Wednesday, 10 May 2006

BN KECUT PERUT TIDAK MENJANGKA TENTANG SENGIT DARI PEMBANGKANG


KUCHING 10 Mei - Barisan Nasional (BN) menghadapi tentangan sengit di semua kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak kesembilan kecuali di Dalat dan Daro yang dimenangi tanpa bertanding pada penamaan calon semalam.

Sebenarnya BN tidak menyangka sama sekali bahawa pakatan pembangkang Barisan Bersatu Sarawak (BBS)berjaya mencapai persetujuan yang begitu ampuh sehingga berjaya mencapai kata sepakat dengan meletakkan calon satu lawan satu dengan BN di 54 kerusi.

Walaupun BN mendapat kemenangan di dua iaitu melalui penyandang, Fatimah Abdullah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dalat dan muka baru, Murni Suhaili di DUN Daro tetapi perkembangan tidak begitu mengembirakan BN kalau dibandingkan pilihanraya negeri pada masa lalu.

Dengan kemenangan dua kerusi itu bermakna hanya tinggal 69 kerusi menjadi rebutan parti-parti yang bertanding.

Hari ini, kempen selama 11 hari bermula sebelum pengundian pada 20 Mei ini.

Pemerhati politik menyatakan inilah antara pilihanraya paling sengit pernah ditempuh oleh Taib Mahmud kerana sebelum ini BN akan menang dengan selesa pada setiap kali pengundian.

Najib sendiri berasa kurang yakin yang BN akan menyapu bersih kesemua kerusi kerana BN Sarawak sebenarnya berada dalam keadaan yang tidak begitu stabil lebih-lebih beberapa krisis yang berlaku terutama yang membabitkan tindakan 'memecat' SNAP dari BN.Ramai dikalangan bekas pemimpin SNAP seperti Daniel Tajem bertindak menentang BN kali ini.

Najib ketika ditemui pemberita mengingatkan para pengundi Sarawak supaya tidak terpedaya dengan taktik parti-parti pembangkang yang menjalinkan kerjasama sesama mereka.

Menurutnya, ia dianggap hanya satu pakatan yang longgar dan tidak kekal lama.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN mahu jentera BN tidak terlalu taksub bahawa `kemenangan sudah dalam genggaman' sehingga memandang remeh tentangan pembangkang.

Adalah dijangkakan BN akan terus menggunakan taktik kotor tradisional mereka iaitu menggunakan wang sogokan kepada pengundi, menggunakan media massa memburuk-burukkan pembangkang, politik ugutan, penyalahgunaan jentera kerajaan dan juga menggunakan pengundi hantu. Malah ini terbukti sebelum hari penamaan calon lagi apabila media tidak habis-habis menyatakan bahawa BN berjaya membawa pembangunan dan membantu rakyat dalam segenap segi. Pada masa yang sama juga pembangkang dituduh dan difitnah dengan pelbagai tuduhan.

Pihak pemantau pilihanraya MAFREL juga telah mengesan berpuluh nama pengundi yang didaftarkan atas alamat yang sama. Ini sudah jelas menunjukkan bahawa ada unsur penipuan dan penyelewengan dalam daftar pemilih.

Penamaan Calon

Sebaik sahaja masa bantahan calon selesai pukul 12 tengah hari ini, BN menerima tentangan di 69 kerusi yang menyaksikan pertandingan antara dua hingga tiga penjuru di sebahagian besar kawasan.

Hanya di Meradong, BN menghadapi tentangan lima penjuru.

BN dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diketuai Abdul Taib; Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP); Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP).

Pembangkang negeri pula terdiri daripada DAP, Pas, PKR, Kongres Dayak Malaysia (MDC) dan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap). Selain itu terdapat puluhan calon Bebas.

Dalam pilihan raya negeri kali ini, sebanyak 71 kerusi akan menjadi rebutan, pertambahan sembilan kerusi, berikutan persempadanan kawasan pilihan raya pada tahun lalu.

Kerusi-kerusi tambahan tersebut ialah Opar, Bukit Sentosa, Lingga, Balai Ringin, Bukit Saban, Daro, Bekenu, Pujut dan Batu Danau.

Pada pilihan raya kali ini, PBB diperuntukkan 35 kerusi; SUPP (19); PRS (sembilan kerusi) dan SPDP (lapan kerusi).

Mengikut daftar pemilih yang diwartakan bulan lalu dan akan diguna pakai untuk pilihan raya negeri kali ini, Sarawak mempunyai 892,537 pengundi.

Sementara calon PAS, Hj Alem Din dilihat mampu untuk menggugat calon BN, Bolhassan Die di DUN Beting Maro. Ini kerana beliau merupakan seorang pengusaha balak tempatan yang sangat disegani dan dihormati oleh penduduk setempat.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59