Monday, 22 May 2006

TAIB TERLOPONG



SAMPAI TERLOPONG MULUT TAIB MAHMUD TERKEJUT DENGAN KEPUTUSAN PILIHANRAYA SARAWAK


SYABAS KEPADA CALON PAS DAN PEMBANGKANG DI SARAWAK



Prestasi PAS memberangsangkan

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan syabas dan tahniah kepada calon tunggal PAS, Hj Alem Din yang bertanding di kerusi Beting Maro. Beliau berjaya memperolehi 1,901 undi berbanding 2,796 undi yang diperolehi calon BN, Bolhassan dari PBB.

Jumlah undi yang diperolehi Alem semakin bertambah, berbanding 1,399 yang diperolehi calon PAS, Abang Mas, dalam pilihanraya negeri 2001.

Di samping itu, undi majoriti yang diperolehi Bolhassan kali ini, sebanyak 895, adalah jauh lebih rendah berbanding dengan majoriti 3,034 yang diperolehi BN pada 2001.

Ini merupakan satu petanda baik kepada PAS di Sarawak kerana ianya telah diterima oleh rakyat Sarawak. Kejayaan memperolehi undi sebanyak itu merupakan kejayaan yang tidak diduga lebih-lebih majoriti calon BN juga turun kurang dari 1,000 undi. Adalah di jangkakan sekiranya pilihanraya ini berlangsung dengan lebih adil, telus, tiada rasuah. media massa lebih terbuka sudah tentu PAS akan dapat membuat kejutan kali ini.

Seperti yang diramalkan, Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa di Sarawak dengan majoriti lebih dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Keputusan muktamadnya ialah BN memenangi 62 daripada 71 kerusi DUN yang dipertanding dalam pilihanraya negeri kesembilan kali ini. Peratus pengundi yang keluar mengundi merosot kepada 63.22 peratus 68 peratus dalam pilihanraya negeri 2001.

Selepas keputusan muktamad pilihanraya negeri Sarawak diketahui, Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, khususnya DAP, meraikan kemenangan masing-masing – BN meraikan kejayaannya kembali berkuasa, manakala pembangkang pula meraikan kejayaan mereka menambah kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

BN memenangi 62 daripada 71 kerusi DUN. Sembilan lagi kerusi dimenangi oleh pembangkang – DAP (enam kerusi), Parti Keadilan Rakyat (1) dan Snap (1). Manakala satu lagi kerusi jatuh ke tangan calon Bebas.

Namun bagi Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr George Chan – parti komponen BN Sarawak yang mewakili kaum Cina – ia merupakan satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Parti itu – yang diperuntukan 19 kerusi, khususnya di kawasan bandar – kalah lapan kerusi – enam kepada DAP, satu kepada PKR dan satu lagi kepada SNAP.

SUPP kalah di Padungan, Pending, Batu Lintang, Kota Sentosa, Engkilili, Meradong dan Bukit Assek. SUPP juga gagal menewaskan DAP di Kidurong. DUN Kidurong merupakan satu-satunya kerusi DAP yang dimenangi parti itu dalam pilihanraya negeri yang lalu.

Sebuah lagi parti komponen BN - Parti Rakyat Sarawak (PRS) - kalah di DUN Ngemah kepada calon Bebas. Dua lagi parti komponen BN negeri – Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB) menang kesemua 35 kerusi dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) menang kesemua lapan kerusi yang ditandingi calon-calonnya.

Semasa keputusan kerusi Bukit Assek disiarkan di televisyen pada jam 9 malam tadi, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata: "Pertaruhan. Banyak yang bertaruh. Sibu memang tempat pertaruhan," katanya sambil memandang kepada kumpulan wartawan yang membuat liputan di situ.

George Chan minta maaf

Dr Chan hanya mampu mampu mengucap perkataan ‘maaf’ kepada Ketua Menteri dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Janganlah fikirkan sangat soal minta maaf. Fikirkan apa yang menggembirakan," Taib kedengaran berkata kepada Dr Chan.

"Saya minta maaf kerana tidak dapat memastikan kemenangan semua kerusi," kata Dr Chan kepada Abdullah yang menelefon dari di Mesir.

Dalam reaksi segeranya, Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Sim Kheng Hui, berpendapat kemungkinan kekalahan teruk SUPP disebabkan parti pembangkang mensensasikan beberapa isu, termasuk isu tanah dan kenaikan harga minyak.

Dr Chan pula berkata, ianya seperti undi protes, terutama di Kuching oleh pengundi Cina. "Kita akan cuba mengenal pasti puncanya. Itu sebab kita menetapkan mesyuarat CWC lebih awal," tambahnya.

Malah, Perdana Menteri juga mengarahkan satu analisa dan kajian menyeluruh dibuat mengenai kekalahan calon BN di sembilan kerusi kawasan bandar kepada pembangkang.

Pengundi Cina undi pembangkang

Tumpuan sudah semestinya kepada kerusi Meradong yang menyaksikan pertandingan lima penjuru. Calon wanita DAP, Ting Tze Hui menang dengan majoriti 3,578 undi. Calon SUPP, Wong Zee Yeng, seorang muka baru, gagal mempertahan kerusi itu kali ini.

Turut bertanding di situ ialah tiga calon bebas, termasuk dua daripadanya adalah bekas veteran SUPP. Mereka ialah Frederick Wong Kung Kuong, 56, Junak Anak Jawek, 54, dan David Tiong Chiong Chu, 62.

Ting, memperoleh 5,990 undi berbanding pencabar terdekatnya, Wong, yang mendapat 2,412 undi.

Frederick Wong mendapat 603 undi, Junak (117) dan David Tiong (569 undi). Ketiga-tiga mereka hilang deposit.

Meradong adalah antara enam kerusi majoriti pengundi Cina yang dimenangi DAP. Meradong, umpamanya, 60.11 peratus daripada 14,584 pengundinya adalah kaum Cina, 37 peratus Iban, 2.86 peratus Melayu/Melanau dan 0.03 peratus lain-lain. Jumlah keluar mengundi ialah 67 peratus. Terdapat 76 undi rosak.

Meradong menjadi tumpuan kerana masalah dalaman SUPP berhubung pemilihan calonnya bagi kerusi tersebut. Penyandangnya Datuk Ting Check Sii digugurkan dan digantikan oleh Wong, yang bukan anak tempatan dan baru setahun menyertai parti itu.

Berikutan itu, Frederick Wong yang merupakan bendahari SUPP bahagian Meradong, meninggalkan parti itu seminggu sebelum penamaan calon kerana membantah pencalonan Wong, yang memiliki Sarjana dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Sistem Maklumat Geografi, dan berasal dari Sarikei.

DAP rampas semula Bukit Assek

Satu lagi kemenangan manis bagi DAP ialah kejayaan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng merampas semula kerusi Bukit Assek daripada BN.

Di sesetengah kawasan yang berjaya dipertahankan SUPP, majoriti yang diperolehi BN juga merosot, termasuk di Bawang Assan, Pelawan dan Dudong, kesemuanya di Sibu. Kempen DAP banyak bertumpu pada kenaikan harga minyak baru-baru ini serta isu pajakan tanah.

Masyarakat Cina sibuk memperkatakan isu pembaharuan semula pajakan tanah yang tempohnya sudah hampir tamat di pusat-pusat bandar seperti Kuching, Sibu, Miri dan bandar-bandar lain yang majoriti pendudukny adalah kaum Cina.

Isu itu menjadi tumpuan akhbar-akhbar berbahasa Cina sehingga timbul anggapan seolah-olah kerajaan negeri tidak dapat memberikan jaminan bagi menghilangkan kebimbangan penduduk terbabit, yang menduduki tanah terbabit sejak zaman pemerintahan Rajah Brooke lagi.

Tempoh pajakan ialah antara 30 dan 99 tahun dan pemilik tanah pajakan komersial dan industri di pusat bandar dikatakan membantah premium yang tinggi untuk memperbaharui pajakan mereka.

Di bawah Kanun Tanah Negeri, tanah terbabit adalah milik kerajaan negeri dan tidak ada peruntukan pajakan itu diperbaharui secara automatik apabila tamat tempohnya tamat.

Ini ditambah pula dengan trend pengundian di kalangan pengundi di kawasan majoriti Cina mempunyai sejarah tidak teragak-agak menolak calon-calon BN dari SUPP, terutama di kawasan bandar.

Di samping itu, dua lagi calon DAP berjaya menumpaskan dua menteri muda Sarawak yang bertanding di Kota Sentosa dan di Pending.

Calon DAP bagi Kota Sentosa Chong Chieng Jen telah berjaya menumpaskan calon BN Datuk Alfred Yap Chin Loi.

Manakala di Pending, seorang lagi calon BN yang juga menteri muda, Datuk Sim Kheng Hui tewas kepada calon DAP, Violet Yong.

PKR menang

Satu lagi perkembangan menarik ialah kemenangan PKR di kerusi Padungan yang terletak dalam bandaraya Kuching.

Calonnya, Dominique Ng Kim Ho, seorang peguam, menewaskan penyandang daripada BN, Lily Yong Lee Lee dengan majoriti 1,417 undi. Dominique mendapat 8,002 undi. Manakala Lily yang juga Naib Presiden SUPP mendapat 6,585 undi.

Seperti juga di Meradong, kerusi Padungan merupakan kawasan majoriti pengundi kaum Cina (91.70 peratus). Yang lainnya ialah 5.26 peratus Melayu, Iban (1.22), Bidayuh (0.89), Orang Ulu (0.14) dan lain-lain (0.71). Dalam pilihanraya kali ini, 60 peratus atau 14,705 pemilih berdaftar, keluar mengundi.

Calon PKR bagi Saribas, Abang Zulkifli Abang Engkeh pula hanya tewas dengan majoriti 94 undi kepada calon BN, Dr Wahbi Junaidi.

Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Wan Zainal Abidin Wan Senusi pula tewas kepada muka baru BN, Sharifah Hasidah Sayeed Aman dengan majoriti 2,488 undi.

Hilang deposit

PKR bertanding di 25 kerusi. Bagaimanapun, calonnya di 24 lagi kerusi tewas, malah tiga daripadanya hilang deposit di Tanjung Datu, Balingian dan Bukit Sari.

Dalam pilihanraya negeri kali ini, 21 calon hilang deposit. Setiap calon dikenakan deposit RM5,000. Mereka ialah tiga calon PKR, enam calon SNAP dan 12 calon Bebas.

Seorang calon hilang depositnya apabila jumlah undi yang diperolehinya kurang satu per lapan daripada keseluruhan kertas undi yang dikembalikan, termasuk undi rosak.

Calon Bebas

Seramai 20 calon Bebas turut bertanding dalam pilihanraya negeri ini. Dan Gabriel Adit Demong merupakan satu-satunya calon Bebas yang menang di kerusi Ngemah. Beliau berjaya mempertahankan kerusi tersebut yang dimenanginya sebagai calon BN dari Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) pada 2001.

Gabriel kemudiannya Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) apabila pendaftaran PBDS dibatalkan pada 2003, berikutan berlakunya krisis kepimpinan.

Bagaimanapun, dalam pilihanraya negeri kali ini, BN negeri memperuntukkan kerusi Ngemah kepada PRS, yang ditubuhkan ekoran pembatalan pendaftaran PBDS. Berikutan itu, Adit bertanding sebagai calon bebas.

Sumber : Malaysiakini


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59