Friday, 17 February 2006

PM AKAN PANTAU PRESTASI MENTERI : APAKAH PRESTASI RAFIDAH DAN SAMY VELLU CEMERLANG SEBELUM INI?


Kenyataan Al-Badawi bahawa beliau akan memantau prestasi setiap menterinya selepas ini memang suatu yang perlu disokong. Ianya sudah sepatutnya menjadi amalan di setiap organisasi jika kepimpinannya mahu melihat sesebuah organisasi untuk berkembang maju dan berjaya.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Al-Badawi) dalam kenyataannya semalam berkata prestasi menteri kabinet akan sentiasa dipantau bagi memastikan mereka menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.

Kata beliau, tugas memantau itu akan dilakukan sebuah jawatankuasa khas yang akan menyediakan laporan terhadap prestasi setiap menteri kepadanya.

"Bekerjalah bersunguh-sungguh, saya akan memantau melalui sebuah jawatankuasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Industri Asas Tani 2006, di Kuala Lumpur.

Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang menyebut beliau mengingatkan barisan menteri baru supaya serius menjayakan program Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) atau berhenti jika tidak mampu.

"Tidak boleh buat kerja, tiada hasil apa pun. Maknanya tiada kerja, dia berhentilah, apa pun tak buat," katanya ketika ditanya mengenai kriteria seorang menteri yang tidak mampu menjalankan tugas.

Apa yang dimusykilkan apakah selama ini Al-Badawi tidak mengetahui prestasi dan tindakan yang dilakukan oleh dua menteri 'veteran' ini. Tidak cukup lagikah segala fakta dan tuduhan yang dibuat oleh Ezam serta kelemahan Rafidah mengendalikan isu AP sebagai kayu ukur untuk menilai prestasi Rafidah.

Begitu juga dengan prestasi Samy Vellu yang dari dahulu lagi kerap melatah bila di'serang' bertubi-tubi berkenaan isu-isu yang melibatkan kementeriannya. Isu terbaru berkaitan MRR2 bagi kita sudah cukup untuk dijadikan alasan mengenepikan Samy dari kabinet baru Al-Badawi. Lihat sahaja bagaimana 'kebudak-kebudakannya' Samy Vellu bila diajukan soalan tentang MRR2. Dengan bahasa yang tunggang-langgang, kenyataan yang tidak masuk akal, marah tidak tentu pasal dan bermacam-macam lagi. Beginikah lagak seorang menteri.

Alasan Al-Badawi bahawa tiada yang lebih layak atau setanding Al-Badawi untuk mengendalikan MITI jelas menunjukkan bahawa ahli-ahli Parlimen BN/Umno dan Menteri-menteri yang sedia ada tidak layak dan tidak berkemampuan untuk memegang jawatan tersebut. Alasan itu juga seolah-olah Al-Badawi tidak percaya dengan kemampuan anak buahnya dan cuba memperkecil-kecilkan mereka.


MARI KITA HADIAHKAN TELEFON BARU KEPADA SAMY VELLU


Oleh kerana 'prihatin'nya beliau kepada masalah rakyat, telefon bimbitnya sendiri rosak. Jadi alangkah bagusnya kalau kita rakyat Malaysia boleh kumpul derma dan belikan telefon baru kepada menteri 'kesayangan' kita ini supaya beliau lebih 'berdedikasi'.

Gara-gara nak tunjuk sikap terbuka menyiarkan nombor telefon bimbitnya pada hari Ahad lalu kerana mahu rakyat mengadu kepada beliau sendiri dan tidak lagi kepada media beliau menerima 2,600 sms dari orang ramai.

Akhirnya Menteri Kerja Raya itu akhirnya mengangkat tangan 'surrender' bila memberitahu para wartawan, “ "Saya sukar nak tidur sehingga pukul 4 pagi. Pagi ini sahaja saya terima 130 sms."

Semalam pada persidangan akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan kementeriannya di Kuala Lumpur beliau mengumumkan Kementerian Kerja Raya akan menubuhkan Biro Pengaduan Awam yang beroperasi 24 jam dan tujuh hari seminggu dalam usaha menyelesaikan sebarang masalah "walau sekecil manapun".

Itulah Samy Vellu bila dah terhantuk baru nak terdadah.

Samy Vellu yang baru-baru ini bengang dengan berbagai laporan seperti keretakan jejambat MRR2 dekat Kepong serta aduan orangramai kepada TV3 berkata beliau tidak mahu lagi melayan aduan yang disalurkan menerusi media.

Malah dalam kenyataan yang disiarkan di TV3 beliau dengan nada kasar meminta media menyiasat semua jambatan yang ada dalam negara kita dan laporkan jika ada sebarang masalah.

Selain itu, kementerian itu juga akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemantauan Projek Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK9) yang akan dipengerusikan oleh beliau untuk memastikan kejayaan pelaksanaan projek yang dirancangkan.

"Kementerian tidak ingin melihat masalah-masalah yang dihadapi dalam RMK 8 atau sebelumnya berulang," katanya.

Menurutnya, jawatankuasa tersebut akan mengadakan mesyuarat sebulan sekali untuk memantau kemajuan pelaksanaan projek tersebut secara "hands-on", katanya.

Mengenai Biro Pengaduan Awam pula, Samy Vellu berkata ia bagi menyediakan kaedah yang lebih baik untuk meneliti dan mengurus aduan.

Beliau berkata biro tersebut akan dipengerusi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dan dianggotai wakil daripada Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Katanya, orang ramai boleh menyalurkan aduan kepada Kementerian Kerja Raya menerusi talian bebas tol 1-800-88-5004 atau 1-800-88-7752, atau e-mail aduan@jkr.gov.my dan sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip JKR hantar ke 37278 (DAPAT).

"Semua aduan yang diterima akan dibentangkan kepada Biro Pengaduan Awam peringkat Kementerian Kerja Raya yang akan bersidang sekali setiap dua minggu. "Walau pun begitu, sebarang aduan yang kecil akan diambil tindakan serta merta," kata beliau.

Di samping itu juga, katanya kementerian itu telah mengenalpasti tiga pegawai yang akan bertugas 24 jam setiap hari bagi menangani aduan orang ramai.

"Seterusnya langkah ini diharap dapat memastikan produk yang dihasilkan oleh Kementerian ini berkualiti, unggul, berfungsi, selesa dan selamat untuk pengguna, katanya.


Hamas Leaders in Ankara, Invited to Moscow


ANKARA, February 17, 2006 (IslamOnline.net & News Agencies) – A delegation of senior Hamas leaders arrived in Turkey on Thursday, February 16, for talks with Turkish officials, and will travel to Moscow in the next few days after receiving an official invitation for talks.

"The expectations of the international community following the Palestinian elections will be clearly conveyed during the talks," the Turkish Foreign Ministry said in a statement cited by Agence France-Presse (AFP).

It added that Hamas had asked to send a delegation to Turkey.

The visiting delegation is chaired by Hamas leader Khaled Meshaal and includes four of the group's senior officials.

Their visit was the first stop in a tour of Muslim states that is intended to muster support for Hamas as Western powers step up pressure on the group which swept last month's Palestinian legislative election and prepares to form the new government.

Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan had offered to act as go-between for Israel and the new Palestinian administration.

A Turkish official said both the United States and Israel had been informed late on Wednesday of the visit.

Party Talks

Erdogan has apologized for not meeting the Hamas leaders who are instead scheduled to hold talks with senior officials of his ruling Justice and Development Party (AKP).

Foreign Minister Abdullah Gul, who will attend the meeting as a senior AKP leader and not in his official capacity, defended the talks as an effort to pave the way for Middle East peace negotiations.

"There should be no violence for peace talks to take place, for them (Hamas) to become an interlocutor," Gul told reporters.

"The peace process should enable the establishment of an independent Palestinian state and its coexistence alongside Israel as two independent states," he added.

In comments to Israeli public radio on Thursday, Israeli Foreign Minister Tzipi Livni said Gul had telephoned three days earlier to inform her of the meetings with Hamas and its aim.

"We were not surprised by the invitation. (Gul) wanted to update me that the meeting was going to take place," she said.

Livni said she had expressed to Gul Israel's position that talks with Hamas "only undermine" the international community's efforts to make Hamas change its ways.

"We don't like these meetings because... Israel does not seek mediators or negotiations on the conditions," she added.

Turkey, a predominantly Muslim but strictly secular state, has been Israel's main regional ally since 1996, when the two countries signed a military cooperation accord, much to the anger of Iran and Arab countries.

Moscow Invitation


"We have received an invitation to travel shortly to Russia," Haniya said.


Despite Israel's attempts to form a united international front against Hamas, several countries have agreed to hold talks with members of the group.

"We have received an invitation to travel shortly to Russia," senior Hamas leader Ismail Haniya told Agence France-Presse (AFP) Thursday.

Haniya, who led the group's list during the legislative polls and is tipped to be the new premier, said Hamas delegation would travel to Moscow "in the next few days."

The delegation would be "composed of officials from the Palestinian territories and those who are in exile," he added.

Russia's special envoy to the Middle East Alexander Kalugin was quoted as saying the Hamas delegation could visit Moscow towards the end of the month.

"The visit could take place approximately around the end of February, but this has yet to be agreed," he told the Interfax news agency.

Jordan also said it would welcome a delegation from the resistance group, which was banned six year ago.

"We welcome a visit of a delegation of our brothers the leaders of Hamas in their capacity as leaders of a Palestinian faction which we respect and value," Jordanian Prime Minister Maaruf Bakhit told parliament on Wednesday.

"Jordan looks forward to the formation of a new Palestinian government and hopes these efforts will be crowned with success in achieving the Palestinian people's quest to end Israeli occupation and set up an independent Palestinian state on Palestinian national soil, with Al-Quds (occupied East Jerusalem) as its capital," he added.

Meshaal was expelled from Jordan in 1999.

The group's spokesman Ibrahim Ghosheh and political bureau members Wzzat Rushuq and Samir Khatar were thrown out of Jordan in November 1999 on claims of threatening national security and stability.

Ban

Stepping up the ante against Hamas, a senior Israeli official said they will prevent any Hamas prime minister from traveling to the Ramallah-based seat of the Palestinian Authority.

"Those who belong to a terrorist movement that advocates the destruction of the state of Israel cannot claim any privilege concerning their freedom of movement," said the official.

Asked how a Hamas prime minister would carry out his duties under such conditions, the official said he could "do it thanks to the Internet."

Israeli Defense Minister Shaul Mofaz will recommend that Israel bans Palestinians from traveling between the Gaza Strip and West Bank, and from working in the Jewish state, the public radio reported Thursday.

Mofaz will also advise that projects such as building a sea port for Gaza and efforts to revive an airport in the territory are frozen following the inauguration of a Hamas-dominated parliament.


HANYA SEORANG MELAYU YANG TERSENARAI SEBAGAI 10 ORANG TERKAYA DI MALAYSIA


KUALA LUMPUR 17 Feb. - Hanya seorang sahaja orang melayu yang tersenarai dalam 10 orang terkaya di Malaysia seperti yang dilaporkan oleh media hari ini.

Laporan itu menyebut Jutawan Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien mengekalkan kedudukan sebagai rakyat Malaysia terkaya bagi tahun ketiga berturut-turut dalam `Senarai 40 Rakyat Malaysia Paling Kaya 2006' oleh majalah Malaysian Business.

Pemilik Kerry Group itu melebarkan lagi jurang kekayaannya berbanding pesaing terdekat, T. Ananda Krishnan, berikutan prestasi kukuh saham-sahamnya yang disenaraikan di bursa Hong Kong, kata majalah itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, nilai kekayaan Hock Nien adalah sebanyak RM21.53 bilion atau 27 peratus daripada jumlah kekayaan semua 40 individu dalam senarai berkenaan manakala jumlah harta Ananda ialah kira-kira RM10.97 bilion.

Kata kenyataan itu, selain pertambahan harta Hock Nien, jurang antara beliau dan Ananda selaku orang kedua terkaya, membesar berikutan tindakan pemilik Astro All Asia Networks Plc. itu menukar beberapa syarikatnya menjadi entiti persendirian selain keadaan pasaran saham tempatan yang lembap.

``Secara keseluruhannya, lebih banyak hartawan yang menyaksikan kekayaan mereka menyusut tahun ini berikutan prestasi Bursa Malaysia yang mengecewakan.

``Dalam tahun 2006, disebabkan oleh Hock Nien, kekayaan terkumpul 40 rakyat Malaysia terkaya meningkat sedikit kepada RM79.42 bilion berbanding RM78.23 bilion tahun lalu,'' kata kenyataan itu.

Tempat ketiga dalam senarai tersebut diduduki oleh pemilik Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan dan pengasas Genting Group, Tan Sri Lim Goh Tong yang masing-masing memiliki aset bernilai RM9.9 bilion dan RM6.15 bilion.

Enam lagi individu ialah peneraju Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow dengan kekayaan lebih RM6.1 bilion; Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation (RM3.89 bilion); Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary (RM2.93 bilion); Tan Sri Lim Kok Thay dari Genting (RM1.61 bilion); Tan Sri Tiong Hiew King dari Kumpulan Rimbunan Hijau (1.53 bilion) dan Tan Sri Kua Sian Kooi dari Kurnia Asia (RM964 juta).

Menurut kenyataan itu, hanya satu nama baru muncul dalam senarai 10 orang terkaya iaitu Sian Kooi yang menyingkirkan Tan Sri Yeoh Tiong Lay dari YTL Corp.

Antara muka-muka baru yang berada dalam senarai 40 orang terkaya itu pula ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tan Sri Tan Teong Hean yang kedua-dua memegang saham utama dalam Southern Bank Bhd.

Senarai 40 rakyat Malaysia terkaya adalah berdasarkan kepentingan mereka dalam syarikat senaraian awam sehingga 20 Januari 2006.

Nampaknya cita-cita kerajaan Islam Hadhari untuk membantu usahawan melayu untuk menjadi usahawan yang berjaya tidak menampakkan kejayaan kesemua orang kaya di Malaysia adalah bukan melayu kecuali seorang iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.


ROAD SHOW DPP PUSAT DI MELAKA HARI INI 17 FEB


MELAKA 17 FEB : Road Show DPP Pusat berkaitan pindaan perkara 121 (1A) Perlembagaan Negara akan diadakan pada hari ini 17 Feb 2005. Program ini bermula dengan penyerahan memo kepada Mufti kira-kira jam 3.00 petang. Semua ahli-ahli diminta berkumpul di Pejabat DPP Negeri di Semabok pada jam 2.30 petang sebelum bertolak ke Pejabat Mufti Negeri.

Selepas itu pada jam 5.30 petang pimpinan dan ahli pemuda akan mengedarkan risalah berkaitan perkara 121 (1A) ini di Tapak Pasar Malam Teluk Mas.

Pada sebelah malamnya pula ceramah umum akan diadakan di Balai Islam Telok Mas dimana ianya akan disampaikan oleh Ketua Penerangan DPP Pusat, Hanipa Maidin; AJK DPP Pusat Abdullah Abdul Karim dan Ketua DPP Negeri Us Kamaruddin Sedik.

Semua ahli-ahli pemuda seluruh Melaka di jemput hadir untuk menjayakan 3 program yang diaturkan di atas.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59