Tuesday, 14 March 2006

BUKAN HANYA NAMA YANG PERLU DITUKAR TETAPI CORAK PENGISIANNYA MESTI DITUKAR


PUTRAJAYA 14 MAC: Karnival Sure Heboh anjuran TV pengampu kerajaan TV3 telah ditukar namanya kepada Jom Heboh. Namun yang pasti corak program yang diselitkan di dalam Jom Heboh tidak banyak berubah. Program-program melalaikan seperti Konsert tetap menjadi 'rukun' kepada program ini.

Pihak penganjur dan pemimpin kerajaan Al-Hadhari langsung tidak menghiraukan fatwa majlis mufti yang mengharamkan program ini.

Semalam Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyambut baik langkah TV3 menukar nama Karnival Sureheboh kepada Karnival Jom Heboh sebagai salah satu usaha memartabat dan memperkasa bahasa Melayu.

Nampaknya Hishamuddin langsung tidak rasa susah hati atau gusar dengan corak pengisian program tersebut yang melalaikan remaja dan pelajar.

Hishamuddin juga menyambut baik langkah TV3 yang menukarkan nama program itu kepada nama yang lebih 'melayu' yang kononnya langkah ini selaraskan agenda kerajaan untuk memperkasakan bahasa melayu. Sedangkan di masa yang sama merekalah yang mematikan bahasa melayu apabila mengambil langkah mewajibkan pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59