Sunday, 9 April 2006

MELAYU SUKA BERHIBUR AKIBAT DORONGAN DAN GALAKAN DARI KERAJAAN


PEKAN 9 April - Maka berkatalah Ketua Penerangan Umno bahawa Orang Melayu diingatkan supaya mengurangkan aktiviti yang menjurus kepada hiburan yang tidak berfaedah kerana ia boleh menyebabkan mereka merempat di tanah air sendiri.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, pengaruh hiburan yang melalaikan itu adalah salah satu punca kemunduran orang Melayu sehingga usaha kerajaan untuk membangunkan mereka menemui kegagalan.

Menurutnya, orang Melayu tidak boleh berasa selamat selama-lamanya kerana mendapat segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, sebaliknya perlu berusaha keras seperti kaum lain.

Katanya, orang Melayu mudah berasa selesa walaupun mereka sebenarnya tidak menguasai ekonomi dan bidang-bidang profesional yang lain.

``Sebaliknya orang bukan Melayu yang tidak menikmati kemudahan seperti itu sentiasa bekerja keras bagi mencapai kejayaan.

``Mereka sentiasa menanamkan `sifat' berasa tidak selamat berada di negara sendiri supaya kaum mereka sentiasa berusaha keras bagi menguasai semua bidang ilmu,'' katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis penerangan mengenai Cabaran dan Survival Bangsa anjuran UMNO Bahagian Pekan di Dewan Majlis Perbandaran Pekan, di sini semalam.

Apakah Mat Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Tyson tidak sedar bahawa kerajaan Islam Hadhari pimpinan Umnolah yang menggalakkan program-program hiburan yang melalaikan ini. Malah kerajaan sendiri tidak langsung berusaha untuk mengurang atau memberhentikan program-program konsert, pesta, festival dan sebagainya yang semuanya melalaikan orang melayu.

Agensi-agensi kerajaan seperti RTM dan lain-lain jabatan turut sama menghidupkan program sebegini ditambah pula dengan program-program yang dianjurkan oleh TV3 seperti Jom Heboh dan lain-lain.

Stesyen-stesyen TV pula tidak henti-henti menayangkan rancangan-rancangan berunsur maksiat dan melalaikan seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Who Will Win, Mentor, Audition, Bintang RTM dan sebagainya.

Jadi Mat Taib kena cermin mukanya sendiri sebelum menuding jari kepada rakyat khususnya orang melayu. Jika kerajaan Islam Hadhari serius ingin membimbing rakyat supaya tidak lalai dengan hiburan Pak Lah dan kuncu-kuncunya mesti memberhentikan segera program-program seperti ini dan digantikan dengan program hiburan alternatif yang lebih bermanfaat dan tidak melanggar syariat Islam.

Kerajaan negeri Kelantan pernah menganjurkan sebuah konsert yang boleh dijadikan contoh di mana semua pengunjungnya bersembahyang maghrib berjemaah dan penganjur mengasingkan wanita dan lelaki. Lagu-lagunya pula semuanya bersifat mendidik bukannya untuk hiburan semata-mata.

Mat Taib mungkin buat-buat tidak tahu bahawa sebenarnya kerajaan Islam Hadhari memang suka rakyat lalai dengan hiburan kerana dengan itu mereka tidak akan mengendahkan isu-isu yang berlaku disekeliling mereka seperti isu kenaikan harga minyak dan barangan. Jadi bebaslah kerajaan Islam Hadhari untuk melakukan apa sahaja kerana rakyat tidak ambil kisah, apa yang penting mereka boleh berhibur.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59