Wednesday, 12 April 2006

SUDAH TIADAKAH ISU LAIN YANG LEBIH PENTING UNTUK DIBAHASKAN SELAIN DARI ISU PERBANDINGAN KEUPAYAAN ARTIS?


KUALA LUMPUR 12 April - Inilah 'standard' Menteri-menteri dan Timbalan Menteri kerajaan Islam Hadhari dan Ahli Parlimen mereka terutama Umno yang lebih suka membahaskan perkara yang remeh dan tidak disepatutnya dibahaskan di Parlimen.

Isu perbandingan antara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Sudirman dan M. Nasir sepatutnya tidak dijadikan topik untuk dibahaskan. Masih banyak isu besar lain seperti isu keengganan kerajaan Islam Hadhari mengamalkan undang-undang Islam, isu rakyat miskin yang saban hari disiarkan dalam media, isu rasuah dan penyelewengan, isu pembaziran wang rakyat untuk membaiki rumah PM dan TPM, isu kenaikan harga minyak dan sebagainya.

Tetapi inilah realiti yang ada dalam Parlimen Malaysia.

Marilah sama-sama kita tumbangkan kerajaan yang ada untuk digantikan dengan kerajaan yang lebih bijak dan bertanggungjawab.


SABAN TAHUN BERHIMPUN DAN BERARAK TETAPI AJARAN ALLAH DAN RASULULLAH DIKETEPIKAN


MELAKA 12 April - Kerajaan Malaysia saban tahun menyambut Maulidur Rasul dengan berhimpun dan berarak tanpa jemu-jemu. Namun ajaran Islam semakin lama semakin diketepikan.

Sambutan tahun ini bertemakan Keunggulan Ilmu Teras Kegemilangan Ummah turut dihadiri oleh Yang Dipertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta menteri-menteri Kabinet.

Umat Islam hanya mampu keluar dari kongkongan kejahilan, kemunduran, kelemahan, kehancuran dan kemiskinan melalui bekalan ilmu dalam diri mereka, titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.

Seri Paduka bertitah, ilmu akan membawa perubahan, kejayaan dan kemajuan selain keselesaan serta kesejahteraan rohani dan jasmani.

``Contoh terbaik perlu dijadikan iktibar umat Islam ialah bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. berjaya menghapuskan keruntuhan moral dan kerosakan akidah di kalangan masyarakat Arab Jahiliah,'' titah Seri Paduka ketika merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Stadium Negara, di sini hari ini.

Seri Paduka bertitah, pelaksanaan Rasulullah s.a.w. terhadap kerangka pembangunan kemanusiaan yang memberi penekanan terhadap nilai-nilai keilmuan bagi memperkasakan modal insan berjaya melahirkan insan yang celik ilmu pengetahuan sehingga mampu menjana kecemerlangan masa hadapan Islam.

``Semua ini mampu kita laksanakan sekiranya kepentingan terhadap budaya ilmu yang menjadi tuntutan Islam diletakkan sebagai agenda utama dalam segenap aspek kehidupan umat Islam.

``Amat rugi dan menyedihkan, jika kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. gagal mencernakan segala amanat dan peninggalan baginda dalam kehidupan di abad ini yang sangat menuntut umatnya berlumba, berdaya saing bagi membina kemajuan dan peradaban,'' titah Seri Paduka.

Titah Baginda saban tahun yang mahukan kerajaan Umno/BN kembali mencontohi Rasulullah dalam segenap perkara seolah-olah diabaikan oleh PM dan kerajaan Umno/BN. Kita melihat perundangan yang dipakai masih lagi bukan undang-undang Islam. Keruntuhan akhlaq semakin menjadi-jadi. Bilangan penagih dadah kian bertambah. jenayah semakin parah. Rasuah bukannya berkurang malah semakin membarah. Rakyat semakin susah kerana kenaikan harga minyak dan barangan.

Namun yang peliknya kerajaan Umno/BN masih degil tidak mahu mengambil Islam yang dibawa oleh Rasulullah sebagai panduan dan undang-undang negara. Mereka masih percaya kepada undang-undang ciptaan manusia walaupun ianya jelas gagal menangani permasalahan negara, sosial dan ekonomi yang dihadapi sejak sekian lama.


Bilakah agaknya kerajaan Islam Hadhari yang memerintah pada hari ini akan insaf dan kembali mentaati Allah dan Rasul S.A.W?


Umno YANG AJAR RAKYAT PERLEKEH BAHASA MELAYU, JANGAN NAK TUDING JARI PADA PIHAK LAIN


MELAKA 12 APRIL : Sebahagian papan tanda premis perniagaan di sekitar beberapa kawasan perumahan di Johor didapati memperlekeh penggunaan bahasa kebangsaan dari segi penulisan termasuk mempamerkan ejaan salah seperti dilaporkan oleh sebuah akhbar hari ini.

Akhbar tersebut menyebut bahawa di beberapa kawasan termasuk di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram dan Taman Ungku Tun Aminah, di Johor Bharu, dilihat bahawa penggunaan bahasa kebangsaan khususnya pada papan tanda dan poster masih kurang memuaskan.

Papan tanda perniagaan kebanyakan kepunyaan syarikat swasta itu seolah-olah tidak menghormati langsung bahasa kebangsaan termasuk penggunaan ayat dengan betul.

Suasana berkenaan mungkin ekoran ada antara mereka menganggap penggunaan bahasa kurang tepat bukan menjadi kesalahan berat atau syarat utama dalam perniagaan.

Berdasarkan penelitian akhbar tersebut, kesalahan penggunaan bahasa kebangsaan juga meliputi ejaan dan nahu termasuk ayat yang digunakan agak ganjil.

“Contoh kesalahan ejaan paling kerap ditemui termasuk `kelinik’, `restoren’ dan ‘nyayian’. Sepatutnya kata nama itu dieja sebagai `klinik’, `restoran’ dan nyanyian.

“Sikap pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menghiraukan imej papan tanda di premis niaga memberi kesempatan kepada sesetengah peniaga termasuk ada yang enggan mengambil inisiatif memperbaiki kesalahan itu.

“Jika dibiarkan berterusan, ia bertambah buruk. Apatah lagi perniagaan mereka tidak terjejas langsung walaupun mempamerkan papan tanda kurang sesuai sejak awalnya, “ kata seorang penduduk kepada wartawan akhbar itu.

Tetapi kita sebagai rakyat Malaysia kena ingat bahawa kerajaan Umno/BN lah yang sebenarnya mengajar rakyat dan kerajaan tempatan supaya memencilkan Bahasa Melayu apabila menukarkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dari diajar dalam Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris.

Inilah 'jenayah' terbesar yang sepatutnya di sedari oleh rakyat.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59