Friday, 7 April 2006

PASTI NEGERI MELAKA TERUS DITEKAN














MELAKA 7 APRIL : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di seluruh negeri Melaka terus ditekan oleh kerajaan Islam Hadhari negeri Melaka di bawah pimpinan Ali Rustam atau lebih mesra di panggil Ali Ketam.

Pada 27 Mac lalu 12 PASTI diseluruh kawasan di dalam negeri Melaka telah menerima surat amaran dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang mengarahkan kesemua PASTI tersebut berdaftar di bawah JAIM. Semalam sebuah lagi PASTI telah menerima surat yang sama. PASTI-PASTI ini dituduh melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam (Melaka) 2002.

Surat (JAIM/6/(S) 223/1-34 (4) yang ditandatangani oleh Pengarah JAIM yang baru Abdul Halim Tawil antara lain memberi amaran bahawa jika kesemua PASTI tersebut enggan mendaftar dengan JAIM dalam masa 14 hari dari tarikh surat itu (27 Mac 2006),tindakan akan di ambil mengikut enakmen tersebut.

Antara PASTI yang menerima surat tersebut ialah dari Kawasan Alor Gajah iaitu PASTI Munawwaarah 2 & 3; Kawasan Bukit Katil - PASTI Jaya Insan(Bukit Katil), PASTI Ar-Rahmah (Solok Gaung), PASTI Darul Islam (Bukit Beruang); Kawasan Jasin - Ar-Roudhah, Al-Istiqamah, Al-Amin, As-Syakirin, As-Solihin; Kawasan Kota Melaka - As-Syarifah, Al-Hidayah; Kawasan Tangga Batu - PASTI An-Nuriah.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka telah mengadakan majlis taklimat tentang isu ini di Pejabat Pejabat Negeri di Semabok malam tadi. Dalam majlis itu, Ketua Pengarah PASTI Pusat, Azreen Abd Majid menegaskan bahawa PASTI adalah sebuah institusi yang ditubuhkan sebagai salah satu dari program pendidikan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Maka isu pendaftaran dengan JAIM tidak berbangkit kerana ianya tertakluk kepada perlembagaan PAS dan Akta Pertubuhan.

Dalam Perlembagan PAS Fasal 6 (2) pindaan 2001 jelas menyatakan bahawa antara program dan akitiviti PAS adalah menjalankan program ekonomi, pelajaran dan pendidikan. Jadi PASTI adalah salah satu program yang dianjurkan oleh PAS di bawah Dewan Pemuda.

"Kita tidak gentar dengan amaran ini, kerana kita yakin bahawa kita bergerak mengikut undang-undang dan tertakluk kepada perlembagaan PAS dan akta pertubuhan, saya tidak akan membiarkan PASTI di negeri Melaka ini berkubur begitu sahaja" tegas Azreen Abd Majid dengan penuh semangat walaupun dalam keadaan uzur.

Dalam majlis yang sama, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Us Kamaruddin Sedik menyeru supaya semua pengurus-pengurus PASTI dan ahli lembaga pengarah PASTI supaya bersama-sama bernaung di bawah Dewan Pemuda Negeri serta memberikan kepercayaan kepada Dewan Pemuda Negeri dalam menangani isu ini.

"Insya Allah jika kita bekerja dalam satu jamaah dan satu pasukan kita akan menjadi kuat dan Allah akan menolong kita" tegas Us Kamaruddin Sedik.

Di akhir program taklimat itu, kesemua Pengurus-pengurus PASTI menurunkan tandatangan masing-masing di dalam surat jawapan yang akan dihantar kepada JAIM.

"Insya Allah kita akan menyampaikan surat jawapan kepada JAIM secara 'by hand' sebelum tarikh akhir yang diberikan oleh JAIM kepada kita" tegas Pengarah PASTI Negeri Melaka, Kadeer Mohd Dewa yang juga bertindak sebagai Pengerusi Majlis.

Difahamkan Dewan Pemuda PAS Negeri diketuai oleh Us Kamaruddin Sedik akan menyerahkan surat tersebut pada minggu hadapan.

Sebelum ini 5 buah PASTI telah di saman oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Kerajaan atas pelbagai kesalahan. Salah satu dari kes tersebut akan didengar di Mahkamah Persekutuan.

Turut hadir dalam majlis malam tadi ialah Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Melaka, Hj Mohd Yassin Abd Ghani;Pengurus-pengurus PASTI, Ahli Majlis Guru PASTI Melaka; Exco-exco Dewan Pemuda Negeri Melaka dan para penyokong PAS.


KERAJAAN BN TIDAK RAMPAS TANAH RAKYAT, TAPI ROMPAK TANAH RAKYAT


KUALA LUMPUR 7 April - MB Terengganu Idris Jusoh sekali lagi menafikan bahawa kerajaan Barisan Nasional Terengganu telah merampas tanah rakyat yang diberikan oleh kerajaan PAS dari tahun 1999-2004.

Beliau memberi jaminan tidak akan merampas semula 1,300 lot tanah yang telah diagihkan kepada rakyat semasa negeri ini diperintah oleh Pas.

Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh menganggap tanah-tanah yang telah diagihkan itu adalah `rezeki' bagi mereka yang menerima tanah tersebut.

Beliau turut menjelaskan bahawa 50,000 lot yang didakwa oleh Pas telah diagihkan kepada rakyat selama tempoh pemerintahan parti itu adalah tidak benar kerana ia tidak sempat berbuat demikian.

``Bagi saya, tanah yang sudah diberikan kepada rakyat adalah menjadi milik mereka tanpa mengira para pemilik tanah terbabit itu sama ada menyokong kerajaan ataupun sebaliknya,'' katanya dalam Wawancara 60 Minit Bersama Menteri yang disiarkan secara langsung di TV1 malam tadi.

Idris menegaskan bahawa isu bahawa kerajaan BN akan merampas tanah-tanah yang telah diagihkan oleh kerajaan negeri terdahulu adalah tidak benar sama sekali.

``Kita mempunyai senarai mereka yang menerima lot-lot tanah dan penduduk yang memohon ketika Pas memerintah dulu,'' ujarnya.

Tetapi bagaimana dengan kejadian menyodok rumah dan masjid yang dilakukan di RTB Bujal dan lain-lain. Apa istilah yang hendak kita. Mungkin istilah yang sesuai ialah ROMPAK TANAH RAKYAT bukan RAMPAS TANAH RAKYAT.

Inilah pemimpin Islam Hadhari Terengganu Bestari yang bercakap ikut sedap mulut sahaja. Apakah beliau tidak sedar bahawa rakyat hari ini sudah cerdik dan tidak mudah ditipu.

Sementara itu sehari dua ini pula Idris Jusoh mengganas lagi apabila pihak Majlis Daerah Setiu (MDS) merobohkan gerai 14 peniaga ikan di Kampung Penarik dalam operasi yang dijalankan kira-kira jam 9.30 pagi semalam.Operasi ini melibatkan lebih 20 kakitangan dan pegawai MDS dengan dua buah jentolak dan lori serta anggota polis.

Tinjauan Harakahdaily petang semalam mendapati, semua gerai menjual ikan yang dibina di atas tanah milik penduduk di situ telah dirobohkan melainkan empat buah yang diruntuhkan sendiri oleh pemiliknya.

Inilah rentetan kekejaman yang dilakukan oleh Idris Jusoh dan kuncu-kuncunya. Kita mengharapkan rakyat Terengganu akan bangkit menentang segala kekejaman pada pilihanraya akan datang.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59