Monday, 8 May 2006

KHIR TOYO MENGGANAS LAGI







GOMBAK 8 MEI : Khir Toyo mengganas lagi apabila merobohkan rumah setinggan di Sungai Pusu baru-baru ini. Inilah nasib yang menimpa rakyat di negeri 'maju' Selangor yang dilayan umpama kucing kurap oleh Khir Toyo.

Ketua DPP Pusat bersama timbalannya dan Ketua DPP Wilayah Persekutuan, Us Riduan Mohd Nor melapangkan masa melawat mangsa hari ini (Gambar).


DUNIA SUDAH TERBALIK. PENJAHAT DIPUJA PEMBELA DIHINA


MELAKA 8 MEI : Dunia sudah terbalik. Inilah yang sudah lama terjadi di Malaysia. Sebagai contoh Lim Guan Eng yang cuba membela wanita bawah umur yang dirogol suatu ketika dahulu ditahan, manakala perogolnya dilepaskan.

Begitu juga isu terbaru yang membabitkan Datuk Shahril Samad yang cuba mempertahankan integriti Parlimen, beliau dicemuh dan di hina oleh parti beliau sendiri. Manakala Ahli Parlimen Jasin yang meminta pihak Kastam tutup sebelah mata ke atas kes yang melibatkan pelanggan beliau, belum tentu dikenakan tindakan.

Imam Islam Hadhari Al-Badawi dalam kenyataan akhbarnya sekali lagi menegaskan bahawa ahli Umno/BN mesti taat setia dan tidak sekali-kali dibenarkan menyokong pembangkang atau usul-usul pembangkang, walaupun usul itu jelas benar dan munasabah.

Sebaliknya jika apa-apa sahaja yang diusul atau dicadangkan oleh Umno/BN atau pemimpin parti tesebut maka semua orang ahli kena patuh walaupun ianya jelas bertentangan dengan agama, merugikan rakyat dan melanggar prinsip demokrasi.

Sebelum ini Ahli Parlimen Teluk Kemang, S.Sothinathan pernah dikenakan tindakan gantung kerja kerana melanggar prinsip BN iaitu mesti patuh kepada keputusan parti walaupun ianya merugikan rakyat dan negara.


MELAKA NEGERI MAJU : LONGKANG PUN TAK DAPAT NAK DIURUSKAN DENGAN BAIK


MELAKA 8 MEI : Keadaan longkang yang terletak di perkarangan Sekolah Kebangsaan Seri Duyong di Duyong dekat sini amat menjijikkan dan menjejaskan imej sebuah institusi pendidikan di kawasan berkenaan.

Tinjauan sebuah akhbar tabliod mendapati sampah tersekat di dalam longkang terbabit dan dipercayai tidak dibersihkan sejak beberapa lama berdasarkan jumlah sampah yang terkandung di dalamnya.

Tugas membersihkan sampah dalam longkang berkenaan seharusnya dipikul kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tetapi mereka tidak menjalankan tugas terbabit.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Duyong, Gan Tian Loo ketika dihubungi berkata, bagi mengatasi masalah itu buat sementara ini, beliau akan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri bersama kontraktor pembersihan Southern Waste Management Sdn Bhd (SWM) membersihkan sampah di longkang berkenaan.

Katanya, longkang yang hanya bertebingkan tanah itu sebenarnya adalah milik JKR dan pihaknya juga sudah meminta pihak terbabit memberikan peruntukan bagi menaiktaraf longkang berkenaan dengan membina tebing konkrit di kawasan itu dan kawasan berdekatan untuk mengatasi banjir.

“Saya juga meminta JKKK Seri Duyong mengadakan program gotong-royong bagi membersihkan kawasan sekitar bagi memastikan kesihatan murid terjamin,” katanya.

Takan longkang pun tak dapat nak diuruskan dengan baik. Tapi setahun dua lagi berangan nak jadi negeri maju.

Sumber : Harian Metro


JADI AHLI BN/UMNO MESTI JADI 'YES MAN' WALAUPUN IANYA SESUATU YANG BATIL




MELAKA 8 Mei - Prinsip Barisan Nasional (BN)memang sudah di fahami bahawa semua perkara yang di buat oleh pemimpin atau parti adalah benar belaka, walaupun ianya jela bertentangan dengan agama dan demokrasi.

Umno/BN tidak membenarkan sama sekali Ahli Parlimennya menyokong usul pembangkang di Parlimen adalah kekal dan perlu dipatuhi semua anggota.

Itulah ingatan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ekoran peletakan jawatan Pengerusi Kelab Ahli Penyokong Parlimen Barisan Nasional (BBC), Datuk Shahrir Samad yang cuba `menongkah arus' daripada prinsip itu Selasa lalu.

Kata Perdana Menteri, perkara itu adalah keputusan parti dan merupakan satu prinsip yang perlu disokong oleh semua.

Umno/BN langsung tidak mengambil kira prinsip agama atau demokrasi. Inilah yang pernah terjadi di Parlimen suatu waktu dahulu apabila undang-undang yang berkaitan dengan judi dibentangkan maka tak kira yang Islam atau bukan Islam semuanya menyokong dan ada juga yang berkecuali. Perkara yang jelas haram pun mereka sokong sebab takut kepada pemimpin parti bukan kepada Allah S.W.T.

Imam Islam Hadhari berkata pada waktu ini kita kekal dengan keputusan yang telah dibuat iaitu ahli Parlimen mesti patuh pada keputusan parti.

``Menyokong pendirian parti adalah prinsip dan ia perlu dipatuhi,'' katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini, hari ini.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita sekembalinya dari lawatan 10 hari ke Jamaica dan Amerika Syarikat.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sebelum itu beliau ditanya sama ada BN akan meminda peraturan supaya membenarkan Ahli Parlimen BN menyokong usul pembangkang di Parlimen.

Isu itu timbul berikutan peletakan jawatan Shahrir yang kecewa dengan sebilangan Ahli Parlimen yang tidak menyokong usul untuk membawa satu laporan dalam sebuah akhbar mengenai dakwaan salah laku seorang Ahli Parlimen ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Usul berkenaan dibawa oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang yang membahaskan laporan sebuah akhbar mengenai tindakan seorang Ahli Parlimen yang disifatkan melakukan kesalahan dengan menggunakan kuasa untuk menghalang Kastam menjalankan tugas.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau dimaklumkan Shahrir akan membawa isu berkenaan ke mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang akan diadakan esok.

``Saya tidak akan menghalang sekiranya Datuk Shahrir ingin membawanya lagi pun perkara ini berkaitan dengan Parlimen. Tapi oleh sebab ada hubung kait dengan prinsip kita tak sokong usul pembangkang, mungkin dia nak bawa, terserah kepada dia (Shahrir).

``Tetapi keputusan (peletakan jawatan Shahrir) telah diambil oleh Najib sebagai Ketua Whip dan itu adalah satu keputusan yang tepat dengan keperluan peraturan yang diisytiharkan. Jadi semua ahli parti mesti mematuhi peraturan itu,'' katanya.

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai penubuhan jawatankuasa pilihan untuk mengkaji etika seorang Ahli Parlimen ketika berurusan dengan pegawai kerajaan, Abdullah berkata beliau melihat penubuhannya mempunyai kebaikan.

Ini kerana, katanya, jawatankuasa itu akan menetapkan peraturan yang bukan sahaja melibatkan Ahli Parlimen BN sahaja malah ia juga merangkumi pembangkang.

``Jawatankuasa itu ada kebaikannya. Kita boleh mempertimbangkannya secara halus lagi untuk melihat apakah kebaikan dan masalah yang boleh timbul dengan adanya peraturan seumpama itu,'' katanya.

Mengenai kes membabitkan Ahli Parlimen yang dilaporkan mengganggu Kastam, Abdullah berkata, perkara itu akan dibincangkan oleh parti.

Kita tidak hairan jika tiada apa-apa tindakan akan di ambil keatas ahli Parlimen tersebut kerana banyak kesalahan yang lebih besar dilakukan oleh ahli parti kerajaan pun tidak di ambil tindakan yang sewajarnya.

Sumber : Utusan Meloya.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59