Wednesday, 5 April 2006

AKIBAT DARI KEDEGILAN PEMIMPIN ISLAM HADHARI YANG TIDAK MAHU MENJALANKAN HUKUM ALLAH


STATISTIK YANG AMAT MENGGERUNKAN

1. Statistik rogol dari Malaysian Crime Prevention Foundation.

1993: 869
1994: 965
1995: 1029
1996: 1098
1997: 1429
1998: 1539
1999: 1457
2000: 1210
2001: 1354
2002: 1418

2. Statistik rogol mengikut laporan Berita Minggu, mengikut apa yang Dr Rais
bentang pada kabinet:
2000: 1217
2001: 1386
2002: 1431
2003: 1479

3. Statistik rogol di Arab Saudi, yang mengamalkan hudud pada tahun 2000 (
NationMaster.com)
2000: 87 kes.

4. Statistik rogol di UK, yang mengamalkan common law, undang-undang yang
ditiru oleh Malaysia pada tahun 2000. (NationMaster.com)
2000: 8 593 kes.

Ini bermaksud di Malaysia pada tahun 2003, lebih kurang 4 kes rogol berlaku
setiap hari. Sebab tu apabila media melaporkan ada kes rogol setiap hari, ia
bukan bermaksud sekarang musim rogol. Tetapi sebenarnya memang setiap hari
ada berlaku kes rogol. Sama ada ia dilaporkan atau tidak sahaja oleh akhbar.
Ingat, ini kes yang dilaporkan dan kita tidak tahu berapa banyak lagi kes
yang tidak disenyapkan oleh mangsa.

Entry kali ini tidak berkisar kepada hukuman apa yang wajar. Tetapi apa yang
Islam sudah suruh pada semua, baik wanita, lelaki, keluarga dan keseluruhan
anggota masyarakat. Sebagai langkah pencegahan awal.

1. Wanita seharusnya keluar berteman.
Peringatan ini sudah jelas disebut dalam hadis-hadis yang sahih. Jangan
keluar melainkan dengar mahram. Ini bermaksud, mak bapak perlu main peranan
penting. Apa kejadahnya kalau mak bapak buat tak kisah anak dara keluar
seorang diri. Mahu cari nahas?

Yang pelik, bila kita bangkitkan hal ini, maka bertalu-talulah disebut Islam
mengongkong kebebasan wanita. Kenapa pada zaman moden ini masih perlu
begitu? Wanita moden sudah pandai berdikari dan menjaga keselamatan diri.

Barangkali sudah lihat anak dirogol baru mahu menyesal?

2. Jangan keluar dating walaupun dengan boyfriend dan tunang.
Ini juga sudah disebut dalam hadis. Kalau dating, orang ketiga adalah
syaitan. Tapi kadang-kadang mak bapak buat tak kisah lagi-lagi kalau yang
ajak keluar tu tunang anak dia. Anak-anak memang lah suka. Apa kejadahnya
kalau baru bertunang sudah dianggap dapat lesen besar. Sudah terusik dan
ditinggalkan baru menangis tidak berlagu.

Laporan All Women Society (AWAM) dalam satu buku bertajuk The Rape Report:
An Overview of Rape in Malaysia (2002) menyebut daripada 6 jenis kes rogol,
2 daripadanya berpunca dari perjumpaan pasangan lelaki-perempuan
(kekasih/kenalan) yang bermula dengan kerelaan sendiri untuk berbuat seks
ataupun ditipu.

Kalau tak keluar dating dari awal, sudah tentu perogolan tidak berlaku.

3. Pisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila sudah mencapai
umur mumaiyyiz
Ini juga disebut dalam hadis. Sebab itu rumah yang terbaik dalam Islam
paling kurang ada 3 bilik tidur. Sebab antara kes rogol yang berlaku juga
melibatkan adik-beradik dan juga si bapa dan datuk yang meletakkan otak dan
akal mereka di kepala lutut. Pemisahan tempat tidur ini juga sebagai langkah
awal membasmi dan mencegah kes-kes sumbang mahram.

4. Tidak memakai pakaian yang seksi, ketat lagi menggiurkan.
Orang yang memakai pakaian begini adakalanya bernasib baik kerana tidak
dirogol. Tetapi pemakaian mereka merangsang sesetengah orang untuk melakukan
rogol. Bayangkan, kalau keluar KL sahaja seorang lelaki akan lihat puluhan
malah ratusan perut, pusat dan peha-peha gebu sudah tentu kalau nafsu tidak
dibendung, mangsa-mangsa yang lemah akan menjadi sasaran.

Kan baik kalau wanita-wanita ini berpakaian menutup aurat serta melabuhkan
pakaian mereka. Lelaki yang kuat nafsunya pasti akan dapat dibantu secara
tidak langsung.

Walaupun para ulama mengatakan di hadapan mahram batasan auratnya longgar,
tetapi para ibu seharusnya mengingatkan janganlah membenarkan anak-anak
perempuan ini memakai seluar pendek ketat dan baju fit di hadapan
datuk,bapa, pakcik dan abang serta adik lelaki kerana lelaki ini nafsunya
adalah terhadap perempuan.

Bila nafsu menguasai diri, sudah tentu anak atau cucu sendiri pun dikerjakan
sampai mati.

5. Isteri jangan tolak permintaan suami untuk 'bersama'
Di barat, ada undang-undang karut disebut marital rape. Suami merogol
isteri. Apa kejadahnya undang-undang ini. Benar, wanita itu bukan simbol
seks dan tempat pemuas nafsu suami sahaja. Tetapi pada masa yang sama kena
ingat, kalau bukan pada isteri si suami mahu melepaskan hajat, pada siapa
lagi?

Dari satu sudut lelaki memang perlu bertolak ansur. Kalau isteri penat,
datang haid, baru bersalin dan sebab-sebab lain yang dibenarkan oleh Islam,
memang lah tak patut bagi si suami memaksa isteri melayan kehendaknya. Itu
memang kejahilan suami dalam mengetuai bahtera.

Tetapi kalau tidak ada sebarang sebab untuk menolak, maka kalau diminta oleh
suami maka jangan ditolak. Ini juga disebut dalam hadis-hadis dalam bab
perkahwinan. Permasalahan ada mood atau tidak, maka ia perlu dirujuk pada
yang pakar bagaimana mahu dapat mood itu kembali, tetapi jangan sampai
mengabaikan kehendak suami.

6. Menutup pintu-pintu maksiat
Segala benda yang mengundang berahi manusia maka janganlah dibenarkan. Video
lucah. Majalah lucah. Artis terkangkang. Artis tunjuk buah dada. Artis
tayang seluar dalam. Dan pelbagai lagi bahan yang boleh mendorong maksiat.

Kadang-kadang bila mahu mencapai majalah di kedai-kedai mamak, kelihatan
majalah-majalah blue ini dengan mudah boleh didapati. Mona Gersang lah.
Jeritan batinku. Layan 3 lelaki sekaligus. Abang pemuas nafsuku dan 1001
tajuk lagi. Belum dicampur lagi majalah-majalah barat yang memang
menampakkan badan wanita lebih dari kain.

Marilah kita sama-sama melakukan apa yang Islam suruh buat. Memang perogol
itu jahat, tetapi kalau kita sendiri sama-sama menyumbang jasa untuk
membangkitkan nafsu perogol ini apa ceritanya pula?

Tindakan mahu meminda seksyen 376 Kanun Keseksaan kepada hukuman mandatori
adalah baik. Tetapi kalau terus kembali kepada apa yang syariah mahukan
adalah lebih baik lagi.

1210(MY) - 87(SA) - 8593(UK) (Statistik rogol NationMaster.com, tahun 2000).
Bukankah sudah terbukti hukuman hudud itu mampu mengurangkan jenayah rogol
ke tahap paling minima? Kenapa masih degil dan sombong?

Daripada Allah kita diciptakan, dengan sistem Allah kita hidup, dan kepada
Allah kita kembali.


BETTY CHEW (KETUA PEMBANGKANG DUN MELAKA) LEBIH FAHAM ISLAM DARI ALI RUSTAM (PEMIMPIN NO.3 ISLAM HADHARI)


MELAKA 5 APRIL : Ketua Pembangkang DUN Melaka, Betty Chew baru-baru mempertikaikan mengapa bagaimana kerajaan Islam Hadhari Melaka boleh memberikan premis lesen menjual arak kepada seorang muslim di Jalan Laksamana di sini. Betty berkata demikian semasa soal jawab dalam Dewan Undangan(DUN)Melaka baru-baru ini.

Dalam ucapannya Betty bertanya, setahu beliau seseorang Islam diharamkan meminum arak, tetapi adakah menjual arak dibenarkan pula?

Seterusnya beliau bertanya berapakah jumlah lesen menjual arak yang dikeluarkan kepada orang Islam di negeri Melaka.

Selain dari isu ini beliau juga mempertikaikan tindakan kerajaan negeri merobohkan sebuah Tokong Cina di Bemban. Tidak cukup dengan itu, rumah penjaga tokong itu juga dirobohkan tanpa notis dan arahan mahkamah.

Isu lain yang disentuh oleh Betty ialah isu penutupan ladang babi.

Sehubungan dengan isu lesen arak ini, Ketua DPP PAS Bukit Katil, Hj Salamat Aman berkata, beliau amat malu dengan isu pemberian lesen arak kepada peniaga yang berugama Islam.

"Adakah Islam Hadhari menghalalkan perkara yang jelas diharamkan oleh Islam. Takkan Betty lebih faham dari 'Imam' nombor 3 Islam Hadhari iaitu Ali Rustam", sindir Hj Salamat.

"Sudah jelas sekarang, Islam Hadhari semakin sesat dan menyesatkan, rakyat mesti bangkit menentang segala kemungkaran dan kezaliman Islam Hadhari yang semakin menjadi-jadi" tegas Salamat lagi.


LAGI SEORANG PEMIMPIN ISLAM HADHARI DIISYTIHAR BANGKRAP


KUALA LUMPUR 5 April - Seorang lagi pemimpin Islam Hadhari iaitu anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Abd. Rahman Palil dikenakan notis kebankrapan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, dekat sini berhubung pembayaran wang sebanyak RM311,295.35 kepada seorang bekas pengarah syarikat perkhidmatan pencucian dan pembersihan.

Notis bertarikh 8 Mac lalu telah diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam Selangor itu pada 27 Mac lalu.

Notis tersebut dikeluarkan selepas bekas pengarah syarikat Agmal Development Sdn. Bhd. (Agmal), Zarinah Abu Bakar memperoleh penghakiman ingkar daripada Mahkamah Tinggi di sini terhadap Abd. Rahman pada 20 Februari lalu.

Penghakiman ingkar itu dibuat oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, Marutin Anak Pagan yang memerintahkan Abd. Rahman membayar RM311, 295.35 sebagai ganti rugi khas dan kos RM285 kepada Zarinah.

Ini berikutan tiada pernyataan pembelaan difailkan oleh Abd. Rahman yang dinamakan sebagai defendan dalam saman yang dikemukakan oleh Zarinah pada 21 Disember tahun lalu.

Peguam yang mewakili Zarinah, Keppy Wong ketika dihubungi berkata, sehingga hari ini tidak ada sebarang permohonan daripada Abd. Rahman untuk mengetepikan notis kebangkrapan atau penghakiman ingkar tersebut.

Zarinah, 36, memfailkan writ saman terhadap Abd. Rahman bagi menuntut ganti rugi RM311,295.35 kerana didakwa memungkiri perjanjian berhubung penjualan syarikat asal miliknya, Agmal setelah dikurniakan sebidang tanah bernilai lebih RM9 juta, 11 tahun lalu.

Menurut pernyataan tuntutan, Zarinah selaku plaintif menyatakan bahawa sehingga akhir tahun 1994, beliau merupakan pemegang saham terbesar dalam syarikat Agmal.

Pada tahun 1994, dakwanya, Abd. Rahman telah menghantar dua wakilnya termasuk seorang pegawai Pejabat Tanah Daerah Petaling bagi berbincang menggunakan syarikat itu dalam satu permohonan mendapatkan sebidang tanah daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Hasil perbincangan, plaintif mendakwa, beliau, defendan dan dua wakilnya bersetuju dengan empat terma antaranya ialah plaintif akan memberikan 60 peratus saham syarikat itu kepada defendan, 20 peratus kepada wakilnya dan 10 peratus kepada isteri pegawai jabatan tersebut.

Plaintif juga, dakwanya, akan mendapat saham sebanyak 10 peratus daripada nilai tanah yang diperoleh.

Zarinah mendakwa, pejabat tanah tersebut kemudian telah meluluskan permohonan itu dan mengurniakan sebidang tanah seluas 11.3 hektar di Sungai Buloh yang bernilai RM9,147,600 pada waktu itu.

Bagaimanapun, dakwa beliau, bagi mengelakkan cukai, defendan memutuskan untuk tidak menjual tanah itu sebaliknya menjual semua saham syarikat Agmal kepada syarikat Aras Bumi Sdn. Bhd. dengan harga RM2 juta pada Oktober 1995.

Zarinah mendakwa, beliau telah menerima bayaran pertama sebanyak RM18,295 daripada saham plaintif dan 12 bayaran lagi secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1995 hingga tahun lalu.

Plaintif mendakwa, defendan sehingga kini masih berhutang sebanyak RM311,295.53 kepadanya memandangkan sejumlah RM1.82 juta daripada nilai tanah itu masih ditahan oleh peguam cara pembeli bagi tujuan pembayaran cukai jualan saham.

Berikutan itu, Zarinah mendakwa defendan gagal menunaikan janji sehingga menyebabkannya mengalami kesengsaraan, tekanan jiwa dan mental.

Sumber : Utusan


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59