Saturday, 4 March 2006

TUBUHKAN 'GERAK 2' SECEPAT MUNGKIN - HJ SALAMAT


BUKIT KATIL 4 MAC : Ketua DPP PAS Kawasan Bukit Katil mencadangkan PAS mempelopori penubuhan 'GERAK 2' sebagai platform untuk membangkitkan kesedaran rakyat tentang kezaliman kerajaan BN sekarang yang sedang menindas rakyat dengan kenaikan harga minyak.

"Penubuhan 'GERAK 2' ini mesti dilaksanakan sekarang di saat rakyat negara ini sedang marah dengan kenaikan harga minyak ini" jelas Hj Salamat di sini pagi ini.

"Pemuda Kawasan yakin bahawa GERAKAN RAKYAT (GERAK 2) ini mampu untuk menyedarkan rakyat bahawa kerajaan yang ada hari ini merupakan kerajaan 'haprak' dan 'hampas' kerana langsung tidak prihatin dengan masalah rakyat" tambah Hj Salamat.

"Kalau Us Fadzil berjaya menjana kebangkitan rakyat sebelum Pilihanraya Umum 1999 dahulu sudah tentu kita juga berupaya untuk melakukan perkara yang sama" kata Hj Salamat lagi.


RAKYAT MELAKA BANGKIT TENTANG PENGHINAAN KEPADA NABI DAN KENAIKAN HARGA MINYAK































MELAKA 4 MAC : Kalau sebelum ini jarang sekali rakyat Melaka bangkit dalam isu-isu politik tanahair tetapi isu kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen benar-benar menguji kesabaran mereka.

Semalam perkara ini terbukti apabila kira-kira 500 orang rakyat Melaka yang prihatin bangkit mengadakan bantahan kepada kenaikan harga minyak dan penghinaan terhadap Rasulullah di hadapan Masjid Negeri Al-Azim selepas Solat Jumaat.

Sesungguhnya kebangkitan ini jelas menunjukkan rakyat di seluruh negara sudah tidak tahan dengan kezaliman dan penindasan yang dibuat oleh kerajaan.

Dalam demonstrasi semalam yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka jelas kelihatan bahawa, cubaan pemimpin negara untuk mengelirukan rakyat dengan pujuk rayu supaya berkorban untuk negara tidak berhasil.

Rakyat Melaka dari pelbagai lapisan tetap berdiri teguh di bawah terik matahari untuk mendengar ucapan yang di sampaikan oleh pemimpin-pemimpin PAS Melaka. Jelas kelihatan bahawa pegawai kerajaan, peniaga, pekerja swasta dan orang awam menyokong bantahan tersebut sehingga program tersebut tamat.

Antara pemimpin PAS negeri yang menyampaikan ucapan ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Us. Abdul Ghani Abdul Rahman; Setiausaha PAS Negeri, Adly Zahari; Ketua Dewan Ulama Us Zulkifli Ismail;Ketua Dewan Pemuda Negeri Us Kamaruddin Sidek dan AJK PAS Negeri Us Abdul Rahman Jaafar.

Dalam ucapan mereka, pemimpin-pemimpin PAS negeri sepakat mengecam Perdana Menteri Al-Badawi yang tidak mengambil tindakan ke atas NST dan TV3 sebagaimana tindakan yang diambil ke atas Sarawak Tribune dan Guang Ming Daily. Ini jelas menunjukkan bahawa Al-Badawi lebih sayangkan kroninya daripada Rasulullah.

Mereka juga mengecam tindakan kerajaan Al-Badawi yang menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen.

"Kerajaan BN hari ini jelas lemah dan tidak pandai mentadbir kewangan negara sehingga sanggup menekan rakyat dengan menaikkan harga minyak".

"Mereka tidak sanggup berkorban untuk rakyat. Sudah sampai masanya kerajaan ini ditukar" jelas salah seorang pemimpin yang memberikan ucapan disanggup dengan laungan takbir oleh orang ramai.


RAKYAT DAN PENIAGA SAMA-SAMA JADI MANGSA KERAJAAN YANG TIDAK BERHATI PERUT


BUKIT KATIL 4 Mac - Manis sungguh kata-kata Perdana Menteri dalam kenyataan akhbarnya semalam. Antaranya beliau berkata kerajaan amat bersimpati dengan rakyat dan akan memastikan tiada siapa boleh mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan dengan kenaikan harga minyak.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil ingin bertanya kepada Al-Badawi kalau beliau benar-benar simpati kepada rakyat mengapa harga minyak dinaikkan. Tidakkah ianya melambangkan bahawa kata-kata simpati itu hanyalah dibibir yang tidak bertulang tetapi pelaksanaannya jauh panggang dari api.

Dalam kenyataannya semalam Al-Badawi yang nampak lemah lembut tetapi bertindak zalim kepada rakyat juga berkata kerajaan tidak akan membenarkan peniaga dan penyedia perkhidmatan mengaut keuntungan serta mengambil kesempatan berikutan kenaikan harga minyak runcit sebanyak 30 sen berkuat kuasa kelmarin.

Tetapi sedarkah beliau bahawa mungkinkah kerajaan dapat memantau semua kedai dan premis di seluruh Malaysia termasuk di kampung-kampung. Jawapannya sudah tentu mustahi. Mana mungkin kerajaan Al-Badawi mampu berbuat demikian dengan jumlah kakitangan yang terhad dan bekerja dalam ruang masa tertentu sahaja.

Tidakkah Al-Badawi tidak kasihan dengan peniaga yang terpaksa menampung kos yang meningkat tetapi pada masa yang sama tidak dibenarkan menaikkan harga jualan. Kalau inilah pandangan Al-Badawi Dewan Pemuda Kawasan merasakan beliau adalah antara Menteri Kewangan yang paling 'tidak cerdik' di dalam dunia. Patutlah kewangan negara semakin merosot dan rakyat dipaksa untuk berkorban di atas kebodohan pemimpin negara.

Semalam kerajaan Al-Badawi nampaknya cuba untuk meniru program yang pernah diasaskan oleh Tun Razak iaitu program Buku Hijau.

Kempen bertema `Tanam, Ternak Guna Sendiri dan Jimat Cermat Bina Ekonomi' , bertujuan menggalakkan masyarakat umum mengeluarkan makanan sendiri bagi kegunaan harian.

Nampaknya kerajaan Al-Badawi cuba mengelirukan rakyat supaya jimat berbelanja dengan menanam sendiri keperluan seharian. Tetapi pada masa yang sama pemimpin-pemimpin kerajaan dan agensi-agensi kerajaan bebas berbelanja dan boros menggunakan wang rakyat.

Dewan Pemuda PAS Kawasan dengan ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bangkit menumbangkan kerajaan Al-Badawi yang zalim dan lemah ini dalam Pilihanraya Umum kelak.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59