Friday, 14 April 2006

TUN MAHATHIR IKTIRAF PEMBANGKANG BUKAN MACAM PEMIMPIN Umno HARI INI YANG DISKRIMINASIKAN PEMBANGKANG


KUALA LUMPUR 14 April - Peranan parti pembangkang dalam sistem demokrasi sangat penting kerana mereka dapat bertindak bagi `memeriksa' kerajaan dalam tindakan-tindakannya.

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pembangkang boleh menjadi `cermin' kepada kerajaan bagi menilai sama ada tindakan kerajaan itu memberi manfaat atau keburukan kepada rakyat dan negara.

``Kalau parti pembangkang itu banyak, lagi bagus kerana ia dapat memberi kesan yang lebih baik kepada kerajaan bagi menilai keputusan dan tindakan yang dibuatnya,'' katanya.

Bekas Perdana Menteri itu menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan bertajuk Krisis Kepimpinan dan Teknik-Teknik Komunikasi Strategik pada Forum Krisis dan Risiko: Pendekatan Hadhari, Penjelasan dan Relevannya kepada Cabaran-Cabaran Global Kontemporari, di sini hari ini.

Forum sehari itu dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Dr. Mahathir berkata, pembangkang juga akan memastikan kerajaan tidak menyalahgunakan kuasa, memperalatkan penyokongnya serta memastikan kerajaan tidak `menjual' negara ini kepada pihak luar.

Beliau turut menggariskan ciri-ciri tertentu bagi membentuk kepimpinan yang berkesan iaitu pemimpin mesti berani membuat keputusan dengan mengambil kira kepentingan penyokong dan penentang.

Katanya, apabila berlaku sesuatu masalah, keputusan harus dibuat dengan cepat.

``Pemimpin harus mampu mengawal penyokong-penyokongnya dan berdoa supaya keputusan itu diberkati Allah,'' ujarnya .

Menurutnya, apabila seseorang pemimpin itu gagal menerapkan ciri-ciri tersebut, maka akan berlaku krisis kepimpinan.

Dr. Mahathir berkata, apabila berlaku krisis kepimpinan, seseorang pemimpin boleh kehilangan kuasanya jika mereka tidak mampu menanganinya dengan betul.

Beliau juga menekankan pentingnya kepimpinan mengamalkan pendekatan komunikasi strategik bagi memastikan semua keputusan kerajaan dilaksanakan dengan berkesan.

``Saya telah memperkenalkan sistem itu bagi memastikan keputusan Kabinet dapat sampai kepada kakitangan awam dengan jelas bagi memudahkan mereka melaksanakannya,'' kata beliau.

Sumber : Utusan Meloya


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59