Tuesday, 9 May 2006

AL-BADAWI ADALAH PM KELAS KETIGA


KUALA LUMPUR 9 MEI : Imam Islam Hadhari yang menjadi PM Malaysia sekarang boleh disifatkan sebagai PM kelas ketiga kerana tidak mempunyai fikiran terbuka dan moden sebagaimana dipunyai oleh pemimpin-pemimpin negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan sebagainya. Malah pemimpin-pemimpin negara umat Islam lain seperti pemimpin Iran, Palestin dan sebagainya jauh terkehadapan dari Al-Badawi ini.

Permintaan Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) yang mahukan agar wakil rakyat BN diberikan kebebasan untuk mengundi mengikut suara hati terhadap apa-apa usul yang dibentangkan di Dewan Rakyat telah ditolak mentah-mentah oleh Al-Badawi dalam kenyataan akhbar beliau semalam.

BBC bagaimanapun mengakui seperti halnya dalam House of Commons di Britain, Whip parti boleh memaksa ahli Parlimen supaya mengundi mengikut perkara yang diputuskan parti dalam isu yang membabitkan perkara penting, seperti rang undang-undang kewangan dan undi tidak percaya serta pembacaan kedua rang undang-undang yang penting.

Imam Al-Hadhari yang juga ditanya mengapa BN tidak mengikut pendekatan sesetengah negara maju yang meberi kebebasan kepada ahli parti untuk membuat keputusan dalam sesuatu usul yang dibentangkan berkata, demokrasi yang diamalkan oleh kerajaan BN terbukti berjaya sehingga sekarang.

"Kita punyai demokrasi sendiri, kita survive berdasarkan kepada apa yang kita amalkan sebelum ini, dan kita akan terus dengan apa yang kita amalkan," katanya.

Inilah pemimpin negara yang sedang menuju ke arah negara maju tetapi kepala otaknya tidak pernah berubah ke arah kemajuan. Sebaliknya dari sehari ke hari beliau lebih suka mundur ke belakang.


INILAH NASIB RAKYAT DI BAWAH PEMERINTAHAN BN TERENGGANU


KUALA TERENGGANU 9 MEI : Janji BN untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu hanyalah janji kosong semata-mata. Satu demi satu syarikat di Terengganu mengalami masalah dalam perniagaan mereka sehingga terpaksa membuang pekerja.

Inilah yang terjadi seperti yang dilaporkan oleh media hari ini. Bagai sudah diduga, seramai 146 pekerja cawangan sebuah kilang papan lapis di Wakaf Tembesu, di sini, turut menerima nasib sama seperti 300 rakan mereka sebelum ini apabila turut diberhentikan, semalam.

Kemelut antara pekerja dan majikan itu berterusan, menyebabkan pekerja nekad untuk terus berpiket di hadapan kilang berkenaan sehinggalah jalan penyelesaian ditemui.

Naib Presiden KPPSM, Mohd Rozi Salleh, berkata pekerja di cawangan syarikat berkenaan menerima notis daripada pihak pengurusan supaya hadir bekerja semalam atau operasi kilang akan diberhentikan.

Sebelum ini, mereka turut serta dalam piket yang masuk hari keempat semalam bagi membantah tindakan majikan memberhentikan rakan mereka tanpa mengikut perjanjian bersama yang ditetapkan.

Harian Metro yang melakukan tinjauan di tempat kejadian mendapati suasana semakin hangat apabila 146 pekerja di cawangan syarikat berkenaan menerima surat pemberhentian, pagi semalam.

Mereka yang berkumpul sejak awal pagi dengan pakaian seragam pekerja turut tidak dibenarkan masuk ke kawasan kilang yang dikawal ketat pengawal kilang.

Pekerja, Mohd Azam Abdullah, 30, berkata dia kecewa dengan nasib yang menimpa diri dan lebih 400 rakannya yang diberhentikan tanpa mengikut prosedur betul.

“Rakyat tempatan disingkirkan, manakala pekerja asing pula diambil bekerja tanpa gangguan,” katanya yang 10 tahun berkhidmat di kilang itu.

Rakannya, Mohd Rasyid Yusof, 37, berkata dia sedih apabila pihak pengurusan membuang pekerja begitu saja tanpa mengambil kira kebajikan mereka.

“Saya bekerja selama 13 tahun di kilang ini dan kini saya hilang mata pencarian dan tidak tahu ke mana lagi hendak mengadu,” katanya.

Seorang lagi pekerja, Norsah Yusof, 47, berkata dia sedih dengan keadaan itu dan akan tetap meneruskan mogok sehingga semua pekerja dipanggil untuk bekerja semula.

“Walaupun menerima pelbagai tekanan dan layanan yang tidak memuaskan daripada pihak atasan, namun saya akan terus bekerja di sini kerana ia adalah periuk nasi saya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains dan Teknologi dan Pembangunan Sumber Manusia negeri, Datuk Dr Ab Latiff Awang, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai masalah berkenaan.

“Pihak kerajaan negeri bekerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Sumber : Harian Metro.


DIHARAPKAN RAKYAT SARAWAK AKAN BUAT PERUBAHAN KALI INI


KUCHING 9 MEI : Penamaan calon bagi Pilihanraya Negeri Sarawak kesembilan akan berlangsung pagi ini di 11 pusat penamaan calon bagi 71 kerusi DUN yang akan dipertandingkan. Pusat penamaan calon akan dibuka pada jam 9.00 pagi ini. Proses penamaan calon akan berlangsung selama 1 jam berakhir pada jam 11 pagi. Manakala waktu bantahan dibuka pada jam 10-11 pagi.

Pilihanraya kali ini menyaksi peningkatan sebanyak 9 kerusi kepada 71 kerusi semuanya berbanding Pilihnaraya Negeri kelapan yang memperuntukkan sejumlah 62 kerusi sahaja.

Pada pilihanraya kali Barisan Bersatu Sarawak yang terdiri dari Parti KeADILan Rakyat (PKR), SNAP, MDC, DAP dan PAS akan memberikan tentangan sengit kepada BN di semua kerusi. Ini kerana banyak isu tempatan dan nasional yang ujud sekarang.

Seramai 892,537 pengundi berdaftar termasuk 14,727 pengundi pos akan membuang undi kelak.

Adalah diharapkan rakyat Sarawak akan membuat pilihan tepat dengan mengajar BN yang telah berkuasa dari dahulu, lebih-lebih pemerintahan Taib Mahmud yang telah menjangkau lebih dari 20 tahun telah jelas gagal membela rakyat. Beliau dilihat lebih cenderung menggunakan kuasa beliau untuk membina kekayaan di kalangan keluarganya.

Sementara PAS sekali lagi menyahut seruan demokrasi apabila meletakkan seorang calon bertanding di DUN Beting Maro dalam Bahagian Batang Lupar. Calon PAS di DUN tersebut ialah Haji Alem Din (Gambar), 52, anak tempatan dari Kampung Ulu Beladin.

Beliau merupakan seorang pengusaha balak terkenal di kampung tersebut mula bergiat aktif dalam parti PAS sejak tahun 2001 yang lalu.

Berumah tangga dengan Seni binti Genu dan mempunyai lima orang anak serta tiga cucu dan kini menetap di Kampung Beladin.

Menurut Setiausaha pilihanraya PAS Pusat dan juga Setiausaha bersama pilihan negeri Sarawak 2006, Wan Nik Yusuf, pemilihan anak jati Sarawak itu bukan saja aktif dalam kemasyarakatan bahkan mempunyai visi yang tinggi untuk mewakili PAS dan kerusi N24, Beting Maro.

Haji Alem Din, 52,“Haji Alem menaruh harapan penuh terhadap sokongan rakyat dalam pilihan raya kali ini tambahan pula beliau dipilih sendiri oleh rakyat Sarawak bagi perbetulkan penyelewengan-penyelewangan yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri tersebut,” katanya yang dihubungi Harakahdaily hari ini.

Sementara itu, menurut Wan Nik, walaupun PAS hanya bertanding di kerusi Beting Maro iaitu di bawah Parlimen Batang Lupar tetapi ia mempunyai peluang yang cerah kerana kawasan tersebut mempunyai majoriti 92 peratus pengundi Melayu.

“Sambutannya amat menggalakkan dari penyokong parti yang mewakili dari tiga daerah iaitu Beladin, Undai dan Pusa. Malah lima peratus kaum Iban di situ pun nampaknya suka kepada PAS,” katanya.

Ujarnya juga PAS mula menggerakkan jentera partinya untuk membantu calon di mana terdiri dari peringkat pusat dan negeri.

Malah untuk penamaan calon esok, Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali; Naib Presiden PAS, Dato’ Paduka Husam Musa; Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Pengarah Pilihan Negeri Sarawak 2006, Ustaz Wan Rahim Wan Abdullah; Pesururuhjaya PAS Sarawak, Haji Adam Ahid dan lain-lain akan mengiringi calon ke pusat penamaan calon esok iaitu di pejabat pentadbiran daerah Pusa.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59