Thursday, 20 April 2006

AS TERUSKAN PROPAGANDA TERHADAP IRAN


CARACAS 20 April - Amerika Syarikat (AS) mengetuai perang propaganda untuk memaparkan Iran sebagai ancaman terhadap keamanan. Menteri Luar Venezuela, Ali Rodriguez berkata semalam, Washington mendalangi propaganda intensif untuk memaparkan Iran sebagai kuasa jahat.

AS dan sekutunya menuduh Iran mahu membina senjata nuklear tetapi Teheran menyatakan program nuklearnya untuk menjana tenaga elektrik semata-mata.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut Iran membekukan kegiatan pengayaan uranium yang dikhuatiri boleh dilanjutkan untuk membina senjata atom.

Sejumlah 27 daripada 35 anggota Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengundi pada Januari lalu untuk mengheret Iran ke Majlis Keselamatan berhubung isu nuklearnya.

Hanya Venezuela, Cuba dan Syria yang menolak resolusi itu manakala lima negara lain berkecuali.

”Dalam kes kami, kami mengambil pendirian berprinsip,” kata Rodriguez.

Menurut beliau, Venezuela menyokong hak Iran untuk menghasilkan tenaga nuklear bagi kegunaan awam di samping menentang pertambahan senjata nuklear di dunia.

”Pendirian kami berhubung isu ini ialah penghapusan mutlak semua senjata pemusnah besar-besaran di dunia bermula dengan senjata nuklear,” tegas beliau.

Sementara itu di Washington, kuasa-kuasa besar yang bermesyuarat di Moscow semalam membincangkan ke mungkinan sekatan dikenakan terhadap Iran kerana disyaki menjalankan program senjata nuklear tetapi gagal mencapai sebarang kata sepakat.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Tom Casey berkata, isu sekatan dibangkitkan dalam mesyuarat lima anggota tetap Majlis Keselamatan Per tubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) – AS, Rusia, China, Perancis dan Britain serta Jerman.

Menurut Casey, Penolong Setiausaha Negara AS, Nicholas Burns selaku wakil Washington membang kitkan ‘keperluan mengenakan sekatan dalam bentuk tertentu’ ekoran keengganan Iran untuk membekukan aktiviti pengayaan uranium.

”Isu itu tentunya akan terus dibincangkan,” kata Casey.

Ditanya sama ada itu bermakna tiada persetujuan dicapai, beliau menjawab: “Mesyuarat ini bukan ber tujuan untuk mencapai keputusan mengenai sesuatu tindakan.”

Casey berkata, Burns dan pengarah politik lima negara lain yang hadir telah membincangkan isu Iran selama lebih tiga jam malam tadi dan semua bersetuju bahawa Iran telah melanggar ketetapan yang dibuat oleh ma syarakat antarabangsa.

”Semua orang bersetuju untuk mencari jalan dip lomatik bagi memastikan Iran kembali mematuhi ke wajipan antarabangsanya,” kata beliau.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59