Wednesday, 8 February 2006

JANGAN TUNDUK KEPADA KEMAHUAN SINGAPURA


MELAKA 8 FEB : Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab menggesa Kerajaan Malaysia supaya tidak tunduk kepada permintaan Singapura dalam isu pembinaan laluan/jambatan kedua menyambungkan Malaysia-Singapura.

Syarat yang diletakkan Singapura iaitu menjual pasir dan membuka laluan undara Johor untuk latihan ketenteraan mereka amat merbahaya kepada keselematan negara.

"Jangan kita gadai maruah kita dengan tunduk kepada segala permintaan mereka walaupun ianya jelas menjejaskan keselamatan negara" jelas beliau.

"Ini isu maruah dan kedaulatan negara. Sudah acapkali kita lihat Malaysia tunduk dengan segala permintaan Singapura. Sebagai contoh isu air" kata Sofi yang juga merupakan Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Melaka.

Dalam kenyataan itu Sofi menjelaskan bahawa kebenaran menggunakan ruang udara Malaysia untuk latihan tentera udara Singapura cukup merbahaya iainya akan memberikan ruang kepada negara tersebut untuk mengintip negara kita.

Beliau berkata demikian semasa ditemui oleh blog ini di Batu Berendam pagi ini.


ROMBAKAN KABINET : APA INSPIRASI YANG PAK LAH TUNGGU


MELAKA 8 FEB : Ketua Dewan Pemuda PAS Bukit Katil, Hj Salamat Aman mempersoalkan kenyataan PM bahawa beliau belum mempunyai inspirasi untuk membuat rombakan kabinet. Dalam kenyataannya kepada media semalam Pak Lah berkata bahawa beliau mempunyai aspirasi tetapi belum mempunyai inspirasi.

Sebagai Perdana Menteri, Pak Lah sepatutnya tidak menunggu lama untuk membuat rombakan kabinet memandangkan beberapa orang menteri dalam kabinet beliau telah dikecam hebat bukan sahaja oleh pembangkang bahkan pemimpin-pemimpin dan penyokong kerajaan sendiri.

Pelbagai kelemahan dan masalah yang dilakukan oleh menteri-menteri berkenaan telah jelas kepada semua orang. Antara menteri yang terbabit ialah Rafidah Aziz dan Samy Vellu. Rafidah sendiri sebenarnya telah lama dipersoalkan kredibilitinya termasuk aduan dan tuduhan oleh Ezam Mohd Nor serta isu AP.

Manakala Samy Vellu dilihat gagal menangani isu-isu kementeriannya di mana yang isu mutakhir ialah isu keretakan MRR2. Sebelum itupun telah banyak kelemahan dan kepincangan di lihat melibatkan kementeriannya iaitu Kementerian Kerja Raya.

"Selain itu beberapa orang menteri lain juga dipersoalkan oleh beberapa pihak. Pak Lah mesti membuat rombakan kabinet segera bagi memulihkan keyakinan rakyat dan pelabur" jelas Hj Salamat.

"Mungkin Pak Lah sedang mencari inspirasi baru setelah kematian isterinya. Mungkin beliau nak cari calon pengganti, lepas baru nak buat rombakan kabinet" kata Salamat dengan nada berseloroh.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59