Monday, 6 March 2006

KERAJAAN MULAKAN KEMPEN PUJUK RAKYAT TERIMA 'KEZALIMAN' MEREKA


KUALA LUMPUR 6 MAC : Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan kempen penerangan bagi memujuk rakyat menerima kenaikan harga minyak dengan hati terbuka tanpa bantahan.

Dalam satu sesi penerangan khas di Kuala Lumpur semalam, Abdullah telah menyerahkan tugas tersebut kepada para pemimpin parti-parti komponan Barisan Nasional (BN) di semua peringkat untuk turun padang memperjelaskan rasional mengapa kerajaan perlu berbuat demikian.

"Kurangnya penerangan mengenai tindakan kerajaan menaikkan harga minyak, telah mengakibatkan rakyat tidak faham rasionalnya ... dan pihak pembangkang mengambil kesempatan itu untuk mengkritik kerajaan,” katanya.

Isnin lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen. Kini harga Petrol ialah RM1.92 dan diesel RM1.58.

Parti-parti pembangkang dan badan bukan kerajaan serta rakyat menganjurkan perhimpunan besar-besaran Jumaat lalu, membantah kenaikan harga minyak itu yang menurut mereka, telah membebankan rakyat berpendapatan rendah.

Sementara itu TV3 dalam Berita 1.30 petang tadi menyiarkan kekesalan kerajaan kerana ada pihak yang kononnya memanipulasikan kenaikan harga minyak ini untuk kepentingan politik mereka.

Berhubung dengan kenyataan ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Hj Salamat Aman melahirkan kehairanan mengapa pemimpin kerajaan masih gagal menggunakan otak mereka yang waras untuk menyelami kesusahan rakyat dengan kenaikan harga barangan ini.

"Sepatutnya pemimpin kerajaan jangan menyalahkan pembangkang dalam isu ini. Ini kerana pembangkang sebenarnya sedar akan kesusahan rakyat sebab itulah mereka bangkit bersama-sama rakyat menentang keputusan kerajaan ini" jelas Hj Salamat.

Hj Salamat juga menegaskan bahawa rakyat memang sedar bahawa kerajaan ada memberikan subsidi kepada rakyat kerana ia sememangnya tanggungjawab kerajaan. Maka jika sekiranya subsidi minyak ini perlu ditambah maka kerajaan mestilah mencari jalan untuk melakukannya lebih-lebih lagi Petronas sendiri mengaut keuntungan yang sangat tinggi dengan kenaikan harga minyak ini.

"Mengapa keuntungan itu tidak disalurkan sedikit kepada rakyat demi untuk membantu rakyat terutama yang dhaif dan susah" tambah Hj Salamat lagi.

Perdana Menteri dalam media hari ini menegaskan, harga minyak masih dijual pada kadar harga subsidi, walaupun kerajaan berkata, pemberian subsidi itu lama kelamaan akan dihentikannya.

Sementara itu Hj Salamat juga kesal dengan kenyataan-kenyataan pemimpin kerajaan dalam satu sesi penerangan khas di Kuala Lumpur semalam yang langsung tidak peka dengan masalah-masalah rakyat berikutan kenaikan harga minyak dan barangan.

"Mereka hanya memikirkan bagaimana hendak memberikan penjelasan kepada rakyat supaya akur dengan keputusan rakyat bukannya memerah otak untuk membantu rakyat menangani masalah kenaikan harga minyak dan barangan keperluan harian, jauh sekali dari mendesak kerajaan menarik balik keputusan tersebut" tegas Hj Salamat lagi yang juga merupakan Bendahari DPP PAS Negeri Melaka.


AL-BADAWI CUBA TIPU RAKYAT SEKALI LAGI


MELAKA 6 Mac - Kerajaan tidak boleh menggunakan keuntungan Petronas bagi membayar subsidi minyak kerana syarikat petroleum negara itu perlu menggunakan se mula keuntungan untuk membuat pelaburan di luar negara, demikian kata-kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang cuba mengelirukan rakyat sekali lagi.

Katanya, pelaburan dalam industri minyak memerlukan perbelanjaan yang besar bernilai berbilion-bilion ringgit.

``Petronas perlu membuat pelaburan di luar negara bagi menampung bekalan minyak negara yang semakin berkurangan,'' demikianlah kelengtongnya pada Majlis Perjumpaan Mengenai Isu-Isu Semasa Bersama Perdana Menteri, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam. Masing-masing terlopong mendengar kelengtong beliau.

Tetapi Al-Badawi mungkin lupa bahawa wang Petronas pernah seringkali digunakan untuk 'bail out' syarikat-syarikat yang bermasalah.

Tetapi mengapa untuk membantu rakyat Al-Badawi berkira sangat.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59