Monday, 13 February 2006

YAHUDI PULA HINA NABI MUHAMMAD


QALQILYA (Tebing Barat) 13 FEB : Belum pun reda kemarahan umat Islam sedunia kepada barat berikutan penghinaan ke atas Nabi Muhammad, pendatang Yahudi pula mencetuskan kemarahan kepada umat Islam apabila melakukan contengan menghina Nabi Muhammad pada tembok sebuah masjid di sebuah perkampungan Palestin Tebing Barat, kata sumber tentera Israel dan penduduk tempatan semalam.

Insiden itu menyebabkan penduduk Palestin mengadakan tunjuk perasaan termasuk membaling batu ke arah kereta warga Israel berhampiran penempatan Yahudi menyebabkan seorang wanita luka ringan.

Mereka turut bertempur dengan tentera Israel yang kemudian melepaskan gas pemedih mata, selain menembak ke udara. Dua warga Palestin cedera, kata pegawai perubatan.

Penunjuk perasaan berarak di sekitar wilayah Palestin sejak minggu lalu kerana membantah tindakan akhbar Eropah khususnya Denmark kerana menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad.

Islam tidak membenarkan wajah Nabi Muhammad disiarkan bagi mengelak pemujaan.

“Sekumpulan pendatang Yahudi pergi ke masjid di Kampung Nabi Ilyas dan membuat contengan menghina Nabi Muhammad,” kata sumber tentera rejim Zionis.

Tentera Yahudi kemudian memadam contengan itu daripada tembok masjid berkenaan. Jurucakap polis Israel berkata, ia sedang menyiasat kejadian berkenaan.

Penduduk Palestin berkata, slogan berkenaan ditulis dalam Bahasa Hebrew menghina nabi Muhammad. Mereka turut melakar lambang simbol rasmi Israel.

Rentetan peristiwa penghinaan ke atas Rasulullah dan umat Islam mutakhir ini benar-benar menguji kesabaran mereka.

Sudah sampai masanya umat Islam sedunia bersatu tenaga untuk menghadapi golongan kuffar ini yang sememangnya tidak senang dengan keujudan umat Islam di atas dunia ini. Negara Umat Islam perlu mempersiapkan diri dengan segala kelengkapan akidah dan kebendaan untuk mempertahankan Islam. Semangat jihad yang di tanamkan oleh Rasulullah kepada sahabat beliau perlu di semat di dada umat Islam seluruhnya agar kita semua tidak diperkotak katikkan oleh golongan kuffar ini.

Pemimpin negara-negara Umat Islam mesti mencontohi Presiden Iran, Mahmoud Ahmedinejad yang tampil dengan berani menempelak dan memberi amaran kepada barat dalam isu Israel dan nuklear Iran.


KERAJAAN ISLAM HADHARI SAHABAT BAIK DENMARK


MELAKA 13 FEB : Denmark dilaporkan meminta bantuan Malaysia untuk melegakan ketegangan di dunia sekarang ini ekoran dari penyiaran kartun menghina Rasulullah S.A.W di akhbar mereka baru-baru ini.

Nampaknya Denmark memang percaya dan rapat dengan Kerajaan Islam Hadhari ini sebab mereka tahu Pak Lah dan anak buahnya 'menghalalkan' Kilang Arak Carlsberg yang berasal dari Denmark beroperasi di sini.

Di negara-negara lain yang mengamalkan Islam sepenuhnya tentu Kilang Arak seperti tidak dibenarkan.

Atas dasar inilah agaknya menyebabkan Denmark beriya-iya minta bantuan Malaysia. Malang sungguh rakyat Malaysia yang mengundi BN/Umno yang menghalalkan arak dikilang di Malaysia.

Di saat ulama' seluruh dunia menggesa umat Islam memboikot produk Denmark dengan tidak semena-mena Ulama Islam Hadhari As-Syeikh Abdullah Ahmad Badawi Al-KepalaBatasi menyatakan kita tidak perlu boikot sebab katanya ianya tidak memberi sebarang kesan.

Nampaknya Al-Badawi lebih bijak dari ulama-ulama' lain seperti Sheikh Yusuf Al-Qardhawi dan sebagainya.


NOH GADUT JANGAN SIBUK DENGAN TUGASAN BERBAU POLITIK. SELESAIKAN MASALAH PEJABAT AGAMA MUAR SECEPAT MUNGKIN


MUAR 13 Feb. - Media hari ini menyiarkan kekesalan pasangan suami isteri yang diarahkan `berpisah' (farakh) oleh Pejabat Agama Muar kerana sejak kisah mereka disiarkan dalam Utusan Malaysia semalam, tiada seorang pun pegawai atau kakitangan pejabat agama terbabit menghubungi mereka untuk memberi kaunseling atau nasihat.

Perkahwinan pasangan tersebut Zanariah Abdullah, 24 dan Azman Nasarudin, 24, dianggap tidak sah oleh Pejabat Agama Daerah Muar, baru-baru ini.

Menurut Zanariah, sepatutnya pihak pegawai jabatan agama terbabit yang lebih arif dalam hal-hal agama membantunya menangani kes ini tetapi jawapan yang diterimanya oleh mereka sebelum ini, ramai memberikan penjelasan yang berbeza sehinggakan dia dan suaminya tidak tahu apa tindakan selanjutnya.

Dalam laporan media baru-bari ini, sepasang suami isteri yang dinikahkan setahun lalu oleh kadi daerah ini kini terpinga-pinga, setelah pejabat agama itu memberitahu pernikahan mereka tidak sah.

Ekoran itu pasangan berkenaan telah diarahkan `berpisah' (farakh) dan mereka hanya boleh bernikah semula selepas tiga kali suci.

Pernikahan yang dijalankan di rumah Zanariah pada 5 Februari tahun lalu diiktiraf tidak sah oleh Mufti Johor, Datuk Noh Gadut kerana berlaku kekhilafan semasa pengendalian urusan pernikahan itu.

Keputusan itu dibuat setelah pernikahan itu diwalikan hakim, sedangkan pengantin perempuan mempunyai adik lelaki sebagai wali.

Apakah masalah yang melanda Pejabat Agama Muar ini. Sepatutnya sebelum ijab dan kabul, Jurunikah mesti bertanya kepada wali pengantin perempuan dahulu samada wali tersebut hendak menyempurnakan pernikahan tersebut atau mewakilkan kepada jurunikah.

Noh Gadut mesti menyiasat perkara ini dengan teliti. Jangan sibuk dengan tugas hendak menyiasat pegawai agama yang cenderung kepada pembangkang sahaja. Beliau mestilah memastikan perkara ini tidak berlaku. Mungkin juga kesalahan disebabkan kegagalan wali perempuan untuk hadir semasa ijab kabul. Jadi Noh kena siasat lah teliti.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59