Thursday, 16 March 2006

KERAJAAN ISLAM HADHARI MELAKA BERTOLAK ANSUR DENGAN PENTERNAK BABI TETAPI BERTINDAK KEJAM KEPADA PASTI




BUKIT KATIL 16 MAC : Kerajaan Islam Hadhari Negeri Melaka jelas takut kepada penternak babi apabila memutuskan tidak akan menutup ladang ternakan babi di negeri itu, kecuali sebuah ladang ternakan di Melaka Tengah, dalam mesyuarat exco negeri semalam.

Sebaliknya kerajaan Islam hadhari ini sentiasa bertindak keras dan zalim kepada PASTI di negeri Melaka, apabila sebahagian besar PASTI di negeri ini di saman oleh mereka.

"Dengan Cina mereka boleh bertolak ansur tetapi dengan orang Islam mereka bertindak kejam dan keras" kata Hj Salamat Aman, Ketua DPP Kawasan ketika diminta mengulas isu ini.

"Inilah rupa sebenarnya kerajaan Umno/BN yang langsung tidak memikirkan survival orang Islam. Apa yang penting bagi ialah mendapat undi dari golongan bukan Islam yang sentiasa taat menyokong mereka" tambah Salamat.

Laporan media hari ini menyebut bahawa pemilik ladang ternakan di Melaka Tengah itu, Chin Nam Yee, diberi tempoh sehingga 30 April ini untuk mematuhi arahan tersebut.

Dan usaha untuk menyelamatkan ladang ternakannya itu, Chin, yang memiliki 5,000 ternakan dan berkemungkinan kerugian berjuta-juta ringgit, telah memfail permohonan di mahkamah untuk membatalkan arahan tersebut.

“Saya perlu masa sekurang-kurangnya setahun untuk menutup ladang ternakan tersebut bagi meminimakan kerugian saya. Mereka (kerajaan negeri) mahu saya melakukannya dalam tempoh sebulan,” katanya ketika dihubungi.

Manakala 81 ladang ternakan yang terletak di Paya Mengkuang dan Kuala Sungai Baru terselamat daripada arahan penutupan itu.

Semua penternak terbabit hanya diperlukan mengemuka pelan kawasan dan foto berkaitan ladang mereka, kepada MCA yang kemudiannya akan mengemukakannya kepada kerajaan negeri.

Keputusan tersebut dibuat ekoran mesyuarat exco kerajaan negeri semalam serta usaha gigih ahli Exco MCA, Datuk Seah Kwi Tong (foto).

Bagaimanapun, beliau tidak dapat menyelamatkan ladang ternakan milik Chin. Apa yang dapat dilakukannya sekarang ialah meminta kerajaan negeri supaya melanjutkan tempoh penutupan ladang tersebut.

"Pada mulanya, saya telah merayu kepada kerajaan negeri supaya menangguhkan tempoh penutupan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan lagi, tetapi ahli exco yang lain merasakan tempoh satu bulan setengah sudah mencukupi,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, kerajaan negeri telah mengarahkan supaya kesemua 82 ladang ternakan di Melaka ditutup melalui surat yang dihantar kepada penternak terbabit oleh Jabatan Veterinar dan Majlis Perbandaran Alor Gajah.

Pada mulanya, dalam surat tersebut, penternak terbabit diberi tempoh sehingga semalam untuk menutup ladang mereka. Sejak 40 tahun lalu, para penternak babi di Melaka gagal mendapat kelulusan daripada majlis perbandaran.

Selepas menerima surat tersebut, para penternak terbabit telah meminta bantuan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang kemudiannya memberitahu pihak media yang penternak terbabit perlu mengemukakan pelan kawasan ladang dan membaiki sistem pembentungan dan menukar status penggunaan tanah mereka.

Menurut Seah lagi, penternak terbabit mesti mengemukakan pelan kawasan ladang dan foto berkaitan ladang mereka kepada MCA pada 31 Mac ini.

Sejak menerima surat tersebut, penternak berkenaan telah mengambil pelbagai langkah termasuk mengadakan bantahan di luar kediaman Seah dan mengiklankan masalah mereka dalam sebuah akhbar harian bahasa Cina.

Mereka telah juga mengemukakan rayuan kepada Kementerian Pertanian dan Asas Tani.

Sistem pembentungan

Sementara itu, Seah berkata, MCA telah mendapatkan khidmat seorang arkitek dan juruukur untuk membantu penternak terbabit menyediakan pelan kawasan ladang mereka.

Jika pelan tersebut diluluskan oleh majlis perbandaran, katanya, mereka kemudiannya perlu mengemukakan pelan senibina dan pelan struktur bagi ladang mereka.

"Selepas pelan kawasan ladang mereka diluluskan oleh pihak berkuasa, MCA akan membantu usaha menaiktaraf sistem pembentungan mereka,” katanya.

Beliau juga menolak dakwaan penternak yang kerajaan negeri tidak pernah memberi garispanduan yang jelas mengenai sistem pembentungan ladang.

Bagaimanapun, Seah berkata, beliau dapat meyakinkan ahli exco negeri yang lain supaya membenarkan penternak mengemukakan pelan kawasan ladang terlebih dahulu, sebelum menaiktaraf sistem pembentungan mereka.


NAJIB TUKANG KARUT PALING POPULAR SEKARANG


KUALA LUMPUR 16 MAC : Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sekali lagi menjadi tukang karut yang hebat apabila menyeru rakyat menerima hakikat bahawa era minyak murah sudah berakhir dan harga bahan bakar itu akan terus meningkat.

Antara bait-bait yang diucapkan oleh beliau ialah "Kesimpulannya, era minyak murah...`"cheap oil" sudah berakhir'. Ini realiti yang mesti diterima rakyat Malaysia dan dunia keseluruhannya.

"Kita tidak boleh lindung lagi bahawa harga minyak akan terus naik dan era minyak yang murah sudah berakhir," katanya dalam taklimat khas kenaikan harga minyak untuk kakitangan Kementerian Penerangan, di Auditorium Angkasapuri malam tadi.

Hebat sungguh tukang karut ini. Setiap hari terpaksa berfikir untuk mencipta senikata baru untuk disampaikan di dalam 'dikir barat' beliau untuk dipersembahkan kepada rakyat.

Pada 28 Februari lalu, kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga petrol dan produk petroleum sebanyak 30 sen seliter.

Bernama melaporkan, keputusan untuk menaikan harga minyak ini disifatkan sebagai satu tindakan berani yang terpaksa dilakukan berikutan lonjakan harga minyak di pasaran dunia.

Najib cuba hendak menipu rakyat yang sekarang ini sebenarnya sudah cerdik. Walau apapun alasannya kerajaan sepatutnya mencari jalan untuk mengurangkan kesan kenaikan harga minyak ini. Apatah lagi kita mempunyai minyak sendiri yang tidak perlu dibeli dari luar. Sudah pasti ada jalan yang boleh di ambil untuk membantu rakyat.

Namun yang jelas sebenarnya kerajaan sekarang tidak mempunyai duit yang cukup untuk mentadbir negara akibat dari kerakusan kerajaan sendiri membelanjakan wang negara dengan boros dan bodoh.

Lihat sahaja bagaimana borosnya PM sendiri membaiki 'istananya' di Putra Jaya dengan harga lebih dari RM6 juta. Dalam keadaan duit negara yang sedikit inipun kerajaan masih sanggup meneruskan kejohanan Formula sudah tentu menelan belanja jutaan ringgit.


PAS DITUDUH SEBAGAI PENGHASUT : RAKYAT BUKAN BODOH LAGI


KEMAMAN 15 Mac - Bekas pemimpin Parti Semangat 46, Ahmad Shabery Cheek yang dibaru dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Luar menggesa Pas supaya tidak cuba menangguk di air keruh ekoran kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen berkuat kuasa 28 Februari lalu dengan menghasut rakyat mengadakan demonstrasi.

Jelas sekali Ahmad Shabery cuba merendah-rendahkan rakyat Malaysia seolah-olah rakyat kita tidak boleh berfikir sendiri dan mudah dihasut.

Walau sebodoh mana seseorang itu mereka tetap tidak boleh menerima kenaikan harga minyak ini kerana ianya jelas menghimpit mereka yang sudah sedia susah dalam kehidupan masing-masing.

"PAS tidak perlu menghasut kerana ianya jelas menzalimi rakyat" tegas Ketua DPP Kawasan Bukit Katil Hj Salamat Aman.

Kerajaan Al-Hadhari jelas tertekan dengan perbuatan menaikkan harga minyak ini apabila mengarahkan seluruh jentera penerangan mereka bergerak di segenap pelusuk negara untuk menjelaskan isu kenaikan harga minyak ini. Pelbagai helah mereka gunakan kononnya wang Petronas digunakan untuk pelaburan luar negara, wang subsidi minyak akan digunakan untuk mempertingkatkan pengangkutan awam dan sebagainya.

Walau apapun hujah mereka kita tidak dapat menerimanya kerana kita tahu sebahagian wang Petronas digunakan untuk projek-projek membazir seperti Formula One dan sebagainya.

Malah gaya hidup pemimpin negara langsung tidak menunjukkan perubahan malah rakyat pula yang diminta mengubah gaya hidup.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59