya itu dijadual diadakan pada pukul 9 pagi.

Menurutnya, selain beliau dan Najib selaku pengerusi panel, pertemuan dihadiri Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu.

``Kita akan mengadakan perjumpaan untuk melihat perkara itu dengan ahli Parlimen Jasin, kita akan bincang dulu,'' katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks Mahkamah Melaka di sini hari ini.

Mohd. Said menarik perhatian ramai apabila dikatakan meminta kastam supaya menutup sebelah mata terhadap kes rampasan kayu di Pelabuhan Kuala Linggi, Melaka baru-baru ini.

Inilah cerita hindustan yang semua orang dah tau. Pemimpin-pemimpin Islam Hahdari mempunyai imuniti khas. Mereka tidak segan silu melakukan kesalahan demi kesalahan kerana istilah rasuah tiada dalam kamus Islam Hadhari. Kalau adapun tindakan yang diambil hanyalah sekadar untuk mengabui mata rakyat.

Imam Al-Badawi wal Hadhari menggunakan istilah membasmi rasuah dan penyelewengan hanyalah semata-mata untuk menaikkan namanya tetapi hakikatnya tiada tindakan konkrit yang di ambil. Dua orang kuda tua yang penuh dnegan kontroversi masih menjadi ayam tambatan beliau di dalam kabinet Hadharinya.


NAIK TERUS NAIK


KUALA LUMPUR 24 Mei - Minggu lalu rakyat disajikan dengan berita kenaikan harga ayam sebanyak dua kali. Belumpun habis rakyat tersentak dengan dengan kenaikan tersebut, minggu depan rakyat sekali lagi akan menerima berita 'gembira' dengan kenaikan tarif elektrik. Kenaikan tarif ini sudah tentu akan dituruti dengan kenaikan harga barangan keperluan kerana sudah tentu kos pembuatan barangan akan meningkat akibat kenaikan kos elektrik yang terpaksa dihadapi oleh kilang pembuatan barangan tersebut.

Siapa yang menjadi mangsa sudah tentulah rakyat. Setiap kali syarikat korporat mengalami kerugian maka rakyatlah yang menanggung bala.

Media hari ini melaporkan bahawa kerajaan dijangka mengumumkan kenaikan sekurang-kurangnya 10 peratus tarif elektrik esok yang mungkin berkuatkuasa pada bulan depan.

Pengumuman itu akan dibuat dalam satu sidang akhbar khas yang akan diadakan oleh Menteri Air, Tenaga dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik selepas mesyuarat Kabinet hari ini.

Mana mungkin sebarang kenaikan melibatkan tarif elektrik tidak akan membebankan rakyat. Jika inilah tanggapan pemimpin kerajaan maka sudah pastilah pemimpin tersebut adalah pemimpin yang tiada otak atau lebih disifatkan sebagai otak udang.

Antara alasan yang diberikan oleh kerajaan mengapa tarif ini dinaikkan adalah untuk memastikan TNB mampu terus berdaya maju.

Mengikut struktur tarif semasa, purata kadar bayaran bagi keseluruhan kegunaan domestik ialah 23.45 sen bagi setiap 100 kiloWat sejam (kWj) yang pertama.

Mengikut pecahannya, kegunaan 100 kWj yang pertama bagi kediaman ialah 21.8 sen, komersial 27.5 sen dan industri 21.25 sen.

TNB telah mengemukakan kenaikan tarif bagi pengguna yang bil bulanannya melebihi RM33 dan syarikat itu menjamin pengguna daripada kumpulan berpendapatan rendah iaitu 45 peratus daripada 6.2 juta pelanggannya, tidak akan terjejas.

CIMB Securities menganggarkan setiap kenaikan bersih satu peratus dalam harga tenaga akan meningkatkan perolehan sesaham TNB antara tujuh peratus hingga lapan peratus.

Pada 13 April lalu, TNB mencatatkan kerugian ekonomi sebanyak RM1 bilion apabila mengumumkan hasil kewangan bagi tempoh enam bulan berakhir 28 Februari 2006. Jadi nampaknya rakyatlah yang terpaksa menanggung kerugian TNB, bukan TNB sendiri.

Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie dilapor menyatakan, syarikat utiliti itu menghadapi cabaran kenaikan perbelanjaan operasi yang melebihi pertumbuhan permintaan elektrik berikutan lonjakan harga sumber tenaga sedunia.

Katanya, keadaan itu membimbangkan kerana kedudukan kewangan TNB sehingga akhir tahun ini tidak akan dapat dipertahankan jika permintaan supaya tarif elektrik dikaji semula tidak dilayan.

Maka sudah sampailah masanya rakyat mengajar kerajaan Islam Hadhari yang memerintah sekarang supaya lebih prihatin akan masalah rakyat. Isyarat awal yang diberikan oleh rakyat Sarawak dalam Pilihanraya Negeri minggu lepas merupakan suatu langkah bijak yang wajib diikuti oleh seluruh rakyat Malaysia.

Ayuh kita sama-sama berusaha untuk menjatuhkan kerajaan Islam Hadhari dalam pilihanraya umum akan datang. Mulakan langkah dari sekarang.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59