Wednesday, 8 March 2006

SPR SEPATUTNYA SELESAIKAN ISU PENGUNDI HANTU TERLEBIH DAHULU


BUKIT KATIL 8 MAC : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya menyelesaikan isu yang lebih besar iaitu isu pengundi hantu, rasuah pilihanraya, ugutan dan penipuan bukannya isu yang remeh seperti isu poster dan pengiraan semula undi yang tidak banyak dipersoalkan.

SPR dalam kenyataan akhbar mereka hari ini mencadangkan agar pengiraan semula undi tidak lagi dilakukan di pusat penjumlahan undi sebaliknya proses itu dijalankan di pusat mengundi bagi menjimatkan masa.

Ia juga mencadangkan agar perang poster tidak lagi dibenarkan bagi mengelak pembaziran serta pergaduhan.

Sudah jelas kepada kita bahawa SPR sebenarnya cuba lari dari isu sebenar yang menjadi bantahan keras parti pembangkang selama ini.

Pengiraan semula undi dan poster jarang atau tidak pernah dipertikaikan oleh parti-parti politik sebelum ini.

Mengikut cadangan itu perbezaan peratus undi calon bagi membolehkan pengiraan semula diadakan akan dinaikkan daripada dua peratus kepada empat peratus.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata keputusan yang diumumkan di pusat penjumlahan undi selepas itu akan dikira sebagai rasmi tanpa sebarang bantahan lagi daripada mana-mana pihak.

"Ini bagi menjimatkan masa. Jika peraturan lama diikuti ia juga menyusahkan banyak pihak seperti polis dan SPR yang terpaksa menyediakan CCTV (siaran tv litar tutup) bagi mengelakkan tohmahan jika pengiraan semula dilakukan keesokan hari seperti yang berlaku di Pengkalan Pasir," katanya.

Beliau berkata cadangan itu diterima baik oleh beberapa parti politik yang berharap ia dapat dilaksanakan segera.

"Rakyat sebenarnya mahu melihat SPR lebih telus dan serius dalam menangani isu pengundi hantu, rasuah, ugutan dan penipuan", demikian kenyataan Ketua DPP Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman.

"Tetapi nampaknya SPR tidak peka atau sengaja membutakan hati dan mata mereka dalam hal ini" kata Hj Salamat dengan nada kesal.

Abdul Rashid juga berkata SPR akan memperkenalkan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi mereka yang mahu mendaftar sebagai pemilih tidak lama lagi.


Kerajaan Negeri Rancang Projek Naik Taraf Di Pantai Puteri. Bagaimana dengan kegiatan maksiat?


BUKIT KATIL, 8 Mac : Rancangan Kerajaan Negeri Melaka yang merancang beberapa projek bagi memperindahkan lagi Pantai Puteri supaya ia kekal menjadi antara pantai terbaik dan popular di Malaysia memang dialu-alukan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Ismail Saleh berkata, kerajaan yakin melalui projek seperti menambak laut dan menyusun semula gerai akan memberi kemudahan kepada rakyat untuk beristirehat bersama keluarga terutama pada hujung minggu atau hari cuti am.

Beliau berkata demikian ketika berucap dan merasmikan Majlis Penutupan Karnival Pra GP Joran 2006 yang dianjurkan oleh Berita Harian yang diadakan selama dua hari yang bermula pada 4 dan 5 Mac lalu.

Karnival anjuran bersama Kerajaan Negeri, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Tourism Malaysia dan penginapan ditaja oleh Merak Malacca Beach Resort itu dihadiri kira-kira 1,600 pemancing dari seluruh negara.

Ismail berkata, dengan kehadiran ribuan peserta memancing akan memberi keuntungan kepada sektor pelancongan terutama hotel, gerai dan pusat perniagaan kraf serta makanan tempatan.

Tetapi kerajaan negeri juga mestilah menangani gejala maksiat yang berleluasa di pantai tersebut. Tinjauan Blog ini di pantai itu beberapa bulan lalu mendapati kegiatan maksiat seperti berdua-dua di dalam gelap, berpelukan dan sebagainya masih berleluasa.

Pasangan-pasangan muda langsung tidak menunjukkan perasaan segan silu walaupun orang ramai lalu-lalang disekitar pantai tersebut.

Kerajaan Melaka mesti bertanggugjawab dengan berusaha untuk mencegah perbuatan tidak bermoral ini. Jangan nanti pantai sahaja yang indah dan cantik tetapi perangai anak-anak muda di negeri ini buruk disebabkan tiadanya pencegahan dan pendidikan yang dijalankan oleh kerajaan negeri.


PAS MELAKA TERBITKAN SEMULA AKHBAR PENJANA


BUKIT KATIL 8 Mac : Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka akan menerbitkan semula akhbar bulanan Penjana yang pernah diterbitkan sebelum Pilihanraya Umum lalu.

Menurut sumber PAS Negeri, akhbar ini akan diterbitkan bermula April ini. Jawatankuasa Penerbitannya akan diketahui oleh AJK Badan Perhubungan Negeri, Us Mohd Nor Omar.

Sehubungan dengan itu ahli-ahli seluruh Melaka diseru supaya membeli akhbar ini apabila diterbitkan nanti.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59