Tuesday, 21 March 2006

DAKWAAN KEPADA PELAJAR UM : SUNGGUH MELUCUKAN APABILA BUKTI DIKATAKAN HILANG


MELAKA 21 MAC : Satu fenomeno melucukan berlaku di dalam negara setelah peristiwa melucukan berlaku ketika perbicaraan kes Dato' Seri Anwar dahulu, apabila tilam buruk pun di bawa ke mahkamah.

Kali ini fenomena melucukan ini berlaku apabila seramai 15 pelajar Universiti Malaya (UM) yang menghadapi tuduhan menghadiri perhimpunan haram, telah dibebaskan oleh pihak berkuasa UM semalam kerana beberapa barang “bukti” telah hilang.

Bagaimana sebuah universiti yang dikatakan terbaik di Malaysia tidak dapat menyimpan bukti dan data untuk pendakwaan kepada pelajar sendiri. Patutlah ranking UM merudum dari menjadi antara universiti terbaik di Asia kepada langsung tidak mendapat tempat dalam ranking dunia.

Kita juga mempersoalkan apakah tujuan sebenar UM mendakwa pelajar-pelajar ini, adakah sekadar untuk menggertak mereka ataupun sememangnya UM tidak berani untuk berhadapan dengan pelajat terbabit.

Difahamkan, pelajar terbabit diberitahu mengenai perkara itu dalam sesi siasatan terhadap mereka pagi ini. Bagaimanapun, siasatan terhadap dua lagi pelajar, telah ditangguhkan ke tarikh yang belum ditetapkan.

Salah pelajar yang telah dibebaskan itu berkata, dia diberitahu oleh penal siasatan bahawa gambar-gambar berhubung tuduhan terhadap mereka, yang disimpan dalam sebuah komputer riba, telah hilang.

Sebelum itu, kira-kira 100 pelajar UM berkumpul untuk menyatakan sokongan mereka kepada 17 pelajar terbabit yang dituduh menyertai perhimpunan haram di luar bangunan Parlimen kerana membantah ‘penyelewengan’ yang didakwa berlaku dalam pilihanraya kampus yang lalu.

Tindakan mereka menyertai perhimpunan haram itu dituduh bertentangan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971.

Pagi semalam, beberapa pemimpin pelajar dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berucap menyentuh isu kebebasan di kampus dan masalah yang dihadapi dalam pilihanraya kampus yang lalu.

Pilihanraya tersebut yang disapu bersih oleh kumpulan‘pro-establishment’, didakwa dicemari dakwaan penyelewangan dan ugutan. Ini mendorong puak pro-pelajar memulaukan pilihanraya tersebut.

Selepas 20 minit mengadakan perhimpunan tersebut pada jam 11 pagi, pegawai keselamatan UM mengarahkan mereka bersurai. Pelajar berkenaan melaungkan slogan dan keadaan menjadi tegang.

Berlaku pergelutan

Pergelutan kecil berlaku apabila para pegawai penguatkuasa berkenaan cuba meleraikan perhimpunan tersebut.

Pegawai bekenaan juga bertanya kepada wartawan di situ bagaimana mereka masuk ke dalam kampus dan mengapa mereka tidak memohon permit khas dan media mana yang mereka wakili.

Para wartawan berkenaan kemudiannya diarah meninggalkan bangunan tersebut.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di tempat lain kemudiannya, salah seorang daripada 17 pelajar yang menghadiri sesi siasatan pagi ini – Zainulfaqar Yaakub (foto) – menyifatkan sesi siasatan itu sebagai ‘tidak profesional’.

Pelajar tahun ketiga jurusan pengajian Islam itu berkata, penal tiga anggota itu tidak menyebut langsung mengenai tuduhan terhadapnya, tetapi sebaliknya bercakap mengenai latarbelakang pendidikannya.

Selepas mereka bercakap mengeni isu yang sama selama kira-kira sejam, Zainulfaqar berkata, dia naik berang dan menuntut anggota penal tersebut supaya menumpukan kepada sesi siasatan terhadapnya.

Tindakannya itu, katanya, telah memeranjutkan anggota penal itu. Mereka keluar sekejap dari bilik untuk berbincang dan kemudian masuk semula untuk memberitahunya yang sesi siasatan terhadapnya telah ditangguhkan.

Sewaktu sesi tersebut juga, para pelajar terbabit telah menghantar surat kepada Naib Canselor UM, Prof Datuk Hashim Yaacob, mendakwa sesi siasatan itu tidak sah.


MAS MUNDUR 1,000 TAPAK KE BELAKANG


MELAKA 21 MAC : Amat memalukan! di saat Syarikat Penerbangan lain menambah laluan ke destinasi-destinasi utama di dunia, Penerbangan Malaysia Airlines (MAS)sebaliknya mengumumkan untuk memberhentikan penerbangan antara Kuala lumpur dan enam destinasi antarabangsa di India, China dan United Kingdom dan Eropah. Ianya akan dihentikan sepanjang tempoh tiga bulan akan datang. Enam destinasi tersebut ialah Ahmedabad dan Kolkata di India, Xian di China, Padang di Indonesia dan Manchester dan Vienna di Eropah.

Siapa yang harus dipersalahkan?

Penerbangan Kuching-Pontianak juga akan diberhentikan sepanjang tiga bulan akan datang, kata MAS di dalam satu kenyataan hari, seleras dengan langkah pemulihan perniagaan dan rancangan penyusunan semula laluan antarbangsanya.

MAS menjangkakan rancangan perasionalisasi laluan yang sedang dilaksanakan itu akan membantu meningkatkan muatan, menambah perolehan dan mengurangkan kerugian sehingga RM303.0 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2006.

Menurut Bernama, penjimatan kos juga dijangka dapat mengimbangi kerugian pendapatan yang dialami ekoran daripada rancangan merasionalisasi laluan-laluan itu, katanya.

Berkuatkuasa 1 April, 2006, pertukaran pesawat akan dilakukan antara A330-300 Kuala Lumpur/Chengdu dan A330-200 Kuala Lumpur/Kunming bagi perkhidmatan pergi dan balik seminggu dua kali bagi menampung permintaan penumpang untuk kedua-dua laluan ini.

Kekerapan penerbangan akan turut dikurangkan secara berperingkat bagi laluan pergi-balik Kota Kinabalu/Shanghai, Pulau Pinang/Singapura, Kuala Lumpur/Sandakan, Kuala Lumpur/Nagoya, Kuala Lumpur/Frankfurt dan Kuala Lumpur/Auckland.

Tempahan tiket

Sementara itu, berkuatkuasa 15 Mei, 2006, Malaysia Airlines akan menyelaraskan semula beberapa perkhidmatan mingguan Kuala Lumpur-Kota Kinabalu-Tokyo, Tokyo-Kota Kinabalu-Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur-Kota Kinabalu-Osaka untuk beroperasi secara terus antara KLIA dan bandar-bandar Jepun.

Langkah ini dijangka dapat mempertingkatkan saling-hubung antara rangkaian antarabangsa dan domestik MAS, kata kenyataan itu.

Katanya, MAS akan memenuhi tempahan tiket yang telah dibuat lebih awal ke atas laluan-laluan yang terlibat dalam rancangan merasionalisasikan laluan itu.

"Rancangan perasionalisasi laluan di atas dijangka memberikan kesan yang sedikit terhadap kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancong terkemuka di Asia, memandangkan Malaysia Airlines akan bekerjasama secara agresif dengan rakan perkongsian kodnya," kata kenyataan itu.

Menerusi perjanjian sedia ada, MAS akan terus mempromosikan saling-hubung antara Malaysia dan destinasi antarabangsa utama di samping menyumbang ke arah usaha-usaha keseluruhan oleh pelbagai pihak untuk meningkatkan kedatangan pelawat ke Malaysia.

Manakala kesan perasionalisasi ke atas operasi kargo MAS pula dijangka tidak begitu ketara kerana syarikat penerbangan itu akan terus mengekalkan destinasi kargo utamanya di United Kingdom, Orient, Australia, Asia Barat, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat.

Syarikat penerbangan itu akan menampung pemberhentian perkhidmatan itu menerusi persetujuan "interline" di samping meningkatkan saling-hubung pengangkutan kapal terbang apabila dua pesawat B747 menyertai rangkaian kapal terbang syarikat, masing-masing pada bulan ini dan Mei 2006.

Sumber: Malaysiakini


APA YANG Umno JOHOR BOLEH BUAT, KALAU PEMIMPIN MEREKA SENDIRI PENGECUT


JOHOR BAHRU 21 Mac - Apa yang Umno Johor boleh buat kalau pemimpin mereka sendiri yang pengecut. Itu pertanyaan yang timbul bila membaca berita yang disiarkan oleh media hari ini yang menyatakan bahawa Badan Perhubungan UMNO Johor akan mengadakan satu mesyuarat tergempar esok khusus untuk membincangkan isu penjualan pasir dan penggunaan ruang udara oleh Singapura sebagai syarat bagi mendapatkan persetujuan membina jambatan lurus untuk menggantikan Tambak Johor.

Mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman itu dijangka akan mengambil satu pendirian tegas berhubung kedua-dua permintaan republik itu.

Kedua-dua perkara itu telah dijadikan prasyarat persetujuan oleh Singapura untuk membenarkan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor yang kini berusia 82 tahun.

Jangankan Umno Johor, Umno pusat pun tidak berani berhadapan dengan kerajaan Singapura. Semua perjanjian yang melibatkan Malaysia dan Singapura termasuk penjualan pasir, penjualan air semuanya menguntungkan Singapura, lantaran kebodohan dan lemahnya pemimpin Islam Hadhari yang sentiasa tunduk dengan kemahuan Singapura.

Malah dalam isu keselamatan dan maruah negara pun pemimpin Islam Hadhari ini tidak berani bertegas. Lihat sahaja berapa kali pesawat tentera udara Singapuran memasuki ruang udara Malaysia, tetapi Malaysia langsung tidak membuat bantahan rasmi atau memberikan amaran kepada Singapura.

Pemimpin Islam Hadhari ini hanya berani berhadapan dengan rakyat yang berugama Islam tetapi lemah longlai tidak bermaya bila berhadapan dengan Singapura.

Pada mesyuarat itu, Ghani dijangka akan memaklumkan perkara-perkara terkini berhubung perbincangan antara kedua-dua negara di peringkat Pusat terhadap rancangan pembinaan jambatan yang merentasi Selat Tebrau.

Beliau juga dikatakan akan meminta mandat ketua-ketua bahagian UMNO Johor sebelum menyiapkan satu `nota pandangan' terhadap kedua-dua perkara terbabit. (Nota pandangan sahaja ke, bukan nota bantahan?)

Nota terbabit kemudiannya akan diserahkan kepada Kerajaan Pusat yang mengendalikan perundingan antara Malaysia dan Singapura berhubung isu pembinaan jambatan ini.

Ghani dijangka tidak akan membuat kenyataan akhbar selepas mesyuarat tertutup itu dan pihak media juga tidak dimaklumkan mengenai mesyuarat yang akan diadakan esok.

Bagaimanapun salah seorang Ketua Bahagian UMNO yang dihubungi lewat malam ini mengesahkan mesyuarat yang akan diadakan esok.

Difahamkan Singapura mahu 200 juta meter padu pasir iaitu 50 juta meter padu pasir setahun selama 20 tahun untuk melebarkan Pulau Tekong, Tuas dan Jurong.

Dengan jumlah pasir sebanyak itu dalam masa 20 tahun ia boleh mewujudkan sebuah lagi pulau di Singapura.


TAHNIAH HAMAS


BANDAR GAZA 21 Mac - Tahniah kepada Perdana Menteri baru Palestin, Ismail Haniyeh atas kejayaannya mengemukakan barisan Kabinet 24 anggota termasuk seorang wanita dan seorang Kristian kepada Presiden Mahmoud Abbas 19 Mac lalu.

Ismail memberitahu media bahawa kabinet baru meliputi 14 menteri dari Tebing Barat dan 10 dari Gaza.

Beberapa orang pemimpin kanan Hamas telah dilantik menjadi menteri di Kementerian-kementerian penting. Antaranya pemimpin Hamas di Gaza, Mahmoud al-Zahar dilantik sebagai Menteri Luar manakala seorang lagi pemimpin pergerakan itu, Saeed Seyam menjadi Menteri Dalam Negeri yang akan bertanggungjawab terhadap beberapa agensi keselamatan.

Jawatan Menteri Kewangan pula disandang oleh seorang pakar dalam bidang tersebut iaitu profesor ekonomi di Tebing Barat yang juga ahli Parlimen Hamas, Omar Abdel-Razeq.

Hamas mengemukakan senarai Kabinet itu kepada Mahmoud selepas gagal memujuk puak-puak Palestin yang lain menyertai kerajaan campuran yang diketuainya.

Israel dan Amerika Syarikat (AS) telah berikrar untuk memulaukan kerajaan pimpinan Hamas.

Tindakan Hamas melantik anggota-anggota kanan pergerakan itu ke jawatan penting Kabinet, ekoran ketiadaan rakan kongsi, merupakan petanda awal kejayaan usaha Israel dan AS untuk memencilkan Hamas.

Pegawai parti Fatah pimpinan Mahmoud berkata, Presiden tidak akan cuba menghalang Parlimen meluluskan Kabinet itu tetapi akan mengeluarkan sepucuk surat memperincikan kebimbangan beliau tentang dasar-dasarnya.

Parti-parti sederhana Palestin telah menghadapi tekanan AS untuk menjauhi kerajaan yang diketuai oleh Hamas kerana pendiriannya enggan mengiktiraf Israel, menolak keganasan dan menerima perjanjian damai sementara.

Sebelum pertemuannya dengan Ismail, Mahmoud berkata, Parlimen akan bersidang tidak lama lagi untuk mengadakan pengundian bagi meluluskan kerajaan baru itu.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59