Tuesday, 14 February 2006

IRANIAN PAPER LAUNCHES HOLOCAUST CARTOON CONTEST


"I believe it would help highlight the hypocrisy of the West's attitude to free speech if you were to publish it," said Leunig.

TEHRAN, February 14, 2006 (IslamOnline.net & News Agencies) – An Iranian newspaper launched on Monday, February 13, a Holocaust cartoons contest reportedly to test the freedom of expression in the West after the publication of Danish caricatures lampooning Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him).

The first entry was from renowned Australian cartoonist Michael Leunig, according to the Web site organizing the competition with Iran's biggest selling newspaper Hamshahri, reported Agence France-Presse (AFP).

"As a show of solidarity with the Muslim world, and an exercise in free speech, I would like to submit a cartoon to you on the theme of the Holocaust," Leunig was quoted as saying in a statement posted on the site.

The first of Leunig's two cartoons shows a poor man with a Star of David on his back walking towards the Auschwitz death camp in 1945 with the words "Work Brings Freedom" over the entrance.

The second shows the same scene but depicting "Israel 2002" with the slogan "War Brings Peace" over entrance and the same man walking towards it bearing a rifle.

The newspaper said the contest was open until May 5. It did not announce what the prize would be but said each cartoonist would receive a book of the cartoons submitted.

Iranian President Mahmoud Ahmadinejad has already prompted international anger by dismissing the Holocaust as a "myth" used to justify the creation of Israel.

Ahmadinejad asserted on Saturday, February 11, that the Palestinians and Iraqis were suffering a "real Holocaust."

According to Encyclopedia Britannica, the Holocaust refers to the "systematic state-sponsored killing of Jewish men, women, and children and others by Nazi Germany and its collaborators during World War II."

The commonly used figure for the number of Jewish victims is six million.

However, the figure has been questioned by some historians and intellectuals, chiefly French Muslim author Roger Garaudy.

"West's Hypocrisy"


The Danish cartoons have enflamed Muslims worldwide. (Reuters).


The Melbourne-based Leunig said that he wanted to reveal the "West's hypocrisy" when it comes to free speech.

"I have had some difficulty getting this work published in my own country, and I believe it would help highlight the hypocrisy of the West's attitude to free speech if you were to publish it," he told the Iranian contest organizers.

Hamshahri launched the contest with the title "What is the limit on freedom of expression in the West?"

Its graphics editor Farid Mortazavi said earlier this month that the aim was to turn the tables on the assertion that newspapers can print offensive material in the name of freedom of expression.

"Freedom of expression has always been a pretext for Westerners... to insult the beliefs of Muslims," the Iranian daily charged in its advertisement for the contest.

"This assault is taking place while criticizing many issues such as the crimes of the United States and Israel as well as historical events like the Holocaust are seen as an unforgivable crime all over the West."

Flemming Rose, the culture editor of Danish mass-circulation Jyllands Posten, published 12 cartoons mocking Prophet Muhammad in September after he had invited 40 cartoonists to depict the prophet under the free speech mantra.

The offensive cartoons have enflamed the Muslim world especially after they had been reprinted by several European dailies in solidarity with the paper's freedom of expression excuse.

Rose was sent on an indefinite leave last week only one day after he told CNN he would consider publishing the Holocaust cartoons.

Three years ago, Jyllands-Posten refused to publish cartoon of Jesus Christ because of being "offensive" to Christians.

No to Retaliation

The Iranian paper, however, was urged by Muslim leaders and organizations to refrain from publishing the Holocaust cartoons.

"We view both the printing and reprinting of the hateful cartoons about the Prophet Muhammad and the recent initiative to print hateful cartoons about the Holocaust as utterly unacceptable," the Canadian Council on American-Islamic Relations (CAIR-CAN) said in a statement sent to IslamOnline.net.

"As Canadian Muslims, we stand firmly without reservation against all hateful or malicious representations of any ethnic, racial or religious group, and we denounce all acts and statements of racism, anti-Semitism and Islamophobia."

Ali El-Samman, the head of the Egypt-based Al-Azhar's Interfaith Dialogue Committee, has also condemned the Iranian paper's decision.

"It is a very bad move. You cannot correct one wrong with another wrong," he told AFP in an interview.

"I believe there are things in the history of men and humanity that should never be taken lightly, including the Nazi concentration camps."


'KUDA TUA' YANG PENUH KUDIS DIKEKALKAN DAN 'PEMAIN VETERAN' DI AMBIL SEMULA.


MELAKA 14 FEB : Tiada apa yang dapat dibanggakan dari pengumuman rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri petang ini.

Dua orang menteri yang boleh disifatkan sebagai 'kuda tua' yang penuh kudis dikekalkan. Mereka ialah Rafidah Aziz dan Samy Vellu.

Semua orang tahu bahawa Rafidah dan Samy dihentam hebat oleh penyokong kerajaan, NGO dan rakyat Malaysia sebelum ini. Isu rasuah yang didedahkan oleh Ezam terhadap Rafidah sehingga kini masih tidak selesai. Bahkan timbul pula isu AP beberapa bulan lalu.

Alasan Pak Lah bahawa seolah-olah Rafidah sahaja yang berkemampuan untuk memegang MITI tidak boleh diterima kerana masih ramai lagi orang kanan beliau yang berkeupayaan. Apa tangkal yang dipakai oleh Rafidah sehingga Pak Lah sanggup mengekalkan beliau kita pun tidak tahu. Pengekalan Rafidah dalam 'line-up' baru ini menunjukkan kepada kita bahawa Pak Lah tidak serius untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap kabinet beliau.

Samy Vellu juga masih tersenyum dengan keputusan Pak Lah ini. Walaupun kita tahu bahawa Pak Lah sudah tentu tidak akan menggugurkan Samy kerana tidak ada calon lain yang lebih sesuai dan berpengalaman untuk menjadi menteri di kalangan ahli parlimen MIC. Ini kerana Samy awal-awal lagi sudah 'mencantas' Timbalannya Datuk S.Subramanian apabila menggugurkan beliau dari bertanding dalam Pilihanraya Umum lalu. Namun jika sekiranya Pak Lah benar-benar mahu membersihkan kabinetnya beliau mesti 'berkorban' untuk memilih calon lain dari MIC untuk menjadi menteri.

Apatah lagi sejak-sejak akhir ini kontroversi yang dicetuskan oleh Samy dalam isu MRR2 dan memo pindaan perkara 121 (1A) perlembagaan sepatutnya sudah cukup untuk menguatkan alasan mengapa Samy perlu digantikan dengan orang lain.

Manakala dua orang bekas anggota kabinet iaitu Dato' Tengku Adnan Tengku Mansor dan Dato' Dr Effendy Norwawi yang disifatkan sebagai 'pemain veteran' juga diambil semula. Apakah sangat sumbangan yang boleh diberi oleh orang seperti ini yang sibuk dengan tugas korporat mereka. Mereka juga dilihat sudah tidak mampu memberikan idea baru.

Sementara itu pengguguran Dato' Dr Shafei Salleh memang kena pada tempatnya. Nampaknya gesaan dan doa mahasiswa yang mahukan Shafei meletak jawatan atau 'dipecat' dimakbulkan Allah S.W.T apabila namanya juga tiada dalam senarai kabinet baru. Moga-moga Shafei insaf dengan kezaliman yang dilakukan beliau keatas mahasiswa.

Kesimpulannya kabinet baru Pak Lah ini dilihat tidak menampakkan bahawa beliu serius untuk membersihkan daki yang terpalit. Beliau juga masih mengekalkan orang lama yang sudah sampai ke 'siling' seperti Lim Keng Yaik, Samy Vellu dan Rafidah.

Secara ringkasnya rakyat langsung tidak berbangga dengan pengumuman rombakan kabinet ini.


MUFTI PERAK DAKWA 250,000 ORANG ISLAM MURTAD. APA KERAJAAN ISLAM HADHARI BUAT?


IPOH, 14 Feb - Pendedahan oleh Mufti Besar Negeri Perak, Dato' Seri Haji Harussani Haji Zakaria yang memberitahu bahawa kini terdapat hampir 250,000 umat Islam yang murtad di negara ini seperti yang dilaporkan Harakahdaily hari ini amat menggerunkan kita.

Bilangan tersebut kata Mufti itu termasuklah kira-kira 100,000 orang-orang Islam Melayu yang telah mengistiharkan diri mereka masuk Kristian.

Mufti Perak itu menyatakan demikian dalam Forum Perdana 'Pekerti Islam' di Kedah baru-baru ini yang disiarkan pada siri ceramah agama RTM di sini pada jam 2 petang tadi.

Manakala, katanya, 100,000 orang lagi sedang membuat permohonan menunggu untuk murtad. Selebihnya, tegas beliau, termasuk mereka yang memohon untuk menukar nama Islam di dalam kad pengenalan kepada nama fahaman lain.

Perkara sesungguhnya amat membimbangkan kita apatah lagi sekarang ini seluruh dunia sedang menekan dan menghimpit Islam.

Tetapi amat malangnya KERAJAAN ISLAM HADHARI pimpinan Pak Lah Al-Badawi langsung tidak sensitif dengan perkara ini. Mereka masih leka dengan dengan kemewahan dan kuasa yang ada pada mereka yang digunakan untuk mengenyangkan perut dan nafsu mereka.

Kerajaan Islam Hadhari ini masih hanyut dengan menaja program-program hiburan dan 'lagha' yang menjauhkan umat Islam dari mengingati Allah. Di saat seluruh dunia membantah penghinaan terhadap Rasulullah oleh barat, Pak Lah dengan tidak semena-mena tidak bersetuju dengan saranan supaya memboikot barangan Denmark. Beliau lebih berminat untuk menghadiri dan meraikan program-program batik dan lain-lain yang diasaskan oleh arwah isterinya.

Sedarlah wahai umat Islam Malaysia, jangan memberi kepercayaan kepada kerajaan Islam Hadhari ini dalam pilihanraya umum akan datang.


Pemimpin Islam Hadhari ini sedikit pun tidak risau dan rungsing dengan keadaan yang meruncing seperti ribuan Umat Islam telah murtad, orang kafir menghina Rasulullah, kedaulatan Islam diperkotak-katikkan di negara kita dan sebagainya.


SENARAI KABINET BARU


PUTRA JAYA 14 FEB : Berikut adalah senarai ahli kabinet baru selepas rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri petang ini.

Prime Minister/Minister of Finance/Minister of Internal Security
Abdullah Ahmad Badawi

Deputy Prime Minister/Minister of Defence
Najib Abdul Razak

Minister of Housing and Local Government
Ong Ka Ting

Minister of Works
S Samy Vellu

Minister of Energy, Water and Communications
Dr Lim Keng Yaik

Ministers in the Prime Minister's Department
Bernard Dompok
Mohamed Nazri Abdul Aziz
Dr Maximus Ongkili
New: Effendi Norwawi
Transferred: Radzi Sheikh Ahmad to Home Minister


Minister of International Trade and Industry
Rafidah Aziz

Minister of Foreign Affairs
Syed Hamid Albar

Minister of Agriculture and Agro-Based Industry
Muhyiddin Yasin

Minister of Information
Zainuddin Maidin
Out: Abdul Kadir Sheikh Fadzir

Minister of Human Resources
Dr Fong Chan Onn

Home Minister
Radzi Sheikh Ahmad
Transferred: Azmi Khalid to Natural Resources and Environment Minister

Minister of Education
Hishammuddin Hussein

Minister of Culture, Arts and Heritage
Dr Rais Yatim

Minister of Women, Family and Community Development
Shahrizat Abdul Jalil

Minister of Science, Technology and Innovation
Dr Jamaluddin Jarjis

Minister of Transport
Chan Kong Choy

Minister of Health
Dr Chua Soi Lek

Minister of Finance II
Nor Mohamed Yakcop

Minister of Tourism
Tengku Adnan Tengku Mansor
Out: Dr Leo Michael Toyad

Minister of Plantation Industries and Commodities
Peter Chin

Minister of Domestic Trade and Consumer Affairs
Mohd Shafie Apdal

Minister of Higher Education
Mustapa Mohamed
Out: Dr Shafie Salleh

Minister of Rural and Regional Development
Abdul Aziz Shamsudin

Minister of Entrepreneur and Co-operative Development
Mohamed Khaled Nordin

Minister of Natural Resources and Environment
Azmi Khalid
Out: Adenan Satem

Minister of Youth and Sports
Azalina Othman Said

Minister of Federal Territory
Datuk Zulhasnan Rafique


KABINET BARU : 3 MENTERI GUGUR, 2 BEKAS MENTERI KEMBALI


PUTRA JAYA 14 FEB : Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan tiga menteri digugurkan, dua timbalan menteri naik pangkat manakala dua bekas menteri kembali menganggotai semula kabinet.

Menteri yang digugurkan ialah Datuk Adnan Satem (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Shafie Salleh (Menteri Pengajian Tinggi) dan Datuk Leo Michael Toyad (Menteri Pelancongan).

Dua timbalan menteri yang dinaikkan pangkat ialah Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin yang dilantik sebagai Menteri Penerangan yang baru, menggantikan Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang meletakkan jawatannya.

Seorang lagi ialah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique yang dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Jawatan tersebut dipangku oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selepas Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan selepas didapati bersalah terbabit dalam politik wang.

Rafidah kekal

Manakala Datin Seri Rafidah Aziz kekal sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Dua bekas menteri yang dilantik semula menganggotai Kabinet ialah Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor yang dilantik sebagai Menteri Pelancongan, menggantikan Datuk Dr Leo Michael Toyad.

Manakala Datuk Seri Dr Mohd Effendi Norwawi dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Bekas Menteri Pertanian dari Sarawak itu tidak bertanding dalam pilihanraya umum lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mustapa Mohamed puladilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi menggantikan Datuk Dr Shafie Salleh, yang digugurkan dari barisan kabinet.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Azmi Khalid pula dilantik Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menggantikan Datuk Seri Adenan Satem.

Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dilantik Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menggantikan Datuk Seri Azmi Khalid.

Gambar dan Berita di petik dari Malaysiakini


PEMAIN BOLASEPAK MESIR PAKAI BAJU 'KAMI RELA MATI UNTUK NABI MUHAMMAD'


CAIRO, 14 February , 2006 : Pemain Bolasepak Mesir yang memenangi kejuaraan bolasepak Afrika Jumaat lalu telah memakai baju yang tertulis kami rela mati demi Nabi Muhammad.

Sebelum 'warm-up', pemain-pemain Mesir berbaris memberikan penghormatan kepada 80,000 penonton di Stadium cairo dengan kesemuanya memakai T-Shirt tertulis Nabi Muhammad.

Mereka tidak boleh memakai baju tersebut di dalam perlawanan itu kerana mematuhi undang-undang FIFA yang mengharamkan sesuatu pasukan memakai sebarang baju berslogan semasa perlawanan resmi.

'Placard' menyokong nabi kelihatan di bawa dan ditunjukkan oleh penyokong Mesir semasa perlawanan berlangsung.

'Placard' tertulis 'Kami menyintai anda Rasulullah', hentikan penghinaan kepada Nabi Muhammad', 'Boikot barangan Denmark' juga di tunjukkan oleh mereka semasa perlawanan akhir dan perlawanan-perlawanan sebelum ini terutama yang melibatkan tuanrumah Mesir.

Mesir telah memenangi perlawanan akhir itu mengalahkan Ivory Coast 4-2 melalui sepakan penalti dengan di saksikan oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak, isteri dan 2 anak lelakinya.

Kita lihat bagaimana seluruh umat Islam di dunia tidak kira siapa mereka, sepakat untuk menbantah penghinaan kepada Nabi Muhammad oleh akhbar Denmark serta bertegas untuk memboikot barangan Dermark, tetapi malangnya pemimpin Islam Hadhari tidak mahu berbuat demikian.

Sumber berita dan gambar dipetik dari Islamonline.


BANJIR DI TERENGGANU MAKIN BURUK. 1,077 ORANG DIPINDAHKAN


KUALA TERENGGANU, 14 Feb : Banjir di Terengganu bertambah buruk sehingga ke jam 8 pagi tadi seramai 1,077 orang telah dipindahkan berbanding 429 orang petang semalam. Daerah yang teruk terjejas adalah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Negeri, chief Supt Farid Mahmud berkata jumlah terbesar mangsa yang dipindahkan ialah di Hulu Terengganu dengan 509 orang dari 142 keluarga telah dipindahkan.

Beliau mengjangkakan lebih ramai mangsa akan dipindahkan jika banjir semakin buruk. Farid juga berkata di Kemaman, 311 orang dari 89 keluarga telah dipindahkan sementara itu 257 dari 56 keluarga di Dungun juga dipindahkan.

Beliau berkata Jalan Jerangau-Jabor Km74 telah ditutup kepada semua kenderaan. Air SUngai Dungun di Kuala jengai, Jambatan Jerangau dan Sungai Kerteh di Kemaman telah melepasi paras bahaya.


SAH KADIR LETAK JAWATAN


KUALA LUMPUR, Feb 14 : BERNAMA mengesahkan bahawa Menteri Penerangan, Datuk Seri Panglima Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah meletakkan jawatannya hari ini atas alasan ingin memberikan lebih tumpuan kepada keluarga.

Dalam kenyataannya kepada media hari ini, Kadir menyatakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menerima perletakan jawatannya.


MB SELANGOR MAHU KETUA JABATAN JANGAN BOROS : BAGAI KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN BETUL


MELAKA 14 FEB : Gesaan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang mengingatkan ketua-ketua jabatan jangan boros membelanjakan wang kerajaan diumpamakan sebagai bagai 'Ketam mengajar anak berjalan dengan betul'.

Khir juga berkata Ketua Jabatan juga mesti memastikan setiap sen yang dikeluarkan adalah mengikut prosidur.

Tegasnya, upacara yang tidak perlu dan penganjuran majlis besar-besaran dan jamuan makan berlebihan hendaklah dihentikan segera.

Ketika mengingatkan ketua-ketua jabatan tentang tanggungjawab untuk berbelanja secara kos efektif, beliau juga mahukan acara-acara dan aktiviti-aktiviti jabatan diadakan di dalam negeri Selangor dan tidak diadakan di hotel-hotel mewah.

Menurut laporan Bernama, Dr Mohamad Khir berkata sejumlah RM1.2 bilion diperuntukan kerajaan negeri pada tahun ini untuk perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.

Bajet itu telah diagih-agihkan kepada 27 jabatan yang berkenaan untuk dibelanjakan, katanya.

Rakyat Selangor mesti memantau semua penggunaan bajet ini. Mereka juga mestilah memastikan Khir Toyo sendiri tidak boros.


SELURUH NEGERI AKAN HADAPI GANGGUAN BEKALAN AIR


MELAKA 14 FEB: Hampir semua kawasan di negeri ini akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja pengalihan paip untuk projek pelebaran Jalan Melaka-Muar, sambungan paip baru serta mencuci kolam air.

Bagaimanapun, gangguan bekalan air selama dua hari bermula esok akan pulih secara beransur-ansur dan kawasan tinggi mendapat bekalan lewat daripada jadual.

Sehubungan itu, Pengurus Besar Perbadanan Air Melaka (PAM), Baharam Mohamad, menasihatkan pengguna i supaya menyimpan bekalan air secukupnya.

Bagi daerah Melaka Tengah (Zon A), bekalan air akan terganggu bermula jam 9 malam hingga 12 tengah hari keesokan hari, membabitkan Jalan Panjang (Laksamana Cheng Ho), Bandar Hilir, Tamby Abdullah, Bukit Serindit, Chan Koon Cheng, Banda Kaba, Bukit Cina, Kilang Industri Batu Berendam Fasa III;

Jalan Tun Fatimah, Hospital Melaka, Rumah Pangsa Peringgit, Rumah Awam Peringgit, sekitar Padang Temu, Yok Pah Khian, Taman Aman, sekitar Ujong Pasir, Taman Seaview, Rumah Pangsa Mutiara, Taman Melaka Raya serta Flet Polis Bandar Hilir.

Bagi daerah Melaka Tengah (Zon B) pula, gangguan akan berlaku pada hari yang sama bermula jam 9 pagi hingga 12 malam.

Kawasan itu ialah Taman Ara, Bukit Senjuang, Kawasan Industri Cheng, Taman Mutiara, Pokok Mangga, Taman Balkis;

Balai Panjang, Malim, seluruh kawasan Taman Malim Jaya, Kawasan Industri Telok Mas, Padang Temu, Klebang Besar, Kampung Boyan, Taman Anggerik, Taman Klebang Besar, Bukit Beruang, Hospital Pantai, Ayer Keroh Height, Ayer Keroh Industri fasa 4;

Dusun Datuk Murad, Ayer Keroh Lama, Flet Seri Temenggong, Penghulu Abas, Bukit Baru, Paya Ikan, Taman Harta Pertama, Bukit Piatu, Datuk Palembang, Jaya Jusco, Kotamas, Orna Steel, Jalan Bukit Katil Duyong, Taman Cendana, Taman Merak Mas, King Hotel;

Kampung Telok, Taman Suria, IKS Bukit Katil, Taman Merbok, Taman Ciptago, Rumah Awam Bukit Katil, Kampung Bukit Bayan, Tebing Tinggi, Taman Bukit Katil, Taman Tiong Mas, Taman Bukit Katil Permai, Industri Cheng, Industri Krubong, Taman Seri Krubong, Industri Bukit Rambai, Taman Cheng Jaya;

Tanjung Minyak, Bukit Rambai, Taman Bukit Rambai, Taman Bukit Rambai Utama, Taman Seri Rambai, Taman Rambai Jaya, Taman Tanjung Minyak, Taman Tanjung Minyak Utama, Taman Asean, Taman Bukit Katil Indah, Taman Dahlia, Taman Cheng Perdana, sebahagian Sungai Putat dan Jalan Ayer Keroh Lama.

Daerah Alor Gajah turut menerima gangguan bekalan air pada waktu sama membabitkan seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi.

Ini termasuk DUN Tanjung Bidara, DUN Lendu, Hutan Percha dan BTN Hutan Percha, Durian Tunggal, Padang Keladi, Pantai Belimbing;

Puteri Resort, Kolej Yayasan Saad, Industri Kelemak, Rumbie, Lendu, Masjid Tanah, Durian Daun, Masjid Tanah dan Kem Simpanan Peluru Sungai Udang.

Antara kawasan di Jasin yang turut menerima gangguan pada waktu sama ialah Kesang Pajak, Kesan Tua, Kesang Jaya, Kesang Damai, Rumah Awam Kesang, Air Baruk, Kelubi, Taman Seri Kemendor, Seri Kesang, Air Kangkong, Selandar, Kampung Bukit Senggeh, Gapis, Jus, Pondok Kempas,Batang Melaka;

Kampung Baru, Kampung Hilir, On Lok, Tebong, Kuala Sungga, Bemban, Ulu Duyong, Gapam, Air Panas, Bukit Kajang, Tehel, Air Merbau, Taman Seri Merbau dan Taman Maju.

Di petik dari H.Metro


JANGAN POLITIKKAN TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA(TAPEM)


BUKIT KATIL, 14 Feb. : Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Hamzah Yusof berharap Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) tidak dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu.

'Semua rakyat negeri Melaka yang layak sepatutnya mendapat kemudahan ini tanpa mengira fahaman politik' jelas Hamzah ketika di temui di sini pagi ini.

'Kita tidak mahu mendengar selepas ini sungutan yang mengatakan bahawa TAPEM ini hanya layak kepada anak orang Umno sahaja. Malah sebelum ini pun kita selalu mendengar bahawa pemohon sesuatu bantuan juga mestilah ahli Umno kalau tidak jangan harap nak dapat' jelas Hamzah lagi.

Media baru-baru ini melaporkan bahawa anak jati Melaka yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran kini boleh mendapatkan biasiswa mahupun insentif kecil yang disediakan oleh kerajaan negeri melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM).

Pengurus Besar TAPEM, Mozaimi Mohamad berkata, bantuan yang disalurkan ini bertujuan untuk memudahkan mereka mendapatkan pendidikan di peringkat yang lebih tinggi walaupun menghadapi masalah kewangan.

“Mereka boleh meningkatkan mutu pembelajaran selain mendapatkan pendidikan dan diberikan sokongan untuk terus berjaya walaupun keluarga mereka menghadapi masalah kewangan,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) sempena Majlis Taklimat Biasiswa Kecil dan Insentif bagi tahun 2006 di Masjid Al-Azim, di sini, hari ini.

Tambahnya, golongan ini perlu diberikan galakan kerana TAPEM tidak mahu mereka menamatkan persekolahan semata-mata disebabkan kekurangan wang dan tidak mampu meneruskan pengajian malah semangat ingin berjaya perlu dipupuk dalam diri mereka hingga ke arah memantapkan institusi pendidikan di negara ini.

“Wang biasiswa akan dibayar kepada para pelajar yang layak melalui akaun bank mereka bagi mengelakkan kekurangan jumlah wang yang sepatutnya diterima selain memudahkan proses pengeluaran dan penyimpanan wang, ” ujarnya.

Tambahnya lagi, objektif utama TAPEM mengunakan bank sebagai agen penyalur wang kepada para pelajar adalah untuk mengelakkan berlakunya pembaziran memandangkan faktor usia yang masih muda serta kehendak mereka yang sentiasa melebihi keperluan.

Jelasnya, TAPEM juga berfungsi untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada anak-anak Melaka yang berjaya meneruskan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) selain memberikan sumbangan yuran untuk peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) selain bantuan persekolahan seperti pakaian dan keperluan pembelajaran untuk murid-murid sekolah rendah yang layak menerimanya.

Menurutnya, untuk tahun 2005 tahun lepas sahaja bilangan penerima bantuan biasiswa adalah seramai 1,085 orang dengan melibatkan wang sejumlah RM 898,020 berbanding sepanjang tahun 2000 hingga 2004 sebanyak 7,902 orang dengan wang sejumlah RM2,026,560.

Tambahnya lagi, klasifikasi para pelajar yang layak menerima biasiswa perlulah anak kelahiran Negeri Melaka yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah serta mempunyai rekod disiplin dan keputusan peperiksaan yang baik iaitu sekurang-kurangnya 6A dalam PMR ataupun yang setaraf dengannya di mana permohonan tersebut perlu dibuat melalui pihak sekolah.

Beliau berkata, agensi yang terbabit dalam menyumbangkan bantuan kepada para pelajar ini ialah Kerajaan Negeri Melaka, Yayasan Melaka, Majlis Agama Islam melaka (Maim), Hospital Putra, Perbadanan Air Melaka (PAM), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) serta Kumpulan Melaka Berhad.


MELAKA MAJU. TAPI MASIH ADA RAKYAT YANG TIADA BEKALAN ELEKTRIK DAN AIR


MASJID TANAH, 14 Feb. : 'Memalukan' itulah komen spontan Bendahari DPP Negeri Melaka, Hj Salamat Aman bila diberitahu bahawa masih ada rakyat negeri Melaka yang masih tiada bekalan elektrik dan air paip di rumah mereka.

'Inikah negeri maju. Nak selesaikan masalah bekalan air dan api pun tak mampu' jelas Salamat dengan sinis.

Hj Salamat juga menyatakan bahawa perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku lagi di Melaka kerana negeri ini dilihat sedang pesat membangun dengan projek-projek separa mewah sekarang ini.

Media baru-baru ini melaporkan bahawa pasangan warga emas yang mendiami sebuah rumah usang sejak 44 tahun lalu di Solok Air Budi, Kampung Durian Daun, Masjid Tanah di sini terpaksa tinggal tanpa bekalan air dan eletrik yang sempurna sejak mula bermastautin di situ.

Pasangan terbabit, Maria Samad, 73, dan suaminya, Idros Hasan, 85, yang juga merupakan Peneroka Felcra Bukit Apit bagaimanapun bertekad untuk terus menetap di rumah itu meskipun tidak mendapat bekalan air dan elektrik seperti penduduk lain berhampiran kawasan mereka tinggal.

Apa yang lebih malang, beliau pernah beberapa kali memohon bantuan bagi mendapatkan bekalan air dan elektrik tetapi jawapan yang diterima sama sahaja iaitu `tidak layak' sehingga menyebabkan mereka suami isteri hampir berputus asa.

"Biarpun jarak rumah makcik ini jauh dari rumah penduduk lain di sini namun kami merasakan sebagai sebahagian daripada rakyat negeri ini, kami layak diberi perhatian untuk menerima kemudahan asas itu dan kedudukan rumah kami ini tidak perlu dijadikan alasan pihak tertentu untuk memutuskan kami tidak layak menerima bantuan terbabit," katanya.

Sementara itu, anak sulung beliau, Abu Bakar Idros, 54, mendakwa kedua ibu dan bapanya terpaksa bergantung kepada bekalan air perigi yang terletak 500 meter di bawah curam bukit di situ.

Jelasnya,Ketua Menteri Datuk Wira Mohd. Ali Rustam pernah mengarahkan pihak berwajib supaya menyalurkan bantuan segera kepada keluarganya termasuk kemudahan eletrik dan air segera. Namun sehingga sekarang tiada apa-apa berita yang kami terima.

"Saya sangat kecewa dengan kerenah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sini yang sering menolak permohonan kami dengan menyatakan permohonan yang kami buat itu sebagai tidak layak walaupun banyak permohonan sudah dibuat termasuk mengemukakannya kepada Penghulu kawasan," katanya.

Abu Bakar berkata, sekiranya pihak terbabit tidak dapat menyalurkan bekalan air ke rumah ibunya itu sekurang-kurangnya ia membekalkan eletrik ke situ.

"Selain itu saya juga berharap supaya pihak berkenaan dapat menyalurkan bantuan rumah di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi menggantikan rumah ibu saya yang usang ini," ujarnya.


STOR SIMPAN MINYAK DIESEL ANCAM PENDUDUK


BUKIT RAMBAI, 14 Feb : Sejak akhir-akhir ini para pengusaha perniagaan seperti kuari, kilang bata, papan dan sebagainya langsung tidak menghiraukan keselamatan orang ramai.Apa mereka pentingkan ialah keuntungan sahaja.

Terbaru, penduduk Kampung Datuk "B" Tanjung Minyak, di sini, melahirkan rasa tidak puas hati ke atas sebuah stor menyimpan minyak diesel yang beroperasi berhampiran rumah mereka kerana mendatangkan habuk, asap lori, gegaran, bising dan wap diesel yang boleh mengancam keselamatan mereka.

Stor yang telah beroperasi sejak tujuh tahun lepas berada kira-kira 20 meter jaraknya daripada rumah penduduk yang boleh memberikan kesan kesihatan terutamanya kepada kanak-kanak. Stor berkenaan yang didirikan di kawasan seluas kira-kira 1.2 hektar itu turut menempatkan 20 tangki minyak bagi dimuatkan ke dalam lori-lori tangki yang sentiasa berulang alik dari kiang terbabit.

Sesudah ianya beroperasi selama 7 tahun baru sekarang penduduk merungut tentang kesan buruk yang terpaksa mereka hadapi.

Seorang penduduk berkata, jarak yang terlalu hampir antara kilang itu dengan rumah penduduk memberikan kesan buruk terhadap keluarganya apa lagi kilang yang dibina itu bertentangan dengan rumahnya.

Menurutnya, pihak pengurusan kilang berkenaan juga tidak langsung mengutamakan keselamatan terhadap pekerja-pekerjanya ataupun penduduk kampung yang berhampiran dengan membiarkan sahaja pekerjanya menghisap rokok di dalam kawasan berkenaan.

Beliau menjelaskan, stor berkenaan dipercayai beroperasi 24 jam dan penggunaan jentera “forklift” dipercayai menjadi punca beberapa rumah penduduk di sekitar kawasan itu mengalami keretakan.

Beliau juga mendakwa bahawa beberapa aduan telah dilakukan kepada pihak-pihak yang terlibat, namun tiada sebarang tindakan yang diambil bagi mengatasi masalah ini.

Dalam perkembangan berkaitan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bagaimanapun mengesahkan stor itu mempunyai lesen bagi menjalankan operasinya.

Seorang lagipenduduk yang tidak mahu dikenali menjelaskan bahawa sisa minyak itu juga turut mengalir ke sungai berhampiran sehingga menyebabkan sungai berkenaan mengalami pencemaran dan stor itu juga pernah dikenakan tindakan dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) kerana masalah berkenaan, namun tidak ada usaha untuk memindahkan stor berkenaan.

Walaupun perkara ini telah diadukan kepada wakil rakyat DUN Paya Rumput, YB Datuk Tahir Hassan dan ianya telah dibincangkan di dalam mesyuarat exco namun keadaan masih tidak berubah.

Sehingga kini, segala aduan dan bantahan yang dilakukan penduduk kampung tidak berkesan dan permasalahan yang dihadapi menjadi kian meruncing dari hari ke hari dan bantahan sekai lagi telah diadakan pagi ini yang membabitkan lebih 40 penduduk sebagai tanda protes terhadap stor berkenaan yang menjalankan operasi tanpa kawalan dan penyeliaan daripada pihak atasan.

Penduduk kampung berkenaan berharap supaya pihak berkuasa dapat mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah itu dan dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.


KADIR LETAK JAWATAN? SAMY VELLU BILA LAGI


PUTRAJAYA 14 FEB: Desas-desus yang mengatakan seorang menteri kabinet menghantar surat perletakan jawatan bertiup kencang semalam apabila menteri berkenaan adalah Datuk Seri Kadir Sheikh Fadzir, Menteri Penerangan.

Kadir, yang tewas dalam pemilihan Majlis Tertinggi Umno, dikatakan akan membuat kenyataan akhbar hari ini.

Namun sehingga awal pagi ini, berita ini tidak dapat di sahkan kerana Kadir sendiri tidak dapat dihubungi media sejak semalam.

Walaubagaimanapun Kadir telah dilihat membuat pertemuan dengan PM pagi semalam. Sumber terdekat menyebut bahawa antara perbincangan dalam pertemuan tersebut ialah berkenaan perletakan jawatan Kadir.

Ini merupakan suatu perkembangan menarik jika benar Kadir menghantar surat perletakan jawatan. Tetapi persoalannya menteri yang penuh dengan kontroversi langsung tidak menunjukkan riak untuk berbuat demikian.

Kadir telah dilantik menjadi menteri pada Mei 1999, bila beliau diamanahkan sebagai Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, di mana beliau menjawat posisi itu selama 5 tahun.

Sebelum itu beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di beberapa kementerian termasuk Kementerian Luar, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, SUmber Manusia dan Dalam Negeri dari tahun 1983 hingga 1999.

Beliau dilahirkan di Kampung Tawar, Kedah pada tahun 1939 dan mendapatkan pendidikan rendah dan menengah di sana.

Beliau berkelulusan undang-undang dari Lincoln Inn.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59