Tuesday, 4 April 2006

RENTETAN PROGRAM 'TARBIAH' ISLAM HADHARI YANG DIANJURKAN UNTUK MENDIDIK RAKYAT


18 Sept 2005

Anugerah Era dilansungkan di Stadium Bukit Jalil .


28 Sept hingga 1 Oktober 2005

Berlansung pula Festival Filem di Dewan Merdeka PWTC


4 February 2006

Anugerah Juara Lagu ke 20 yang juga diadakan di PWTC


26 February

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ( ABPBH ) berlansung di Arena of Star Genting Highland .


24 March 2006

Anugerah Planet Music 06' dianjurkan di Max Pavillion Singapore Expo di Singapura.


25 March 2006

Bermula Pesta Karaoke dan hiburan di Dataran Majlis Daerah Hulu Terengganu . ( Kuala Berang ) yang dijangka akan dilakukan setiap hujung minggu .


2 April 2006

Fiesta Media Idola dipromosikan hebat di Maran Pahang .


2 April 2006

Hari yang sama berlansungnya Pesta Air Nasional di Taman Esplaned Kuantan Pahang dengan persembahan Ezlyn , Farah AF , Misha Omar , Siti Nurhaliza , Jamal Abdillah , Jinbara dsbnya di hadapan Pengasas atau Pendiri Mazhab Islam Hadhari sendiri , Pak Lah Badawi .


15 April 2006

Konsert Pesta Malam Indonesia akan dilangsungkan di Stadium Merdeka jam 3.00 pm . Dengar khabarnya Pesta ini akan turut diserikan oleh satu kumpulan penyanyi yang bukan sahaj seksi tetapi mempunyai style tarian yang menggiurkan ( lucah ) iaitu kumpulan RATU .


28 April 2006

Ini pula ( kalau tak silap saya ) Akan berlansung pula Anugerah Idustri Muzik 06 ' di Merdeka Hall PWTC .

Sementara tu , uji bakat Akademik Fantasia 4 sedang giat berlansung di seluruh negara .

RTM pula dalam mengadakan sambutan ulangtahunnya ke 60 , telah menganjurkan RTM 60 jam tanpa henti dan setiap hari dalam tempoh itu diadakan Konsert RTM dari 1 am hingga 4 am secara lansung . ( Media Islam Hadhari menaja Konsert Menyanyi dan Menari pepagi buta ? )

Perhatian : Kebanyakan Pesta dan Konsert tersebut dianjurkan oleh pihak Kementerian bukan pihak swasta yang mana Kerajaan Islam Hadhari boleh berlepas tangan dengan mengatakan bahawa apa yang berlaku itu diluar pengetahuan mereka .

Sungguh saya tidak percaya !! tetapi itulah realitinya . Pada saya , apa yang sesuai untuk Islam Hadhari anjurkan ialah qiamulail dan bacaan ayat - ayat suci al quran serta munajat dalam masa - masa seperti itu ( 1 am - 4 am )

Tetapi apa yang berlaku ialah Konsert Hiburan ditambah pula dengan pengacaranya yang seksi berpakaian , manja ( gelenya ) aksinya dan liuk lintuk artis di pentas untuk terus membuai penganut Islam Hadhari .

Television pula khasnya TV 3 , pantang rehat atau iklan mesti bingit dengan kempen JOM HEBOH yang mengajak semua Penganut dan Pengamal Islam Hadhari turun berhibur bersama artis pujaan mereka . Begitu cara Islam Hadhari mendidik penganutnya agar bertambah Iman dan Taqwa , guna memenuhi tuntutan rukun atau prinsip yang pertama Mazhab Islam hadhari :( .

Saya teringat satu hadith Nabi saw. ketika menjawab pertanyaan Muaz ibnu jabal mengenai fenomena yang akan dihadapi oleh ummat pada masa - masa yang akan datang . Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Saidina Muaz ibnu Jabal rha. :

قوم يستنون بغير سنتي و يهدون بغير هدي تعرف منهم و تنكر

" Suatu kaum yang mengambil cara hidup lain daripada apa yang telah disyariatkan olehKu ( Nabi saw. ) dan mengambil petunjuk yang bukan dari petunjukKu , Engkau kenal golongan ini dan hendaklah jauhkan diri daripadanya. "

Dipetik dari Blog dairy seorang mujahid, Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi


RMK 9 : PAK LAH KATA JANGAN PENTING DIRI. SIAPA YANG SELALU BERBUAT DEMIKIAN?


KUALA LUMPUR 4 April - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat negara ini, yang bakal terbabit secara langsung dalam proses Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), agar jangan hanya memikirkan kepentingan diri.

Perdana Menteri berkata, jika wujud unsur-unsur kepentingan diri itu, maka akan timbul konflik.

Tetapi kita ingin bertanya kepada Al-Badawi siapa yang selama ini lebih mementingkan diri sendiri, pemimpin atau rakyat. Sudah jelas terbukti selama ini pemimpinlah yang mementingkan diri sendiri. Pak Lah sendiri 'renovate' 'istana'nya sampai jutaan ringgit. Inikah ini mementingkan diri?

Apakah rakyat yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang, dikatakan pentingkan diri.

Begitu juga biasanya hanya ahli dan penyokong Umno sahaja yang biasanya mendapatkan habuan projek, manakala kontraktor yang menyokong pembangkang jangan harap nak dapat projek kalau diketahui.

Dalam hal perlantikan jawatan-jawatan di kampung seperti ketua kampung, AJK masjid, JKKK dan sebagainya hanya ahli Umno 'pekat' sahaja yang dilantik.

Jadi siapa yang pentingkan diri? Pemimpin Umno atau rakyat?


Tanpa menghuraikan konflik yang dimaksudkan itu, beliau sebaliknya berkata, kepentingan yang harus diterapkan ialah mengenai soal kepentingan bangsa.

Setiap kali bercakap pemimpin Umno berkata bahawa bangsa melayu mesti dibela dan diberi keutamaan tetapi realiti sebenar tidak berlaku seperti itu. Hanya orang melayu yang menyokong Umno sahaja yang mendapatkan keistimewaan. Oleh kerana ujudnya rasuah, pilih kasih dan pelbagai penyelewengan maka matlamat DEB gagal dicapai kerana sebahagian kecil orang melayu sahaja yang kaya dan mendapat manfaatnya.

Pak Lah berkata lagi :

``Kalau kita semua fikirkan survival bangsa, maka tidak akan (ada) konflik di dalam diri kerana kita mempunyai tujuan yang sama.

``Survival hanya akan terjamin bila ada kekuatan. Kita sedang membina keupayaan dan kekuatan itu. Jangan ada pihak... yang sanggup menghalang berlakunya perubahan yang hendak kita lakukan ke arah survival bangsa dan survival negara,'' katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diwawancara oleh Datuk Johan Jaffar dalam rancangan `Di Sebalik Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)' di RTM1 malam ini.

Jumaat lepas, Abdullah membentangkan usul RMK-9 di Dewan Rakyat dengan peruntukan pembangunan sebanyak RM200 bilion bagi tempoh 2006 hingga 2010, RM30 bilion lebih berbanding peruntukan RMK-8.

Abdullah berkata, RMK-9 berbeza daripada Rancangan-Rancangan Malaysia terdahulu kerana ia bukan sekadar sebuah pelan malah sebahagian daripada Misi Nasional, misi yang melibatkan semua rakyat yang boleh melahirkan satu semangat dan kekuatan untuk mencapai cita-cita tersebut.

``Kalau kita ada dalam kepompong, tak boleh. Kita tak boleh nak merancang, berfikir dan menentukan hanya dalam persekitaran kita, seolah-olah dunia luar tidak ada apa benda bagi kita.

``Seolah kita tak ada kepentingan langsung, kita hanya seronok, seronok dengan kampung kita sahaja. Tak mau jadi macam itu,'' katanya.

Perdana Menteri berkata, beliau juga akan tetap komited dengan matlamat menjadikan kerajaan yang diterajuinya sebuah kerajaan yang terbuka dan telus.

Bagaimanapun, tegasnya, di sebalik komitmen sedemikian (rakyat harus mengakui hakikat) bahawa kebebasan tetap mempunyai had.

``Tidak ada kebebasan tanpa had...apa pun kebebasan, sama ada kebebasan akhbar atau kebebasan bersuara mesti ada had dan undang-undang,'' katanya.

Johan bertanyakan kepada Abdullah sama ada beliau komited untuk meneruskan agenda mewujudkan sebuah kerajaan yang terbuka dan telus.

Abdullah berkata, suasana kelam kabut akan tercetus di negara ini jika ada orang yang ingin menegakkan haknya tanpa mempedulikan undang-undang, semata-mata atas nama kebebasan.

``Bila berlaku kelam kabut dan anarki akan timbul pula satu lagi golongan yang rakus yang akan mengeluarkan gendangnya,'' kata beliau.

Menjawab satu soalan lain, Abdullah berkata, penubuhan Institut Integriti Malaysia serta penerapan Islam Hadhari dan nilai-nilai murni sejagat dalam hal pembangunan negara adalah sebahagian usaha pencegahan penularan rasuah di negara ini.

Mengenai Islam Hadhari ini kita ingin bertanya Pak Lah apa yang Islam Hadhari buat dalam usaha untuk mencegah kemungkaran seperti gejala dadah, maksiat, konsert-konsert, program-program TV yang melalaikan dan berunsur maksiat, pusat-pusat perjudian, kilang-kilang arak, bank-bank riba, pengamalan undang-undang manusia dan sebagainya. Adakah perkara yang jelas diharamkan Islam dihalalkan oleh Islam Hadhari.

Dalam bab menutup aurat umpamanya, adakah Islam Hadhari tidak mewajibkan wanita memakai tudung sebab itu pemimpin wanita Umno, anak Pak Lah dan menantu Pak Lah tidak memakai tudung.

Pak Lah berpenglipurlara lagi :

Sambil menegaskan kesungguhannya untuk memerangi rasuah secara habis-habisan, beliau berkata pencegahan merupakan elemen yang penting ke arah itu.

``Macam-macam telah kita wujudkan (dalam usaha pencegahan itu). Kita tak boleh berputus asa,'' katanya

Cakap untuk menangani rasuah oleh Pak Lah ini cukup memuakkan kita kerana sehingga kini bertimbun-timbun laporan dan aduan terhadap menteri-menteri, menteri besar dan sebagainya masih tidak dilakukan ataupun tidak diumumkan kepada rakyat.

Jangan cakap tidak serupa bikin Pak Lah nanti makan diri.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59