Monday, 6 February 2006

BEKAS ORANG KUAT Umno AKAN SERTAI PAS


KOTA BHARU 6 FEB : Beberapa orang bekas pemimpin Umno Kelantan dikatakan akan menyertai PAS tidak lama lagi. Naib Presiden PAS yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan Hj Husam Musa berkata, beliau akan mengumumkan kemasukan mereka ke dalam PAS tidak lama lagi. Kenyataan beliau ini dipetik dari sebuah akhbar harian internet hari ini.

Sementara itu beberapa pemimpin Umno Kelantan mengesahkan ada beberapa bekas pemimpin Umno negeri itu mahu menyertai PAS.

Mereka dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan bekas Ketua Umno bahagian Pasir Mas, Datuk Paduka Ibrahim Ali yang dipecat dari parti pada tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Gual Ipoh yang juga Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Hashim Safin berkata, tindakan "berpaling tadah" mereka itu tidak membimbangkan Umno kerana mereka bukanlah pemimpin utama parti tetapi sebaliknya dari kalangan yang sudah tiada pengaruh.

Menurut Hashim lagi, mungkin bagi PAS orang seperti itu dianggap sebagai tokoh besar dan penting kepada mereka kerana PAS kini berada dalam keadaan tersepit kerana penduduk Kelantan sudah bosan dengan mereka.

Kenyataan Hashim ini di sokong oleh Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa Datuk Dr Nik Mohd Zain Ismail yang berkata bahawa bekas Ketua Umno Bahagian yang dimaksudkan mahu menyertai PAS itu sudah diketahui umum menyokong pembangkang dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir, 6 Disember lalu.

Beliau berkata, pemimpin berkenaan tidak sehaluan dengan hala tuju parti dan merupakan seorang yang mementikan diri sendiri. Katanya, kemasukan beliau ke dalam PAS tidak merugikan Umno malah boleh menguatkan lagi parti itu.

Dari kenyataan di atas adalah diramalkan bekas Ketua Umno Bahagian tersebut ialah Ahmad Rosli Ibrahim iaitu bekas Ketua Bahagian Kubang Kerian. Rosli pernah menjadi ADUN Salor semasa zaman pemerintahan Angkatan Perpaduan Ummah 1990-1995. Beliau juga merupakan orang kuat Semangat 46 sebelum menyertai semula Umno bersama-sama Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau bertanding menentang Salahuddin Ayub di Parlimen Kubang Kerian dalam Pilihanraya Umum 2004 yang lalu.


TANJUNG HARAPAN YANG TIADA HARAPAN LAGI



Lihat gambar ibu dan anak ini yang rumah mereka di robohkan oleh kerajaan 'maju'/zalim yang dipimpin oleh insan yang bernama Khir Toyo. Kemana mereka hendak mengadu. Tidak adakah secebis rasa kasihan dan simpati pemimpin Islam Hadhari ke atas sesama manusia, sebangsa dan seagama. Dua beranak ini adalah adalah antara mangsa kerakusan pemimpin yang gila kuasa di Selangor. Rumah mereka di Tanjung Harapan, Klang dirobohkan pada 22 Disember lalu.

Gambar Harakahdaily


PAK LAH DI GESA SUPAYA JANGAN HANYA PANDAI BAGI ARAHAN TETAPI TIADA PEMANTAUAN DAN TINDAKAN


BUKIT KATIL 6 FEB : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menggesa PM, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya bukan hanya pandai memberi arahan dan cadangan sahaja tetapi beliau mestilah memantau dan mengambil tindakan terhadap apa juga kelemahan dan penyelewengan yang dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan.

Gesaan ini telah dibuat oleh Ketua DPP Kawasan Hj Salamat Aman ketika diminta mengulas tentang masih terdapat projek-projek di bawah Rancangan Malaysia kelapa(RMK-8) yang belum selesai.

"Kelewatan dan kegagalan untuk menyiapkan projek-projek dalam RMK-8 dalam masa yang ditetapkan tidak sepatutnya berlaku jika pemantauan dan tindakan dibuat dengan berkesan," tegas Hj Salamat yang juga merupakan Bendahari DPP Negeri Melaka.

Pak Lah dalam kenyataannya kepada media hari ini menyatakan bahawa beliau tidak mahu agensi pelaksanaan menggunakan penantian pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sebagai alasan untuk melengahkan pelaksanaan projek kerajaan terutamanya yang berkaitan RMK-8.

Perdana Menteri berkata segala projek RMK-8 yang telah diluluskan perlu diselesaikan mengikut jadual yang ditetapkan oleh agensi terbabit.

Beliau berkata demikian pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya.

Menurut laporan Bernama, Abdullah dijangka membentangkan RMK-9 yang mengatur hala tuju pembangunan negara bagi tempoh 2006-2010 di Parlimen pada 31 Mac ini.

Perdana Menteri juga menyifatkan apa yang terkandung dalam RMK-8 sebagai penting, dan usaha menyiapkan mana-mana projek yang belum selesai tidak boleh dilengahkan lagi.

Sambil berkata beliau tidak mahu melihat mana-mana projek RMK-8 tergendala, Abdullah menegaskan bahawa adalah penting bagi agensi-agensi pusat seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan di JPM memastikan ini tidak berlaku.


PERSATUAN PENGGUNA ISLAM DI SERU SENARAIKAN BARANG YANG MESTI DIBOIKOT


MELAKA, 6 Feb - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mestilah segera mengeluarkan senarai barangan Denmark untuk memudahkan umat Islam memboikot barangan tersebut.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada blog ini tengahari ini.

"Adalah sukar untuk menentukan product tersebut dikeluarkan oleh negara mana kerana sesetengah barangan di import dan dibungkus di sini" kata Sofi.

"Sesetengah barangan pula kadang-kadang tidak dicatatkan nama pengeluarnya. Kadang-kadang francaisee yang juga tidak menamakan francaisornya" dakwa Sofi yang juga merupakan Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka.

Beliau membuat kenyataan tersebut ketika di minta memberikan ulasan tentang berita yang disiarkan oleh Harakahdaily yang memuatkan seruan beberapa NGO supaya barangan Denmark di boikot oleh umat Islam Malaysia.

Berita itu menyiarkan bahawa Presiden Persatuan Penguna Islam, Dr Ma'amor Osman menyeru seluruh umat Islam supaya memboikot semua barangan Denmark walaupun barangan keluaran itu tidak banyak terdapat di Malaysia.

Beliau menegaskan, semua umat Islam amat wajar menyatakan rasa marah dan kesal dengan sikap serta tindakan keterlaluan daripada pihak akhbar Jyllands-Posten (JP).

Menurut Maamor lagi, sempena Maal Hijrah sudah tiba masanya umat Islam perlu bersatu padu menyatakan kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w. dengan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang bukan sahaja menghina Rasulullah bahkan memperlekeh kesucian agama Islam.

Sementara itu Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Yusri Mohamad pula dipetik sebagai berkata bahawa umat Islam tidak mengambil tindakan di luar batas demi menjaga nama baik dan kesucian agama Islam

Katanya, tindakan provokosi yang dicetuskan oleh akhbar JP Denmark itu tidak boleh dibalas dengan cara melulu kerana ia mungkin akan menghilangkan isu asal sebaliknya tindakan agresif umat Islam akan diperbesarkan.

Beliau turut mencadangkan supaya umat Islam melakukan boikot terhadap barangan Denmark memandangkan Malaysia tidak bergantong sepenuhnya terhadap ekonomi negara tersebut.

Katanya, Abim juga akan menghantar memorandum kepada kedutaan Denmark bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap penghinaan tersebut.

Sementera itu, Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin menegaskan, umat Islam akan membantah tindakan mana-mana individu serta negara yang bukan sahaja menghina Rasulullah s.a.w. bahkan semua nabi yang menjadi ikutan umat Islam.

Beliau berkata, walaupun umat Islam memahami bahawa masyarakat Barat mempunyai kebebasan bersuara dan sebagai tetapi mereka juga perlu faham tentang agama serta sensitiviti umat Islam yang ada hadnya.

Katanya, bagi masyarakat Barat mereka tidak pelik untuk mempersendakan agama mereka kerana ia merupakan suatu perkara biasa sebaliknya dalam konteks Islam ia merupakan suatu perkara yang terlalu sensitif.

Beliau menegaskan, Denmark dan negara terlibat perlu bersedia dengan tindakan umat Islam untuk terus memboikot barangan mereka kerana ia merupakan satu perkara yang paling mudah untuk dilakukan.


MUDAHNYA ORANG KITA DITIPU


Dihantar oleh seorang pembaca blog ini.
Website Agendadaily menyiarkan bahawa sekitar 3,000 orang telah ditipu oleh seorang yang digelar Mummy Zie yang menawarkan pakej pelancongan murah ke Dubai.

Terfikir di benak hati saya yang betapa mudahnya orang kita di tipu dalam perkara-perkara seperti ini. Orang yang kena tipu itu pula bukannya calang-calang orang, ada yang bergelar Mak Datin dan yang berpangkat tinggi.

Inilah sebenarnya mentaliti orang kita yang jarang berfikir panjang dalam hal-hal seperti ini. Kebanykan dari orang kita ini sebenarnya malas hendak berfikir panjang. Asal ada sahaja tawaran yang menggemparkan mereka pun tertipu.

Mentaliti inilah sebenarnya yang menjahanamkan bangsa. Dalam politik orang-orang seperti inilah yang mudah termakan umpan dan pujuk rayu semasa pilihanraya. Pantang nampak duit dan janji manis mereka pun 'cair'.

Antara yang kena tipu menurut laman web itu ialah Datin Hawa Dalela Mohd Teh isteri kepada seorang pegawai tinggi di Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang baru sahaja bersara.

Dalam kenyataannya Datin Hawa mengeluh panjang mengatakan bahawa habislah pencen suami saya. Wang lebih RM600,000 yang mungkin hanyut di sebabkan kena tipu. Kita pun terfikir bagaimana wang RM600,000 boleh 'hanyut takan Mak Datin bayar dengan wang sebanyak itu. Mungkin agaknya Mak Datin jadi 'broker' kepada Mummy Zie dengan mengutip wang dari kenalan atau orang ramai sehingga jumlahnya RM600,000.

Inilah akibatnya kalau kita tidak berfikir panjang dalam satu-satu hal.

Ibarat kata Mat Sabu orang melayu ini otak mereka masih bersih dan tidak terusik disebabkan jarang digunakan untuk berfikir berbanding otak orang Jepun yang berkarat disebabkan selalu digunakan. Sebab itu Jepun maju kata beliau dalam ceramah-ceramah beliau beberapa tahun lalu.

Gambar dipetik dari Agendadaily


ROAD SHOW PEMUDA PUSAT TENTANG PERKARA 121 (1A) PERLEMBAGAAN DI ADAKAN PADA 10 FEB DI MELAKA


MELAKA 6 FEB : Dewan Pemuda PAS Pusat akan meneruskan road show tentang isu Perkara 121(1A)Perlembagaan Negara pada 10 Feb ini.

Ketua Penerangan DPP Negeri Melaka, Yuhaizad Abdullah dalam kenyataannya Sabtu lalu memberitahu bahawa Program tersebut akan bermula selepas Solat Jumaat di mana seluruh ahli Pemuda Melaka diminta berkumpul di Masjid Negeri Al-Azim sebelum bertolak ke Pejabat Jabatan Agama Islam Melaka untuk menyerahkan Memo kepada JAIM.

Seterusnya pada jam 5.00 petang hari yang sama, DPP Negeri akan mengedarkan risalah penerangan terhadap isu ini di kawasan Pasar Malam Teluk Mas. Seluruh ahli Pemuda di negeri ini diarahkan berkumpul di Balai Islam Teluk Mas pada jam 5.00 petang.

Pada sebelah malamnya pula ceramah umum akan diadakan di Balai Islam Teluk Mas di mana ceramah tersebut akan di sampaikan oleh Hanifa Maidin, Ketua Penerangan DPP Pusat dan Us Kamaruddin Sedik, Ketua DPP Negeri Melaka.

Sehubungan dengan itu Yuhaizad menyeru seluruh ahli DPP Negeri Melaka supaya sama-sama mengambil bahagian dalam program yang sangat penting ini.


AKHBAR-AKHBAR BARAT MEMANG KURANG AJAR


MELAKA 6 FEB: Semalam Stesyen TV Al-Jazeera menyiarkan temubual dengan salah seorang dari Pengarang Akhbar Perancis bernama Levy. Akhbar itu dilaporkan telah menerbitkan gambar-gambar menghina Rasulullah sekalipun umat Islam seluruh dunia telah membuat bantahan dan demonstrasi.

Apabila ditanya mengapa akhbar itu berbuat demikian, Levy menjawab ianya supaya seluruh rakyat Perancis tahu dan sedar tentang isu sebenar yang terjadi. Levy seterusnya memberikan alasan bahawa mereka berhak menyiarkan gambar seperti itu atas dasar kebebasan bersuara. Berkali-kali Levy memberikan alasan sedemikian.

Begitulah kurang ajarnya pihak-pihak ini yang langsung tidak menghormati sensitiviti umat Islam. Hujah mereka ini yang iaitu atas dasar kebebasan bersuara adalah sama dengan hujah puak-puak yang 'sewaktu dengan mereka' yang ada di Malaysia ini yang sering menggunakan hujah 'hak asasi manusia' sebagai alasan untuk menghalalkan kerja buat mereka.

Pihak barat ini lupa bahawa mereka perlu menghormati Hak Asasi Manusia iaitu kepercayaan dan kesucian sesuatu agama itu tidak boleh dihina atau dipermain-mainkan.

Tetapi malangnya tindakan dan bantahan yang dibuat oleh umat Islam di seluruh dunia dan Malaysia dipandang enteng dan sinis oleh Presiden dan Ketua Pemuda Umno.

Hishamuddin dalam kenyatannya berkata bahawa tiada gunanya menghantar memo dan berdemonstrasi. Kita menggesa Hishamuddin supaya membuat sesuatu yang lebih effektif kalau cara yang dilakukan oleh umat Islam seluruh dunia tidak effektif. Kita masih menunggu apakah tindak PM sebagai Pengerusi OIC dalam menangani isu ini.

Sehingga kini tindakan-tindakan diplomatik seperti arahan memboikot barangan Denmak, memanggil pulang Duta, memanggil Duta Denmak memberikan penjelasan, menghantar bantahan rasmi dan sebagainya masih tidak dilakukan.

Apakah Pengerusi OIC ini mahu meneruskan tradisinya iaitu tidak 'ambil pusing' atau lambat bertindak dalam semua isu yang membabitkan kedaulatan Islam.


IRAN TIDAK GENTAR HADAPI BARAT DAN PBB


TEHERAN 6 Feb. - Iran sekali menyatakan bahawa mereka tidak gentar dengan barat dan PBB. Kenyataan ini dibuat oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad kepada agensi berita rasmi, IRNA. Ahmadenejad sebaliknya berikrar bahawa Republik Islam itu tidak akan berganjak berhubung hasratnya untuk menjalankan program nuklear.

Dalam kenyataannya itu beliau sekali lagi menegaskan bahawa tidak gentar dengan keputusan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) untuk mengheret negaranya ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung program nuklear Teheran.

Inilah sebenarnya sikap seorang negarawan Islam yang tidak takut kepada sesama manusia tetapi hanya takut kepada Allah.

Ini jelas berbeza dengan ketua-ketua negara Islam lain yang pengecut dalam menangani isu-isu umat Islam. Kalau hendak dibandingkan dengan Pengerusi OIC kita boleh nyatakan bagai langit dengan bumi.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59