Thursday, 2 February 2006

21 MAKANAN MERAGUKAN


Dipetik dari Harian Metro

MELAKA 2 JAN : Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) menyenaraikan 21 bahan ramuan tambahan dalam makanan yang meragukan dan dikategorikan sebagai `mustasyabihah' atau samar.

Selain itu, terdapat bahan tambah nilai yang diberi istilah saintifik iaitu bahan tambahan, stabilizer, emulsifier, perasa dan pewarna termasuk dalam kategori mutasyabihah, sekali gus boleh dianggap sebagai halal atau haram bergantung kepada sumber asal.

Sumber yang dipetik melalui laman web al-azim.com itu menyatakan bahawa bahan ramuan tambah nilai yang terletak di bawah mutasyabihah adalah antioxodant, lemak binatang, collagen, lemak putih binatang, enzim, lemak asid;

Gelatin, glycerol stearate, hormon, lemak monoglycerides, phospholopids, renin/rennet/polysorbate, mentega putih, kolestrol, diglyceride, ethoxylated mono di glyceride, glycerol/glycerine, glycogen, protein binatang hydrolyzed, bahan kimia lipids dan pepsin (enzim).

Sehubungan itu, orang ramai, khususnya umat Islam diminta berhati-hati dalam memilih pemakanan seharian supaya tidak `menjamah' makanan yang dikategorikan sebagai `mustasyabihah' itu.

Bagaimanapun, terdapat 10 bahan tambahan makanan yang boleh digunakan pakai dengan tujuan untuk mengelakkan kerosakan atau menambah baik rupa, rasa, tekstur atau nilai nutrisi.

Bahan atau ramuan tambahan yang biasa digunakan dalam makanan adalah Asid Steric yang boleh diperolehi daripada binatang atau tumbuhan; Bactosayton (salah satu bahan dalam proses membuat serbuk perasa);

Emulsifier (bersumberkan sama ada daripada haiwan atau tumbuhan, kebanyakan emulsifiers dalam industri makanan berasaskan lecitin (lemak) dari kicap soya atau telur merah), Enzyme (bahan pemangkin (catalyst), biasanya diambil sama ada daripada binatang atau bahan kimia);

Perasa (bahannya sama ada daripada binatang atau bahan kimia), Gelling agents (bahan ini digunakan sebagai penstabil, ia diperolehi daripada binatang, tumbuhan atau ikan);

Glazing agents (digunakan pada buah-buahan supaya nampak berkilat seperti buah epal, diperolehi daripada binatang atau gelatin), Solvants Alkohol (digunakan untuk mengeluarkan perisa serta mengeluarkan minyak daripada bijirin);

Stabilizier (biasanya menggunakan gelatin untuk menghindarkan makanan supaya tidak terpisah, pecah atau mengurangkan cantuman) serta Lemak sayuran (diambil daripada sayur-sayuran).

Orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan mengenai bahan makanan terbabit, boleh menghubungi Bahagian Penyelidikan Jaim di talian 06-2882369.


HI-TEA PERPADUAN NASIONAL SEMPENA TAHUN BARU CINA


Semoga tahun baru hijrah memulakan gerakkerja yang akan memungkinkan kemenangan Islam di M'sia.
Yang bulat tidak akan bergolek, yang pipih tidak akan melayang!!

ANDA nak undi kaum Tionghua? Bagaimana? Anda kata kawasan/mtd anda tidak mempunyai 'ongkos' untuk melebarkan pengaruh PAS kepada golongan terfokus ini? Golongan Melayu Islam pun belum selesai inikan pula golongan NM ini?

Tapi anda sedar golongan ini adalah diantara penentu keputusan PRU12. Jadi bagaimana?
Langkah 1,2,3......untuk mencapai matlamat:

1.Kenalpasti Tionghua yang akan jadi 'DOWNLINE' anda untuk memasarkan produk terbaik iaitu PAS

2. Sponsor mereka, bawa dalam kenderaan MTD anda ala pilihanraya ke program

HI-TEA PERPADUAN NASIONAL SEMPENA TAHUN BARU CINA
Tempat: DI CITY VILLA HOTEL KUALA LUMPUR
Tarikh: 18HB FEB. 2006
Hari: SABTU
Waktu: 2.30-5.30ptg
ANJURAN:LAJNAH PERPADUAN NASIONAL DMPP Dengan kerjasama LPN
PAS PUSAT
PERASMIAN: TOK GURU NIK AZIZ

ATURCARA:
TERMASUK PERSEMBAHAN OLEH KELAB PENYOKONG PAS, LION DANCE,
24 SEASONS DRUM

PAKAIAN: FORMAL DAN BERUNSUR MERAH
DIALOG MURSYIDUL AM PAS DENGAN PESERTA BUKAN MELAYU
PELABURAN: Tiket: Hanya RM40 seorang

3. Relaks. Makan, minum. Borak mesra dengan mereka semeja. Biar apa yang mereka saksikan secara 'live' tentang pendekatan 'MESRA-TIONGHUA' pimpinan di peringkat Pusat yang diperkukuh dengan ucapan perasmian Tok Guru Nik Aziz mengenai polisi PAS dalam isu Bukan Melayu memudahkan proses pemasaran produk(=PAS) ANDA di MTD/kawasan masing-masing. Perkenalkan mereka kepada ahli Kelab Penyokong PAS Kelantan , Negeri Sembilan dll. Mereka akan lebih bersemangat dan komited untuk menyertai kita selepas mendengar 'testimonial' daripada ahli Kelab Penyokong ini..

Anda hanya follow-up dan follow through. Anda akan mempunyai 'advantage' daripada p

CEPAT. TEMPAT TERHAD!!

Hubungi Hjh Kamariah 0163226159
Dr. Halimah 0193152939

Segera!!!

wa ta'awanu alal birri wattaqwa

Mudah-mudahan Allah membuka hati mereka yang hadir nanti agar menjadi TV PAS yang memasarkan PAS di kalangan kaum mereka sendiri.


Jumpa anda di sana.....

Dr. Halimah
Pengerusi LPN DMPP
Merangkap Pengerusi LPN PAS Pusat
Merangkap Pengarah Program


Sila tolong sebarkan kepada semua DUN/KAWASAN yang menyertai PRU.
Terima kasih


MINYAK NAK NAIK LAGI. HADIAH TAHUN BARU.


Akhbar The Star Rabu lalu menyiarkan laporan bahawa kemungkinan harga minyak akan nai lagi. Setelah harga minyak naik beberapa kali tahun lepas kemungkinan besar rakyat Malaysia sekali lagi akan mendapat 'bala' dengan kenaikan harga sumber tenaga tersebut.

Tetapi malangnya rakyat Malaysia masih tidak sedar-sedar. Mereka masih leka diulik dengan kemewahan dan nikmat yang melimpah ruah. Sehingga mereka lupa bahawa di sana terlalu ramai rakyat yang akan menjadi 'mangsa' kenaikan harga minyak ini.

Impak yang lebih besar yang boleh diibaratkan bagaikan 'Tsunami' ialah kenaikan harga barang juga akan berlaku disebabkan kos pengangkutan kian meningkat akibat kenaikan harga minyak kelak. Tetapi mengapa rakyat Malaysia masih belum sedar.

Sepatutnya kerajaan Islam Hadhari yang mentadbir Malaysia, harus sedar bahawa sebagai pengeluar minyak, seboleh-bolehnya kerajaan cuba meminimumkan kenaikan harga minyak ini supaya rakyat 'marhaen' tidak bertambah susah. Sudahlah barang naik, cukai tanah naik, sekarang minyak naik lagi. Bertambah parahlah kita.

Oleh itu marilah wahai sekelian rakyat Malaysia supaya berfikir dengan sewaras-warasnya, adakah Kerajaan Islam Hadhari ini betul-betul berusaha untuk menjaga kebajikan rakyat atau ianya hanyalah janji-janji sewaktu kempen pilihanraya sahaja.

Nilaikanlah sokongan anda kepada BN/Umno. Sudah sampai masanya kita memberikan sokongan kepada parti yang benar-benar ikhlas ingin membantu rakyat. Bukannya parti yang dianggotai oleh pemimpin-pemimpin yang bermewah-mewah, kaya-raya dan mengamalkan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.


IRAN TEKAD TENTANG TEKANAN BARAT - AHMEDINEJAD


TEHERAN 2 Feb. - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad tetap teguh dengan pendiriannya untuk tidak mengendahkan tekanan barat terhadap program nuklear mereka.

Semalam beliau berikrar, Iran akan menentang tekanan Barat dan akan menyelesaikan program nuklearnya, sehari sebelum pemantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membawa Iran ke Majlis Keselamatan.

Presiden Iran itu berkata bahawa Iran akan meneruskan langkah sehingga semua hak dilaksanakan.

"Tenaga nuklear adalah hak kami dan kami akan menentang sehingga semua hak kita direalisasikan," katanya semasa berucap di Busher yang menempatkan satu-satunya loji nuklear yang berjaya disiapkan oleh Rusia. Busher terletak di Selatan Iran.

Sementara itu, Setiausaha Luar Britain, Jack Straw berkata di London, persetujuan yang dicapai oleh kuasa-kuasa besar dunia untuk melaporkan Iran kepada Majlis Keselamatan PBB merupakan peluang terakhir bagi Teheran memenuhi tanggungjawab nuklearnya.

Straw memberitahu radio BBC, persetujuan yang dicapai oleh Britain dan semua anggota tetap Majlis Keselamatan adalah, sebarang tindakan terhadap Iran perlu ditangguhkan sehingga Mac ini. Penangguhan itu bertujuan memberi ``peluang terakhir'' kepada Teheran untuk mematuhi tanggungjawab nuklearnya.

Kata Straw, beliau menekankan perkara tersebut semasa pertemuan dengan Menteri Iran, Manoucher Mottaki baru-baru ini.

Manoucher pula berkata, negaranya akan menghentikan pemeriksaan mengejut ke atas kemudahan-kemudahan nuklearnya oleh pemantau PBB bermula Sabtu ini jika Teheran dirujuk kepada Majlis Keselamatan.

Beliau bercakap menerusi televisyen Iran lewat semalam sebelum lembaga gabenor Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) bermesyuarat di Vienna.

``Melaporkan atau merujuk Iran kepada Majlis Keselamatan PBB adalah sama berat.

``Jika terjadi kerajaan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang akan menamatkan semua penggantungan aktiviti nuklear yang dilakukan secara sukarela selama ini,'' kata Manoucher.

``Mangsa pertama adalah protokol tambahan (pemeriksaan mengejut). Jika ia berlaku Iran akan serta-merta menamatkan kerjasama (dengan IAEA) pada hari Sabtu, 4 Februari,'' tegasnya


PEMUDA Umno HENDAK BUDAYAKAN TULISAN JAWI. SEDARKAH MEREKA SIAPA YANG HAPUSKAN TULISAN JAWI


JOHOR BAHRU 2 Feb. - Di saat mereka membazirkan wang dan masa dengan mengadakan program tarian zapin, tidak semena-mena Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru meminta kerajaan negeri dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menghidupkan kembali budaya tulisan jawi yang kini semakin pupus di kalangan generasi muda.

Ketua Pemuda Umno Johor Bharu Khalid Mohamad berkata, tulisan jawi yang merupakan budaya turun-temurun orang Melayu juga penting bagi masyarakat Islam kerana tulisan tersebut juga berkait rapat dengan al-Quran.

Bernama melaporkan bahawa Khalid berkata 'Walaupun kita mengalu-alukan usaha menghidupkan warisan bangsa seperti tarian Zapin dan lain-lain, tetapi usaha juga perlu diambil bagi memastikan tulisan jawi terus dipraktikkan oleh generasi muda negara ini'.

Sedarkah Khalid bahawa Umnolah yang menghapuskan tulisan jawi semasa zaman Khir Johari dahulu.

Sekarang baru mereka sedar bahawa ketika ini tidak ramai generasi muda yang dapat menulis atau memahami tulisan jawi. Surat khabar Jawi pun sudah lama 'bungkus'disebabkan pelanggan semakin berkurangan.

Kita menggesa Pemuda UMNO Johor Bahru supaya kurikulum pendidikan rendah dan menengah di rombak dengan memasukkan tulisan atau pelajaran jawi sebagai salah satu subjek wajib untuk UPSR dan PMR bagi pelajar melayu. Dengan cara itu sahajalah murid-murid dan ibubapa akan memberikan penekanan kepada subjek tersebut. Selagi subjek itu tidak diwajibkan di dalam peperiksaan maka selagi itulah ianya hanya dipelajari untuk memenuhi waktu persekolahan sahaja.

Malah apa yang lebih penting ialah subjek Agama Islam itu sendiri yang sepatutnya di ajar dalam tulisan jawi sepenuhnya serta juga dimasukkan sebagai subjek wajib bagi peperiksaan seperti juga Bahasa Mandarin yang diwajibkan untuk pelajar Tionghua.


25 KALI DISERBU MASIH BEROPERASI. APA YANG NAK DIHAIRANKAN


KUALA LUMPUR 2 Feb. - Sebuah akhbar arus perdana hari ini melaporkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) merasa hairan dengan sebuah disko di pusat membeli-belah Summit, Subang Jaya, di sini masih beroperasi walaupun diserbu pihaknya lebih daripada 25 kali.

Menurut laporan itu yang dipetik oleh Blog ini Ketua Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Subang Jaya, ASP Mohamed Zainal Zakaria berkata, berdasarkan rekod, sebelum tahun lepas disko berkenaan diserbu sebanyak 10 kali oleh polis daerah Subang Jaya dan 15 kali oleh Ibu Pejabat Kontinjen Selangor dan polis Bukit Aman.

Zainal berkata antara kesalahan yang dilakukan pusat itu adalah beroperasi lebih masa yang ditetapkan iaitu dari 7 malam sehingga 7 pagi sedangkan waktu yang dibenarkan untuk pusat hiburan beroperasi di Selangor adalah sehingga 1 pagi.

Beliau juga berkata, polis telah menghantar laporan operasi disko itu kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya namun masih tiada tindakan untuk menutup premis itu.

Katanya, dalam operasi empat jam mulai 4.30 pagi tadi di disko berkenaan, seramai 64 orang diperiksa dan 16 orang ditahan, kerana didapati positif dadah dalam ujian air kencing.

Enam belas orang itu, yang berumur antara 18 dan 40 tahun, ditahan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya, kata Zainal.

``Mereka adalah 10 lelaki dan enam wanita. Seorang daripada lelaki yang ditahan juga melakukan kesalahan menyerang anggota polis dalam serbuan ini,'' katanya.

Mohamed Zainal berkata, mereka yang ditahan mendakwa mereka tidak mengambil sebarang dadah sebaliknya minuman mereka telah dimasukkan dadah untuk melariskan jualan minuman keras di disko berkenaan.

Dalam operasi berasingan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Kamal Pasha Jamal berkata, seramai 28 orang ditahan dalam operasi cegah jenayah yang dinamakan Ops Limau di sekitar Pasar Seni, Jalan Chow Kit dan Bukit Bintang.

Kesemua mereka, yang berumur antara 20 hingga 45 tahun, ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya setelah didapati positif dadah dalam ujian air kencing.

Operasi enam jam itu bermula pada pukul 12 tengah malam tadi melibatkan 30 anggota dan pegawai polis Dang Wangi.

Sebenarnya sebagai rakyat Malaysia kita juga hairan mengapa PDRM tidak tahu punca mengapa Pusat-pusat hiburan ini masih operasi walaupun di serbu beberapa kali. Sidah tentu 'pihak-pihak' yang 'membenarkan' mereka berbuat demikian. Sudah tentu ianya boleh beroperasi sebab lesen tidak ditarik balik dan mendapatkan 'perlindungan' pihak-pihak tertentu. (Takan itupun dia orang tidak tahu.)

Kita juga tidak hairan mengapa pusat-pusat hiburan ini bercambah bagai cendawan. Bukankah kerajaan Islam Hadhari dan agensi-agensinya seperti pihak berkuasa tempatan (PBT)dan sebagainya yang memberikan lesen premis, lesen perniagaan, lesen jual arak dan lain-lain lesen.

Kerajaan Islam Hadhari sebenarnya tidak bersungguh-sungguh hendak membenteras penyalahgunaan dadah, gejala maksiat/sosial dan sebagainya. Sebab itu kerajaan tidak pernah berusaha untuk menghapuskan pusat-pusat hiburan, dangdut, nite club, karaoke, pub dan lain-lain. Malah kerajaan menggalakkan lagi pusat-pusat seperti tumbuh bagai cendawan dengan memberikan lesen serta pusat-pusat yang tiada lesen dibiarkan beroperasi.

Bukannya pihak kerajaan tidak tahu bahawa di pusat-pusat seperti itulah menjadi tempat maksiat, pergaduhan, penyalahgunaan dadah (seperti ectasy, pil goyang dan sebagainya).

Maka sesiapa yang mengundi dan memberikan mandat kepada kerajaan Islam Hadhari sudah pasti mereka juga mendapat 'saham' yang sama.

Renungkanlah.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59