Monday, 13 March 2006

UMNO SASARKAN TAMBAH AHLI 2,000 SEBELUM JUN. PAS BAGAIMANA?


BUKIT KATIL 13 MAC : Umno Bahagian Bukit Katil mensasarkan pertambahan ahli seramai 2,000 ahli sebelum Jun ini melalui kempen-kempen 'Keluargaku Ahli UMNO' yang kini sedang giat dijalankan.

Angka itu berdasarkan sasaran 10 peratus daripada jumlah ahli sehingga Disember 2005 iaitu seramai 19,867 orang daripada Bahagian Bukit Katil.

Malah sejak bulan Januari hingga hari ini (12 Mac), sejumlah 448 ahli baru telah didaftarkan melalui kempen-kempen yang telah dijalankan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terdapat di Bahagian Bukit Katil.

Lantaran dengan itu, Kempen ini akan diteruskan di peringkat Cawangan sepanjang bulan April dan Mei depan bagi merealisasikan hasrat pucuk pimpinan yang mahukan ahli UMNO menyertai parti yang sememangnya memperjuangan hak bangsa Melayu sejak zaman dahulu sehingga sekarang.

Secara keseluruhan, inilah masanya ahli UMNO mengambil peluang dengan melakukan daftar pemilih dan jika angka yang disasarkan menepati maka segala usaha yang dirancang oleh kerajaan pasti dilakukan dengan jayanya dan membuktikan keupayaan setiap ahli untuk terus membangunkan serta memajukan negara.

PAS BUKIT KATIL BAGAIMANA?


RAKYAT MENANGIS, PEMIMPIN NEGARA BERSERONOK




KUALA LUMPUR 13 MAC : Di saat rakyat menangis kerana menderita akibat kenaikan harga minyak dan barangan keperluan pemimpin-pemimpin negara termasuk Perdana Menteri riang berseronok tanpa rasa kesihan kepada rakyat.

Sebagai contoh sewaktu program Anugerah Seri Angkasa 2005 (ASA2005) yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) malam kelmarin Pak Lah dan Menteri Penerangan dan hadirin bergelak ketawa bagai lupa dunia apabila melihat gelagat artis pujaan mereka.

Imam Hadhari, Pak Lah langsung tidak menampakkan muka risau atau susah hati kerana kita sedar kenaikan harga minyak dan barangan tidak menyusahkan beliau. Malah sepatutnya sebagai Imam nombor satu Islam Hadhari beliau tidak manis untuk menghadiri program seperti itu. Tapi mungkin juga Islam Hadhari menghalalkan pergaulan lelaki perempuan seperti itu.

Di saat semua rakyat 'berkabung' dengan kenaikan harga minyak Pak Lah dan Tok Najib ingin meminta rakyat mengubah cara hidup supaya tidak membazir dan hanya bijak berbelanja. Tetapi pemimpin, kerajaan dan agensinya langsung tidak menunjukkan perubahan. Sebaliknya rakyatlah yang dipaksa melakukan perubahan.

Jelas kepada kita betapa sesatnya Islam Hadhari selama ini. Isu kenaikan harga minyak ini juga memberikan dalil yang jelas kepada kita bahawa Islam Hadhari juga tidak mengutamakan kebajikan rakyat.

Marilah sama-sama kita menilai semula sokongan kita semua kepada Islam Hadhari.


KES BUNUH IBU DAN TIGA ANAK : APA NAK JADI DENGAN MASYARAKAT KITA


JOHOR BAHRU 13 MAC : Berita yang disiarkan media hari ini tentang kematian seorang ibu muda dan tiga anaknya sungguh menyayat hati. Walau siapapun pembunuh anak-anak kecil yang tidak berdosa itu, kita rasakan bahawa si pembunuh adalah 'binatang' berupa manusia. Apatah ada kemungkinan bahawa pembunuhnya adalah ayah atau ibu mereka sendiri.

Siasatan polis berhubung kes bunuh empat beranak di Taman Kota Masai dekat sini, malam kelmarin, kini bertumpu kepada dua teori bagaimana kejadian itu berlaku.

Teori pertama ialah lelaki berusia 36 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan kes itu membunuh isterinya, Marziah Mansur, 33 dan tiga anak mereka yang berusia satu hingga tujuh tahun.

Teori kedua pula, tiga kanak-kanak itu dibunuh oleh Marziah sebelum dia dibelasah suaminya hingga mati.

Sumber polis berkata, ketika disoal siasat, suspek yang juga seorang kontraktor mendakwa ketika turun ke tingkat bawah rumahnya pada 8 malam, dia melihat tiga anaknya sudah mati di ruang tamu rumah menyebabkannya bertengkar dengan isteri, sebelum memukulnya dengan tiang besi buaian.

Polis bagaimanapun meragui dakwaan itu kerana semua mangsa mempunyai kesan cedera di kanan kepala dan dipercayai dipukul menggunakan objek keras yang sama.

Sumber itu berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada suspek dan beberapa saksi termasuk jiran mereka tetapi ada beberapa percanggahan mengenai keadaan serta masa kejadian.

Semalam, akhbar melaporkan seorang kontraktor ditahan selepas dipercayai membunuh Marziah, dan anak mereka, Muhammad Zamrie, 7; Muhammad Zairie, 3 dan Intan Zaharah, 1, di rumah mereka di Taman Kota Masai.

Sumber itu berkata, suspek dalam keterangan awalnya memberitahu polis, anak sulungnya memaklumkan kepadanya ‘ibu memukul dua adiknya’ ketika dia sedang mandi di tingkat atas.

“Suspek mendakwa dia turun ke tingkat bawah dan mendapati tiga anaknya terbaring manakala isterinya duduk senyap menyebabkan dia bertanya apa yang berlaku.

"Melihat isterinya diam, dia memukul isterinya dengan tiang buaian dan tidak sedar ia menyebabkan kematian," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, mengesahkan suami Marziah kini ditahan reman hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Beliau bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai hasil siasatan kes itu.

Tinjauan Berita Harian di Hospital Sultanah Aminah (HSA) semalam mendapati saudara mara mangsa memenuhi pekarangan rumah mayat hospital itu untuk menuntut jenazah tetapi beredar selepas dimaklumkan bedah siasat hanya akan siap pagi ini.

Jelas sekarang terlampau banyak perkara pelik terjadi di sekeliling kita iaitu jenayah yang berlaku yang kadang-kadang tidak masuk akal.

Mungkin negara kita sekarang ini ditimpa bala oleh Allah yang menyebabkan masyarakat sudah tidak tenteram dan aman.

Namun begitu kejadian-kejadian jenayah seperti ini tidak menginsafkan pemerintah kita yang masih leka dengan kemewahan dan keseronokan dan pada masa yang sama cuba menekan rakyat dengan kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang.


ZAINUDDIN MAIDIN TIDAK PEKA MASALAH RAKYAT


KUALA LUMPUR 13 Mac - Menteri Penerangan yang baru dinaikkan pangkat, Zainuddin Maidin mula menunjukkan belangnya apabila menyelar Parti pembangkang kerana kononnya cuba mengambil kesempatan menjadikan isu kenaikan minyak sebagai `senjata' untuk kepentingan politik murahan mereka.

Menteri Penerangan itu percaya, pemimpin parti pembangkang yang kekeringan isu akan menjadikan isu kenaikan harga minyak untuk menyerang kerajaan sehingga menjelang pilihan raya umum akan datang.

Katanya, parti pembangkang percaya isu tersebut dapat menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Tetapi langsung tidak sensitif dan simpati terhadap masalah yang rakyat terpaksa tanggung ekoran kenaikan harga minyak dan barangan.

Kita menyeru beliau agar turun bertanyakan khabar penduduk di dalam kawasannya seperti di Kg Pulau Sayak yang susah. Jangan hanya duduk di Kuala Lumpur di atas kerusi empok sahaja.

Hujah dangkal beliau mudah sahaja. ``Bukan kita yang menentukan (kenaikan harga minyak) sebaliknya mengikut harga pasaran dunia,'' katanya.

Tetapi bukankah kerajaan bertanggungjawab menjaga kesejahteraan rakyat dan membantu rakyat dengan keuntungan Petronas yang berbilion ringgit. Jangan cuba memperbodohkan rakyat.

Beliau mengulas penganjuran siri demonstrasi membantah kenaikan harga minyak di ibu negara oleh parti pembangkang pada setiap hari Jumaat sejak dua minggu lalu.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59