Wednesday, 1 March 2006

KEUNTUNGAN PETRONAS : RAKYAT BERHAK PEROLEHI NIKMAT - HJ SALAMAT


BUKIT KATIL 1 MAC : Ketua DPP Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman berkata bahawa rakyat Malaysia berhak mendapat nikmat dari keuntungan Petronas yang berbilion-bilion ringgit.

DPP Kawasan menggesa kerajaan supaya mengagihkan keuntungan Petronas kepada rakyat yang sudah pasti akan menanggung kesusahan ekoran dari kenaikan harga minyak dan harga barangan.

Menurut laporan media, keuntungan Petronas sekurang-kurangnya RM35.5 bilion adalah tahun kewangan 2004-2006.Keuntungan RM35.5 bilion ini tidak termasuk RM31.2 bilion dibayar kepada kerajaan dalam bentuk cukai dan bayaran royalti.

DPP Kawasan percaya bahawa jika kerajaan betul-betul mahu membantu rakyat mereka seharusnya menggunakan setiap sumber yang ada untuk membangunkan negara bukannya membebankan rakyat untuk menanggung perbelanjaan meningkatkan prasana kemudahan awam.

'Mana ada kerajaan sebodoh kerajaan BN yang tidak pandai menggunakan keuntungan hasil minyak untuk membantu rakyat, kita hairan mana pergi duit Petronas yang berbilion ringgit ini. Tidakkah ianya boleh digunakan untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan' kata Hj Salamat.

Dengan ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan mengecam keputusan kerajaan BN yang mengumumkan kenaikan 30 sen kepada Rm1.92 seliter dan diesel naik 23 peratus kepada RM1.58 selitar.

“Dengan kenaikan harga petrol dan peningkatan kadar inflasi, bagaimana rakyat hendak meneruskan kehidupan, adakah kerajaan hendak meramaikan peminta sedekah atau meningkatkan kadar jenayah kerana orang mencuri untuk makan" tegas Hj Salamat.

"Alasan yang diberikan oleh kerajaan bahawa wang yang dijimatkan berikutan kenaikan harga barangan petroleum itu, akan digunakan untuk membiayai pembangunan projek dan memperbaiki lagi sistem pengangkutan untuk faedah rakyat adalah tidak boleh diterima. Ini kerana tanggungjawab menyediakan prasarana kepada rakyat adalah tanggungjawab kerajaan dan ianya tidak seharusnya dibebankan kepada rakyat".

"Rakyat sudah 'letih' membayar cukai dan sekarang ditambah pula dengan kenaikan harga minyak atas alasan untuk jimatkan duit kerajaan dan penjimatan itu akan digunakan untuk kesejahteraan rakyat, ini tak masuk akal" tegas Hj Salamat lagi.

Nota : Marilah sama-sama kita bangkit untuk menumbangkan kerajaan BN yang gagal mentadbir negara dengan baik. Pilihanraya akan datang kita pangkah PAS dan pembangkang


PAS MELAKA ANJURKAN HIMPUNAN BANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK 3 MAC DI HADAPAN MASJID AL-AZIM



SEMABOK, MELAKA 1 MAC : Badan Perhubungan PAS Negeri(BPPPN) Melaka akan menganjurkan himpunan membantah kenaikan harga minyak di perkarangan Masjid Al-Azim pada hari Jumaat 3 Mac selepas solat Jumaat.

Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dalam kenyataannya yang dikeluarkan pagi ini menyeru seluruh ahli PAS Melaka dan rakyat jelata negeri ini agar sama-sama mengambil bahagian untuk menunjukkan bantahan terhadap kerajaan BN yang sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak dengan tidak memikirkan beban yang akan ditanggung oleh rakyat kesan dari kenaikan ini.

Sehubungan dengan itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman menyeru seluruh ahli pemuda Kawasan supaya mengerah seluruh jentera mengajak seberapa ramai mungkin turun untuk menzahirkan rasa tidak puashati rakyat Melaka terhadap 'bala' yang menimpa ini.

'Jangan lagi kita tidur dan tidak mengambil tahu permasalahan ini, kerana 'bala' ini menimpa seluruh rakyat tidak kira bangsa, agama dan fahaman politik' tegas Hj Salamat.

'Rakyat Melaka seharusnya tampil ke hadapan membantah kenaikan harga minyak ini, kerana ianya cukup membebankan rakyat semua' tambah Haji Salamat ketika diminta mengulas arahan yang dikeluarkan oleh BPPN Melaka ini.


AYUH SAMA-SAMA TURUN KE KLCC JUMAAT 3 MAC BANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK


MELAKA, 1 MAC - Ketua DPP Pusat YB Salahuddin Ayub seluruh pemuda PAS seluruh negara agar turun beramai-ramai untuk mengambil bahagian dalam demonstrasi aman secara besar-besaran membantah kenaikan harga minyak yang melampau di perkarangan KLCC sebaik sahaja selesai Sembahyang Jumaat 3 Mac ini.

Kenyataan beliau dibuat bagi menyokong kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS yang mengajak seluruh rakyat membantah kenaikan harga minyak tersebut.

Salahuddin dalam kenyataan itu juga menyifatkan kerajaan yang ada pada hari ini telah menyalahguna kuasa dan mandat yang diberikan oleh rakyat dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga bahan bakar ini.

Ustaz Nasaruddin dalam kenyataannya semalam menjelaskan bahawa demonstrasi itu bertujuan untuk menunjukkan bantahan rakyat terhadap keputusan kerajaan yang tidak rasional dan membelakangi kepentingan rakyat banyak itu.

Harakahdaily semalam melaporkan bahawa kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen untuk setiap liter minyak berkuatkuasa semalam dimana ianya merupakan kenaikan paling besar yang dilakukan oleh kerajaan sehingga kini iaitu naik 18 peratus dari harga minyak yang ada.

Banyak pihak menyifatkan kenaikan ini tidak rasional ketika Petronas, sebagai syarikat pengeluar minyak milik negara, mencatatkan keuntungan lebih RM50 bilion tahun lepas.

Seperti yang kita sedia maklum kenaikan ini sudah pasti akan mengundang padah yang lebih besar kerana harga barangan akan turut naik demi untuk menampung kos pengangkutan yang juga turut naik.

------------------------------------------------------------------------------------

STATISTIK : Kenaikan Harga Minyak (Terkini!)
Harga minyak sepanjang zaman.. (dalam masa 15 tahun - sejak 1990)

Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10(kenaikan RM 0.21)01/10/2000 - RM 1.20(kenaikan RM 0.10) 20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30) <-- Terkini dan tertinggi dalam sejarah

Nota : (ayat2 standard)
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Subsidi ini akan digunakan untuk meningkatkan kemudahan pengangkutan awam


Statistik dipetik dari Kawjasindaily.


HABUAN MENANTI PEMIMPIN KERAJAAN


'Patutlah orang-orang Umno berebut-rebut nak jadi pemimpin' itulah kata-kata sahabat saya suatu ketika dahulu.

Dalam hati saya berkata sendirian 'Tak tahu lagi ke'. Cerita ini semua orang dah tau. Berapa kerat sahaja pemimpin Umno yang ada hari ini yang berjuang bukan kerana habuan. Kalau ada pun mungkin mak cik-mak cik atau pak cik-pak cik kat kampung yang baca surat khabar pun terbalik, dengus hati saya.

Semalam sekali lagi terbukti bagaimana senangnya pemimpin Umno mendapat duit 'terpijak'. Media melaporkan bahawa bekas Menteri Penerangan Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang meletak jawatan 14 Februari lalu, telah dilantik sebagai pengerusi tiga buah syarikat berkuatkuasa hari ini.

Abdul Kadir dilantik sebagai pengerusi Karambunai Corp Bhd, FACB Industries Incorporated Bhd dan Petaling Tin Bhd.

Di Karambunai, beliau menggantikan Tengku Datuk Zainal Adlin Tengku Mahamood yang akan mengosongkan jawatan itu mulai 1 Mac.

Menurut laporan Bernama, di FACB pula, Abdul Kadir akan menggantikan Datuk Sulaiman Sujak yang dijadikan timbalan pengerusi mulai 1 Mac.

Di Petaling Tin, beliau menggantikan Datuk Jaafar Abu Bakar yang dijadikan timbalan pengerusi lembaga pengarahnya mulai 1 Mac.

Menjadi seorang pengerusi syarikat bukanlah susah sangat yang penting seseorang itu mesti mempunyai nama yang disegani dan ada hubungan rapat dengan kerajaan. Elaunnya sudah tentu ribuan ringgit. Kalau jadi pengerusi sana pengerusi sini sudah tentu elaunnya mencecah angka lima enam angka. Kenaikan minyak 30 sen pun tak rasa apa.

Bayangkanlah berapa banyak salah seorang anak Mahathir yang menjadi pengerusi berpuluh-puluh syarikat sewaktu masa dahulu.

Secara bergurau saya berkata kepada kawan saya, 'kalau engkau nak senang masuk la Umno tapi perangai dan stail engkau kena ubah, kena pandai pergi karaoke, dangdut, main betina, tipu sana tipu sini, bodek sana bodek sini baru boleh' kata saya. Dia mengucap panjang mengakhiri perbualan.

Di hantar oleh IFOSBAHAW


KENAIKAN HARGA MINYAK : PETUNJUK JELAS KERAJAAN BN POKAI


KUALA LUMPUR 28 Feb. - Semalam semasa mengumumkan kenaikan harga minyak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberikan alasan bahawa penjimatan kira-kira RM4.4 bilion daripada pengurangan subsidi minyak pada tahun ini akan `dipulangkan semula' secara tidak langsung kepada rakyat.

Dari kata-kata beliau ini jelaslah kepada kita bahawa rakyat terpaksa menanggung sendiri pembangunan yang di buat oleh kerajaan. Setelah kerajaan mengenakan pelbagai cukai kepada rakyat kini, kerajaan 'menekan' rakyat dengan kenaikan harga minyak atas alasan untuk memberikan pembangunan kepada rakyat.

Bagi kita ini merupakan isyarat jelas bahawa kerajaan tidak mempunyai duit yang cukup untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat sehingga sanggup menekan rakyat. Ini samalah dengan keadaan di mana bapa menyuruh anaknya mencari duit sendiri untuk membeli pakaian sekolah walaupun anaknya masih kecil.


Perdana Menteri berkata, penjimatan itu yang diperoleh berikutan peningkatan harga runcit petrol dan diesel mulai hari ini, akan dilabur semula seberapa segera bagi menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam Malaysia.

Rakyat Malaysia ingin menegaskan di sini bahawa hasil mahsul negara kita sebenarnya banyak dan negara juga kaya tetapi malangnya kerajaan yang ada sangat boros dan tidak tahu mentadbir sebab itulah kewangan negara berada dalam suasana yang agak meruncing sehingga mereka sanggup membebankan rakyat.

Kemana pergi wang keuntungan tahunan petronas berjumlah berbilion-bilion ringgit. Tidak bolehkah wang ini 'dipulangkan'kepada rakyat untuk kesejahteraan kami.

Sesungguh alasan yang diberikan oleh Perdana Menteri ini sungguh dangkal dan tidak boleh diterima.

Setiap kali kenaikan harga minyak diumumkan oleh kerajaan maka setiap itulah alasan sebegini diberikan oleh pemimpin-pemimpin yang tidak tahu malu ini. Mereka ini langsung tidak berhati perut kerana tidak memikirkan betapa susahnya rakyat untuk menanggung kesan kenaikan harga minyak ini. Sehari dua lagi harga barangan pula akan melambung naik.

Ayuh rakyat Malaysia apa di tunggu lagi. Mari sama-sama kita bangkit menyedarkan rakyat supaya menolak kerajaan yang jelas lemah dan tidak tahu mentadbir negara ini. Bila mereka tersepit kitalah yang menanggung penderitaan.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59