Tuesday, 7 February 2006

ROAD SHOW DPP PUSAT DI MELAKA 10 FEB DITANGGUHKAN


MELAKA 7 FEB : Road Show DPP Pusat yang dijadualkan pada 10 Feb ini ditangguhkan kepada 17 Feb 2005. Ini kerana pada hari tersebut PAS akan mengadakan demonstrasi membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W di Kuala Lumpur.

Semua program yang disusun pada hari tersebut juga ditangguhkan kepada 17 Feb 2006.

Harap Maklum


DEMO BANTAH HINA NABI JUMAAT INI


Dipetik dari Harakahdaily

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri akan turun menyertai perhimpunan yang bakal bermula di Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur itu.

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Hrkh) - PAS mengajak umat Islam, tanpa mengira fahaman politik, membantah penghinaan terhadap Nabi Muhamad SAW yang dimulakan oleh sebuah akhbar Denmark dengan berhimpun di perkarangan kedutaan itu di Wisma Denmark selepas sembahyang Jumaat ini.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri akan turun menyertai perhimpunan yang bakal bermula di Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur sebaik sahaja selesai Solat Jumaat itu.

Demikian kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa kepada Harakahdaily hari ini.

"Marilah kita semua umat Islam, tanpa mengira fahaman politik dan kedudukan berkumpul bagi menyatakan bantahan terhadap penghinaan yang dibuat terhadap Junjungan Besar kita Nabi Muhamad SAW," kata Nasharudin dalam kenyataan itu.

Bantahan ini, kata Nasharudin, juga ditujukan kepada akhbar Sarawak Tribune yang turut menyiarkan karikatur yang menghina Rasulullah itu.

Akhbar Sarawak Tribune adalah akhbar pertama di negara ini yang menyiarkan semula sebahagian dari 12 karikatur yang mula disiarkan akhbar Denmark, Jyllands-Posten September lalu.

Ekoran itu, Editor bertugasnya telah meletakkan jawatan dan permohonan maaf telah disiarkan oleh akhbar itu keesokan harinya.

Selepas Jyllands-Posten, akhbar-akhbar di Eropah mula menyiarkan semula karikatur itu atas alasan kebebasan media.

Bantahan demi bantahan mula dibuat oleh umat Islam di seluruh dunia.

Di Afghanistan seorang pembantah mati apabila ditembak oleh pihak berkuasa. Bantahan paling hebat berlaku di Syria, Yaman dan Lebanon. Di Mesir dan Indonesia serta London, bantahan juga turut dilakukan.

Islam telah meletakkan tindakan melukis gambar Rasulullah SAW adalah haram apatah lagi bertujuan menghina sebagaimana yang dilakukan oleh akhbar Denmark itu.


KASIHAN UNCLE SAMY TAK TIDUR MALAM KENANGKAN ISU MRR2 DAN MIC BARU


Kesian Uncle Samy sehari dua mungkin tak tidur malam terkenangkan isu MRR2 dan ahli partinya MIC yang menubuhkan parti baru MIC baru semalam.

Media melaporkan bahawa Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Shah Alam telah menerima permohonan pendaftaran sebuah parti baru bernama Marumalarchi Indian Congress Baru atau singkatannya MIC barui.

Menurut laporan Bernama, Pengerusi penaja parti itu, P. Gannapathy yang mengesahkan perkara tersebut melahirkan rasa gembira dengan permohhonan pendaftaran parti yang diasaskannya itu.

Kontroversi penubuhan Parti MIC baru bermula Jumaat lalu apabila Setiausaha Agung MIC Datuk S. Sothinathan membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah Sentul di Kuala Lumpur semalam mengenai cadangan penubuhan MIC Baru.

Berkenaan isu MRR2 pula Uncle Samy nampaknya semakin melatah menyalahkan kelemahan pegawai-pegawai JKR yang menyebabkan kelewatan kerja membaiki jejambat retak di Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2)di Kepong. Samy mendakwa perkara tersebut berlaku disebabkan oleh pergeseran dalaman dalam Jabatan Kerja Raya (JKR.

Dalam laporan muka depan akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily News semalam menteri itu berkata, kementeriannya bersedia menjalankan kerja membaikpulih lebih awal lagi tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana terdapat “beberapa orang” di dalam jabatan itu enggan bertindak.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan atau mendedahkan identiti “beberapa orang” yang dimaksudkannya itu.

Katanya, perbezaan pendapat antara beberapa orang jurutera kanan di dalam kementerian berkenaan menyebabkan kerja membaikpulih itu ditunda beberapa kali.

Kita cadangkan Uncle supaya makan ubat tidurlah untuk cepat lena.


ISU MRR2 : SAMY NAK LEPASKAN DIRI PERSALAHKAN PEGAWAI JKR


Oleh kerana tersepit dan tidak mahu bertanggungjawab dalam isu keretakan MRR2, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu menyalahkan kelemahan pegawai-pegawai JKR yang menyebabkan kelewatan kerja membaiki jejambat retak di Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2)di Kepong. Samy mendakwa perkara tersebut berlaku disebabkan oleh pergeseran dalaman dalam Jabatan Kerja Raya (JKR.

Dalam laporan muka depan akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily News semalam menteri itu berkata, kementeriannya bersedia menjalankan kerja membaikpulih lebih awal lagi tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana terdapat “beberapa orang” di dalam jabatan itu enggan bertindak.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan atau mendedahkan identiti “beberapa orang” yang dimaksudkannya itu.

Katanya, perbezaan pendapat antara beberapa orang jurutera kanan di dalam kementerian berkenaan menyebabkan kerja membaikpulih itu ditunda beberapa kali.

Tetapi Samy kena sedar sebarang kelemahan JKR adalah juga menggambarkan kelemahannya sendiri yang bertanggungjawab terhadap agensi tersebut. Mengapakah Samy begitu leka dan lemah sehingga gagal menangani isu dalaman tersebut (jika benar) sehingga ianya menjejaskan prestasi Jabatan dan Kementerian dan yang lebih malang lagi isu ini melibatkan keselamatan pengguna jalanraya.

Dalam laporan akhbar tersebut, Samy juga berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah diberitahu mengenai masalah itu,lalu membuat keputusan untuk campurtangan dengan mengarahkan jejambat tersebut ditutup bagi membolehkan kerja membaikpulih dilakukan segera.

Jejambat tersebut pernah ditutup selama tiga bulan dari 9 Ogos 2004 selepas 33 tiang sokongannya mengalami keretakan. Ia dibuka semula pada 12 November 2004 dengan hanya empat daripada enam laluannya boleh digunakan oleh trafik.

Pada masa yang sama kerajaan melantik firma perunding Britain, Halcrow Group untuk menyiasat keretakan berkenaan dan mengsyorkan cara membaikpulihnya.

Dalam laporannya pada 29 September 2004, firma perunding itu menyatakan terdapat kesilapan dalam rekabentuk dan kekurangan dayatahan pada tiang sokongan jejambat itu.

Dari laporan perunding tersebut sudah jelas kepada kita bahawa terdapat kepincangan yang berlaku. Mengapa MRR2 boleh diluluskan kalau betul dakwaan Halcrow tersebut. Kita juga mendesak semua individu yang terlibat dengan projek pembinaan MRR2 ini termasuk menteri, pegawai-pegawai, perunding dan sebagainya disiasat. Jika sekiranya terdapat sebarang penyelewengan maka mereka-mereka ini hendaklah dihadapkan ke mahkamah.

Pada Disember 2004, Halcrow menghantar kertas cadangan untuk membaiki jejambat berkenaan kepada JKR tetapi jabatan itu tidak mengambil tindakan segera melaksanakannya.

Ketua Pengarah JKR, Prof Wahid Omar tidak dapat dihubungi untuk ulasan.

Jejambat berkenaan adalah sebahagian daripada laluan pakej 11 MRR2 yang bernilai RM238 juta. Pembinaan jejambat tersebut dilakukan oleh kontraktor BumiHiway (M) Sdn Bhd, Sukmin Sdn Bhd and Konsortium Kontraktor Melayu.


DIMANA OIC DI KALA IRAN DI TEKAN


Setiap detik Yahudi dan Nasora sentiasa berfikir untuk menghimpit dan melenyapkan Islam di mata dunia. Amerika dan kuncu-kuncunya yang menjadi pengkalan Yahudi dan Nasora ini tidak akan redha dan senang hati selagi orang-orang Islam tidak runduk dan patuh kepada mereka. Ini telah dinyatakan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran sendiri.

Terbaru Amerika dan kuncu-kuncunya merasa tergugat dengan keberanian Iran dalam isu nuklearnya serta kemenangan Hamas di Palestin.

Dalam isu nuklear Iran pelbagai usaha telah di lakukan oleh Amerika untuk menggertak Iran. Namun semuanya gagal belaka.

Sejak revolusi Islam Iran, Amerika meramalkan golongan sekular, satu hari nanti akan menumbangkan kumpulan ulama Syiah dan mengambil alih semula pentadbiran negara itu.

Kenyataan itu meleset jauh. Malah, pilihan raya terbaru negara itu menonjolkan pemimpin lebih berani dan berjiwa rakyat untuk memimpin Iran.

Tambahan pula, perkembangan yang berlaku menunjukkan golongan sekular Iran juga begitu bersungguh-sungguh, sama dengan kumpulan agama, mempertahankan hak negara mereka untuk memiliki teknologi nuklear.

Semangat Islam dan keberanian pemimpin mereka membakar semangat rakyat Iran untuk mempertahankan negara mereka walau dalam apa cara sekalipun.

Bayangkan dalam kedudukan Iran dikelilingi oleh negara yang dikuasai Amerika Syarikat di bahagian barat iaitu Afghanistan dan timurnya Iraq sementara markas Armada Kelima Tentera Lautnya di selatan, mereka masih yakin yang Allah akan bersama dengan mereka.

Kerajaan Amerika Syarikat yang sama itulah juga yang mengecam hebat dasar luar dan dalam negara Iran setiap kali berpeluang untuk melakukannya, terus membeku aset Iran sejak Revolusi 1979 dan kini ghairah mempengaruhi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menghukum Iran atas alasan membina program nuklear untuk kegunaan ketenteraan.

Selain itu, Amerika berusaha menyekat segala peluang pelaburan asing yang sedang menuju ke Iran.

Maka tidak hairan jika rakyat dan pemimpin Iran tidak mempercayai dan terlalu bencikan Amerika Syarikat.

Dalam masa yang sama Amerika tidak pernah mempersoalkan program nuklear India dan negara-negara sekutu mereka. Inilah dasar 'double standard' Amerika yang sememangnya diketahui seluruh dunia.

Apa sangat dikesalkan ialah di mana OIC dalam menangani isu ini. Disaat salah sebuah negara orang Islam ditekan disegenap sudut negara-negara Islam sepi membisu. OIC yang menjadi badan yang sepatutnya mempertahankan kedaulatan negara dan umat Islam langsung tidak memainkan peranannya. Perdana Menteri Malaysia yang menjadi Pengerusi OIC dan NAM tidak berani bersuara dalam mempertahankan Iran.

Inikah sifat seorang pemimpin Islam?

Dasar Amerika sejak lebih 26 tahun lalu, termasuk sekatan sebelah pihak, kecaman dan pelbagai bentuk tindakan lain, terbukti tidak berjaya menjatuhkan kerajaan Iran. Dasar yang sama itu yang mencengkam pembangunan ekonomi Iran dan pada masa yang sama mengukuhkan lagi keraguan mereka terhadap niat dan tindak-tanduk Washington.

OIC sepatutnya menggesa Amerika supaya mengubah dasarnya terhadap Iran dan negara Islam lain.

Tetapi jangankan hendak mengecam dan menggesa Amerika mengubah dasarnya, nak sentuh isu inipun OIC tidak berani.

Inilah yang dikatakan oleh Nabi Muhammad S.A.W melalui hadisnya yang antara lain menyatakan bahawa Umat Islam akhir zaman adalah umpama buih ditengah laut, walaupun banyak tetapi mudah ditelan ombak dan akan dipermainkan oleh musuh Islam.


MAHKAMAH SYARIAH BERWIBAWA ADILI SESIAPA


WAWANCARA PRESIDEN PERSATUAN PEGUAM SYARIE, HJ MUMAMAD BUROK DENGAN HARIAN METRO

Sebagai individu yang berpengalaman lebih 20 tahun mengendalikan kes syariah, Presiden Persatuan Peguam Syarie, Muhamad Burok, 59, cukup layak untuk menilai kes kontroversi membabitkan M Moorthy atau Mohammad Abdullah, 36, dan Nyonya Tahir, 89.

Baginya, kes itu membawa hikmah tersendiri dalam sejarah perundangan negara, dan membolehkan rakyat Malaysia membuka mata betapa mahkamah syariah mampu memberi keadilan kepada semua pihak, termasuk bukan Islam.

Ada suara sumbang mengatakan kes Moorthy memihak kepada Islam, dan kes Nyonya sebaliknya. Tetapi apakah rasional di sebalik keputusan itu? Ikuti temubual wartawan Harian Metro (HM), MANAN SAMAD bersama Muhamad di pejabatnya, baru-baru ini.


HM: Selama beberapa minggu, kes Moorthy dan Nyonya Tahir mendapat perhatian hangat dalam media massa dan diperkatakan sebahagian besar rakyat Malaysia. Saudara seorang yang berpengalaman luas dalam bidang syariah, apa iktibar yang boleh diambil daripada kes berkenaan?

MUHAMAD: Mahkamah mana sekalipun wujud dan hanya boleh kekal apabila ada keyakinan terhadap mahkamah terbabit dan sistem kehakiman. Paling penting rakyat mempunyai keyakinan terhadap sistem mahkamah dan sistem keadilan, itulah asasnya.

Kalau tidak, sistem itu tidak boleh bergerak, dikuat kuasa dan diguna pakai. Apabila kes Moorthy berlaku dan sudah diputuskan nampaknya ada segelintir yang cuba mempertikaikan mengenai kewibawaan satu sistem mahkamah yang wujud di negara kita iaitu sistem syariah.

Mereka tidak punya keyakinan terhadap sistem itu. Tetapi kita mesti sedar setiap mahkamah diwujudkan untuk tegakkan keadilan, untuk halang kezaliman, tak kira mahkamah mana, sivil atau syariah.

Kalau tidak, kita tak panggil mahkamah, ada hakim untuk menghakimkan keputusan dan tak kata sistem keadilan untuk tegakkan keadilan. Kebetulan di Malaysia, kita patut bersyukur kita punya dua sistem keadilan atau kehakiman yang wujud secara harmoni antara satu sama lain.

Mahkamah sivil atau syariah, mengapa ia wujud? Kerana perlembagaan dan pembentukannya sedemikian. Kedua-dua sistem ini wujud dan saling membantu, wujud secara harmoni. Masing-masing mengatakan kalau ini bidang kuasa kamu, kami tidak masuk, kalau ini bidang kuasa saya, saya harap awak tak masuk campur.

Sistem perundangan sudah jelas memperkatakan hal berkaitan agama Islam, hal orang Islam patut diadili di mahkamah syariah, maka terimalah dengan yakin. Dalam kes Moorthy, sepatutnya ia tidak jadi begitu, tidak wajar ada keresahan dan rasa tergugat di kalangan orang bukan Islam.

Di mana sahaja asalkan dinamakan mahkamah, sistem keadilan sudah tentu nakkan keadilan. Kes Nyonya membuktikan keadilan boleh dapat di mana-mana asalkan di mahkamah. Saya khuatir dengan sikap sesetengah pihak, disebabkan (keputusan) tidak menyebelahi mereka, cepat-cepat dikatakan tak adil, walhal sebaliknya.

Dalam kes Nyonya, pertama, mahkamah syariah sentiasa membuka pintu seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja, sama ada orang Islam atau bukan Islam untuk mencari keadilan.

Kedua, mahkamah syariah berwibawa untuk adili sesiapa saja yang ingin dapat keadilan, ia menegakkan sistem keadilan Islam. Islam itu halang daripada berlaku zalim, ia tak kata berlaku zalim kepada Islam atau bukan Islam, tetapi kepada sesiapa.

Ketiga, fungsi mahkamah syariah untuk tegakkan hak kepada yang berhak, itu sistem Islam. Tengok di Seremban (kes Nyonya), Mahkamah Tinggi Syariah buat penghakiman kepada orang yang berhak, walaupun orang itu bukan Islam, maknanya tak pilih orang Islam atau tidak.

HM: Secara kebetulan kes Nyonya timbul selepas isu Moorthy. Mahkamah memutuskan Moorthy dikebumikan mengikut Islam tetapi Nyonya sebaliknya. Justeru, ada suara sumbang mengatakan penghakiman kes Nyonya mungkin berpunca daripada tekanan pihak tertentu?

MUHAMAD: Pada saya jelas, hari itu saya hadir ke mahkamah dari pagi hingga akhir (kes Nyonya), saya tak nampak tekanan daripada mana-mana pihak.

Keadaan tenang, teratur seperti sepatutnya dalam mahkamah. Yang hadir, ramai orang bukan Islam. Anak lelaki (Nyonya) yang failkan afidavit, sanggup pergi ke kandang saksi angkat sumpah, ikrar untuk berkata benar.

Dia juga sanggup disoal balas, terjun kepada sistem mahkamah, maknanya dia punya keyakinan terhadap mahkamah syariah. Hakim tanya lagi di luar sana ada ke nak katakan sesuatu, dia kata ada kakaknya.

Kemudian kakaknya ikrar dan disoal balas.

Hakim juga tanya, datang nak minta apa, dia kata nak mahkamah ini beri keputusan benarkannya ambil balik jenazah maknya secara Buddha. Hakim tanya mengapa, dia kata percaya si mati bukan lagi Islam, kemudian dia beri sebabnya.

Di mahkamah juga ada saksi daripada jabatan agama Islam yang sanggup beri keterangan secara telus, ikhlas dan terang. Mereka langsung tak prejudis kepada sesiapa, saksi berwibawa yang boleh dipercayai.

Apa yang benar dikatakan benar dan dia juga punya rekod yang disimpan di Pejabat Agama Islam Alor Gajah (Melaka) yang katakan dalam siasatan...tidak langsung sokong permohonan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Itulah sistem keadilan Islam, kita tidak sorok-sorok, kalau ia tak tolong kita tak mengapa, tak tolong kes kita tak mengapa, tapi asalkan kita pergi mahkamah cari keadilan, tugas kita bukan nak tolong pelanggan, tolong mahkamah bentangkan segala keterangan dan biarlah mahkamah buat keputusan.

Inilah murninya sistem Islam, akhirnya mahkamah tidak memihak kepada orang Islam atau jabatan agama Islam, sebaliknya memihak kepada orang yang datang cari keadilan, orang yang punya hak dan kita letakkan hak kepada orang yang berhak.

BERSAMBUNG ESOK


BERIKAN KUASA SEPENUHNYA KEPADA BPR DAN SPR


PUTRAJAYA 6 FEB : Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahukan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Jabatan Peguam Negara yang memikul tanggungjawab berat perlu diaktifkan dengan semua prosedur kerja dianggap lapuk, dikaji semula.

Pak Lah juga mahukan agensi lain juga harus menilai semula segala prosedur kerja yang difikirkan sudah tidak sesuai dengan perkembangan semasa untuk diperkemas serta diperbaiki.

Dalam kenyataannya itu Perdana Menteri juga berkata bahawa kerajaan dan agensi-agensinya kena sama-sama laksanakan dan mengambil langkah perlu ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan kakitangan dan pegawai agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana, di sini semalam.

Sebagai rakyat Malaysia, apa yang penting sekali ialah Pak Lah mestilah mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap dua agensi kerajaan yang dilihat tidak bebas iaitu BPR dan SPR.

Bagi BPR, rakyat masih menunggu tindakan terhadap beberapa laporan Polis dan aduan kepada beberapa orang kanan Pak Lah antaranya ialah Rafidah Aziz dan Khir Toyo. Aduan dan laporan yang telah di buat bertahun-tahun lalu masih gagal di siasat walaupun rakyat yakin terdapatnya unsur-unsur penyelewengan dan rasuah yang melibatkan mereka. Kalaupun mereka bersih dari tuduhan tersebut rakyat berhak mengetahui keadaan sebenar yang melibatkan mereka berdua. BPR sepatutnya memberikan laporan rasmi untuk membersih nama kedua-dua mereka ini.

Begitu juga dengan SPR yang dilihat sangat tidak telus dan tidak adil dalam mengendalikan Pilihanraya Umum 2004. Kepincangan ini diserlahkan lagi dengan beberapa kejadian yang amat meloyakan semasa Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir Disember lalu.

Selagi kedua-dua agensi penting kerajaan ini tidak diperbetulkan serta tidak diberi kebebasan sepenuhnya oleh kerajaan selagi itulah segala usaha kerajaan untuk memulihkan imej dan keberkesanannya badan-badannya hanyalah omong kosong untuk halwa telinga sahaja.

Gambar dipetik dari Berita Hairan.


PAS PAHANG SERAH MEMO


















KUANTAN 7 FEB : Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang telah menyerahkan memorandum memohon perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Pahang agar mempertahankan artikel 121 (1A) Perlembagaan negara.

Memo tersebut telah diserahkan pada jam 10.00 pagi semalam dan diterima oleh Pengelola Bijaya Diraja KDYMM Sultan Pahang Dato' Sabjan bin Sallahudin. Rombongan PAS Pahang telah diketuai Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Turut serta dalam rombongan tersebut ialah Ketua Dewan Ulama' Ustaz Abu Kassim Abdul Manaf dan Ketua DPP Negeri Us Nasaruddin Hassan At-Tantawi.

Gambar dipetik dari Blog diari seorang mujahid


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59