Sunday, 5 March 2006

RAKYAT MULA 'RAYAKAN' KENAIKAN HARGA BARANG











Harga lama Harga selepas harga minyak naik


Pulau Pinang:


Barang

Bawal hitam Harga Lama RM15 - 1 kg
Harga Baru RM17 - 1 kg

Ikan kembung Harga Lama RM6 - 1 kg
Harga Baru RM7 - 1 kg

Kacang panjang Harga Lama RM2.40
Harga baru RM3

Mee/koay teow Harga Lama RM2.50 sepinggan
Harga Baru RM3 sepinggan

Roti canai Harga Lama 60 sen sekeping
Harga Baru 80 sen sekeping

Udang Harga Lama RM16 - 1 kg
Harga baru RM17 - 1 kg


Shah Alam:

Ayam Harga Lama RM5 - 1 kg
Harga Baru RM6 - 1 kg

Mee Harga Lama RM3 semangkuk
Harga Baru RM3.30 semangkuk

Daging import Harga Lama RM7 - 1 kg
Harga Baru RM8 - 1 kg

Melaka:

Ayam Harga Lama RM4 -1 kg
Harga Baru RM4.50 - 1 kg


Kuala Lumpur:

Bawal hitam Harga Lama RM12 - 1 kg
Harga Baru RM13 - 1 kg

Daging tempatan Harga Lama RM15 - 1 kg
Harga baru RM18 -1 kg

Daging import Harga Lama RM8.50 -1 kg
Harga baru RM9 -1 kg

Ikan kembung Harga Lama RM6 - 1 kg
Harga Baru RM7 - 1 kg

Sawi Harga Lama RM2.80 - 1 kg
Harga Baru RM3 - 1 kg

Santan Harga Lama RM3 - 1 kg
Harga Baru RM4 - 1 kg

Tenggiri Harga Lama RM14 - 1 kg
Harga Baru RM15 - 1 kg

Petaling Jaya:

Bawal hitam Harga Lama RM12 - 1 kg
Harga Baru RM16 - 1 kg

Santan Harga Lama RM3 - 1 kg
Harga Baru RM4 - 1 kg

Sawi Harga Lama RM2.80 - 1 kg
Harga Baru RM3 - 1 kg

Alor Setar:

Ikan kembung Harga Naik hingga RM3 -1 kg

Ipoh:

Ikan kembung Harga Naik hingga RM3 -1 kg

Kota Bharu:

Ikan Tenggiri Harga Lama RM12 - 1 kg
Harga Baru RM16 - 1 kg

Seremban:
Sawi Harga Lama RM1.60 - 1 kg
Harga Baru RM2 - 1 kg

Johor Bahru:

Sawi Harga Lama RM2 - 1 kg
Harga baru RM2.50


KEMATIAN 2 PELAJAR MRSM KUALA KRAI : MENTERI KESIHATAN MESTI LETAK JAWATAN - DPP BUKIT KATIL


MELAKA 5 MAC : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mendesak Menteri Kesihatan dan Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan meletakkan jawatan kerana kelalaian dan kelemahan kakitangan kementerian terbabit untuk mengambil langkah yang berkesan dalam merawat kedua-dua MRSM Kuala Krai yang meninggal dunia baru-baru ini.

Dua pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai meninggal dunia dalam tempoh tidak sampai sebulan selepas dipercayai mengalami kerosakan paru-paru akibat jangkitan virus.

Mangsa, Siti Nazirah Said, 14, dari Kuala Terengganu meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada 4 Februari lalu selepas menghidap demam teruk, manakala seorang lagi mangsa, Amni Izzati Ghani, 14, dari Kemaman meninggal dunia, Khamis lalu di hospital yang sama.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang menuntut di Tingkatan Dua dan menginap di asrama sekolah itu dimasukkan ke Hospital Kuala Krai sebelum dihantar ke HRPZ II untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, keluarga kedua-dua mangsa terkilan kerana tidak dimaklumkan dengan jelas punca kematian anak mereka.

Mengikut laporan perubatan yang diserahkan kepada keluarga mangsa, Siti Nazirah meninggal dunia akibat ‘acute respiratory syndrome’ atau sindrom pernafasan teruk akibat jangkitan virus, manakala Amni Izzati mati akibat ‘severe pneumonia multiple organ failure’ atau radang paru-paru.

Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Ramlee Rahmat berkata, kes itu sedang disiasat oleh Jabatan Kesihatan Kelantan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dua pelajar itu.

“Kemungkinan besar penyakit itu tiada kaitan dengan Sindrom Pernafasan Yang Teruk (SARS) kerana tempoh kematian kedua-dua pelajar yang agak jauh berbanding jangkitan virus itu yang hanya mengambil masa sehari,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bagaimanapun, Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pendidikan Mara, Datuk Nam Marthinin, mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada pengetua MRSM itu yang mengaitkan kematian kedua-dua pelajar itu dengan kes denggi.

Bagaimanapun, tiada arahan dikeluarkan supaya maktab itu ditutup berikutan kejadian berkenaan.

"Saya ada menerima laporan daripada pengetua sekolah yang memaklumkan kematian dua pelajar itu disebabkan denggi. MRSM Kuala Krai tidak ditutup seperti yang dilaporkan dan kegiatan pembelajaran berjalan seperti biasa.

"Kita sudah mengarahkan pengurusan MRSM terbabit supaya mengambil langkah perlu bagi memastikan persekitaran sekolah itu bersih dan bebas daripada wabak berkenaan. Kami memandang serius perkara itu kerana ia membabitkan kematian dua pelajar yang tinggal di asrama MRSM terbabit," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Nam berkata, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai sudah membuat semburan asap di MRSM terbabit serta kawasan sekitarnya, manakala pengurusan maktab pula mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan.

Sementara itu, ibu Siti Nazirah, Hatijah Muda, 52, yang ditemui di rumahnya di Kampung Titian Baru, Bukit Payong semalam, berkata keseluruhan badan kecuali bahagian dada anaknya mempunyai kesan lebam, selain darah keluar dari mulut dan hidung, manakala muka kemerah-merahan dan melepuh seperti cacar air.

Katanya, pihak hospital tidak menjelaskan punca sebenar kematian anaknya.

“Sehingga kini, kami sekeluarga tidak tahu punca sebenar kematian Siti Nazirah, malah Siti Nazirah tidak menunjukkan sebarang tanda yang boleh membawa kematian ketika pulang bercuti.

Hatijah berkata, beberapa rakan anaknya memberitahu Siti Nazirah menghidap cirit birit dan tidak mampu bergerak sebelum dibawa berjumpa doktor di Hospital Kuala Krai kira-kira jam 8 pagi pada 4 Februari lalu tetapi diarah dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Sementara itu, bapa Amni Izzati, Ghani Sulong, 48, yang dihubungi di rumahnya, berkata mereka sekeluarga terkilan dan tidak berpuas hati kerana pihak sekolah tidak mengadakan sebarang langkah kawalan walaupun berlaku kematian di sekolah itu awal bulan lalu.

Malah, katanya pihak Hospital Kuala Krai juga tidak dapat mengesan dan menjalankan langkah pencegahan walaupun anaknya dirujuk ke hospital itu pada 20 dan 26 Februari lalu.

"Amni Izzati menelefon saya memberitahu doktor di Hospital Kuala Krai hanya memberitahu tekanan darahnya rendah selepas dirujuk kerana demam.

"Bagaimanapun pada 28 Februari lalu, anak saya dimasukkan ke wad di hospital sama tetapi terpaksa dipindahkan ke hospital di Kota Bharu.

"Sepatutnya pihak sekolah dan hospital mengadakan langkah kawalan dan mengenal pasti punca sebelum anak saya meninggal dunia kerana difahamkan ada beberapa lagi pelajar yang dirujuk ke Hospital Kuala Krai kerana mengalami simptom sama," katanya yang masih menunggu keputusan ujian darah Amni Izzati.

Kes ini merupakan satu lagi bukti kelemahan Kementerian Kesihatan dalam menangani isu-isu kesihatan.

'Dr Chua Soi Lek dan Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan mesti meletakkan jawatan serta merta. Ini bukan kes main-main ianya melibatkan nyawa' tegas Setiausaha DPP Kawasan, Khairuddin Ismail pagi ini.

'Kalau menteri ini mempunyai harga diri sudah tentu beliau mengambil tanggungjawab ini. Sudah banyak kes yang memalukan yang dilakukan oleh kakitangan kementerian ini terutama kakitangan hospital. Menteri ini sebenarnya lemah dan tidak mampu untuk memimpin kementerian yang sangat penting ini' tegas Khairuddin lagi.


BANTAHAN RAKYAT DI TUTUP OLEH MEDIA PENGAMPU DAN PENGECUT


MELAKA 5 MAC:Bantahan rakyat di seluruh negara terhadap kenaikan harga minyak yang dibuat di hampir semua negeri Jumaat lalu sedikitpun tidak mendapatkan liputan media arus perdana.

Media-media ini yang diterajui oleh pengampu dan pengecut ini sedikitpun tidak merasakan tanggungjawab mereka untuk melaporkan berita tentang kebangkitan rakyat menentang kenaikan harga minyak ini.

Mereka seboleh-boleh ingin menutup kebangkitan rakyat ini dengan apa cara sekalipun. Malang sungguh nasib rakyat Malaysia yang mempunyai akhbar yang dikongkong dan terkongkong.

Di KLCC misalnya ribuan rakyat berkumpul menyatakan bantahan mereka, namun berita ini langsung tidak disiarkan. Begitu juga dengan bantahan di negeri-negeri lain seperti di Melaka, Pahang, Perak dan lain-lain.

Namun apa yang pasti kerajaan zalim pimpinan Al-Badawi ini tidak akan dapat menyembunyikan semua perkara. Dewasa ini sistem komunikasi semakin canggih. Kalau mereka tutup saluran media tradisional seperti TV dan suratkhabar, Insya Allah kita boleh gunakan media lain seperti WebTV, laman-laman web dan lain-lain.

Insya Allah suatu hari nanti kebenaran tetap akan mengalahkan kebatilan


KERAJAANLAH YANG PATUT DIAMBIL TINDAKAN KERANA KETEPIKAN BAHASA MELAYU


MELAKA 5 Mac - Berita utama Utusan Malaysia hari ini menyiarkan berita bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu diberi kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang memperlekehkan penggunaan bahasa Melayu.

Beberapa tokoh serta pakar bahasa yang dihubungi berpendapat, ia adalah cara terbaik untuk menangani kepincangan penggunaan bahasa kebangsaan dalam pelbagai aspek yang semakin ketara.

Tetapi mereka harus sedar bahawa Kerajaanlah intitusi yang pertama sepatutnya di ambil tindakan kerana mengenepikan Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Kerajaan telah dengan jelas membelakangkan Dasar Pendidikan Negara.

Baru-baru beberapa orang pelajar dari Perak telah menfailkan saman terhadap kerajaan kerana menggunakan Bahsa Inggeris dalam kedua-dua subjek tersebut.Namun sehingga kini saman tersebut tidak diketahui perkembangannya. Adakah ianya 'dibakulsampahkan' seumpama aduan Lutfi Othman terhadap Khir Toyo.

Ketua II Gabungan Penulis Kebangsaan (Gapena), Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Bakar berkata semalam, ketiadaan peraturan ketat menyebabkan tidak timbul rasa takut di kalangan masyarakat jika tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

Jelasnya, bagi membolehkan DBP bertindak mengikut undang-undang, akta-akta agensi itu yang sedia ada perlu dipinda.

Mungkinkah DBP yang duduk dibawah dagu kerajaan berani mengambil tindakan terhadap 'orang' yang memberi 'rezeki' kepadanya. Di Malaysia perkara sebegini adalah mustahil di Malaysia.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59