Wednesday, 15 February 2006

SEMOGA TUN GHAFAR CEPAT SEMBUH


Keadaan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba yang dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak pertengahan Januari lalu selepas diserang penyakit asma bertambah baik.

Beliau yang sebelum ini pernah dirawat di Pusat Perubatan Pantai kerana penyakit yang sama sebelum dibenarkan pulang pada Disember lalu.

Sebagai rakyat Malaysia kita mendoakan beliau cepat sembuh dan kembali ke pangkuan keluarga.

Sementara itu media melaporkan bahwa keluarga Tun Ghafar Baba merancang untuk mengadakan majlis sambutan hari jadi ke-81 bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang jatuh pada hari Sabtu ini, di Pusat Perubatan Intan Gleneagles di Kuala Lumpur.

Anak sulung beliau, Tamrin ketika dihubungi Bernama berkata, majlis itu adalah di atas permintaan ayahnya.

Tamrin berkata rancangan itu juga tidak dibantah oleh pakar-pakar perubatan yang kini memantau perkembangan Ghafar.

Tun Ghafar memang seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada negara dan rakyat Melaka. Beliau merupakan antara pemimpin kerajaan yang paling lama berkhidmat. Jawatan terakhir beliau ialah Ahli Parlimen Batu Berendam sebelum melepaskan jawatan tersebut apabila beliau tidak bertanding dalam pilihanraya umum 2004 lalu.


KEKEJAMAN DEMI KEKEJAMAN MENGHIMPIT RAKYAT


Cuba bayangkan kalau peristiwa perobohan rumah adik Nurliyana Basuk ini terjadi kepada kita. Sudah tentu kita marah dan geram. Tetapi itulah hakikat yang terpaksa ditempuh oleh insan yang tidak berdosa ini.

Apa yang insan sekecil ini tahu selain menangis meratapi apa yang berlaku. Sudahlah ibunya mengadap Allah tidak kembali lagi sejak 6 tahun lalu, kini rumah tempat berteduh pula 'diragut' oleh pemimpin yang tamak kuasa.

Itulah nasib malang yang menimpa anak yatim Nurliyana Basuk, 12 yang rumahnya dirobohkan oleh MPAJ pada 13 Februari lalu. Dia terpaksa menjemur buku-buku sekolahnya yang basah setelah ditimpa hujan ribut di atas runtuhan rumah keluarganya di AU3 Keramat tengahari tadi.

Sama-samalah kita berfikir sejenak samada kerajaan dan pemimpin yang ada pada hari ini mempunyai hati perut atau tidak.

Gambar dan berita dipetik dari Harakahdaily


APA NAK JADI DENGAN NEGARA ISLAM HADHARI INI. KERUNTUHAN MORAL SEMAKIN MERUNCING


KUALA LUMPUR 15 FEB : Satu demi satu kes membabitkan kegiatan maksiat dan tidak bermoral dibongkar oleh Polis. Malah sejak akhir-akhir ini kegiatan maksiat ini bukan sahaja dilakukan secara normal malah ianya berlaku dikalangan pelaku yang sesama jenis.

Media melaporkan bahawa dua sarang gay diserbu dan 25 lelaki ditahan dalam serbuan tersebut Jumaat lalu. Penahanan itu dibuat di dua pusat urut dan spa yang dipercayai sarang kegiatan gay di ibu kota.

Dalam serbuan pertama yang dilakukan ke atas sebuah pusat urut di Jalan Utara, Off Jalan Imbi, pada jam 6 petang, polis telah menahan tujuh lelaki terdiri daripada enam pekerja pusat tersebut dan seorang pelanggan di mana dua daripada mereka telah ditemui dalam sebuah bilik yang disyaki hendak melakukan perbuatan tidak bermoral.

Hasil pemeriksaan beg yang dirampas daripada salah seorang lelaki itu, polis telah menjumpai tiga kondom, satu botol Listerine, satu tiub Top Gel Play, dua kad perniagaan dan buku catatan perniagaan.

Menurut laporan Bernama, polis juga telah mengeluarkan saman kepada pemilik premis kerana mempunyai lesen perniagaan tamat tempoh.

Dalam serbuan kedua di sebuah pusat urut dan spa di Tingkat 2-4, Jalan Bukit Bintang pada jam 7.30 petang pada hari sama, pihak polis menahan 18 lelaki yang ditemui dalam keadaan bogel dalam beberapa bilik dan tempat mandi.

Tambahnya, hasil siasatan mendapati pelanggan yang berkunjung ke pusat itu kerap melakukan perbuatan seks sejenis di mana pihak pengurusan pusat hanya menyediakan tempat.

Hasil pemeriksaan juga mendapati banyak kondom terpakai dijumpai merata tempat di dalam premis tersebut dan pihak polis turut merampas dua kad perniagaan, lima buku catatan perniagaan dan dua kotak kondom yang kosong.

Nampaknya Islam Hadhari yang diasaskan oleh Al-Badawi bukan sahaja gagal menangani masalah maksiat dan sosial ini malah sejak ianya diperkenalkan keadaan bertambah parah dan meruncing.

Apa salahnya. Jawapannya antara lain adalah kerana kerajaan Al-Badawi langsung tidak sensitif dengan kerja-kerja amal makruf nahi mungkar. Bayangkanlah di saat umat seluruh dunia membantah penghinaan kepada Rasulullah, Al-Badawi tetap memberikan galakan kepada program-program berunsur maksiat seperti Sure Heboh (yang diharamkan mufti), Juara lagu dan sebagainya. Malah kerajaan Al-Badawi langsung tidak berminat untuk menutup kelab-kelab malam, pub, karaoke, dangdut, spa, rumah urut dan sebagainya yang sudah terbukti menjadi pusat maksiat.

Sedarlah wahai pengikut Al-Badawi jangan kita cenderung kepada golongan yang mengajak kita kepada maksit.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59