PAK LAH PUAS HATI : TETAPI ISLAM, BANGSA DAN BAHASA MELAYU KIAN TERPINGGIR

PULAU PINANG 31 Jan. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam kenyataan akhbarnya semalam menyuarakan rasa bangganya dengan prestasi kepimpinan Kerajaan Pusat dan semua negeri yang berlandaskan konsep perkongsian kuasa di kalangan semua kaum menerusi Barisan Nasional (BN). Tetapi sedarkah PM bahawa agama Islam bangsa melayu dan bahasa melayu semakin terpinggir.

Katanya dipetik dari akhbar harian``BN mengutamakan kerjasama, pencapaian keputusan dan pembangunan secara tanggungjawab bersama. Kepimpinan kerajaan negara ini yang diwakili oleh semua kaum menggambarkan kerjasama antara kaum yang erat,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran bersama Gerakan dan MCA Pulau Pinang di sini hari ini.

Apakah Pak Lah sedar bahawa agama Islam sekarangnya hanya menjadi simbol sahaja. Undang-undang Islam semakin hari semakin diketepikan. Undang-undang keluarga Islam yang diluluskan di Parlimen pun boleh ditangguhkan pelaksanaannya di zaman Pak Lah. Gejala maksiat, sumbang mahram, black metal, ajaran sesat kian hari kian meruncing di zamannya.

Bahasa Melayu semakin terpinggir di tanahair sendiri. Subjek Sains dan Matematik pun di ajar dalam Bahasa Asing. Pegangan ekonomi orang melayu masih terlalu rendah jauh dari matlamat DEB. Inilah nasib orang melayu di bumi sendiri. Bagaimana agaknya nasib orang melayu 10-20 tahun akan datang sekiranya Pak Lah dan kuncu-kuncunya masih di berikan mandat untuk memerintah.

Renungkan.

Read More...

LAJNAH PENERANGAN KAWASAN GIATKAN PROGRAM PENERANGAN FEB INI

BUKIT KATIL 30 JAN : Lajnah Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil akan meneruskan beberapa program penerangan bagi memberikan maklumat terkini kepada ahli dan juga bukan ahli PAS di Kawasan Parlimen Bukit Katil.

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Kawasan, Hamzah Yusof berkata antara program yang telah di susun adalah Taklimat Penerangan kepada kepimpinan PAS Cawangan-Cawangan, Kursus Pengendalian Majlis dan Pengucapan Awam, Program Ceramah Kelompok dan sebagainya. Selain itu Lajnah itu juga akan meneruskan program-program berkala mereka iaitu Penerbitan Bulletin Bukit Katil, Weblog Pemudabukitkatil, Ceramah Umum dan sebagainya.

Hamzah menyeru seluruh ahli PAS supaya komited menyertai program anjuran Lajnah ini demi untuk mendapatkan maklumat terkini dari sumber yang sahih.

Read More...

KEMELUT DALAM MIC SEMAKIN RUNCING

BUKIT KATIL 29 JAN : Kemelut kepimpinan MIC semakin hari semakin meruncing di sebabkan ketidakpuasan ahli-ahlinya terhadap kepimpinan Samy Vellu yang telah menjadi Presiden MIC lebih dari dua puluh tahun.

Seperti yang kita semua sedia maklum, sekarang MIC berhadapan dengan masalah pertembungan antara Timbalan Presiden MIC, Dato' S.Subramanian dan Samy Vellu.

Terbaru kemelut dalaman MIC semakin parah apabila kira-kita 100,000 ahli MIC tidak berpuas hati dengan keputusan kepimpinan yang tidak berlaku adil kepada mereka.

Akhbar hari ini melaporkan bahawa kemelut yang melanda MIC semakin bercelaru apabila kira-kira 100,000 bekas ahli parti yang mewakili kaum India itu bertindak nekad untuk menubuhkan parti MIC Baru.

Ketua Penajanya, P. Gannapathy mendakwa, tindakan berani itu diambil bagi menegakkan keadilan selepas mendakwa kira-kira 1,000 cawangan MIC di seluruh negara telah dibubar oleh parti itu sejak 20 tahun yang lalu.

Sambil menegaskan bahawa penubuhan MIC Baru itu tidak ada kena-mengena dengan isu membabitkan Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam, Gannapathy memberitahu, ia adalah hasil daripada gabungan bekas ahli cawangan MIC yang telah disingkirkan.

``MIC sendiri yang telah memaksa kami mengambil tindakan ini, jadi kami terpaksa menubuhkan parti baru walaupun kami tahu MIC itu adalah ibarat `darah' kami sendiri.

``Ini juga adalah sebagai tanda rasa tidak puas hati ribuan kaum India terhadap kepimpinan Samy Vellu dan kami berharap beliau sedar tentang kesilapan yang telah dilakukannya selama ini,'' katanya.

Gannapathy menyatakan demikian pada sidang media khas mengenai penubuhan parti MIC Baru di sini hari ini.

Beliau yang merupakan bekas Ketua MIC Cawangan Sungai Rasah, Klang berkata, sehingga kini pihaknya telah mendapat sokongan daripada kira-kira 500 cawangan yang telah dibubarkan di seluruh negara.

Beliau berkata, jumlah itu dijangka bertambah sebaik sahaja parti MIC Baru didaftarkan tidak lama lagi dan pemilihan pucuk pimpinan parti itu dipilih secara sebulat suara oleh semua ahlinya.

Kata beliau, antara sebab lain mengapa parti itu ditubuhkan adalah kerana kebanyakan cawangan MIC terlibat tidak diberi peluang mendapatkan borang B bagi membolehkan mereka menjadi delegasi dan memilih pucuk pimpinan yang disukai oleh mereka.

``Tindakan seperti itulah yang menyebabkan kami marah dan ramai orang India marah hingga mereka sanggup keluar dari MIC dan menyertai parti-parti lain seperti Parti Progresif Penduduk (PPP), Gerakan dan Barisan Progresif India Malaysia (IPF).

``Begitu juga dengan kami, kami mahu menubuhkan parti MIC Baru supaya semua orang faham mengapa parti MIC yang sememangnya kecil terus berpecah,'' ujar beliau.

Sementara itu, bekas Ketua MIC Cawangan Ampang Jaya, N. Muneandy berkata, pihaknya berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi segera campur tangan bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

Katanya, ini kerana pihaknya tidak akan mengadakan sebarang perbincangan dengan Samy Vellu yang terkenal dengan sikap tidak suka mendengar pandangan orang lain lebih-lebih lagi yang tidak sealiran dengan pemikirannya.

``Tidak ada gunanya kami mengadakan perbincangan dengan Samy Vellu kerana semua orang tahu tidak ada sesiapa yang boleh mempersoalkan sesuatu tindakan yang diambil oleh beliau.

``Jika ada yang berani bertanya sudah pasti seseorang ahli itu akan dipecat atau cawangan itu akan ditutup,'' katanya.

Sumber dari Utusan Meloya.

Read More...

SELAMAT TAHUN BARU CINA DAN SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAN

MELAKA, 29 Jan : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh kaum Cina dan Selamat Menyambut Awal Muharram bagi umat Islam, semoga tahun ini membawa perpaduan yang lebih baik dan bermakna untuk semua kaum di negara ini.

Ucapan itu dikeluarkan oleh YDP PAS Kawasan, Hj Mohd Yassin Abdul Ghani serta saf kepimpinan PAS Kawasan yang lain.

Mereka berharap, tahun baru Cina dan awal muharram tahun ini akan menjadi titik permulaan kepada satu era baru kepada perpaduan yang lebih baik untuk semua rakyat selepas berhadapan dengan beberapa kes yang boleh merosakkan hubungan baik antara kaum di negara ini.

Read More...

ANWAR SAMAN MAHATHIR

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Mantan Timbalab Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi daripada bekas 'Boss'nya, Tun Dr. Mahathir Mohamad atas dakwaan memfitnah beliau.

Anwar mendakwa Dr. Mahathir memfitnahnya dalam satu sidang akhbar di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada 9 September 2005.

Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman Tetuan S.N. Nair & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini 26 Januari lalu.

Anwar bagaimanapun tidak menetapkan jumlah ganti rugi yang dituntut olehnya melalui saman tersebut.

Selain menuntut ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi pampasan, Anwar menuntut injunksi melarang defendan, ejen, pekerja atau sesiapa pun daripada melafaz, bercakap atau menerbitkan kata-kata menyinggung atau kata-kata yang mempunyai kesan terhadapnya atau memfitnah dirinya.

Dalam satu kenyataan ringkas yang dibaca oleh peguamnya, S.N. Nair, Anwar berkata meskipun Mahkamah Persekutuan telah membebaskannya pada September 2004, Dr. Mahathir tetap mengulangi tuduhan terhadapnya.

``Saya kini tidak mempunyai pilihan kecuali untuk meneruskan saman ini,'' menurut kenyataan itu lagi.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa, sidang akhbar Suhakam pada 9 September lalu itu dihadiri oleh beberapa wartawan dan perwakilan akhbar tempatan mahupun antarabangsa.

Dakwanya, Dr. Mahathir selaku defendan secara salah dan berniat jahat apabila bercakap mengenai plaintif (Anwar) dan kelakuannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Anwar yang kini merupakan pensyarah bersekutu kanan di St. Anthony's College, Universiti Oxford, United Kingdom dan profesor di Universiti Georgetown, Washington mendakwa, kata-kata menyinggung itu dalam maksud semula jadi dan biasa (natural and ordinary) adalah fitnah terhadapnya.

Anwar mendakwa, defendan melafazkan kata-kata tersebut dengan niat untuk merendah-rendahkan dirinya secara peribadi dan rasmi termasuk dalam kapasitinya sebagai bekas Menteri Kewangan dan bekas Timbalan Perdana Menteri.

Pada 23 September tahun lalu, Anwar menyerahkan surat tuntutan melalui peguamnya kepada Dr. Mahathir yang menuntut bekas Perdana Menteri memohon maaf secara bertulis dalam tempoh 14 hari kerana didakwa memfitnahnya, jika tidak akan disaman RM100 juta.

Sumber Utusan Malaysia

Read More...

RATU MUSLIM TATARSTAN JAUH LEBIH CANTIK DARI MISS UNIVERSE

MOSCOW 27 JAN : Apabila disebut ratu cantik, pasti ramai terbayangkan liuk lentuk gadis berbaju mandi yang seksi, tetapi itu bukanlah ciri utama kemenangan ‘Miss Muslim’ atau Ratu Muslim di Tatarstan - sebuah negara di sebelah timur Eropah.

Sebaliknya, pertandingan ratu cantik itu menekankan kecerdikan, peri laku sopan, bertudung, pengetahuan agama Islam, kebolehan mengaji al-Quran, memasak dan menjahit di kalangan 56 peserta semuda 15 tahun yang menyaksikan Dilar Sadiqova (gambar), 17, muncul pemenang.

“Saya memutuskan menyertai pertandingan ini bagi menyampaikan pesanan wanita Islam juga mampu berdiri, biarpun di landasan pertandingan ratu cantik asalkan ia bermoral dan dihormati.

“Sehubungan itu, mereka yang bukan Islam boleh mendapat gambaran sebenar agama suci Islam ini,” kata pelajar sekolah menengah yang berhasrat menjadi guru, kepada media, selepas kemenangannya, kelmarin.

Lebih menarik, majlis itu diadakan di dewan khas Masjid Besar di Kazan, ibu negara Tatarstan dengan kesemua penontonnya adalah wanita.

Cendekiawan Muslim sebelum ini ada menggesa negara Islam menganjurkan pertandingan ‘Miss Morality’ bagi mematahkan minat umat Islam terhadap pertandingan ratu cantik ala Barat

Penganjur berkata, pertandingan itu tidak menetapkan pemakaian baju mandi seperti lazimnya, sebaliknya berpakaian sopan dan bertudung.

Malah, kecerdikan dan pengetahuan mendalam agama Islam adalah syarat utama pertandingan Ratu Cantik Muslim di Tatarstan yang mana 60 peratus daripada empat juta penduduknya, beragama Islam.

Ini termasuk ujian hafalan dan mengaji ayat suci al-Quran selain menjawab soalan mengenai kebudayaan.

Peserta turut menduduki ujian memasak dan menjahit bagi mendapatkan markah tambahan.

Hanya lapan gadis berusia 15 hingga 19 tahun berjaya ke peringkat akhir dalam pertandingan sukar itu.

Ketua juri, Saida Abukofa berkata, pertandingan itu bertujuan menggalakkan lebih ramai gadis Muslim mengikuti ajaran sebenar Islam, termasuk mengenakan tudung.

Dipetik dari Berita Hairan

Read More...

SAMY TUNGGU MRR2 RUNTUH BARU NAK BERTINDAK

Pendedahan oleh Prowaris tentang keselamatan MRR2 sedikitpun tidak menakutkan Samy Vellu. Beliau sebaliknya sibuk dengan isu pindaan Perkara 121 (1A) perlembagaan negara.

Nampaknya menteri ini lebih suka kalau jejambat itu roboh barulah nak bertindak dengan lebih serius. Perkara seolah-olah menjadi tradisi kepada menteri-menteri kita bila sudah terkena barulah tergopoh-gapah mengambil tindakan. Ibarat pepatah 'bila terhantuk baru nak tergadah'.

Baru-baru ini Menteri Kerjaraya itu memberitahu beliau menerima laporan daripada juruperunding bebas kerajaan, Halcrow Group Limited (Halcrow) pagi Khamis yang mengesahkan jejambat itu berupaya menampung lalu lintas terhad dengan selamat.

Beliau juga berkata laporan itu tidak akan dirahsiakan dan akan dipamirkan di bangunan Kementerian Kerjaraya.

"Halcrow telah menilai keupayaan tiang penopang jejambat MRR2 dalam keadaannya sekarang, termasuk kesan retakan berikutan Delayed Ettringite Formation (DEF)," katanya kepada pemberita hari Khamis selepas menyampaikan anugerah penghargaan kepada 24 kontraktor yang menerima pensijilan ISO 9001:2000.

Sebelum ini, Presiden Prowaris Feriz Omar menggesa kerajaan supaya mendedah laporan penuh siasatan teknikal jejambat MRR2 yang dilaksanakan oleh Halcrow.

Feriz berkata rakyat perlu dimaklumkan mengenai hasil siasatan itu bagi mengelak sebarang keraguan terhadap keselamatan jejambat berkenaan.

Laporan berita TV3 baru-baru ini juga menayangkan bahawa jejambat tersebut jelas kelihatan bergegar dengan agak kuat setiap kali ianya dilalui oleh kenderaan. Gegaran itu jelas dilihat pada pembahagi jalan, kereta yang di'parking' dan tiang jejambat tersebut.

Jejambat yang panjnagnya 1.7km itu ditutup kepada semua kenderaan pada 6 Ogos 2004 selepas retakan ditemui pada 31 daripada 33 tiang yang menyokongnya ekoran kesan DEF akibat air hujan yang memasuki konkrit.

Tetapi ianya dibuka semula kepada kenderaan ringan pada 12 Nov 2004 dan semua lalu lintas pada 7 Disember tahun yang sama tetapi membabitkan hanya empat daripada enam lorong manakala dua lorong paling luar di kedua-dua hala terus ditutup untuk kerja baikpulih.

Menurut Samy Vellu, pemesongan dan respons struktur sokongan jejambat itu dipantau secara berterusan oleh meter keupayaan dan tolok ketegangan yang disambung kepada pencatat data automatik.

"Ia merekod dan memaklumkan Halcrow tentang sebarang perubahan dalam lebar rekahan serta mengukuhkan ketegangan," katanya.

Beliau berkata sistem pemantauan itu dipasang sebelum jejambat berkenaan dibuka untuk lalu lintas pada 12 November 2004 dan ia menunjukkan kesan ke atas struktur di bawah bebanan lalu lintas terhad berada dalam lingkungan had reka bentuk normal.

Ujian bebanan turut dijalankan bagi membuktikan bahawa jejambat itu boleh menampung dengan selamat lalu lintas dua lorong bagi setiap hala.

Samy Vellu berkata Halcrow menasihatkan kerajaan bahawa sebelum diperkukuhkan, sokongan jejambat perlu kalis air bagi mengelak air hujan menembusi ke dalam konkrit, memandangkan satu-satunya cara untuk menghentikan pemanjangan DEF yang menyebabkan kerosakan ialah mengelak air daripada konkrit.

Beliau berkata kerja memberi lindungan kalis air kepada sokongan jejambat akan bermula pada 8 Feb dan kerja untuk mengukuhkannya pula akan dijalankan Mei ini.

Read More...

HABUK ANCAM PENDUDUK TAMBAK PAYA

TAMBAK PAYA, AYER MOLEK 27 JAN : Penduduk Kg Tambak Paya dekat Ayer Molek mengadu bahawa mereka di ancam habuk dari sebuah kilang batu-bata yang terletak kira-kira 500 meter dari kediaman mereka.

Semalam sebuah akhbar harian melaporkan bahawa kira-kira 100 keluarga di Kampung Tambak Paya Solok Tiga dan Empat menghadapi masalah pencemaran dari sebuah kilang batu-bata sejak lebih 10 tahun lalu.

Dalam aduan mereka kepada akhbar tersebut penduduk mendakwa pencemaran yang terhasil daripada kilang berkenaan seperti habuk dan asap menyebabkan pokok buah-buahan milik penduduk kampung mati. Selain itu, air kumbahan yang terhasil dari kilang itu turut menyebabkan ikan di parit besar di kampung mereka mati pada beberapa bulan lalu.

En. Senin Mat, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), berkata masalah pencemaran di kilang berkenaan bertambah teruk selepas operasinya dimulakan semula sejak setahun lalu.

Katanya, sejak tempoh itu dipercayai asap yang terhasil dari kilang berkenaan menyebabkan pokok durian penduduk di kampung ini mati pada awal tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Lajnah Alam Sekitar PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Zulkifli Zakarian berkata pihak berasa kesal dengan pihak pengurusan kilang tersebut yang beroperasi aduan demi aduan telah dilaporkan kepada pihal berwajib.

"PAS Kawasan berasa kesal dengan kelemahan pihak berwajib dalam menangani masalah ini, yang menyebabkan penduduk mengalami kesulitan untuk menjalani kehidupan seharian mereka" kata Hj Zulkifli lagi.

"Kita bimbang bukan sahaja tanaman yang mati, tetapi juga kemungkinan penduduk setempat juga diancam oleh pelbagai penyakit yang disebabkan pencemaran udara seperti batuk, asthma dan sebagainya" tambah Hj Zulkifli ketika diminta memberikan komen tentang perkara ini.

Read More...

HAMAS MENANG MUTLAK

RAMALLAH 27 Jan. -Parti Islam Hamas memenangi pilihan raya Parlimen Palestin semalam, apabila memenangi lebih 75 kerusi dari 132 kerusi keseluruhan.

Perdana Menteri Palestin, Ahmed Qorei ketika di temui wartawan mengumumkan beliau akan meletakkan jawatannya sambil menyatakan Hamas hendaklah menubuhkan kerajaan.

Satu sumber Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat mengesahkan Hamas mendahului Fatah dengan kelebihan kerusi yang jelas setelah hampir semua undi dikira.

Keputusan rasmi dijadual diumumkan pada 7.00 malam waktu tempatan (1.00 pagi tadi waktu Malaysia) tetapi Hamas yakin akan menguasai majoriti mutlak di Parlimen 132 kerusi itu.

Israel dan Amerika Syarikat (AS) sejak awal-awal lagi telah menyatakan mereka tidak akan berurusan dengan kerajaan Palestin samada kerajaan yang mutlak dikuasai Hamas maupun kerajaan campuran pimpinan Hamas.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas (Abu Mazen) pula menegaskan beliau akan berundur jika beliau tidak lagi dapat meneruskan agenda perdamaiannya dengan Israel.

Stesyen TV Al Jazeera semalam menyiarkan kenyataan pemimpin Kanan Hamas Ismail Hunaiyeh bahawa Hamas akan membentuk kerajaan dan akan bekerjasama dengan parti-parti lain iaitu Fatah dan parti-parti kecil lain.

Beliau seterusnya mempelawa semua parti-parti politik tersebut untuk sama-sama berjuang demi kepentingan rakyat Palestin.

Namun begitu Al Jazeera juag menyiarkan kenyataan seorang pemimpin Fatah, Abas Zaki yang menyatakan bahawa Fatah tidak akan bersama Hamas dalam kerajaan campuran sebaliknya mereka lebih selesa menjadi pembangkang yang kuat di dalam Parlimen Palestin.

Sementara itu seorang wartawan Israel, Sulamaghonor menyatakan bahawa, kemenangan Hamas ini sudah tentu membantutkan rancangan damai Asia Barat.

"Israel sudah pasti tidak akan menjalin sebarang hubungan dengan Hamas" katanya ketika menjadi salah seorang panel dalam rancangan yang diterbitkan oleh Al Jazeera itu.

Pegawai pilihan raya Palestin mengesahkan Hamas memenangi hampir semua kerusi yang dipertandingkan di daerah pilihan raya di Tebing Barat dan Genting Gaza.

Separuh daripada kerusi dalam pilihan raya Parlimen semalam dipilih berdasarkan senarai parti di peringkat kebangsaan manakala separuh lagi dipilih mengikut daerah pilihan raya.

Tinjauan awal selepas pengundian malam tadi meramalkan kemenangan tipis bagi Fatah, dengan Hamas ketinggalan sedikit di tempat kedua.

Sementara itu YDP Kawasan Hj Mohd Yassin Abdul Ghani mengucapkan tahniah kepada Hamas di atas kemenangan mutlak mereka di dalam pilihanraya rabu lalu.

"Kemenangan itu sudah tentu memberikan semangat baru kepada pergerakan Islam seluruh dunia supaya berjuang dengan lebih kuat dan sistematik" katanya ketika ditemui selepas mesyuarat PAS Kawasan di Bukit Katil malam tadi.

"Marilah kita mengambil iktibar dari kemenangan Hamas ini. Kemenangan mereka sebenarnya adalah kerana kerja kuat mereka dalam bidang kebajikan, kemasyarakatan, pendidikan dan kesihatan. Kita sepatutnya mencontohi Hamas ini"tegas beliau lagi yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Melaka.

Read More...

AHMED QOREI LETAK JAWATAN PERDANA MENTERI, HAMAS PERLU MEMBENTUK KERAJAAN.

RAMALLAH, TEBING BARAT 26 JAN - Perdana Menteri Palestin, Ahmed Qorei mengumumkan perletakan jawatannya hari ini dan berkata Gerakan Islam Hamas mesti membentuk kerajaan baru selepas pilihanraya umum.

"Saya akan menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Presiden Mahmud Abas (Abu Mazen) dan Hamas mesti membentuk kerajaan baru" beliau memberitahu wartawan.

Qorei memberikan komen selepas mengetahui secara rasmi bahawa Pergerakan Fatah tewas kepada Hamas dalam Pilihanraya Parlimen Rabu lepas.

Satu sumber memberitahu bahawa Suruhanjaya Pilihanraya berkata bahawa Hamas mengatasi fatah dengan semua undi telah hampir siap dikira.

Sumber : AFP

Read More...

HAMAS MENGATASI FATAH : SURUHANJAYA PILIHANRAYA

RAMALLAH, TEBING BARAT, 26 JAN - Gerakan Islam, Hamas dilaporkan sedang mengatasi Pergerakan Fatah di dalam Pilihanraya Parlimen Palestin, demikian menurut satu sumber dalaman Suruhanjaya Pilihanraya.

Sebelum ini Naser Abu Bakr melaporkan, Hamas dilihat berupaya menewaskan Fatah di dalam Pilihanraya Palestin yang mungkin menyebabkan usaha damai Asia Barat tertangguh.

Pegawai Kanan dari Fatah, gerakan yang mendominasi politik Palestin selama bertahun-tahun, mengetahui bahawa mereka telah diketepikan oleh Hamas dan hanya menduduki tempat kedua walaupun Hamas baru pertama kali menyertai pilihanraya ini.

Suruhanjaya Pilihanraya berkata keputusan rasmi tidak akan diumumkan sehingga jam 7 petang (1700 GMT), tetapi Hamas berkeyakinan bahawa mereka sekarang telah mendapat majoriti penuh di dalam Parlimen yang mempunyai 132 kerusi.

Israel telah memberi amaran bahawa mereka tidak akan menjalinkan hubungan dengan kumpulan Hamas yang masih menjalankan keganasan dan tidak akan mengiktiraf keujudan kumpulan itu.

Presiden Bush juga menegaskan bahawa Hamas adalah kumpulan pengganas di mata Washington.

Sumber Harakahdaily.

Read More...

PILIHANRAYA PALESTIN : HAMAS DIJANGKA RAIH PERATUSAN UNDI YANG TINGGI

PALESTINE 26 JAN : Parti Hamas dijangka akan memperolehi undi yang tinggi dalam pilihanraya Palestin yang sedang berlangsung sekarang. Menurut Stesen TV Al Jazeera semalam, Israel sekarang ini berada di dalam kebimbangan dengan perkembangan itu.

"Think Thank' Israel dan Amerika Syarikat sekarang sedang mencari jalan dan strategi untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang Hamas akan membentuk kerajaan sendiri atau kerajaan campuran dengan Pergerakan Fatah.

Menurut tinjauan yang dibuat oleh salah sebuah universiti di Palestin, Hamas dijangka memperolehi sekitar 40 % undi manakala 50 % lagi akan diraih oleh Pergerakan Fatah dan selebihnya oleh parti-parti lain. Jika perkara ini menjadi kenyataan maka sudah tentu Fatah terpaksa bergabung dengan Hamas untuk membentuk kerajaan campuran.

Semalam Stesen TV Al Jazeera menayangkan bahawa Hamas memperolehi sokongan yang kuat dari rakyat Palestin di mana kelihatan rakyat Palestin termasuk pemuda, muslimat dan kanak-kanak memakai lilit kepala warna hijau yang menjadi simbol keagungan Parti Hamas. Mereka berarak di jalanraya menyatakan sokongan terbuka kepada Hamas yang dilihat sebagai bersih dan berjasa kepada rakyat Palestin.

Gambar Ihsan Blog Roslan SMS

Read More...

MTD DAN UPU MESTI DIGERAKKAN DARI SEKARANG

BUKIT BARU 26 JAN : Majlis Tindakan DUN (MTD) dan Unit Peti Undi (UPU)mesti digerakkan dari sekarang supaya kerja-kerja persediaan untuk menghadapi Pilihanraya Umum akan datang tidak dijalankan di saat-saat akhir.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab menegaskan setakat ini sebahagian besar MTD dan UPU di kawasan Parlimen Bukit Katil masih belum digerakkan sepenuhnya.

"Jangan kita mengulangi kesilapan yang kita lakukan dalam pilihanraya-pilihanraya umum sebelum ini, di mana kita menjalankan kerja-kerja kita 'last minute'" kata beliau ketika ditemui di dalam program lawatan Hj Mohamad Sabu yang dianjurkan oleh MTD Bukit Baru di sini semalam.

Beliau seterusnya memuji jentera MTD Bukit Baru yang berjaya mengadakan program yang baik semalam. Dalam program tersebut Naib Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu telah di bawa melawat 3 buah kampung dan telah menyampaikan bantuan berupa barangan makanan kepada beberapa penduduk kampung berkenaan. Kampung-kampung yang dilawati oleh beliau ialah Kg Paya Ikan, Kg Bukit Pulau dan Kg Bukit Baru Dalam.

Sofi dalam kenyataannya juga mencadangkan Jentera Pilihanraya Kawasan (JPK) supaya mengadakan lawatan kerja dan motivasi ke peringkat Majlis Tindakan Dun (MTD) bagi meningkatkan kesedaran kepada para petugas parti.

“Lawatan kerja ini dapat memberi ruang kepada pemimpin kawasan mengemukakan hasil kajian post mortem pilihan raya umum ke-11 dan memberikan arahan-arahan yang bersepadu khususnya gerak kerja pilihan raya seperti daftar pemilih dan keahlian kepada peserta,” tegas Sofi lagi yang juga merupakan Ketua Lajnah Perpaduan Nasional DPP Negeri Melaka.

Selain itu program seumpama ini juga memberikan peluang kepada para peserta yang terdiri daripada ahli jawatankuasa MTD, UPU, cawangan serta ahli jawatankuasa Pemuda dan Muslimat cawangan-cawangan untuk menyampaikan pandangan dan mengemukakan sebarang masalah.

Read More...

KES NYONYA TAHIR BUKTI ISLAM ADALAH ADIL-KHAIRUDDIN

BUKIT KATIL 26 JAN : Setiausaha DPP Kawasan Bukit Katil, Khairuddin Ismail menegaskan bahawa keputusan Mahkamah Syariah berhubung kes Nyonya Tahir membuktikan bahawa Islam dan Mahkamah Syariah adalah adil dan sentiasa merujuk kepada fakta dalam menjatuhkan sesuatu hukuman.

Beliau berkata keputusan itu juga menjelaskan kepada orangramai bahawa tuduhan yang dilemparkan kepada Mahkamah Syariah sebelum ini bahawa ia tidak adil kepada bukan Islam kerana tidak dibenarkan mendapat pembelaan di mahkamah berkenaan adalah tidak berasaskan.

Isnin lalu Mahkamah Tinggi Syariah Seremban memutuskan seorang warga emas bernama Nyonya Tahir, wanita Melayu tetapi didakwa mengamalkan cara hidup orang Cina dan ajaran Buddha sejak lebih 80 tahun lalu, bukan beragama Islam semasa kematiannya.

Menurut laporan Bernama baru-baru ini, Hakim Mohamed Shukor Sabudin berkata keputusan itu dibuat berdasarkan bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar dan membicarakan kes-kes berkaitan dengan kepentingan orang Islam termasuk masalah akidah di negara ini.

Hakim itu juga berkata keputusan itu berdasarkan kepada afidavit anak bongsu Nyonya Tahir, Chiang Ah Fatt dan keterangan bersama kakak Chiang, Kwang Ying di Mahkamah Syariah tersebut.

Dengan itu Hakim Mohamed Shukor membenarkan mayat Nyonya diserahkan kepada keluarga wanita itu untuk disemadikan mengikut ajaran Buddha.

Mahkamah Tinggi Syariah itu juga telah membuktikan bahawa golongan bukan Islam boleh diwakili oleh peguam mereka dalam perbicaraan tersebut.

"Jadi golongan Bukan Islam tidak perlu takut dan sangsi dengan ketelusan dan keadilan mahkamah syariah" tegas Khairuddin mengakhiri kenyataan beliau.

Read More...

ORANG BUKAN ISLAM JANGAN MELAMPAU - MAT SABU


AYER MOLEK 26 JAN : Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberi amaran supaya golongan bukan Islam di dalam negara kita jangan melampau sehingga berani menyentuh kedaulatan Islam di dalam negara kita.

"Saya ingin mengingat golongan ini serta golongan orang Islam yang munafik supaya jangan bertindak melampau sehingga berani menyentuh sensitiviti umat Islam, dengan menggesa perkara 121 (1A) perlembagaan negara dipinda" tegas beliau.

"Kesabaran umat Islam ada hadnya, jangan sampai kamu berani memijak kepala kami" tegas beliau.

Mohamad Sabu berkata demikian ketika menyampaikan ceramah umum beliau di Markaz PAS Kg Solok Gaung di sini malam tadi.

"Golongan bukan Islam ini berani berbuat demikian kerana ada orang Islam yang buka jalan kepada mereka" beliau berkata demikian dengan merujuk kepada kes penangguhan undang-undang syariah yang telah diluluskan di Parlimen tetapi ditangguhkan perlaksanaannya oleh PM kerana terdapat ditentang oleh Shahrizat Jalil.

"Kita juga sungguh kesal dengan 'kelembikan' dan 'kelemahan' PM sekarang yang langsung tidak berani dan gagal memainkan peranan sebagai Ketua Negara dalam isu-isu besar yang melibatkan kedaulatan Islam" tambah beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang.

Menyentuh isu demokrasi, Hj Mohamad Sabu mengingatkan kerajaan Islam Hadhari hari ini supaya kembali mengamalkan demokrasi sebenar kerana beliau khuatir andaikata demokrasi ditutup maka mungkin akan ujud 'Dr Azahari' di Malaysia.

"BN boleh menang 100 % kalau mereka mahu, iaitu dengan jalan menutup demokrasi, tetapi mereka jangan menyesal kalau ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku di dalam negara kita" tambah beliau lagi.

PAS kata beliau sentiasa komited dengan jalan pilihanraya sebagai kaedah perjuangan untuk menegakkan Islam dan tidak pernah memberikan lampu hijau kepada ahli-ahli untuk bertindak diluar batasan demokrasi. Jadi adalah diharapkan kerajaan pada hari ini supaya kembali memulihkan demokrasi terutama dalam perjalanan pilihanraya.

"Kita melihat bahawa keujudan golongan 'pengganas' ini adalah disebabkan anak-anak muda berasa putus asa dengan tertutupnya demokrasi disesebuah negara" tegas beliau.

Turut menyampaikan ceramah pada majlis tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya III PAS Melaka, Hj Mohd Yassin Abdul Ghani, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Adly Zahari dan Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Read More...

DESAS-DESUS ROMBAKAN KABINET KEMBALI BERTIUP KENCANG

Dipetik dari Agendadaily

Tidak begitu ramai yang tertarik lagi mengenai spekulasi rombakan kabinet.Ini kerana ia sudah hangat berkali-kali tetapi tidak ‘ menjadi’ kebelakangan ini.”Betul ke?..tak mungkinlah,” begitulah bunyi cakap sebilangan orang politik yang melepak disekitar ibupejabat UMNO,PWTC ketika berlangsung mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang Selasa.

Namun begitu ada yang cepat-cepat berlari bertanya rakan-rakan wartawan ketika turun di lobi bangunan itu adakah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi umum rombakan semasa sidang akhbar selepas mesyuarat selama tiga jam .Jawabnya memang tidak ada dan tidak ada seorangpun wartawan yang bertanya Presiden UMNO soalan mengenai rombakan kabinet semasa sidang akhbar.

Spekulasi terhangat muncul semula pada awal bulan Januari ini.Ramai yang menduga sekembali Abdullah dari bercuti dan sempena tahun baru beliau akan umum mengenainya.Sebaliknya bila ditanya wartawan Perdana Menteri membayangkan ia mungkin berlaku lepas April ini setelah Rancangan Malaysia Ke 9 dibentangkan di Parlimen.

Sejak itu spekulasi mengenainya sepi semula.Apapun Agendadaily mendapat tahu ada kalangan yang yakin rombakan kabinet dalam berlaku bila-bila masa sekarang.”Tak sehari dua ni...lepas cuti Tahun baru Cina nanti,”kata mereka.Antara indikasinya,kata mereka ialah beberapa orang pegawai menteri yang jarang sekali berada sekitar PWTC bila mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO berlangsung kelihatan melepak sama di situ.Lagipun merurut mereka deraf RMK9 sudah selesai dan tunggu masa untuk dibentangkan saja.” Jadi jangan terkejut kalau Pak Lah umum rombakan anytime sekarang,”kata salah seorang dari mereka dengan penuh yakin.

Read More...

LAWATAN MAT SABU KE MTD BUKIT BARU MERIAH




















BUKIT BARU 25 JAN : Lawatan Naib Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu mendapat sambutan yang amat baik oleh masyarakat di beberapa buah kampung di dalam DUN Bukit Baru. Antara kampugn yang dilawati oleh Hj Mohamad Sabu ialah Paya Ikan, Bukit Pulau dan Bukit Baru Dalam.

Ketibaan Hj Mohamad Sabu di ketiga-tiga kampung tersebut telah di sambut dengan paluan kompang oleh kumpulan kompang pemuda-pemuda kampung tersebut yang terdiri dari anak-anak orang Umno.

Beliau turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada penduduk kampung-kampung di kampung Paya Ikan dan Bukit Baru Dalam.

Dalam ucapan ringkas di majlis Hi-tea di perkarangan Markaz PAS Bukit Baru Hj Mohamad Sabu menggesa seluruh ahli-ahli PAS supaya bergerak dengan lebih kuat untuk menghadapi pilihanraya yang akan dijangka berlangsung pada hujung tahun 2007 atau awal 2008.

“Kita mestilah bersedia dengan jentera yang kuat dan kerja yang sistematik kerana kita tidak tahu mungkin ada isu besar yang akan berlaku menjelang pilihanraya umum akan datang. Jadi jika sekiranya jentera kita kuat di tambah dengan isu yang berlaku makan insya Allah kita akan memberikan tentangan yang kuat kepada BN” tegas Hj Mohamad Sabu.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya I Badan Perhubungan PAS Melaka iaitu Hj Minghat Mamut dan YDP PAS Kawasan Bukit Katil Hj Mohd Yassin Abdul Ghani yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Melaka.

Read More...

UMAT ISLAM MALAYSIA BERADA DALAM BAHAYA-SALAHUDDIN

BUKIT KATIL 26 JAN : Ketua DPP Pusat, YB Sallahuddin Ayub berkata umat Islam Malaysia pada hari ini berada di dalam situasi yang bahaya kerana mempunyai PM yang lembik dan tidak bermaya.

“Orang-orang kafir pada masa pemerintahan Pak Lah berani menghantar memo menggesa supaya perkara 121 (1A) Perlembagaan Negara di panda kerana PM kita yang lembik dan tunduk kepada golongan munafik seperti Sisters In Islam” kata Salahuddin pada majlis ceramah anjuran DPP Kawasan di sini Selasa lalu.

“Sebelum ini ketika zaman pemerintahan Tengku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussien Onn malah Dr Mahathir sekalipun, golongan kafir tidak berani menyentuh hal-hal kedaulatan Islam ini. Tetapi pada zaman Pak Lah mereka dengan angkuh berbuat demikian” tegas Salahuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Sallahuddin juga mengharapkan seluruh umat Islam khususnya ahli PAS bangkit mempertahankan undang-undang demi kedaulatan Islam di Negara kita. Beliau juga amat kesal dengan sikap PM yang kononnya memperjuangkan Islam Hadhari tetapi tunduk kepada desakan golongan Islam Liberal yang menggesa Undang-undang Keluarga Islam yang diluluskan di Parlimen di tangguhkan perlaksanaannya.

“Isu ini jelas menunjukkan bahawa Pak Lah sebenarnya sudah dipengaruhi oleh golongan-golongan munafik ini yang didalangi oleh anaknya sendiri iaitu Nori Abdullah” jelas Sallahuddin lagi.

Sementara itu Sallahuddin juga memberitahu DPP PAS Pusat akan menyerahkan memorandum tentang kepentingan mempertahankan perkara 121 (1A) kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada hari ini. Sementara pada sebelah malamnya DPP Pusat akan melancarkan Road Show menerangan kepentingan Perkara 121 (1A) ini dimana majlis ini akan berlangsung di Taman Melewar malam ini.

Turut menyampaikan ceramah malam tadi ialah Ketua DPP Negeri Melaka, Us Kamaruddin Sedik. Antara pimpinan DPP Negeri yang hadir ialah Timbalan Ketua DPP Negeri, Ashraf Minghat, Naib Ketua, Harun Mohamad. Selain itu pimpinan PAS Kawasan yang turut hadir ialah YDP Hj Mohd Yassin Ghani dan TYDP Hj Bakrin Sidek.

Read More...

ISU SAMAN KEMENTERIAN PELAJARAN : DPP BUKIT KATIL BIDAS PEMUDA Umno.

BUKIT KATIL 24 JAN : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil kesal dengan Pergerakan Pemuda Umno yang langsung tidak berperanan untuk membela bahasa melayu yang kian dipinggirkan oleh kerajaan.

Sebaliknya Pergerakan Pemuda Umno menuduh pelajar-pelajar yang menyaman kerajaan berhubung penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek sains dan matematik di eksploitasi oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.

"Inilah rupa sebenar Pemuda Umno yang hanya mementing perut dan 'bawah perut'", kata Khairudin Ismail, Setiausaha DPP Kawasan Bukit Katil dalam kenyatannya kepada blog ini pagi tadi.

"Mereka langsung tidak memikirkan 'survival' orang melayu dan bahasa melayu", tambah Khairudin lagi.

Kenyataan pemuda Umno yang menuduh DPP Pusat mengeksploitasi pelajar-pelajar tersebut di buat dalam lamanweb Pemuda Umno.

Pada 21 Januari lalu pelajar terbabit yang diwakili bapa mereka, telah mengemukakan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

Sementara itu Timbalan Ketuanya, Ustaz Idris Ahmad menyangkal tuduhan laman web Pemuda Umno itu. Beliau berkata, sebagai parti politik yang konsisten memperjuangkan isu masyarakat, terutama isu pendidikan, maka pihaknya menganggap tindakan empat pelajar terbabit adalah wajar dan perlu diberi sokongan oleh semua pihak.

“Kita tidak rela mengorbankan pendidikan oleh kerana kegelojohan pemimpin Umno memperjudikan nasib pelajar di negara ini, terutama pelajar luar bandar, yang serba kekurangan,” katanya sambil mendakwa, kerajaan mempermain-mainkan dasar kebangsaan yang telah diterimapakai sebagai bahasa pendidikan.

Dalam kenyataan hari ini, Idris berkata, Pemuda PAS kesal dengan sikap Pemuda Umno yang mengaku sebagai pembela masyarakat, khususnya orang Melayu, tetapi ‘diam seribu bahasa’ dan hilang idealisma perjuangan.

Menurutnya, Pemuda Umno kini “jauh ketinggalan, berbanding dengan Pemuda Umno di bawah Allahyarham Syed Jaafar Albar dan Allahyarham Datuk Harun Idris”.

Sehubungan itu, beliau mencabar Ketua Pemuda Umno yang juga Menteri Pelajaran supaya mendedahkan markah lulus sebenar bagi Matematik dan Sains dalam Peperiksaan PMR yang lalu.

Katanya, jika benar Pemuda Umno memperjuangkan masyarakat luar bandar, mereka perlu turun ke sekolah luar bandar dan melihat sendiri apakah para pelajar boleh mengikuti pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

“Pemuda PAS tetap konsisten menentang dasar ini, selari dengan para intelektual di negara ini seperti Datuk Dr Aminuddin Wahid (bekas Naib Canselor UTM), Prof. Shahril Mat Zain, anak Melayu pertama mendapat Phd. dalam Matematik (bekas Prof. Matematik UKM), dan ramai lagi cerdik pandai Melayu.

Sebaliknya, kata Idris, yang menyokong dasar tersebut hanyalah pemimpin Umno.

“Pemuda PAS akan membantu pelajar yang berhasrat untuk meleraikan kemelut pelajaran mereka selama ini. Sokongan semua pihak amat kami alu-alukan untuk kebaikan anak-anak kita kelak. Hanya sejarah yang akan menentukan siapa yang mengkhianati pendidikan anak bangsa di negara ini,” tegasnya.

Read More...

MENGAPA MENTERI BUKAN ISLAM MEMBISU TENTANG KES NYONYA TAHIR

SEREMBAN 24 JAN : Media semalam melaporkan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah Seremban yang bersidang semalam memutuskan mayat Nyonya Tahir diserahkan kepada keluarganya dan dikebumikan mengikut upacara Buddha setelah wanita itu disytiharkan sebagai bukan Islam ketika meninggal dunia.

Hakim Mahkamah Tinggi Syriah, Mohd Shukor Sabudin memutuskan demikian selepas mendengar permohonan ex-parte perisytiharan Islam yang dikemukakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Pengarah JHEAINS.

Beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar dan membicarakan kes berkaitan kepentingan orang Islam, termasuk masalah akidah yang berlaku di negara ini.

Katanya ia juga diputuskan berdasarkan kepada afidavit yang dikemukakan oleh anak bongsu Nyonya, Chiang Ah Fatt dan juga keterangannya bersama kakaknya, Chiang Kwang Ying, 43, di mahkamah hari ini.

Dalam penghakimannya, Shukor berkata selepas mendengar serta meneliti keterangan waris Nyonya dan bukti yang dikemukakan di mahkamah, mahkamah memutuskan bahawa Nyonya Tahir, bernombor kad pengenalan 180425-04-5054 @ 02033418 bukan beragama Islam semasa kematiannya.

"Mahkamah membenarkan ahli-ahli waris si mati untuk menguruskan pengebumian mayat berkenaan. Mahkamah mengarahkan Hospital Tampin menyerahkan mayat kepada ahli-ahli waris si mati," katanya.

Menurut Laporan Bernama, plaintif dalam permohonannya Jumaat lepas memohon keputusan mahkamah bagi menentukan status agama Nyonya dan permintaan keluarganya untuk mengebumikan mayat wanita itu mengikut adat Cina dan agama Buddha.

Peguam Syarie Siti Harlina Shahran mewakili plaintif iaitu anak bongsu Nyonya, Chiang Ah Fatt manakala Koo Chin Nam yang dibantu Kevin Koo S K bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Nyonya.

Selain itu, Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Malaysia Muhamad Burok, yang juga peguam syarie, bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak persatuan berkenaan.

Turut hadir pada prosiding hari Isnin ialah Pengarah JHEAINS Datuk Zaharudin Mohd Shariff, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Repah Datuk Gan Chin Yap, Adun Temiang Datuk Lee Yuen Fong, Adun Rahang Datuk Yip Chee Keong dan Adun Chuah Foo Ming Chee.

Apa yang hendak kita persoalkan di sini maka menteri-menteri bukan Islam tidak membuat kenyataan akhbar tentang kes ini. Mengapa mereka tidak mengatakan Mahkamah Syariah adil dan telus. Sedangkan dalam kes Allahyarham Moorthy mereka melemparkan pelbagai tuduhan kepada Mahkamah Syariah.

Inilah sikap double standard mereka.

Read More...

DESAK MCA SERAH KERUSI DI WP KEPADA Umno. BAGAIMANA PULA DENGAN KERUSI MAJORITI MELAYU YANG DISERAH KEPADA MCA, MIC DAN GERAKAN?

KUALA LUMPUR 24 JAN :Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee hari ini menyarankan MCA supaya menyerahkan semua kerusi yang ditandingi oleh MCA di Wilayah Perseketuan di serahkan kepada Umno.

Beliau mendakwa MCA bersikap sambil lewa yang menyebabkan DAP berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Seputeh, Cheras, Kepong dan Bukit Bintang dalam pilihanraya umum lalu.

Syed Ali berkata MCA tidak bersungguh-sungguh berusaha untuk merampas kerusi-kerusi berkenaan.

Beliau yang juga Ketua Umno bahagian Cheras berkata, MCA tidak memainkan peranan yang sewajarnya sebagai parti komponen BN sedangkan calon yang bertanding adalah parti berkenaan.

Sebaliknya, kata beliau, jentera pilihanraya Umno telah digerakkan sepenuhnya bagi berkempen membantu calon MCA yang bertanding di kawasan-kawasan terbabit. Sehubungan itu, Syed Ali berkata, jika calon Umno diletakkan bertanding di kawasan-kawasan tersebut, kemungkinan besar BN mampu merampasnya.

"Kita ingin bertanya kepada Syed Ali mengapa beliau tidak membidas pemimpin tertinggi Umno yang 'menggadaikan' kerusi majoriti melayu kepada MCA, Gerakan dan MIC." kata Hj Salamat ketika diminta memberikan komen terhadap kenyataan Syed Ali tersebut.

Antara kerusi majoriti melayu yang digadaikan kepada MCA adalah Parlimen Kuantan, Alor Gajah dan banyak lagi. Manakala kerusi Sg. Siput 'disedekahkan' kepada MIC(Samy Vellu), Gerakan pula mendapat kerusi Bukit Gantang. Sebenarnya banyak lagi kerusi yang digadaikan kepada parti-parti bukan melayu selain dari kerusi-kerusi yang disebutkan tadi yang akhirnya kita melihat jumlah kerusi orang melayu di Parlimen semakin kecil peratusannya.

"Syed Ali sepatutnya sedar akan hal ini sebelum mendesak MCA menyerahkan kerusi-kerusi di Wilayah Persekutuan yang majoriti pengundinya adalah kaum cina" kata Hj Salamat yang juga merupakan Bendahari DPP Negeri Melaka.

"Kita menasihatkan pemimpin Umno berfikir dahulu sebelum membuat kenyataan" nasihat Hj Salamat lagi.

Read More...

AWAS KOPI BERACUN

Di petik dari Hairan Metro

MELAKA 24 JAN : Sebuah kilang kopi di Batu Berendam, di sini, dikesan mencampurkan bahan kimia beracun iaitu sildenafil dalam kopi cappuccino keluaran mereka bagi meningkatkan daya seks peminum tanpa kebenaran Kementerian Kesihatan.

Penggunaan sildenafil secara berlebihan itu boleh menyebabkan maut terutama jika peminum ada penyakit jantung dan darah tinggi.

Bagaimanapun, dari segi daya seksual, bahan itu memang terbukti berkesan kerana keupayaannya boleh disamakan dengan Viagra.

Kegiatan kilang berkenaan terbongkar apabila sepasukan pegawai dan kakitangan Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan menyerbu kilang terbabit semalam dan merampas 700 kotak kopi yang sudah sedia untuk dipasarkan.

Siasatan awal pihak berkenaan, kopi yang turut tertera logo halal pada kotaknya dijual secara terus kepada pelanggan.

Timbalan Pengarah Perkhidmatan Farmasi (Penguat kuasa) Kementerian Kesihatan, Dr Ahmad Mahmud berkata, kilang yang beroperasi sejak lebih setahun itu juga diarah menghentikan operasi sehingga siasatan pihaknya berkaitan penggunaan bahan kimia dalam kopi keluaran mereka selesai.

Katanya, berdasarkan penelitian, kopi itu dipercayai dicampur dengan sildenafil dan penggunaannya tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan.

“Biasanya penggunaan sildenafil ini memerlukan perskripsi doktor kerana ia mampu menjejaskan kesihatan jika diambil tanpa kawalan.

“Kilang itu mungkin tidak boleh beroperasi kerana kami merampas semua kopi yang ada dalam kilang berkenaan untuk dianalisis,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Jabatan Farmasi Hospital Melaka, di sini, semalam.

Menurutnya, kilang berkenaan adalah antara sasaran pihaknya dalam operasi yang diadakan sejak tiga hari lalu.

Katanya, sepanjang operasiitu juga, pihaknya merampas lebih 500 jenis ubat-ubatan dari 20 premis termasuk kedai ubat Cina dan pasar malam kerana didapati tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata, semua jumlah ubat-ubatan berkenaan dianggarkan bernilai lebih RM600,000.

“Kebanyakan ubat-ubatan itu diimport tanpa kebenaran dari Indonesia, China dan Thailand. Ada juga yang diproses dan dibuat di negara ini,” katanya.

Read More...

TINDAKAN KEPADA KETUA Umno KUBANG KERIAN:KEDUDUKAN ISA SAMAD DAN AMID NORDIN BAGAIMANA?

PUTRAJAYA 24 Jan. - Kedudukan Mohd. Fauzi Ismail sebagai Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian akan ditentukan oleh mesyuarat pengurusan UMNO, yang akan bersidang Rabu ini.

Tetapi bagaimana dengan kedudukan Isa Samad dan Amid Nordin yang telah di dapati bersalah tetapi masih 'dibiarkan' memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Jempol dan ADUN Telok Mas, Melaka.

Semalam akhbar melaporkan bahawa Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Mohd. Fauzi Ismail, 43, dihadapkan di Mahkamah Sesyen di Kota Bharu, atas dua tuduhan pengubahan wang haram bernilai RM138,210 pada tahun lalu.

Setiausaha Agung Umno, Dato' Radzi Sheikh Ahmad menyatakan semalam bahawa sekiranya didapati bersalah, Mohd. Fauzi secara automatik akan dilucutkan jawatan sebagai Ketua UMNO.

Ketua Umno Kubang Kerian tersebut mengaku tidak bersalah di atas kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh.

Hendak kaya punya pasal, sanggup buat apa sahaja. Bagi Umno kesalahan ini bukannya kesalahan besar.

Read More...

DANA DEWAN PEMUDA BUKIT KATIL: CD KEPUTUSAN PILIHANRAYA UMUM 1959-2004 DIJUAL DENGAN HARGA RM10.00

Dewan Pemuda Bukit Katil melalui Lajnah Penerangannya sedang berusaha untuk mengumpul dana untuk kegunaan dewan ini.

Untuk itu pihak Lajnah Penerangan DPP Kawasan Bukit Katil mempelawa kepada sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan maklumat lengkap keputusan pilihanraya umum 1959-2005 untuk membelinya dari pihak kami dengan harga RM10.00. Para pembeli diminta menyertakan alamat dan pilihan samada ingin mendapatkannya dalam bentuk CD atau soft copy dengan dihantar melalui email.

Pembayaran boleh dibuat atas melalui akaun maybank bernombor : 504067051312 atas nama Mohd Sofi Abdul Wahab. Bukti pembayaran boleh dibuat dengan menghantar slip bank ke alamat : DPP Kawasan Bukit Katil,
D/A DT 1678, Jalan Angkasa Nuri 22, Taman Angkasa Nuri,
Taman Merdeka, 76100 Batu Berendam, Melaka.

ATAU faxkan kepada 06-317 0430

Pihak kami menghantar keputusan tersebut apabila bukti pembelian di terima. Pembelian boleh dibuat bermula pada 27 Januari 2006. Segala maklumat boleh hubungi mstcmal@miosh.net

MEMBELI SAMBIL BERAMAL.

Read More...

SAMY VELLU BONGKAK


BUKIT KATIL 23 JAN : Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu diketahui umum sebagai salah seorang menteri yang paling lama di dalam kabinet di lihat cukup bongkak ketika di tanya tentang saranan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas yang meminta kesemua 9 orang menteri yang menghantar memo kepada PM tempohari meletakkan jawatan.

Samy dengan angkuh dan marah berkata :

"Siapa peduli pasal dia? Siapapun tak peduli pasal dia. Kami sembilan menteri, kami berjumpa Perdana Menteri kerana kami adalah menteri. Beliau bukan seorang menteri.

"Memandangkan kami adalah menteri, kami mempunyai ruang untuk berjumpa PM pada bila-bila masa sahaja. Beliau (Kayveas) bukanlah seorang menteri dan itu masalah beliaulah. Beliau patut minta PM lantik beliau menjadi menteri." kata Samy Vellu dengan bongkak.

"Kami tahu apa yang kami lakukan. Perdana Menteri tahu apa masalah kami. Kami tidak minta nasihat daripada pihak lain. Nasihat Perdana Menteri sudah cukup baik... apa yang dikatakannya, kami akur," katanya lagi.

"Saya tidak mahu berbincang mengenai memorandum itu sekarang... tapi apa yang tersimpan di hati saya, saya akan kemukakannya kepada Kabinet," kata Samy Vellu di petik dari laporan sebuah akhbar internet baru-baru ini.

Inilah rupa sebenarnya pemimpin-pemimpin BN yang bongkak dan tidak mahu menerima langsung pandangan orang lain.

Pemerhati politik melihat Timbalan Presiden MIC, Dato' S.Subramaniam adalah lebih berkarisma dan professional dari Samy Vellu.

Gambar Ihsan Agendadaily.

Read More...

CERAMAH MAT SABU DAN SALAHUDDIN SELASA DAN RABU INI

INFO AKTIVITI










Ceramah YB Salahuddin Ayub dan Tuan Haji Mohamad Sabu akan di adakan di Melaka seperi maklumat lenkap di bawah :-

Tarikh : 24 Januari 2005
Penceramah : YB Salahuddin Ayub, Us Kamaruddin Sedik
Tempat : Markaz PAS Bukit Katil
Masa : 9.00 malam

Tarikh : 25 Januari 2005
Program : Hi -Tea bersama Tuan Haji Mohamad Sabu
Tempat: Markaz PAS Bukit Baru
Masa : 3.00 petang

Tarikh : 25 Januari 2005
Penceramah : Tuan Haji Mohamad Sabu, Adly Zahari
Tempat : Markaz PAS Solok Gaung
Masa : 9.00 malam

Semua di jemput hadir.

Read More...

TIADA APA LAGI YANG AHLI DAN PEMIMPIN Umno TAK BUAT

KOTA BHARU 23 Jan. - Ahli dan pemimpin Umno memang terkenal dengan masalah rendah moral dan tidak berakhlak. Kes-kes seperti rasuah politik (politik wang), menipu, khalwat, kebas duit, bunuh dan sebagainya telah biasa dilakukan oleh mereka ini.

Pemimpin Umno, Dato' Mokhtar Hashim didapati membunuh Dato' Taha, puteri Umno di dapati berkhalwat, Amid Nordin/Isa Samad di dapati mengamalkan rasuah politik dan bermacam-macam kes lagi.

Terbaru Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Mohd. Fauzi Ismail, 43, dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua tuduhan pengubahan wang haram yang semuanya bernilai RM138,210 pada tahun lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa menerima wang hasil aktiviti haram RM91,650 daripada Mohd. Syahbuddin Hashim, 26, di hadapan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV di sini pada 6 Januari 2005 antara pukul 12.30 tengah hari hingga 7 malam.

Dia juga didakwa menerima wang sebanyak RM46,560 daripada Wan Ibrahim Wan Setapa, 43, di Pejabat UMNO Bahagian Kubang Kerian di sini pada 10 Januari 2005 antara 1 hingga 2 petang.

Mohd. Fauzi bagaimanapun tidak mengaku salah di atas kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh kira-kira pukul 3 petang ini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001.

Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda sehingga RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-dua sekali.

Che Mohamad Zulkifly membenarkan Mohd. Fauzi dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin untuk kedua-dua kes tersebut dan dia juga diminta menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah.

Perbicaraan kes ditetapkan 21 Mei ini.

Read More...

HAMAS BERI TENTANGAN HEBAT DALAM PILIHANRAYA PALESTINE

Gaza 22 Jan. - Parti Islam Palestine, Hamas memberikan tentangan sengit kepada Fatah menjelang pilihan raya Parlimen minggu depan.

Tinjauan umum terhadap penduduk Palestine menunjukkan Hamas berjaya menambat hati pengundi-pengundi Palestine.

Keputusan itu menandakan petanda buruk bagi Fatah yang telah menguasai politik Palestin sejak berpuluh-puluh tahun lalu semenjak zaman Yasser Arafat.

Menurut tinjauan itu, Fatah dijangka memperoleh 32.3 peratus daripada keseluruhan undi dalam pilihan raya manakala Hamas akan meraih 30.2 peratus.

Di Gaza, tidak sampai satu peratus undi memisahkan kedua-dua pertubuhan itu dengan Hamas membolot 36.4 peratus undi berbanding 36.7 peratus undi Fatah.

Tinjauan tersebut dijalankan terhadap 1,000 pengundi Palestin oleh Pusat Media dan Komunikasi Baitulmaqdis.

Dalam pada itu, Hamas melancarkan rapat umum yang dihadiri oleh puluhan ribu penyokong di seluruh Genting Gaza.

Dalam rapat umum itu, seorang pemimpin Hamas berteriak: ``Adakah awak akan mengundi Hamas?''

Hadirin yang mengibarkan bendera hijau Hamas menjawab serentak: ``Ya kepada perubahan dan pembaharuan, kepada calon ahli Parlimen Hamas.''

Hamas terkenal di luar negara kerana puluhan serangan berani mati yang dilancarkan terhadap Israel serta komitmennya untuk menghancurkan negara Yahudi itu.

Namun pergerakan tersebut telah memenangi hati pengundi dengan memberi fokus kepada isu dalaman dan berjanji untuk membersihkan kerajaan dan mengembalikan ketenteraman di Gaza.

Kedudukan Fatah sebaliknya terjejas kerana dilanda pergolakan dan rasuah di kalangan anggotanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman menyeru seluruh umat Islam khususnya umat Islam Malaysia berdoa memohon Allah memberikan kemenangan kepada Hamas dalam pilihanraya tersebut.

Beliau seterusnya yakin bahawa Hamas akan memenangi pilihanraya tersebut jika ianya diadakan secara adil dan telus.

Read More...

DASAR BI: PELAJAR SAMAN KEMENTERIAN PELAJARAN

Di petik dari Malaysia Kini.

KUALA LUMPUR 21 JAN : Empat pelajar sekolah menengah di Perak menyaman Kementerian Pelajaran kerana membantah penggunaan Bahasa Inggeris sebagai pengantar mata pelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah dan menengah.

Mohammad Shawwaal Mohd Nizar,14; Mohammad Fadzir Rosni, 15; Nor Najiha Muhaimin dan Syazaira Arham Yahya Ariff – kedua-duanya berusia 16 tahun – mengemukakan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi semalam.

Mohammad Syawwaal mengemukakan saman melalui bapanya Mohammad Nizar Jamaluddin; Mohammad Fadzil melalui bapanya Mohamed Rosni Abu Bakar; Nur Najihah Muhaiminmelalui bapanya Muhaimin Sulam dan pelajar tingkatan empat, Syazaira Arham Yahya Ariff, melalui bapanya Yahya Ariff Kamaruzzaman.

Mereka mengemukakan saman pemula itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah
Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas di sini melalui Tetuan Mohamed Hanipa
dan Associates

Saman itu yang turut disertakan dengan afidavit daripada Mohammad Nizar, yang mewakili bapa semua pelajar berkenaan, juga memohon deklarasi bahawa responden tidak mempunyai kuasa dan budibicara untuk memperkenalkan,
menguatkuasakan dan melaksanakan dasar pengajaran mata pelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris seperti yang terkandung dalam Surat
Pekeliling Ikhtisas bertarikh 27 November 2002.

Bahasa pengantar

Mohammad Syawwaal ialah pelajar Sekolah Kebangsaan Batu Tiga, Temoh,
Perak; Fadzil Nor, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Muda Abdul Aziz,
Sungai Siput, Perak; Mohamed Rosni, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Seri Perak, Perak dan Syazaira Arham, pelajar di Madrasah Idrissiah, Bukit
Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

Keempat-empat pelajar itu, yang tidak hadir di mahkamah, juga memohon kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. Hanya dua orang bapa iaitu Mohammad Nizar dan Yahya Ariff yang hadir hari ini mewakili empat pelajar itu.

Bercakap kepada wartawan, Peguam Mohamad Hanipa Maidin berkata, saman itu dibuat kerana penggunaan Bahasa Inggeris sebagai pengantar mata pelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah bertentang dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Mengikut Seksyen 17 Akta Pendidikan Tahun 1956, Bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa pengantar dalam semua mata pelajaran di sekolah rendah dan menengah di negara ini,” katanya.

Afidavit yang dikemukakan, menyebut, pada 27 November 2002 Kementerian Pelajaran dalam pekelilingnya mengatakan Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik dan Sains mula sesi persekolahan tahun 2003.

Tambahnya, pekeliling itu dibahagikan kepada dua iaitu untuk sekolah rendah, menengah kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis kebangsaan Tamil (SRJKT) dan satu lagi khusus untuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC).

Pilihan terakhir

Menurutnya, wujud diskriminasi dalam arahan ini kerana murid sekolah rendah, menengah kebangsaan dan SRJKT diajar mata pelajaran Matematik dan Sains hanya dalam Bahasa Inggeris sedangkan untuk SRJKC, ia diajar dalam dua bahasa – Bahasa Inggeris dan Mandarin.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda PAS, Pusat Idris Ahmad yang hadir sama di majlis berkenaan berkata, proses undang-undang merupakan pilihan terakhir yang dilakukan oleh pihaknya.

“Setelah tiga tahun dasar itu dijalankan, ia semakin menimbulkan kecelaruan dalam dasar pendidikan negara terutama kepada murid di kawasan luar bandar.

“Pada mulanya, kami mengharapkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah mengubah semula dasar pengajaran kepada asal tetapi beliau juga tidak melakukannya,” katanya.

Idris berkata, kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati kira-kira 50 peratus murid tidak boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris.

Tujuan saman

Katanya, selain itu Kongres Kepentingan Bangsa dan badan pendidikan Cina, Dong Jiong Zong (DJZ) turut membantah penggunaan Bahasa Inggeris sebagai pengantar untuk mata pelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah.

Sementara itu, bapa Mohd Syawal iaitu Mohd Nizal Jamaluddin berkata, anaknya mengambil tindakan tersebut untuk kepentingan murid Melayu pada masa depan.

“Kesan yang paling besar ialah kepada murid dari kawasan luar bandar kerana mereka tidak mempunyai peluang untuk mempelajari Bahasa Inggeris yang mencukupi seperti rakan mereka di bandar,” katanya.

Beliau berkata, mungkin pada masa ini kesannya belum dapat dilihat tetapi dalam masa beberapa tahun lagi ia dapat dirasai dengan begitu ketara.

Read More...

MEMO PINDA PERKARA 121 (1A) DI TARIK BALIK

TERKINI















KUALA LUMPUR 21 JAN : Memo menteri-menteri bukan Islam berkenaan pindaan perkara 121 (1A) Perlembagaan negara di tarik balik menurut berita TV3 1.30 petang tadi.

Menurut laporan itu, 2 orang menteri yang terlibat ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Ong Ka Ting dan Menteri Tenaga, Air dan Perhubungan, Dato' Dr Lim Keng Yaik.

Penarikan balik memo itu mungkin sebagai tindakan dari reaksi PM yang menyatakan bahawa perkara 121 (1A) tersebut tidak akan di pinda. PM juga menyifatkan memo yang diserahkan kepada baru-baru ini juga adalah luar biasa.

Bagaimanapun Bernama pula melaporkan bahawa 5 dari 9 menteri kabinet bukan Islam telah menemui PM di kediamannya hari ini.

Menteri-menteri yang menemui PM itu ialah Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik (Tenaga, Air dan Perhubungan,Datuk Seri Ong Ka Ting (Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Datuk Seri S. Samy Vellu (Kerja Raya), Datuk Seri Chan Kong Choy (Pengangkutan)dan Datuk Dr Chua Soi Lek (Kesihatan).

Dr. Lim ketika ditemui berkata pertemuan selama 1 jam itu bermula pada pukul 9.00 pagi di Seri Perdana, Putrajaya di mana ianya diadakan atas permintaan beberapa menteri.

"Perbincangan adalah berkenaan dengan isu yang dibangkitkan di dalam memo dan PM memberikan beberapa nasihat" kata beliau kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatan Kuasa Pusat Parti Gerakan di Menara PGRM.

Beliau bagaimanapun enggan memberitahu apa yang dinyatakan oleh PM kepada mereka, beliau mungkin akan membuat kenyataan akhbar Ahad ini selepas mengambil pandangan pemimpin gerakan lain.

"Ini adalah suatu isu yang kompleks dan sensitif di mana kami mesti menanganinya dengan cermat".

"Jangan tanya saya apa nasihat yang PM beri, jangan tanya saya apa yang ada dalam memo tersebut, jangan tanya saya tentang kenyataan akhbar yang akan dibuat, tunggu Ahad ini" kata beliau.

Rabu lepas, semasa mesyuarat kabinet, Presiden MCA, Ong Ka Ting menyerahkan memo kepada PM di mana ia dilaporkan sebagai gesaan untuk mengkaji semula undang-undang berkenaan berkenaan dengan pertukaran agama.

Read More...

TUTUP DISKO DI CHINA : KERAJAAN MALAYSIA SEPATUTNYA MALU KEPADA PIHAK BERKUASA CHINA

BUKIT KATIL 21 JAN : Kerajaan Islam Hadhari Malaysia sepatutnya malu kepada pihak berkuasa di bandar raya Shenzhen, selatan China, yang berusaha bersungguh untuk menghapuskan gejala sosial dan maksiat.

Media hari ini melaporkan bahawa pihak berkuasa bandar raya tersebut menempatkan beribu-ribu anggota polis bersenjata untuk menamatkan bantahan lebih 3,000 orang berhubung penutupan rumah urut dan disko yang menyebabkan ramai kehilangan mata pencarian.

Bantahan berlaku di luar pejabat kerajaan di Shenzen kelmarin selepas polis menutup berpuluh-puluh pusat hiburan dan rumah urut dalam kempen pembersihan, lapor akhbar Hong Kong, Ming Po dan beberapa media lain.

Laporan mengenai bantahan berkebetulan dengan laporan Kementerian Rahsia Awam mengenai peningkatan bilangan gangguan awam - memberi tumpuan kepada kesungguhan China mengekang ketidakstabilan sosial dan bantahan memuncak berhubung rasuah, pencemaran dan masalah lain.

Bilangan kes gangguan awam di China bertambah kepada 87,000 tahun lalu, menurut laporan, meningkat 6.6 peratus daripada 81,600 tahun sebelumnya.

Laporan Ming Po menyebut, polis menuduh kumpulan penjenayah terancang, yang selalu terbabit dalam mengendalikan tempat hiburan dan rumah urut, kerap membawa kepada pelacuran, menghasut bantahan diadakan.

Menurut laporan, bilangan penunjuk perasaan ialah antara 3,000 hingga 5,000 dan bilangan polis antara 5,000 hingga 7,000.

Laporan South China Morning Post pula menyebut, jalan raya berhampiran ditutup apabila kedua-dua pihak bersemuka.

Menurut Ming Po, 1,000 orang dibawa di dalam beberapa bas menuju ke balai polis untuk soal siasat sebelum dibebaskan. Di kalangan mereka, 25 ditahan secara rasmi.

Shenzhen, bandar raya meningkat maju yang bersempadan dengan Hong Kong, sekian lama dikenali kerana kadar jenayah tinggi dan industri seks – satu reputasi yang bertentangan dengan usaha kerajaan menggambarkan ia sebagai industri berteknologi tinggi China.

Polis, pasukan bomba dan pegawai ‘pengurusan kebudayaan’ menutup lebih 100 disko dan kelab malam di daerah Shazuicun di bandar raya itu Rabu lalu dengan menuduh mereka tidak mempunyai lesen atau gagal mematuhi kod kebakaran, menurut laporan.

Polis tempatan mengesahkan serbuan itu tetapi berkata tidak tahu mengenai bantahan yang dilaporkan

Di saat pihak berkuasa China yang tidak beragama Islam menutup disko, kerajaan Islam Hadhari tidak mengambil langkah serupa malah menggalakkan program-program maksiat seperti konsert, pertandingan nyanyian dan program-program yang menjurus kepada pergaulan lelaki dan wanita.

Malah baru-baru ini usaha pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk menubuhkan Skuad Sukarela MAIWP yang bertujuan untuk mengadakan kempen dan kegiatan bagi mengelakkan remaja terbabit dengan gejala sosial seperti dadah serta membantu mangsa bencana alam tidak dibenarkan oleh kabinet. Di mana kabinet telah mengarahkan skuad tersebut dibubarkan.

Inilah Islam Hadhari. Pihak berkuasa China lebih faham tentang bahaya disko dan kelab malam dari Pak Lah dan suku-sakatnya.

Read More...

DPP BUKIT KATIL BIDAS RAFIDAH

BUKIT KATIL 21 Jan. - DPP Bukit Katil kesal dengan kenyataan Datuk Seri Rafidah Aziz yang disiarkan di dalam media hari ini. Dalam laporan itu Ketua Pergerakan Wanita Umno itu berkata, tindakan sembilan menteri Kabinet bukan Islam mengemukakan memorandum kepada Perdana Menteri supaya menyemak semula undang-undang berkaitan pertukaran agama sebagai wajar.

Menteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu tidak menganggap tindakan tersebut sebagai satu tekanan atau ugutan sebaliknya usaha `rakan-rakan Kabinet' mewakili pendapat dan pemikiran orang bukan Islam.

``Tak apa... yang pentingnya memorandum itu sampai (kepada Perdana Menteri). Pada saya tidak jadi masalah kerana menteri Kabinet itu mewakili perasaan orang bukan Islam.

``Pada saya mereka objektif dan sebagai anggota Kabinet, mereka merasakan wajar konstruktif dalam hal ini.'itu komen beliau ketika diminta mengulas isu tersebut.

Pada pendapatnya, kebimbangan yang dibangkitkan oleh menteri Kabinet bukan Islam itu sama dirasai oleh orang Islam juga.

``Pada pendapat saya, rakan kita dalam Barisan Nasional (BN) telah mengemukakan pandangan membina.

``Saya bukan peguam tetapi dari segi prinsipnya kena betulkan kalau ada salah tafsir supaya masyarakat tidak keliru dan tidak ada tafsiran salah demi kepentingan rakyat,'' tambahnya.

Ditanya adakah ini bermakna pergerakan itu sedia menyokong pindaan Perlembagaan seperti dicadangkan dalam memorandum tersebut, Rafidah berkata, perkara itu tidak dibincangkan.

Bagaimanapun, menurutnya: ``Kerajaan sudah mengatakan akan kaji, jadi kita menyokong kajian itu dibuat supaya tidak ada lagi kekeliruan atau percanggahan, antara bidang kuasa siapa hendak menentukan seseorang itu Islam dan siapa pula yang hendak buat susulan.''

Baginya, Wanita UMNO menerima pandangan bahawa pindaan adalah wajar supaya penentuan dibuat tentang prosedur yang berkenaan.

"Berdasarkan laporan di atas DPP Kawasan Bukit Katil berasa amat kesal dan meminta Rafidah supaya berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan media. Kita lihat Rafidah ini langsung tidak mengambil kira kedaulatan Islam dan sensitiviti umat Islam negara ini" bidas Timbalan Ketua DPP Kawasan Ustaz Abu Bakar Ramli yang juga merupakan Ketua Urusan Ulama Kawasan Bukit Katil.

"Rakyat beragama Islam terutama ahli Umno sepatutnya bijak menilai pemimpin seperti Rafidah ini. Orang seperti seharusnya tidak dipilih sebagai pemimpin kerajaan atau pemimpin Umno" tambah Uztaz Bakar lagi.

Read More...

ISU PINDAAN PERKARA 121 (1A) : DPP KAWASAN BUKIT KATIL SAMBUT BAIK KEPUTUSAN PAK LAH

KUALA LUMPUR 21 Jan. - DPP Kawasan Bukit Katil menyambut baik keputusan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang bahawa menegaskan bahawa Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah tidak akan dipinda.

"Keputusan ini amat melegakan kita semua kerana ianya jelas akan tetap menjamin kedaulatan Mahkamah Syariah dalam hal-hal berkaitan agama Islam" tegas Setiausaha DPP Kawasan, Khairuddin Ismail ketika diminta mengulas tentang perkembangan ini.

Perdana Menteri menyifatkan perbuatan sembilan menteri Kabinetnya menghantar memorandum supaya dipinda perkara itu sebagai `luar biasa'.

Katanya, dengan keputusan ini bermakna kedua-dua mahkamah berkenaan kekal dengan fungsi masing-masing dan tidak timbul untuk menjadikan Mahkamah Sivil mempunyai kuasa lebih tinggi daripada Mahkamah Syariah.

``(Kedua-dua mahkamah) itu adalah dua cabang mahkamah yang berlainan, ia tidak akan menghapuskan mana-mana satu.

``Peruntukan dalam perlembagaan jelas menyatakan bidang kuasa masing-masing serta tidak ada kekeliruan mengenai perkara itu,'' katanya.

Beliau mengulas tindakan sembilan menteri Kabinet bukan Islam yang mengemukakan memorandum bersama kepadanya yang meminta beliau menyemak semula undang-undang berkaitan pertukaran agama.

Memorandum itu ditandatangani oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Seri Lim Keng Yaik, Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok.

Yang lain ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy; Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn; Menteri Kesihatan Datuk Dr. Chua Soi Lek; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Maximus Ongkili dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Peter Chin Fah Kui.

Perkara 121 (1A) menjelaskan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa terhadap apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Isu membabitkan perkara itu timbul berikutan kematian pendaki Everest Sarjan M.Moorthy atau Muhammad Abdullah apabila balunya, S.Kaliammal, dan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) terlibat dalam perebutan untuk mengebumikan jenazah beliau. Jawi menuntut jenazah itu setelah mendapati Moorthy telah memeluk agama Islam.

Moorthy yang meninggal dunia pada 20 Disember lalu akhirnya dikebumikan oleh Jawi pada 28 Disember berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah bahawa beliau adalah seorang Islam, manakala Mahkamah Tinggi memutuskan ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk campur tangan berikutan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

Keputusan itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan sesetengah pihak.

Ketika ditanya mengenai pandangan sesetengah pihak yang mahu Mahkamah Sivil mempunyai kuasa lebih tinggi daripada Mahkamah Syariah tegas Abdullah, perkara itu tidak harus ditimbulkan.

``Mahkamah Syariah adalah Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil adalah Mahkamah Sivil, sudah ada pengagihan tugas dan tanggungjawab,'' katanya.

Mengulas lanjut mengenai isu Perkara 121 (1A), Abdullah menegaskan, beliau tidak merujuk kepada isu itu semasa membuat ulasan sebelum ini.

Tegasnya, apa yang dimaksudkan beliau kalau ada undang-undang yang menimbulkan kesusahan atau salah interpretasi atau sebagainya maka perlu dilihat sama ada wajar atau tidak dibuat pindaan.

``Itu saja saya kata, saya tidak secara spesifik merujuk mana-mana undang-undang.

``Saya tidak menyatakan apa-apa pindaan kepada peruntukan yang ada di dalam Perkara 121 (1A) (tetapi) nampaknya ia dijadikan perkara yang mendapat macam-macam pandangan (sehingga) adanya (pandangan menyatakan) perlu dipinda.

``Pada saya perlembagaan itu tidak perlu dipinda. Mungkin ada undang-undang lain tetapi yang ada dalam perlembagaan itu tidak perlu dipinda,'' tegasnya.

Ditanya sekali lagi apakah di masa akan datang perlembagaan tersebut perlu dipinda, Abdullah dengan nada tegas menyatakan, ``tidak harus dan tidak mungkin dipinda.''

Ditanya apakah pilihan yang ada jika Perkara 121 (1A) tidak dipinda, Abdullah berkata, kalau ada undang-undang lain yang berkaitan dengannya yang perlu dipertimbangkan untuk dipinda, itu boleh dipertimbangkan tetapi peruntukan 121 (1A) tidak harus dipinda.

Sementara itu pada petang semalam kira-kira 700 orang berarak dari Masjid negara ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam membantah pindan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang dikatakan menafikan hak Mahkamah Syariah dan hak orang Islam.

Perhimpunan aman yang dianjurkan oleh PAS itu turut disertai beberapa Pertubuhan Bukan kerajaan (NGO) dan Parti KeADILan Rakyat (PKR).

Hadir sama ialah, Naib Presiden PAS, Haji Muhammad Sabu; Ahli Majlis Tertinggi PKR, Haji Abdul Rahman Othman; AJK PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar; Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Dr Zulkifli Ahmad dan beberapa pimpinan Pemuda PAS.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob, PAS melahirkan rasa kesal dan bimbang di atas cubaan pihak tertentu termasuk 10 menteri kabinet bukan Islam yang turut cuba mempertikai perkara 121 (1A).

"Ini hak umat Islam.121 (1A) telah dipersetujui.Ia diwujudkan pada tahun 1988 bagi menjaga hak umat Islam, jadi bukan Islam tidak perlu mempertikaikannya.

"Jika mereka mahu menegakkan hak mereka, mereka boleh cadangkan satu akta baru bagi melindungi hak agama mereka," katanya.

Sementara itu di pihak Suhakam, Professor Dato' Hamdan Adnan pula berkata, pihaknya menerima memorandum yang dikemuka PAS itu.

Beliau juga berjanji akan membawanya dalam satu mesyuarat khas Pesuruhjaya Suhakam Isnin ini.

Terdahulu sebelum itu pda jam 11.00 pagi, kira-kira 150 mhasiswa Islam berkumpul di hadapan Mahkamah Syariah sambil melaungkan bantahan ke atas pindaan Perkara 121 (1A) perlembagaan Persekutuan.

Bantahan itu dibuat atas nama Gabungan Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam yang mana tiga pertubuhan utama mahasiswa Islam terlibat iaitu, Gagasan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Karisma.

Gambar Ihsan : Harakahdaily

Read More...

PEMUDA Umno LANGSUNG TAK SENSITIF


KUALA LUMPUR 20 JAN : Sedang menteri-menteri bukan Islam sibuk menggesa kerajaan Islam Hadhari supaya meminda Perkara 121 (1A), pemuda Umno pula sibuk nak berzapin sambil menambah keahlian mereka.

Mereka langsung tidak menunjukkan keprihatinan terhadap usaha-usaha menteri-menteri bukan Islam (gambar) yang hendak menghakis kedaulatan Islam.

Lihat sahaja gambar di atas yang dipetik dari blog Roslan SMS yang menunjukkan menantu Pak Lah yang kaya raya, Khairy Jamaluddin dengan tersenyum lebar melancarkan program penambahan ahli Umno dan tarian zapin.

Apa nak jadi dengan pemuda Umno ini.

Gambar-gambar dipetik dari blog Roslan SMS

Read More...

WEB HINA AL-QURAN. TIDAKKAH MENINGGALKAN HUKUM ISLAM JUGA HINA AL-QUR'AN

KUALA LUMPUR 20 JAN : Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan bahawa sebuah laman web luar negara didapati mempersendakan agama Islam dengan memaparkan gambar yang menghina al-Quran, termasuk disumbatkan ke dalam mangkuk tandas.

Tetapi adakah kita sedar bahawa meninggalkan hukum-hakam Islam yang digariskan oleh Al-Qur'an juga menghina Al-Qur'an itu sendiri. Para pembaca sila jawab dengan tepuk dada tanya iman masing-masing.

Akhbar itu melaporkan bahawa web itu turut menyiarkan karikatur kononnya naskhah kitab suci umat Islam itu boleh dijadikan pengelap punggung di tandas.

Pengerusi Lembaga Teks Al-Quran Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN), Datuk Seri Harussani Zakaria menyifatkan gambar yang dipaparkan dalam laman web itu sebagai penghinaan yang sangat dahsyat terhadap Islam.

“Perbuatan ini dilakukan orang tertentu bertujuan menghina kesucian Islam.

“Islam mengajar penganutnya menghormati kepercayaan penganut agama lain dan tidak pernah menghina mereka.

“Kejahilan pereka laman web itu menghina al-Quran secara tidak langsung menunjukkan mereka tidak beretika dan memusuhi agama lain,” katanya yang dihubungi, semalam.

Beliau yang juga Mufti Perak berkata, al-Quran diturunkan Allah untuk menjelaskan satu persatu hukum syarak yang diwajibkan ke atas umat manusia hingga ke hari kiamat.

“Al-Quran adalah kalamullah yang wajib dimuliakan, malah untuk memegangnya, kita perlu berwuduk. Ia adalah kalamullah yang memberi penjelasan kepada semua perkara, tiada sebarang syak atau ragu datangnya daripada Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam,” katanya.

Menurut Harussani, beliau banyak kali menerima aduan mengenai tindakan pihak tertentu menghina agama Islam, termasuk mengeluarkan barangan mengandungi ayat al-Quran pameran merata tempat dan laman web.

“Saya nasihatkan umat Islam supaya mengabaikan laman web seperti itu. Masih banyak laman web bagus dan boleh membantu umat Islam.

“Umat Islam yang menerima kiriman gambar itu perlu peka, usah sebar kepada rakan kerana hanya menambah kekusutan dan dikhuatiri boleh menghiris perasaan kerana merasai terhina,” katanya.

Sementara itu, seorang pembaca Harian Metro yang mahu dikenali sebagai Jamakyah Sharuddin, 25, dari Petaling Jaya, berkata dia menerima alamat laman web terbabit daripada rakan untuk penelitian dan mendapati ia penuh dengan unsur penghinaan terhadap al-Quran.

“Saya terkejut sebaik menatap gambar dalam laman web itu yang memaparkan al-Quran dicampakkan ke dalam mangkuk tandas. Lebih keji, ada gambar memaparkan kitab suci itu dilumuri najis.

“Ia seolah-olah menunjukkan kebencian pereka laman web itu terhadap Islam. Turut diselitkan jenaka mempersendakan al-Quran kononnya boleh dijadikan pengelap jika kehabisan tisu tandas,” katanya.

Jamakyah yang bertugas sebagai pengurus di sebuah restoran makanan segera, menyatakan apa yang membimbangkan laman web itu mampu meledakkan kemarahan umat Islam sehingga mencetuskan ketegangan,” katanya.

Penyelaras Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin pula berkata KKDN perlu lebih kerap memantau laman web seumpama itu berikutan internet mempunyai pengaruh besar kepada masyarakat sekarang.

“PPIM juga ada menerima aduan mengenai isu menghina Islam yang disiarkan di internet. Nampaknya semakin berleluasa dan perlu dibanteras.

“Bagi saya, laman web seumpama ini perlu disiasat dan jika didapati cuba menimbulkan keadaan tidak tenteram, ia harus ditutup,” katanya.

Menurutnya, KKDN mempunyai mekanisme menyekat laman web yang boleh membawa kepada tanggapan serong terhadap sesuatu agama.

“Pereka laman web itu cuba mempermainkan Islam dan mencetuskan sentimen agama di antara umat Islam dan bukan Islam,” katanya.

Read More...

DANA DEWAN PEMUDA BUKIT KATIL: CD KEPUTUSAN PILIHANRAYA UMUM 1959-2004 DIJUAL DENGAN HARGA RM10.00

BUKIT KATIL 20 JAN : Dewan Pemuda Bukit Katil melalui Lajnah Penerangannya sedang berusaha untuk mengumpul dana untuk kegunaan dewan ini.

Untuk itu pihak Lajnah Penerangan DPP Kawasan Bukit Katil mempelawa kepada sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan maklumat lengkap keputusan pilihanraya umum 1959-2005 untuk membelinya dari pihak kami dengan harga RM10.00. Para pembeli diminta menyertakan alamat dan pilihan samada ingin mendapatkannya dalam bentuk CD atau soft copy dengan dihantar melalui email.

Pembayaran boleh dibuat atas melalui akaun maybank bernombor : 504067051312 atas nama Mohd Sofi Abdul Wahab. Bukti pembayaran boleh dibuat dengan menghantar slip bank ke alamat : DPP Kawasan Bukit Katil,
D/A DT 1678, Jalan Angkasa Nuri 22, Taman Angkasa Nuri,
Taman Merdeka, 76100 Batu Berendam, Melaka.

Pihak kami menghantar keputusan tersebut apabila bukti pembelian di terima. Pembelian boleh dibuat bermula pada 27 Januari 2006. Segala maklumat boleh hubungi mstcmal@miosh.net

MEMBELI SAMBIL BERAMAL.

Read More...

PEMUDA BUKIT KATIL SEDIH DENGAN MENTERI AGAMA DAN PENASIHAT AGAMA PM YANG TIDAK SENSITIF DENGAN KEDAULATAN ISLAM

MELAKA 20 JAN : DPP Kawasan Bukit Katil merakamkan perasaan sedih dan kecewa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Penasihat Agama Perdana Menteri yang langsung tidak peka kepada kedaulatan Islam dalam hal gesaan meminda Perkara 121 (A) Perlembagaan Negara.

"Di saat pelbagai pihak mendesak kerajaan meminda perkara 121 (A) Perlembagaan negara, kita langsung tidak mendengar pandangan atau cadangan dari mereka" jelas Khairuddin Ismail dalam kenyataan beliau kepada blog ini pagi ini.

"Kita cukup sedih dengan perkembangan ini, kerana orang bukan Islam telah berani menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan Islam malah mereka cuba untuk meminda perlembagaan negara yang tidak ada kena mengena dengan mereka" tambah Khairuddin lagi dengan tegas.

Bernama sebelum ini melaporkan sepuluh menteri Kabinet bukan Islam mengemukakan memorandum bersama kepada Perdana Menteri ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting; Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik; Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok.

Yang lain ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy; Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr Fong Chan Onn; Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua Soi Lek; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Maximus Ongkili; Menteri Pelancongan Datuk Dr Leo Michael Toyad dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Peter Chin Fah Kui.

Menurut Dr Ongkili, memorandum diserahkan kepada Perdana Menteri pada mesyuarat Kabinet Rabu.

"Cadangan itu akan dikaji oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai undang-undang, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad; dan Peguam Negara. Mereka akan membuat perakuan wajar untuk tindakan lanjut," katanya .

Dr Ongkili berkata ini menunjukkan bahawa kerajaan bersifat terbuka dan sedia mempertimbang pandangan orang ramai berhubung soal perundangan.

Beliau tidak menyatakan kandungan cadangan dan perakuan.

Beberapa menteri lain, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan mereka menandatangani memorandum namun enggan menyatakan lebih lanjut dan menegaskan mereka tidak berada dalam kedudukan untuk mengulas perkara itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengulas hal berkenaan baru-baru ini berkata perkara pertukaran agama perlu dinyatakan dengan jelas dalam perlembagaan dan undang-undang lain bagi mengelak kekeliruan di kalangan rakyat Malaysia.

Beliau bagaimanapun berkata, sebarang tindakan yang akan diambil mengenai perkara itu perlu dibuat dengan berhati-hati agar tidak menjejas kepercayaan sebarang kaum atau pengikut sesuatu agama.

Read More...

PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DI SEKOLAH : HISHAMUDDIN MALU

KUALA LUMPUR 20 JAN : Akibat malu dituduh sebagai lemah dan tidak tegas, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini terpaksa membuat kenyataan akhbar menjelaskan bahawa keputusan untuk menarik balik kebenaran para pelajar menggunakan telefon bimbit di sekolah adalah keputusan beliau dan bukannya arahan Jemaah Menteri.

Akhbar arus perdana semalam melaporkan Jemaah Menteri mengarahkan supaya kebenaran untuk pelajar menggunakan telefon bimbit di sekolah ditarik balik.

Menurut laporan itu lagi, keputusan Jemaah Menteri itu dibuat atas kebimbangan bahawa pelajar akan menyalahgunakan kemudahan tersebut. Menurut Hishammuddin, larangan yang berkuatkuasa serta-merta itu meliputi semua sekolah termasuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

"Saya telah membuat keputusan untuk menarik balik kebenaran menggunakan telefon bimbit di sekolah' tegas Hishamuddin.

"Saya nak tekankan di sini bahawa ini bukan merupakan arahan daripada Jemaah Menteri malah, perkara ini tidak dibincangkan langsung di dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-kabinet peringkat kementerian di Kuala Lumpur hari ini.

Nampak jelas Hishamuddin tertekan dengan tuduhan yang dilemparkan oleh ramai pihak bahawa Hishamuddin adalah seorang menteri yang tidak berkeupayaan sehingga perkara sekecil itupun gagal ditanganinya dengan professional.

Semalam AJK PAS Pusat Mahfuz Omar melalui Harakahdaily, menggesa Perdana Menteri menggantikan Hishamuddin dengan tokoh lain berikutan kegagalan Menteri Pelajaran itu mengendalikan isu telefon bimbit di sekolah padahal isu itu terlalu mudah.

"Isu ini terlalu mudah...pelajar tidak wajar sama sekali membawa telefon bimbit ke sekolah, tetapi isu semudah ini gagal difahami oleh Kementerian Pelajaran," kata Mahfuz Omar.

Bagi beliau, langkah Kabinet mengarahkan kebenaran penggunaan telefon bimbit oleh pelajar sekolah ditarik balik membuktikan sikap gelojoh Kementerian Pelajaran kerana melaksanakan sesuatu tanpa kajian terperinci.

Baginya, tanpa desakan pelbagai pihak beliau yakin Kementerian Pelajaran tetap melaksanakan walaupun tiada kajian dibuat terlebih dahulu.

"Telefon bimbit tidak wajar dibenarkan ke sekolah kerana ia akan menghilangkan tumpuan pelajar sekaligus meningkatkan bebanan guru apabila terpaksa menyediakan tempat khas bagi memastikan telefon pelajar tidak hilang atau disalahgunakan, " jelas Mahfuz mengulas tindakan terbaru Kabinet semalam.

Hishammuddin juga berkata berikutan penarikan balik kebenaran tersebut, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.11/2005 bertarikh 23 Disember 2005 yang membenarkan penggunaan telefon bimbit oleh murid sekolah, dibatalkan.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata, keputusan itu dibuat berikutan kebimbangan banyak pihak terutama ibu bapa dan guru yang belum bersedia membenarkan alat komunikasi itu digunakan oleh pelajar di sekolah.

"Kebimbangan datang daripada banyak pihak dan ia berbeza, ada yang berhubungkait dengan suasana sekolah dan juga daripada guru bagi memastikan garis panduan (mengenai penggunaan telefon bimbit) dipatuhi.

"Dalam keadaan sebegitu rupa, jika saya teruskan, jelas, ia tidak akan berjaya bagi memastikan garis panduan itu dipatuhi. Jika tidak mendapat sokongan majoriti, maka ia tidak akan menjadi kenyataan," katanya.

Beliau berkata, surat pekeliling berhubung perkara itu akan dikeluarkan secepat mungkin.

Keputusan menarik balik penggunaan telefon bimbit di sekolah ini jelas menunjukkan keputusan awal sebelum ini dibuat tanpa kajian yang mendalam sehingga akhirnya ia menampakkan menteri tersebut sebagai lemah dan tidak tegas.

Read More...

AYUH KITA KE MASJID NEGARA

Roslan SMS menulis.......Kita semua mendaulatkan undang-undang. Kerana merasakan terdapat ancaman terhadap Perkara 121 (1) (A) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kewibawaan dan status mahkamah syariah, oleh pihak-pihak tertentu, maka kita semua perlu bangun mempertahankan Islam dengan cara menyuarakan protes secara aman yang dijamin haknya oleh Perlembagaan Malaysia.

Saya difahamkan Dewan Pemuda PAS, akan menganjurkan satu demonstrasi aman di perkarangan Masjid Negara selepas solat Jumaat esok 20 Januari 2006. Pakatan Mahasiswa Islam juga akan berkumpul dengan maksud yang sama.

Saudara-saudara semua ayuh kita keluar beramai-ramai menunjukkan sikap dan pendirian kita pula. Sebelum ini laporan-laporan akhbar (terutama yang bukan berbahasa Melayu) menyebut banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan terhadap kes Allahyarham Sarjan Mohammad Abdullah a.k.a Moorthy lantas menuntut agar Perkara 121 (1)(A) itu dipinda. Insyallah hari Jumaat ini kita tunjukkan bahawa yang tidak berpuas hati itu sebenarnya adalah kecil berbanding dengan suara kita umat Islam yang prihatin!

Ayuh badan-badan NGO Islam/Melayu yang lain, ayuh ahli-ahli parti-parti politik Melayu Islam khasnya PAS dan Umno, ayuh umat Islam yang masih mempunyai maruah, ayuh kita keluar tanpa memikirkan kepentingan dan fahaman politik, kita keluar kerana mempertahankan Allah dan Rasul Nya.

Saya yakin anggota-anggota polis akan dikerahkan mengawal keadaan, maka saya juga merayu kepada mereka yang pada logo PDRM itu tersemat kalimah Allah dan Muhammad, benarkanlah perhimpunan aman ini berjalan tanpa gangguan, kerana sesungguhnya tidak ada sebab lain perhimpunan ini melainkan memartabatkan Allah dan Rasul itu jua.

Dalam keadaan Islam diserang dari setiap penjuru, mahkamah syariah dianggap tidak mampu membawa keadilan, maka wajarlah kita menyatakan bantahan kita secara terbuka mudah-mudahan masyarakat bukan Islam akan mengerti risiko yang mereka bakal tanggung kiranya Islam it uterus dipermain-mainkan.

Saya harap perhimpunan ini kelak tidak sekadar menghimpunkan orang-orang PAS. Saya harap kalau Pemuda PAS boleh hadir maka Pemuda dan Putera Umno juga perlu hadir. Jika ABIM, JIM, Persatuan Ulamak dan lain-lain wakil NGO Islam/Melayu boleh hadir maka tidak ada sebab GPMS, Persatuan Masjid, Surau, Dewan Perniagaan Melayu, PEKIDA, Persatuan India Muslim, Persatuan-persatuan Kebajikan dan lain-lain tidak boleh hadir.

Insyallah dengan kehadiran kita ini mudah-mudahan semua pihak akan menghormati kedudukan Islam dalam masyarakat kita. Mudah-mudahan masyarakat Malaysia yan lain dapat menghormati dan memahami sensitiviti umat Islam sebagaimana umat Islam selama ini menghormati dan memberi ruang kepada mereka.

Cinta Islam ayuh ke Masjid Negara!

(Pengunjung BLOG ini wajarlah semua sekali berada di sana kecuali sahabat-sahabat kita yang di luar negara)

Read More...

APA MUSLIHAT MEDIA TIDAK SIARKAN BERITA 10 MENTERI BUKAN ISLAM HANTAR MEMO KEPADA PM


KUALA LUMPUR 19 JAN : Hari ini cuma akhbar Nanyang Siang Pau dan Sin Chew Daily sahaja yang menyiarkan berita bahawa sepuluh menteri kabinet bukan Islam telah menghantar satu memoradum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam berhubung masalah perundangan yang timbul apabila seorang bukan Islam bertukar agama dengan memeluk Islam.

Media berbahasa melayu samada media elektronik atau cetak langsung tidak menyentuh isu ini.

Isu besar seperti ini tidak sepatutnya disembunyikan oleh media terbabit. Kita yakin bahawa ada agenda tersembunyi yang menyebabkan isu ini cuba disorokkan.

Menurut laporan kedua-dua akhbar berbahasa Mandarin itu, difahamkan bahawa memorandum ini turut mencadangkan beberapa langkah, termasuk bagaimana hendak menguruskan masalah-masalah perundangan yang timbul selepas bukan Islam memeluk Islam.

Difahamkan juga memorandum ini meminta supaya diperjelaskan kekeliruan dalam undang-udang masakini, terutama dalam soal mahkamah sivil tidak boleh mencampuri keputusan mahkamah Syariah dan seterusnya memberi kesan negatif terhadap hak dan kepentingan bukan Islam.

Memorandum itu juga menyentuh tentang keadaan apabila ada pasangan yang salah seorang daripadanya telah memeluk Islam tetapi tidak memaklumkan kepada pasangannya dan menimbul persoalan sama ada generasi keluarga itu seterusnya secara automatik telah bertukar agama kepada Islam

Difahamkan juga bahawa memorandum ini dirangka oleh MCA dan dibincang dan dipersetujui oleh sepuluh orang menteri kabinet bukan Islam untuk diserahkan kepada Perdana Menteri.

Difahamkan juga, MCA telahpun menghantar satu memorandum kepada kerajaan pada tahun lalu mengenai soal bukan Islam bertukar agama kepada Islam dan masalah yang timbul berikut daripada itu.

Memorandum semalam adalah lanjut daripada memorandum yang dihantar oleh MCA – parti komponen kedua terbesar selepas Umno dalam Barisan Nasional (BN) – yang dihantar tahun lalu itu.

Kekeliruan mengenai perkara tersebut tercetus selepas kematian wira Everest M Moorthy yang meninggal dunia pada 20 Disember lalu apabila Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mendakwa dia telahpun memeluk agama Islam, atas nama Muhammad Abdullah.

Berikutan itu berlaku perebutan mayatnya antara pihak Jawi dan keluarga Moorthy yang mendakwa dia penganut agama Hindu dan mahu mensemadikan mayatnya mengikut agama tersebut.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Syariah telah memutuskan bahawa Moorthy seorang Islam dan berikutan itu jenazahnya telah dikebumikan secara Islam.

Berikutan itu, beberapa pihak telah mendesak kerajaan supaya meminda Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan bagi melindungi hak bukan Islam di negara ini.

Isteri Moorthy, S Kaliammal telah mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa Moorthy adalah seorang penganut agama Hindu dan hendaklah disemadikan mengikut agama tersebut.

Bagaimanapun, mahkamah tersebut memutuskan pihak ia tidak mempunyai bidangkuasa untuk mendengar permohonan tersebut dan keputusan mahkamah Syariah berhubung perkara tersebut.

Dari laporan di atas kita tahu bahawa kempen untuk meminda perkara 121 (A) perlembagaan negara ini telah lama di lakukan oleh pihak tertentu. Isu Allahyarham Mohamad Abdullah yang berlaku baru-baru ini seolah-olah memberikan suntikan semangat baru kepada puak-puak ini untuk mendesak PM meminda perlembagan negara yang telah lama di terimapakai.

Adalah diharapkan rakyat Malaysia beragama Islam bangkit untuk mempertahankan perkara 121 (A) perlembagaan negara ini. Kita menggesa PM supaya tidak tunduk kepada desakan menteri-menteri bukan Islam ini.

Sumber berita dari Malaysiakini.

Read More...

KERAJAAN ISLAM HADHARI TIDAK RESTUI HASRAT JAWI UNTUK PERKUATKAN LANGKAH PEMANTAUAN KEGIATAN MAKSIAT

PUTRAJAYA 19 JAN : Keputusan kabinet semalam yang menolak penubuhan Skuad Sukarelawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang baru dilancarkan di sini jelas menampakkan bahawa kerajaan Islam Hadhari sememangnya tidak memandang langkah pencegahan kegiatan maksiat sebagai penting.

Keputusan itu diambil selepas jemaah menteri berpendapat undang-undang sedia ada dan pemantauan pasukan penguat kuasa jabatan agama serta agensi lain sudah mencukupi menangani masalah moral rakyat dan isu keselamatan lain.

Apa yang menghairankan kita adalah kerajaan seringkali menyatakan bahawa bilangan penguatkuasa di negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan mencukupi sedangkan Jabatan Agama negeri-negeri sering memberikan alasan bahawa mereka tidak cukup kakitangan untuk menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan ini.

Sebagai contoh di Pulau Pinang, bilangan pegawai penguatkuasa adalah 15 orang sahaja sedangkan mereka terpaksa menjaga satu negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (gambar), berkata keputusan itu dibuat berdasarkan tindakan yang sama diambil berhubung penubuhan Pasukan Gerak Khas 4B atau Unit Khas Mat Skodeng di Melaka, tahun lalu.

Mwnurut Radzi kabinet tidak bersetuju dengan perbuatan mengintip dan kita tidak mahu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) melakukan perkara sama. Tindakan itu boleh dianggap mencabuli hak asasi manusia.

Hujah kabinet ini samalah dengan hujah orang kafir dan pelaku-pelaku maksiat yang sering menjadikan hak asasi manusia sebagai alasan mereka untuk melakukan maksiat. Hujah ini samalah dengan hujah golongan Sisters In Islam(SIS)dan Suruhanjaya Antara Agama (IFC). Jadi sudah jelas kepada kita bahawa kepada otak pemimpin Islam Hadhari samalah dengan SIS dan IFC.

Kelmarin, Pengarah Jabatan Agama Wilayah (Jawi) Che Mat Che Ali dilaporkan berkata, skuad itu walaupun tidak diberi kuasa menahan mereka disyaki melakukan kesalahan atau maksiat, akan membantu penguat kuasa Jawi yang ditugaskan meronda serta memberi risikan.

Buat permulaan, 75 anggota terdiri daripada wakil surau, kakitangan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan menyertai Skuad Sukarelawan MAIWP Putrajaya.

Mac tahun lalu, Unit Khas Mat Skodeng yang ditubuhkan kerajaan Melaka bagi membantu menangani gejala sosial dan jenayah di negeri itu, turut mencetuskan kontroversi dan berikutan itu Kabinet mengarahkan badan itu dibubarkan.

Badan Amal Makruf Nahi Mungkar (Badar) yang diperkenalkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 1996 bagi mencegah perbuatan maksiat juga dibubarkan pada Jun 1998 berikutan beberapa insiden penyalahgunaan kuasa di kalangan anggotanya.

Sementara itu, Menteri Penerangan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, berkata jemaah menteri terkejut dengan langkah Jawi menubuhkan skuad itu kerana beberapa bulan lalu Kabinet sudah membuat keputusan tegas mengenai perkara sama.

“Ini adalah tugas polis dan jabatan agama untuk menguatkuasakannya, bukan kerja orang yang tidak dilatih atau sukarelawan,” katanya.

Inilah mentaliti sebenar pemimpin-pemimpin Islam Hadhari yang faham bahawa kerja-kerja mencegah maksiat ini hanyalah tugas polis dan jabatan agama. Sedangkan di dalam Islam mencegah maksiat ini adalah tanggungjawab semua orang Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin yang ketika ini berada di Makkah, berkata beliau akan mendapatkan penjelasan pegawainya berhubung keputusan Kabinet itu.

"Saya perlu baca dulu apakah keputusan yang dibuat Kabinet. Saya baru mendapat tahu mengenai penolakan penubuhan skuad sukarelawan itu daripada anda. Sebaik saja saya pulang ke Malaysia, saya akan minta penjelasan daripada pegawai mengenai perkembangan terbaru itu," katanya ketika dihubungi dari sini.

Che Mat ketika dihubungi semalam pula menjelaskan Skuad Sukarela MAIWP bukan pasukan pengintip kegiatan maksiat.

"Skuad yang ditubuhkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ini hanya ada dua objektif, iaitu mengadakan kempen dan kegiatan bagi mengelakkan remaja terbabit dengan gejala sosial seperti dadah serta membantu mangsa bencana alam.

"Anggota skuad akan membantu mereka yang ditimpa malapetaka seperti yang dilakukan terhadap mangsa kebakaran di Kampung Kerinchi, baru-baru. Ini bukan skuad skodeng," katanya.

Che Mat yang juga Setiausaha MAIWP berkata, Skuad Sukarelawan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengatur strategi menangani masalah sosial terutama di kalangan remaja.

"Hasrat kita adalah untuk membuat program kerjasama bagi mengembalikan remaja yang hanyut ke pangkal jalan," katanya.

Kita seringkali melihat bahawa apa juga usaha untuk menangani gejala sosial dan maksiat ini tidak mendapat sokongan dari kerajaan Islam Hadhari. Malah mereka bukan sahaja tidak menyokong bahkan menghalang usaha tersebut. Lebih malang lagi pada masa yang sama kerajaan Islam Hadhari ini pula menaja dan menyokong sebarang program-program menggalakkan maksiat seperti konsert, pertandingan nyayian dan sebagainya.

Sementara itu, Ketua DPP Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman menggesa seluruh rakyat Malaysia Umno supaya jangan bersekongkol dengan kerajaan Islam Hadhari yang jelas lebih cenderung menganjur dan menggalakkan program maksiat.

"Andaikata kita semua terus memberikan sokongan kepada kerajaan Islam Hadhari ini kita takut dosa mereka akan kita kongsi bersama" jelas Hj Salamat.

"Oleh itu mereka ini mesti ditolak dalam pilihanraya umum 2007/2008 akan datang" jelas Hj Salamat yang juga merupakan Bendahari DPP Negeri Melaka.

Read More...

APA JADI DENGAN KERAJAAN NEGERI MAJU SELANGOR

BUKIT KATIL 19 JAN : Kebelakangan ini satu demi satu kelemahan kerajaan negeri Selangor didedahkan media terutama TV3. Malam tadi TV3 mendedahkan bahawa satu projek pembinaan Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah didirikan di satu kawasan di sekitar penempatan orang asli iaitu Kg Gerachi, tidak mendapat kebenaran kerajaan negeri. Kem itu telah hampir siap sepenuhnya tetapi kini ianya terbiar dan bangunannya telah rosak.

Projek tersebut diusahakan oleh Koperasi Orang Asli dan sebuah Syarikat Swasta di atas sekeping tanah tanah kawasan tadahan hujan. Apa yang menghairankan kita ialah mengapa kerajaan negeri melalui agensinya serta Pejabat Daerah tidak sedar sehingga kem itu telah siap didirikan. Kejadian ini menampakkan kelemahan ketara kerajaan negeri dalam langkah penguatkuasaannya.

Malam tadi juga TV3 mendedahkan kelemahan agensi penguatkuasaan kerajaan tempatan di apabila tanah persediaan di sekitar Sg. Long telah diceroboh oleh syarikat pelupusan sampah. Menurut tuan tanah, aduan telah di buat beberapa kali sebelum ini tetapi tiada tindakan di ambil.

Sebelum itu isu lesen balak di kawasan hutan di Hulu Langat didedahkan kepada TV3.

Menteri Besar, Dato' Seri Khir Toyo dalam laporan itu mengakui kelemahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan beliau akan mengarahkan PBT untuk menghantar kakitangannya untuk berkursus bagi meningkatkan kecekapan masing-masing.

Read More...

TEMPAT CERAMAH MAT SABU BERTUKAR.

BUKIT KATIL 19 JAN : Ceramah Naib Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu yang dijadualkan pada 25 Jan ini bertukat tempat dari Markaz PAS Paya Dalam ke Markaz PAS Solok Gaung.

Pengarah Majlis Tindakan Dun Ayer Molek, Jaafar Ahmad memberitahu blog ini bahawa pihak penganjur terpaksa membuat pertukaran tempat kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sementara itu pada sebelah petang iatu jam 3.00 petang, 25 Jan tersebut Hj Mohamad Sabu akan menghadiri jamuan hi-tea dan akan menyampaikan ceramah motivasi pilihanraya di Markaz PAS Bukit Baru.

Read More...

ISU NUKLEAR : IRAN BERI AMARAN KEPADA BARAT

BERLIN 19 JAN : Kempen berterusan barat untuk menghentikan program nuklear Iran tidak menampakkan kesan kerana Iran tetap tegas dengan pendiriannya bahawa program nuklear mereka bukan bertujuan untuk ketenteraan.

Semalam Menteri Luar Iran, Manouchehr Mottaki memberi amaran kepada negara Britain, Perancis dan Jerman yang giat berusaha untuk membawa kes Iran ke PBB di New York, supaya jangan mengambil langkah tergesa-gesa. Beliau berharap Eropah memahami mesej Iran yang sangat jelas dan berterus terang.

Mottaki juga yakin negaranya tidak akan dirujuk kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung program nuklearnya yang mencetuskan kontroversi.

``Dengan mengambil kira konteks semasa, kemungkinan kes Iran dibawa kepada Majlis Keselamatan adalah tipis,'' kata beliau menurut laporan agensi berita rasmi IRNA semalam.

Seorang lagi pegawai Iran turut mengulangi ugutan bahawa sekiranya Iran dirujuk kepada Majlis Keselamatan, pemeriksa PBB pada IAEA tidak lagi akan dibenarkan memasuki kemudahan nuklear Iran.

Sementara itu jurucakap keselamatan Iran menyatakan bahawa negaranya akan menyambung semula kerja penulenan uranium yang dibekukan buat masa ini.Penulenan uranium menghasilkan sumber tenaga untuk reaktor nuklear tetapi boleh diperluaskan untuk dijadikan teras senjata nuklear.

``Jika kes kami dibawa kepada Majlis Keselamatan, sama ada sebagai satu amaran atau untuk menambah kuasa ketua IAEA atau memutuskan sekatan, kerajaan Iran tidak lagi akan membekukan aktiviti nuklear,'' tegas Hossein.

Katanya, Iran juga akan menghentikan pelaksanaan protokol tambahan kepada Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) yang memberi kebebasan kepada pemeriksa IAEA dalam menjalankan siasatan.

``Ini bermakna kerjasama kami dengan IAEA akan dikurangkan dan agensi itu tidak mahu perkara ini berlaku,'' tegas Hossein.

Presiden PAS dalam suratnya kepada kerajaan Iran sebelum ini menyatakan sokongan kepada program nuklear Iran yang jelas tidak digunakan untuk tujuan ketenteraan.

Read More...

SNUKER DIBENARKAN DI KELANTAN DENGAN SYARAT TIADA UNSUR JUDI DAN PERGAULAN BEBAS

KOTA BHARU 19 Jan. - Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam mengumumkan bahawa permainan snuker dan biliard dibenarkan oleh kerajaan negeri secara bersyarat.

Di antara syarat-syaratnya ialah perlu wujud pengasingan antara lelaki dan perempuan, tiada unsur-unsur perjudian dan waktu operasi antara jam 10 pagi hingga 11 malam. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, langkah menarik balik larangan tersebut dibuat selaras dengan usaha dakwah secara berhikmah yang dilakukan oleh kerajaan negeri.

Dewan Pemuda PAS Kawasan menyokong penuh keputusan kerajaan negeri Kelantan ini kerana sebenarnya snuker dan billiard adalah sama seperti sukan lain yang sepatutnya tidak dikaitkan dengan unsur perjudian.

"Sukan lain pun kalau ianya dikaitkan dengan judi juga mesti diharamkan. Bolasepak juga sering dikaitkan dengan judi iaitu bertaruh dan sebagainya" ujar Khairuddin Ismail Setiausaha DPP Kawasan yang dihubungi pagi ini.

"Kita mengharapkan kerajaan negeri dapat mengawal permainan ini supaya tanggapan orang ramai yang sukan ini sering dikaitkan dengan judi dan maksiat adalah tidak benar" tambah Khairuddin lagi yang juga merupakan AJK PAS Kawasan Bukit Katil.

Read More...

TIADA BERITA TENTANG HASIL PERTEMUAN MENTERI BUKAN ISLAM DAN YANG BERAGAMA ISLAM TENTANG PERKARA 121 (1A)

BUKIT KATIL 18 JAN : Berita TV3 1.30 petang ini tidak menyentuh langsung hasil perbincangan antara menteri bukan Islam dan yang beragama Islam yang dilangsung hari ini. Berita TV3 semalam melaporkan bahawa perbincangan tersebut dijadualkan berlangsung sebelum mesyuarat mingguan kabinet.

Untuk rekod, 32 orang Menteri Kabinet Malaysia yang diketuai oleh PM, seramai 10 orang adalah bukan Islam iaitu seorang Hindu iaitu Dato' Seri Samy Vellu, lima Buddha/Tao iaitu Ong Ka Ting, Fong Chan Onn, Lim Keng Yaik, Chan Kong Choy, Chua Soi Lek manakala empat Kristian iaitu Maximus Ongkili, Bernard Dompok, Peter Chin, Leo Michael Toyad.

Berita TV3 itu juga tidak menyatakan samada pindaan kepada perkara 121 (1A) ini dibincangkan di dalam mesyuarat kabinet hari ini.

Mungkinkah ianya telah dibincangkan tetapi berita mengenainya tidak disiarkan.

Read More...

MEMORANDUM KEPADA MAJLIS RAJA-RAJA, BANTAH DESAKAN PINDA PERKARA 121 (1A)


Dipetik dari Malaysiakini

KUALA LUMPUR 18 JAN : Dewan Pemuda PAS akan menghantar memorandum kepada Raja-Raja Melayu pada 25 Januari ini untuk membantah desakan supaya dipinda Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, memorandam itu akan disampaikan melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu pada jam 11 pagi hari berkenaan.

Menurutnya, penyerahan memorandum itu adalah sebahagian daripada kempen anjuran Pemuda PAS di seluruh negara bagi menjelaskan kepada rakyat mengapa desakan pindaan tersebut perlu ditentang.

Katanya, kempen tersebut akan dimulakan Jumaat ini dengan perhimpunan di Masjid Negara sebelum berarak ke ibupejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Satu memorandam akan dihantar kepada Suhakam bagi menyatakan bantahan terhadap usaha-usaha menghapuskan hak umat Islam yang sudah termaktub di dalam perlembagaan negara,” katanya kepada malaysiakini hari ini.

Menurut Salahuddin lagi, kempen tersebut akan dilancarkan secara rasmi di ibupejabat PAS di Taman Melewar pada 25 Januari yang dijangka dihadiri oleh kira-kira 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Melayu.

"Dalam perhimpunan itu, kita menjemput semua pemimpin badan bukan kerajaan umat Islam untuk berucap bagi mempertegaskan sikap masing-masing terhadap perkara itu," katanya.

Menurutnya, antara NGO yang telah menyatakan sokongan terhadap kempen tersebut ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia.

Perbezaan ideologi

Salahuddin berkata, semua pihak yang berkaitan dengan kepentingan Islam dan Melayu, termasuk Pergerakan Pemuda Umno akan dijemput untuk bersama-sama menghadiri perhimpunan tersebut.

“Semua pihak dialu-alukan menyertai perhimpunan dan kempen ini, kerana isu ini mengatasi batas ideologi politik.

"Perkara ini mencabar maruah dan harga diri semua umat Islam, tidak kira PAS, Umno atau mana-mana pihak sekalipun. Perbezaan politik tidak lagi menjadi perhitungan kerana semua umat Islam akan menanggung kesan buruk jika Perkara 121 (1A) itu dipinda," jelasnya.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Krian berkata, desakan pindaan itu, jika menjadi kenyataan, akan membunuh kuasa Mahkamah Syariah.

“Jika pindaan dibuat, mahkamah sivil boleh memansuhkan keputusan mahkamah Syariah sehingga ke peringkat tidak ada makna lagi mahkamah Syariah bersidang untuk membuat apa jua keputusan,” jelasnya

Kempen ini katanya, akan meliputi pelbagai program seperti ceramah penerangan, forum dan diskusi.

"Kita akan berusaha untuk mengambil semua pendekatan dalam cara aman bagi memperjuangkan kedaulatan mahkamah Syariah dan menolak desakan pindaan tersebut,” tegas beliau.

Read More...

JANGAN CUBA SENTUH KEDAULATAN ISLAM

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Media hari ini melaporkan bahawa usaha pihak tertentu untuk meminda perlembagaan negara semakin serius. Laporan itu menyebut bahawa MIC meminta kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan sedia ada bagi memastikan hak orang bukan Islam di negara ini akan lebih terpelihara.

Ketua DPP Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman memberikan amaran kepada pemimpin MIC dan parti bukan Islam lain supaya jangan cuna menyentuh perkara berkenaan kedaulatan Islam.

"Kita tidak mahu suasana harmoni yang ada sekarang terjejas" kata beliau.

"Perlembagaan yang ada sekarang adalah digubal di Parlimen dan ianya sah setelah dibahaskan dan diluluskan di Parlimen. Selain itu undang-undang Islam yang ada di dalam negara kita ini jelas hanya berkuatkuasa untuk orang Islam sahaja. Tidak timbul bahawa orang bukan Islam mesti tunduk kepadanya" ujar Hj Salamat dengan panjang lebar.

"Kita juga ingin mempertikaikan kenapa bahawa sekarang ianya dilihat tidak adil, sedangkan ianya telah lama diterimapakai di negara kita ini" tambah Hj Salamat dengan nada kesal.

Hari ini akhbar Utusan Malaysia menyiarkan bahawa Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, pendirian yang diambil oleh parti itu adalah hasil daripada pertemuan dengan Majlis Perundingan Agama yang dianggotai oleh wakil agama Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh di pejabatnya semalam.

Katanya, beliau dan wakil setiap agama terbabit bercadang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan lebih lanjut berhubung perkara tersebut.

Beliau buat pertama kali mengulas mengulas kontroversi kes pendaki Everest, Sarjan M. Moorthy atau Mohamad Abdullah yang memeluk Islam sebelum kematiannya tanpa pengetahuan isteri beliau yang masih beragama Hindu.

Ekoran daripada kontroversi itu beberapa pihak termasuk pertubuhan agama telah meminta kerajaan meminda perlembagaan negara supaya Mahkamah Sivil boleh mendengar perkara mengenai Islam apabila seorang daripada pihak terlibat bukan Islam.

Samy berkata, satu laporan mengenai perkara itu (pindaan) sedang dibuat dan apabila telah siap ia akan dikemukakan kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata pandangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan itu seharusnya dijadikan satu jalan penyelesaian yang wajar dipertimbangkan oleh kerajaan.

``Jika tidak ia boleh menjejaskan perpaduan kaum di negara ini.

``Kita mahu satu keputusan yang akhirnya kita bukan sahaja dapat duduk bersama setakat satu tahun atau dua tahun tetapi untuk selama-lamanya,'' ujarnya.

Ketika ditanya mengenai undang-undang yang dikatakan tidak memelihara hak orang bukan Islam beliau berkata, antaranya ialah keluarga bukan Islam tidak berpeluang untuk mengetahui ahli keluarga mereka yang masuk Islam.

``Satu masalah lagi ialah terdapat undang-undang Islam di negeri-negeri yang menetapkan seorang yang telah memeluk Islam secara automatik anak-anak mereka turut beragama Islam,'' ujarnya.

Dalam pada itu beliau turut menjelaskan pindaan yang dicadangkan itu tidak akan menjejaskan kedudukan Islam sebagai agama rasmi.

``Kita tahu Islam adalah agama rasmi tetapi kita mahu juga hak-hak orang bukan Islam sentiasa dipelihara supaya setiap masalah yang berbangkit dapat diselesaikan,'' tambahnya.

Di bawah ini di siarkan jawapan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Syariah Malaysia, Hj Muhammad Burok berkenaan beberapa kekeliruan di atas. Ia dipetik dari temuramah beliau dengan akhbar The Sun yang dimuatkan di dalam Blog Roslan SMS.

Wakil akhbar tersebut Husna Yusop bertanya pada Hj Muhammad:


Kata PM perkara-perkara berhubung penukaran agama perlulah diperjelaskan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dikalangan rakyat Malaysia. Apa komen anda?

Jawab Hj Muhammad:

Firstly is there really a confusion? (Pertama sekali benarkah terdapat kekeliruan itu?
If there is why is there so? (Jika ada mengapa demikian?)
Which part is confusing? (Bahagian yang manakah yang mengelirukan itu?)

We have the Federal Constitution which clearly provides for our rights with respect to the right to follow the religion of our choice. Why do we say there is still confusion or some vague matters here? (Kita memiliki Perlembagaan Persekutuan yang jelas memperuntukkan hak kita berhubung agama pilihan masing-masing. Mengapa kita katakan terdapat kekeliruan atau perkara-perkara yang tidak jelas dalam hal ini?)

Tell me where is the confusion so that we can tackle the matter specifically. All this while we have written laws and there has been no confusion all along. (Nyatakan pada saya dimanakah kekeliruan itu supaya kita boleh mengatasinya secara spesifik. Selama ini kita memiliki undang-undang bertulis dan ianya tidak pernah sekali-kali mewujudkan kekeliruan sedemikian)

But suddenly Moorthys case came up and because of this one single case, because some people are playing up the issue, now everyone is saying there is confusion. This is really disappointing. (Tetapi tiba-tiba apabila kes Moorthy muncul, hanya kerana satu kes ini, lantaran tekanan beberapa pihak yang memainkan isunya, kini kita katakana terdapat kekeliruan. Ini sungguh menyedihkan).

Dalam temuramah panjang-lebar tersebut saya kira Haji Muhammad telah berjaya mengemukakan hujah-hujah dan alasan yang padat mempertahankan akan perlunya Perkara 121 (1) (A) itu untuk terus kekal berada dalam Perlembagaan Persekutuan. Saya akan cuba memuatkan lai beberapa petikan temuramah itu untuk manfaat kita semua.

Menurut Hj Muhammad Perkara tersebut perlu dikekalkan dan tidak patut dipinda oleh kerana:

Article 121 (1)(A) is the demarcation of jurisdiction from syariah court and civil court. The article is actually the umbrella section or principle. (Perkara 121 (1)(A) ini adalah sempadan yang memisahkan antara bidangkuasa mahkamah syariah dan mahkamah sivil. Ia sebenarnya adalah peruntukkan yang memayungi maksud Perkara tersebut ataupun perkara pokoknya).

It says since the power regarding conversion to Islam lies within the syariah court, the civil court has no jurisdiction over it. That is what it is. The power regarding conversion to Islam lies within the syariah court not the civil court. (Oleh kerana dengan jelas termaklum bahawa kuasa berkenaan proses memeluk Islam itu adalah kuasa mahkamah syariah, maka mahkamah sivil tidak memiliki hak. Itu yang sebenarnya. Kuasa berhubung proses memeluk Islam terletakj pada mahkamah syariah dan bukannya mahkamah sivil)

Syukur kerana masih ada individu dan kumpulan yang berani berdiri mempertahankan dan memperkatakan yang hak, dalam keadaan pihak lain membisukan diri. Saya yakin dan percaya akan semakin ramai yang sanggup dan berani berdiri di belakang Hj Muhammad dan rakan-rakan dalam hal ini sebaik sahaja mereka faham akan isunya insyallah. Dan saya ulangi ini bukan isu politik tetapi isu maruah dan martabat agama yang sepatutnya dipertahankan oleh semua pihak tanpa mengira perbezaan fahaman politik ataupun kepentingan.

Read More...

SAMPAI BILA UMAT ISLAM AKAN DIPERMAINKAN

BUKIT KATIL 18 JAN : Sampai bilakah umat Islam di Malaysia akan dipermainkan?. Persoalan ini berlegar-legar di fikiran kita berikutan beberapa peristiwa yang menunjukkan mereka dipermain-mainkan.

Seminggu dua ini heboh diperkatakan bahawa ada pihak-pihak tertentu yang sedang berusaha untuk meminda perkara 121 (A) perlembagaan negara yang dikatakan tidak adil kepada orang bukan Islam di Malaysia.

Selepas riuh pula satu negara pasal ayam Dinding yang dikatakan tidak di proses mengikut cara Islam. Semalam timbul pula cerita ikan air tawar jenis patin, tilapia dan keli Afrika ternakan kolam yang didapati menggunakan daging babi dan isi perut ayam sebagai bahan makanan.

"Ikan yang diternak seperti itu haram hukumnya jadi orang ramai perlu memastikan ikan air tawar yang dibeli atau dimakan adalah dari kolam yang tidak mengamalkan perbuatan seperti itu," kata Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIP), Jamry Sury.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai operasi memeriksa tiga pusat ternakan ikan air tawar di Tronoh, Papan dan Batu Gajah di Perak, yang didapati menggunakan rebusan daging babi, sisa ayam dan tahi ayam sebagai bahan makanan utama ikan yang diternak.

"Masalahnya ialah kita tidak dapat bertindak terhadap penternak terbabit. Kita hanya boleh memeriksa dan memantau serta mengeluarkan nasihat kepada orang ramai supaya menghindari ikan yang dikeluarkan oleh penternak ini," katanya.

Jamry berkata, siasatan mendapati ikan patin yang dikeluarkan oleh tiga pengusaha terbabit turut dieksport dan dibekalkan ke pasaran tempatan, terutama di Pahang kerana harga ikan patin di negeri itu lebih mahal.

Katanya, maklumat yang diperolehi mendapati pengusaha terbabit membekalkan ikan patin ke Pahang untuk diternak semula di dalam sungai selama sebulan bagi menghilangkan baunya sebelum dipasarkan ke restoran ikan sungai yang terkenal di negeri itu.

Ternak secara haram

Menurut laporan Bernama, Jamry berkata, kolam ternakan ikan itu diusahakan secara haram di tanah kerajaan dan perkara itu akan diambil tindakan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Kinta Selatan.

"Kita juga telah memaklumkan kepada Jabatan Perikanan dan Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Jamry berkata, pemeriksaan ke kolam itu dijalankan oleh JAIP sejak dua minggu lalu setelah mendapat maklumat daripada orang ramai dan JAIP berharap orang ramai yang mempunyai maklumat serupa agar memaklumkannya supaya dapat dibuat pengesahan.

"Kita berharap melalui pendedahan ini, orang ramai dan para pengusaha restoran akan menyiasat terlebih dahulu ikan tawar ternak yang ingin dibeli. Jangan beli jika ikan dibekalkan pengusaha dari kawasan berkenaan kerana ada banyak lagi penternak lain," katanya.

Sementara itu, pemberita yang mengikut pemeriksaan itu turut melihat longgokan tulang babi serta bulu babi di tepi kolam dan berhampiran beberapa buah dapur tempat merebusnya. Kawasan berkenaan berbau busuk dan hanyir.

Terdapat lebih 10 buah kolam di tiga buah pusat ternakan itu yang terletak di kawasan bekas lombong yang agak tersorok.

Cepat membesar

Jamry berkata, pihaknya gagal mengesan pemilik tiga buah pusat berkenaan tetapi beberapa pekerja Indonesia yang ditemui mengesahkan mereka diarah merebus daging babi dan sisa ayam sebagai bahan makanan.

Salah seorang pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Wiranto berkata bahan rebusan itu mempercepatkan pembesaran ikan.

"Kalau diberi makanan biasa, ikan hanya besar dan boleh dipasarkan selepas diternak kira-kira setahun tetapi dengan menggunakan ramuan itu hanya tiga bulan sahaja diperlukan bagi ikan cukup saiz untuk ditangkap," dakwanya.

Apa yang pasti perbuatan penternak terbabit sangat mendukacitakan kerana mereka tidak menghormati umat Islam dan juga pengguna lain.

Persoalannya sekarang sampai bilakan umat Islam dipermainkan. Di sudut politik orang Islam di permainkan dengan di sogok dengan duit ketika pilihanraya, dari segi ekonomi umat Islam jauh ketinggalan, di sudut makanan pula banyak pengusaha makanan tidak menghiraukan sensiviti umat Islam. Malah yang lebih bahaya undang-undang yang menjamin kedaulatan Islam juga cuba diganggu gugat oleh golongan tertentu.

Read More...

SIASAT MENGAPA BERLAKUNYA GANGGUAN BEKALAN UBAT

BUKIT KATIL 17 JAN : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menggesa Kementerian Kesihatan menyiasat mengapa berlakunya gangguan bekalan ubat kepada hospital kerajaan. Perkara dipandang serius kerana kita tidak mahu ketiadaan bekalan ubat yang mencukupi menjejaskan proses rawatan terutama kepada pesakit yang menghidap sakit kronik.

Media hari ini melaporkan bahawa Kementerian Kesihatan mengakui berlakunya gangguan bekalan produk perubatan seperti ubat-ubatan tertentu di beberapa hospital kerajaan di negara ini.

Namun, Timbalan Menterinya Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata gangguan bekalan itu tidak serius.

"Memang ada berlaku gangguan yang berpunca daripada pihak pembekal yang telah dilantik dan bukan disebabkan oleh syarikat pemegang konsesi," katanya ketika ditanya sama ada kementerian menerima sebarang aduan berhubung perkara itu.

Syarikat pemegang konsesi, Pharmaniaga Berhad merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang juga anak syarikat United Engineers (M) Berhad dan telah mendapat konsesi bagi membekalkan pelbagai bekalan perubatan bernilai RM336 juta untuk tempoh 2004 hingga 2006.

Menurut Bernama, sebelum itu, Abdul Latiff merasmikan"Forum dan Pameran Perniagaan Industri Herba Cenar" di Auditorium, Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya di Kuala Lumpur hari ini.

"Kita takut adanya unsur sabotaj yang mungkin disebabkan hal-hal tertentu." ujar Hj Salamat Ketua DPP Kawasan ketika diminta mengulas isu ini.

"Kalau tidak silap mungkin ini kes pertama melibatkan perkara ini. Oleh itu ianya mesti disiasat secara mendalam" tambah beliau yang juga Bendahari DPP Negeri Melaka.

Read More...

PIHAK BERKUASA DI PAHANG TURUTI MELAKA ARAHKAN PASTI DITUTUP

TEMERLOH 17 JAN : Majlis Daerah Bera hari ini menuruti langkah 'saudara' mereka di Melaka yang berniat jahat untuk menutup institusi pendidikan pra-sekolah kepunyaan PAS iaitu PASTI.

Harakahdaily hari ini melaporkan bahawa Majlis Daerah Bera mengeluarkan notis arahan pemberhentian operasi ke atas sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti)di Felda Sebertak. Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) Dewan Pemuda PAS Pahang sedang mengkaji notis tersebut sebelum mengambil sebarang langkah susulan.

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia DPP Negeri Pahang, Fadli Ramli berkata, pihaknya telah menulis surat meminta MDB tidak menghalang opersi Pasti berkenaan berasaskan pekeliling Kementerian Pelajaran berhubung garis panduan Tadika di samping kes Pasti masih di peringkat perbicaraan di Mahkamah Persekutuan.
Jelas Fadli, MDM dalam surat balasanya menjadikan faktor keselamatan sebagai alasan untuk menutup Pasti berkenaan.

Bagaimanapun berdasarkan maklumat semasa, pihaknya mendapati faktor keselamatan bukanlah alasan sebenar mengapa arahan tersebut dikeluarkan.

Ekoran itu pihaknya sekali lagi menulis surat kepada MDM supaya dapat mematuhi undang-undang sedia ada dan menunggu keputusan mahkamah persekutuan bersabit dengan Pasti. Sebelum ini 6 buah Pasti di Melaka telah disaman atas pelbagai alasan. Tetapi sehingga kini sudah beberapa kes berkenaan Pasti tersebut ditangguhkan.

“Pihak Lajnah bersedia mengkaji tindakan sesuai jika MDM meneruskan usaha menutup operasi Pasti berkenaan,” kata Fadli.

Difahamkan, Luham Pemuda PAS Pahang turut terlibat dalam beberapa kes mahkamah khususnya membabitkan isu-isu perundangan melibatkan PAS dan golongan terniaya seperti mengambil tindakan sivil terhadap Ketua Polis daerah Rompin serta kes jurulatih merogol pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu baru-baru ini.

Fadli sendiri menjadi peguam pemerhati bagi pihak mangsa dalam kes tersebut yang berakhir dengan jurulatih berkenaan dikenakan hukuman 12 tahun penjara serta tiga sebatan.

Menurut Fadli, pihaknya sedang mengkaji untuk memfailkan saman terhadap Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) dan Kerajaan Malaysia di atas kecuaian sewaktu program berkenaan sehingga berlakunya kes membabitkan jurulatih dan pelatih.

“Pihak Luham sedang mengkaji untuk memfailkan saman terhadap Majlis Latihan Khidmat Negara dan Kerajaan Malaysia di atas kecuaian sehingga berlakunya kes rogol membabitkan jurulatih berkenaan.

“Bagi tujuan itu pihak Luham perlu mendapatkan ‘Dana’ bagi membayai kes berkenaan,” ujar Fadli.

Sementara itu, Setiausaha DPP Kawasan Bukit Katil; Khairuddin Ismail berkata bahawa penyakit hasad dengki kepada Pasti telah menular ke Pahang.

"Mereka ini sebenarnya sakit hati dengan sambutan baik yang diterima oleh Pasti di mana semakin ramai ibu bapa yang menghantar anak mereka Pasti berbanding Tadika Kemas dan Tadika lain." ujar Khairudin yang juga merupakan seorang pendidik.

"Itulah sebenarnya sebab utama mengapa golongan ini sentiasa mencari jalan untuk menutup Pasti" tambah Khairudin lagi.

Read More...

ANTARA SERBAN ORANG ISLAM DAN SERBAN ORANG SIKH

Memang terdapat perbezaan jelas antara serban orang Islam dan serban orang sikh. Biasanya serban orang Islam ada ekor dan kadang-kadang ianya juga tidak berekor. Manakala serban orang sikh memang tiada ekor.

Serban orang Islam akan diikat dengan pelbagai cara. Namun yang pasti telinga pemakainya tidak ditutup walaupun sedikit. Tetapi serban orang sikh, hampir separuh dari telinga pemakainya ditutup oleh serban.

Apa yang pasti orang Islam memakai serban kerana ianya adalah sunnah Nabi Mohammad S.A.W. Walaupun ianya tidak wajib namun orang Islam amat digalakkan untuk memakainya.

Saya tidak berniat untuk memanjang cerita tentang perbezaan serban orang Islam dan Sikh ini. Apa yang penting yang hendak saya utarakan di sini ialah diskriminasi yang di hadapi oleh orang Islam yang memakai serban. Pernah terhadi beberapa tahun lepas seorang murid sekolah rendah tidak dibenarkan meneruskan pengajian di sekolah kerajaan kerana memakai serban.

Manakala hari ini seorang pelajar di Perak berketurunan Sikh, Ranveer Singh dibenarkan meneruskan pengajian di sebuah sekolah di sana setelah beliau menghantar bantahan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Perak setelah beliau dibenarkan berbuat demikian oleh Pengetua sekolahnya.

Di mana keadilan kepada Islam?

Read More...

BENARKAH ADA KEKELIRUAN DALAM PERKARA 121 (1) (A)

Oleh : Roslan SMS

Isu ini masih tergantung diawang-awangan, masing-masing pihak berwajib memilih untuk menyelamatkan diri. Kata Dollah Badawi:

Banyak yang perlu diperjelaskan untuk mengelakkan kekeliruan

Manakala Najib Tun Razak pula berkata:

Sebarang perubahan terhadap cara mahkamah mengendalikan kes yang melibatkan masyarakat Islam dan bukan Islam akan mengambil kira kepentingan kedua-dua pihak . Ia walaubagaimanapun tidak akan menjejaskan status ataupun pentadbiran undang-undang dalam negara.

Perkara 121(1) (A) Perlembagaan Persekutuan sebenarnya memelihara kewibawaan dan status mahkamah syariah sebagai satu-satunya institusi kehakiman yang berhak dan layak membicarakan dan mendengar perkara-perkara dan pertikaian yang timbul berkaitan perlaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang syariah dalam negara.

Perkara tersebut berbunyi:

The courts referred to in Clause (1) shall have no jurisdiction in respect of any matter within the jurisdiction of the Syariah courts

Mahkamah-mahkamah yang dimaksudkan dalam Perenggan (1) tidak memiliki bidangkuasa dalam sebarang perkara yang termasuk di bawah bidangkuasa mahkamah-mahkamah syariah.

Meniadakan atau memansuhkan Perkara ini sebagaimana didesak oleh DAP dan NGO-NGO bukan Islam bermakna membuka ruang untuk mahkamah sivil menyemak dan campurtangan di dalam urusan mahkamah syariah. Apabila ini berlaku bermkna hilanglah kebebasan dan kewibawaan mahkamah syariah dan sekaligus meletakannya di bawah kawalan mahkamah sivil.


Hj Muhammad Burok

Dan sekiranya ini berlaku sudah pastilah kedudukan Islam akan menjadi longgar dan boleh sahaja dicabar pada bila-bila masa oleh mereka yang memiliki kepentingan tanpa menghiraukan impaknya kepada agama Islam itu sendiri maupun penganutnya.

Salah seorang pengamal undang-undang yang dilihat bersungguh mempertahankan Perkara 121 (1) (A) ini adalah Tuan Hj. Muhamad Burok, Presiden Persatuan Peguam-peguam Syariah Malaysia. Saya berkesempatan berjumpa dengan beliau ketika kes Allahyarham Sarjan Mohammad Abdullah a.k.a Moorthy dibawa ke Mahkamah Tinggi Rayuan Khas, ketika itu Hj. Muhammad duduk sebagai mewakili persatuannya.

Sebelum mahkamah bersidang, Hj Muhammad memberitahu saya bahawa beliau menganggap kehadirannya sebagai mewakili umat Islam yang prihatin dalam isu ini. Perjuangan mempertahankan Islam dalam gelanggang perundangan seumpama ini perlu dilakukan dan beliau memohon sokongan dan dokongan dari semua pihak demi mempertahankan maruah dan keunggulan Islam itu sendiri.

Isu ini sungguh sensitif dan akan rugilah Islam apabila umatnya hilang kepekaan dan memandang remeh isu genting ini.

Dalam akhbar THE SUN 15 Januari lalu, terdapat temuramah eksklusif dengan Hj Muhammad yang sungguh menarik dan perlu dibaca oleh semua masyarakat Islam bagi mendapat gambaran sebenar akan isu ini.

Wakil akhbar tersebut Husna Yusop bertanya pada Hj Muhammad:

Kata PM perkara-perkara berhubung penukaran agama perlulah diperjelaskan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dikalangan rakyat Malaysia. Apa komen anda?

Jawab Hj Muhammad:

Firstly is there really a confusion? (Pertama sekali benarkah terdapat kekeliruan itu?)

If there is why is there so? (Jika ada mengapa demikian?)
Which part is confusing? (Bahagian yang manakah yang mengelirukan itu?)


We have the Federal Constitution which clearly provides for our rights with respect to the right to follow the religion of our choice. Why do we say there is still confusion or some vague matters here? (Kita memiliki Perlembagaan Persekutuan yang jelas memperuntukkan hak kita berhubung agama pilihan masing-masing. Mengapa kita katakan terdapat kekeliruan atau perkara-perkara yang tidak jelas dalam hal ini?)

Tell me where is the confusion so that we can tackle the matter specifically. All this while we have written laws and there has been no confusion all along. (Nyatakan pada saya dimanakah kekeliruan itu supaya kita boleh mengatasinya secara spesifik. Selama ini kita memiliki undang-undang bertulis dan ianya tidak pernah sekali-kali mewujudkan kekeliruan sedemikian)

But suddenly Moorthys case came up and because of this one single case, because some people are playing up the issue, now everyone is saying there is confusion. This is really disappointing. (Tetapi tiba-tiba apabila kes Moorthy muncul, hanya kerana satu kes ini, lantaran tekanan beberapa pihak yang memainkan isunya, kini kita katakana terdapat kekeliruan. Ini sungguh menyedihkan).

Dalam temuramah panjang-lebar tersebut saya kira Haji Muhammad telah berjaya mengemukakan hujah-hujah dan alasan yang padat mempertahankan akan perlunya Perkara 121 (1) (A) itu untuk terus kekal berada dalam Perlembagaan Persekutuan. Saya akan cuba memuatkan lai beberapa petikan temuramah itu untuk manfaat kita semua.

Menurut Hj Muhammad Perkara tersebut perlu dikekalkan dan tidak patut dipinda oleh kerana:

Article 121 (1)(A) is the demarcation of jurisdiction from syariah court and civil court. The article is actually the umbrella section or principle.
(Perkara 121 (1)(A) ini adalah sempadan yang memisahkan antara bidangkuasa mahkamah syariah dan mahkamah sivil. Ia sebenarnya adalah peruntukkan yang memayungi maksud Perkara tersebut ataupun perkara pokoknya).

It says since the power regarding conversion to Islam lies within the syariah court, the civil court has no jurisdiction over it. That is what it is. The power regarding conversion to Islam lies within the syariah court not the civil court.
(Oleh kerana dengan jelas termaklum bahawa kuasa berkenaan proses memeluk Islam itu adalah kuasa mahkamah syariah, maka mahkamah sivil tidak memiliki hak. Itu yang sebenarnya. Kuasa berhubung proses memeluk Islam terletakj pada mahkamah syariah dan bukannya mahkamah sivil)

Syukur kerana masih ada individu dan kumpulan yang berani berdiri mempertahankan dan memperkatakan yang hak, dalam keadaan pihak lain membisukan diri. Saya yakin dan percaya akan semakin ramai yang sanggup dan berani berdiri di belakang Hj Muhammad dan rakan-rakan dalam hal ini sebaik sahaja mereka faham akan isunya insyallah. Dan saya ulangi ini bukan isu politik tetapi isu maruah dan martabat agama yang sepatutnya dipertahankan oleh semua pihak tanpa mengira perbezaan fahaman politik ataupun kepentingan.

Read More...

USAHA MEMINDA PERKARA 121 (A) PERLEMBAGAAN NEGARA DITERUSKAN

KUALA LUMPUR 17 JAN : Usaha pihak tertentu untuk mendesak perlembagaan negara perkara 121 (A) mendapat sokongan padu dari menteri-menteri yang bukan beragama Islam.

Berita Tengahari 1.30 petang hari ini melaporkan bahawa sebelum mesyuarat mingguan kabinet esok, satu pertemuan antara menteri-menteri bukan beragama Islam dan yang beragama Islam akan diadakan untuk membincangkan perkara ini.

Kebimbangan Ketua DPP Pusat, YB Salahuddin Ayub bahawa usaha untuk meminda perlembagaan ini nampaknya semakin terserlah. Adalah diharapkan menteri-menteri yang beragama Islam di dalam kabinet dapat mempertahankan undang-undang yang sangat penting ini.

Sementara itu, berita tersebut juga menyiarkan bahawa pelajar sikh di sebuah sekolah di Perak telah dibenarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perak untuk memakai serban dan tidak mencukur janggutnya. Sebelum Pengetua Sekolah pelajar tersebut, Ranveer Singh telah diarahkan oleh pihak sekolah supaya tidak memakai serban dan mencukur janggutnya.

Keputusannya jelas mengembirakan pelajar dan keluarganya. Kita tidak mempertikaikan keputusan ini kerana Malaysia mengamalkan kebebasan beragama di kalangan rakyatnya. Apa yang menjadi persoalannya ialah mengapa pelajar-pelajar Islam yang hendak memakai serban dan purdah tidak dibenarkan? Masih ingatkah kita semua tentang isu ini yang berlaku beberapa tahun lalu.

Read More...

AZMIN DEDAHKAN DOKUMEN PERLANTIKAN AGEN ISRAEL DALAM MAS

Dipetik dari Malaysiakini
KUALA LUMPUR 17 JAN : Masa untuk menjalankan siasatan! Itulah mesej Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali kepada kerajaan dengan mendedahkan dokumen-dokumen bagi menyokong dakwaannya mengenai pelantikan seorang bekas pegawai perisikan Israel berkhidmat di Penerbangan Malaysia (MAS).

Pada 24 Disember lalu, Azmin membuat beberapa dakwaan mengenai MAS, termasuk dakwaan pelantikan seorang juruperunding IT yang merupakan bekas ejen perisikan Israel dan beberapa individu lain dengan membayar gaji yang terlalu tinggi.

Ketika membuat dakwaan itu tempoh hari, Azmin enggan mendedahkan kepada media dokumen-dokumen tersebut. Sebaliknya, beliau memberi tempoh 24 jam kepada pihak kerajaan untuk memberi penjelasan mengenainya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Pertahanan, dilaporkan berkata, beliau tidak menyedari perkara tersebut, tetapi menegaskan, dakwaan Azmin akan disiasat. Azmin kemudiannya melanjutkan tempoh penjelasan tersebut sehingga tujuh hari.

Ketika memberi salinan dokumen-dokumen tersebut kepada malaysiakini baru-baru ini, Azmin berkata, beliau kecewa kerana Najib gagal memberi penjelasan mengenainya kepada umum.

Ekoran itu, katanya, beliau perlu mendedahkan dokumen-dokumen tersebut demi kepentingan keselamatan negara kerana ia membabitkan sebuah sektor yang strategik.

Tajaan visa

Salah satu dokumen tersebut merupakan salinan permohonan mendapatkan pas lawatan bagi bekas pegawai perisik Israedl tersebut yang berusia 41 tahun. Butiran peribadinya termasuk namanya (tidak disiarkan sehingga disahkan), maklumat mengenai pasport dan butiran maklumat diri.

Borang bertarikh 6 Disember 2005 itu, mengemukakan permohonan untuk mendapatkan ‘visa berulangkali perjalanan’ ke Malaysia. Ia ditaja oleh seorang pegawai kanan pengurusan operasi IT.

Lelaki itu dicatatkan sebagai warganegara Perancis, walaupun tempat kelahirannya ialah di bandaraya perindustrian Haifa di Israel.

Maklumat dirinya pula menyebut dia pernah bertugas sebagai pegawai berpangkat leftenan dalam unit perisikan tentera Israel di antara tahun 1983 dan 1988 serta telah mewujudkan seksyen yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang mempunyai kesan strategik terhadap negara berkenaan.

Azmin juga menyerahkan satu salinan dokumen yang mengesan rekod para pegawai MAS yang mempunyai akses kepada sistem data syarikat penerbangan tersebut. Ia menunjukkan lelaki berkenaan telah mengakses sistem tersebut, termasuklah ketika waktu tengah malam.

Azmin bagaimanapun mendakwa nama lelaki tersebut telah dibuang daripada sistem tersebut.

“Setakat yang saya tahu, identitinya telah dibuang daripada sistem MAS selepas pendedahan saya (tempoh hari). Sama ada dia telah diminta berhenti daripada syarikat tersebut ataupun identitinya telah diubah,” dakwanya lagi.

Beri penjelasan

Azmin juga mempersoalkan mengapa MAS membayar gaji yang terlalu tinggi kepada beberapa perunding IT setiap bulan, sedangkan penyumberan jabatan IT syarikat penerbangan itu telahpun dikendalikan oleh syarikat komputer gergasi IBM mulai 2003 untuk tempoh 10 tahun, yang bernilai AS$100 juta.

Beliau juga menunjukkan salinan kontrak perjanjian antara MAS dan seorang juruperunding warga Australia bertarikh 5 September tahun lalu. Juruperunding tersebut dibayar RM4,400 bagi setiap hari kontrak – atau kira-kira RM100,000 sebulan – untuk tempoh setahun, dengan pilihan kontrak itu dilanjutkan sehingga 12 bulan.

Tiga salinan invois berasingan – bertarikh antara Julai dan September tahun lalu, berjumlah RM298,202 – juga dikeluarkan kepada MAS oleh sebuah agensi perkhidmatan pekerjaan berpejabat di Kuala Lumpur. Invois tersebut adalah untuk bayaran perkhidmatannya mendapatkan tiga pegawai bagi syarikat penerbangan tersebut.

Menurut invois-invois tersebut, MAS membayar tiga pegawai berkenaan– seorang pengurus besar bagi perkhidmatan sokongan, seorang ‘enterprise architect’ dan seorang pengurus arkitek – masing-masing RM68,750, RM17,000 dan RM15,000 setiap bulan. Nama mereka juga disebut dalam dokumen tersebut.

Seorang pengurus kanan di jabatan perkhidmatan dan perancangan IT MAS, bertanggungjawab meluluskan perlantikan tiga pegawai berkenaan serta perlantikan seorang juruperunding warga Australia.

Azmin mempersoalkan mengapa jabatan berkenaan diwujudkan dan mengapa perlantikan itu dibuat sedangkan penyumberannya dilakukan oleh IBM, sambil menambah, MAS dan pihak kerajaan bertanggungjawab menjelaskan perkara tersebut.

Menurut laporan sebelum ini, di bawah persetujuan penyumberan itu, IBM akan menguruskan operasi harian jabatan IT MAS bagi meningkatkan prestasi perniagaan syarikat penerbangan itu.

Ditanya sama ada beliau memperolehi dokumen-dokumen tersebut dari orang dalam MAS, Azmin menjawab: “Itu bukan isunya [...] biar kita fokus kepada isu-isu lebih penting yang membabitkan kepentingan negara.”

MAS sebelum ini memberitahu malaysiakini yang pihaknya “tidak dapat memberi komen” berhubung dakwaan Azmin itu.

Syarikat penerbangan itu menjadi tumpuan bulan lalu berikutan isu pembelian tiga buah lukisan berharga RM1.55 juta dan melantik juruperunding asing – bekas kakitangan Air New Zealand, Chris Andrew – dengan bayaran RM7,525 sehari.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu dilaporkan berkata, pembelian lukisan tersebut merupakan satu pelaburan korporat dan dan perkhidmatan juruperunding diperlukan.

Bagaimanapun, Andrew telah meletakkan jawatannya lewat bulan. Pada masa ini, beliau merupakan pengurus besar kanan, yang mengendalikan maklumat teknologi mengenai keperluan penyumberan.

Read More...

PENGANUT ISLAM HADHARI BOLEH BUAT APA SAHAJA

Islam Hadhari tidak mengenal halal dan haram. Apa yang difikirkan baik maka baiklah bagi mereka. Samada nak menari ke, nak beronggen ke, nak ber'sewang' ke tiada masalah bagi mereka. Cuba kita rujuk kepada gambar di atas, iaitu gambar ADUN Bukit Ibam, Pahang; YB Ustaz Mohamad Sahfri Abdul Aziz sedang menari dengan gadis orang asli.(Gambar dipetik dari blog diari seorang mujahid)

Apabila seseorang sudah 'menganut' Islam Hadhari maka tidak kira ustaz ke, tok guru ke ia akan turut sama melakukan kerja-kerja yang tidak baik dan tidak bermoral. Sepatutnya Ustaz Sahfri berusaha untuk mendakwahkan orang asli tersebut supaya mengenali Islam (kalau belum Islam) bukannya turut sama menari dan beronggeng dengan mereka.

Tetapi ianya tidak menghairankan kita sebab yang penting bagi pemimpin Islam Hadhari ialah orang asli itu mesti diberi keseronokan supaya mereka lalai dan akhirnya akan tetap menyokong BN/Umno.

Read More...

KUNJUNGAN HORMAT PAS PAHANG TERHADAP KETUA POLIS PAHANG

KUANTAN 17 JAN : Rombongan Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang , di ketuai oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man membuat Kunjung Hormat terhadap Ketua Polis Negeri di Ibu Pejabat Kontijen Polis Negeri baru-baru ini.

Beberapa isu yang merangkumi soal politik , agama dan sosial dibincangkan dan persetujuan diambil dalam perbincangan yang berlansung dengan penuh mesra dan profesional .

Pihak PAS Pahang sangat berharap agar hubungan seperti ini dapat terus dipelihara bagi membentuk satu kerjasama profesional dan saling membantu bagi menangani isu sosial yang kian parah mutaakhir ini disamping demokrasi terus dipelihara tanpa kekangan yang tidak wajar.

Dipetik dari Blog diari seorang mujahid.

Read More...

RAKYAT MAKIN TERDESAK CUKAI TANAH NAIK

MUAR 17 JAN : "Ku harapkan sinar mentari tahun 2006 menyinari kegelapan tahun 2005, namun harapan tinggal harapan" begitulah keluhan dan rintihan rakyat di dua buah negeri apabila cukai tanah dinaikkan.

Di Melaka cukai tanah dinaikkan sebanyak 20 % manakala di Johor ianya lebih dahsyat. Setelah dibebankan dengan kenaikan harga minyak tahun lalu diikuti dengan kenaikan harga barangan, rakyat semakin ditekan dengan kenaikan cukai tanah ini. Dimanakan pergi slogan Tradisi Membela Rakyat yang pernah di laung-laungkan dahulu.

Penduduk di beberapa kampung di pedalaman daerah Muar yang hendak menjelaskan cukai tanah di Pejabat Tanah Daerah (PTD), Jalan Petrie, di sini, terkejut apabila kadar cukai tanah tahun ini dinaikkan sehingga 100 peratus.

Berikutan itu, ramai yang pulang semula ke rumah masing-masing kerana tidak membawa wang mencukupi untuk menjelaskan cukai yang naik mendadak tanpa sebarang pengumuman daripada pihak berkuasa.

Malaysiakini melaporkan bahawa seorang penduduk, Mohd Diah Hashim, 41, dari Kampung Pergam, Mukim Sungai Terap, berkata dia tidak menyangka cukai tanah tahun ini melambung naik sehingga 100 peratus.

Mohd Diah yang memiliki tanah seluas kira-kira 0.687 hektar dikenakan cukai sebanyak RM26 setahun sebelum ini.Bagaimanapun, katanya, dia terkejut apabila resit cukai yang dikeluarkan petugas di kaunter bayaran di PTD Muar berjumlah RM60.

Beliau turut kecewa kerana kenaikan cukai itu tidak diumumkan terlebih sehingga menimbulkan kesulitan kepada penduduk terutama mereka yang tinggal di pedalaman. Inikah balasan mereka kepada rakyat yang memberikan mandat kepada mereka untuk memerintah dalam Pilihanraya Umum lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Raya, A Rahim Tarakom, berkata beliau menerima aduan kira-kira 10 penduduk kampung yang mendakwa cukai tanah naik ketika membayar cukai di PTD sejak seminggu lalu.

Katanya, pagi semalam beliau dikunjungi tujuh penduduk yang kesal dengan kenaikan cukai kerana selain tidak diumumkan, kadar yang dikenakan didakwa membebankan petani.

“Ini kerana petani yang memiliki kebun serta dusun kini mengalami kekurangan pendapatan berikutan harga buah-buahan bermusim jatuh di pasaran sejak lima tahun lalu.

“Sepatutnya kerajaan membuat pengumuman terlebih dulu mengenai kenaikan cukai bagi membolehkan pemilik tanah membuat persediaan sekali gus mengelak ada yang pulang kerana tidak membawa wang yang cukup,” katanya.

Jamal Long, 54, dari Kampung Tanjung Selabu, berkata beliau yang memiliki 2.02 hektar tanah pertanian terpaksa menyediakan wang kira-kira RM200 untuk menjelaskan cukai berikutan kenaikan lebih 100 peratus berbanding hanya RM80 sebelum ini.

Read More...

PM JANGAN TUNDUK KEPADA DESAKAN PUAK YANG MAHU PERKARA 121 DI PINDA-SALAHUDDIN

KUALA LUMPUR 16 JAN : Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak perlu tunduk kepada desakan kumpulan tertentu yang mahukan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dipinda kerana ia jelas mencampuri urusan agama Islam di negara ini, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga Ketua DPP PAS Pusat, YB Salahudin Ayub.

Beliau berkata, semua pihak, sama ada orang Islam atau bukan Islam, tidak wajar mencampuri urusan agama lain. Salahuddinn berkata demikian ketika ketika menyampaikan ucapan di majlis makan malam anjuran bekas Ketua Bahagian Umno Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali di sini malam tadi. Turut hadir dalama majlis itu ialah bekas Menteri Pertanian, Datuk Abdul Manan Osman, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Hassan Ahmad dan kira-kira 70 tetamu lain.

Kebimbangan Salahuddin ini ada asasnya kerana Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memberi jaminan akan mengkaji perkara itu. Beliau seterusnya hairan mengapa, setelah negara 48 tahun merdeka, masih ramai rakyat tidak mahu menghormati kontrak sosial itu. Keberanian golongan tertentu menyentuh perkara 121 (A)ini amat berbahaya kerana ia boleh menimbulkan prasangka di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.

Berikutan itu, Salahuddin menyarankan supaya Kementerian Pelajaran memasukkan matapelajaran mengenai perkara tersebut dalam sukatan pelajaran di sekolah demi untuk memberi kefahaman kepada murid-murid sekolah betapa penting perkara ini.

Perkara 121 (1A) antara lain menetapkan, mahkamah sivil tidak boleh mencampuri urusan atau keputusan mahkamah syariah. Ia menjadi kontroversi apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini memutuskan tidak boleh mencampuri urusan mahkamah syariah. Isu ini menjadi hangat berikutan pengisytiharan keislaman bekas wira Everest, Allahyarham Mohamad Abdullah atau M.Moorthy dimana keluarga menuntut jenazah Mohamad dikebumikan mengikut agama hindu sedangkan Allahyarham Mohamad telah memeluk Islam. Mahkamah Sivil menetapkan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang menyerahkan jenazah kepada JAWI untuk dikebumikan secara Islam, tidak boleh dicabar.

Salahuddin khuatir jika orang bukan Islam mencampuri urusan yang berkaitan dengan agama Islam, maka akan timbul salahfaham dan kemarahan di kalangan orang Islam kelak.

“Umat Islam ada maruah dan maruah yang paling tinggi bagi mereka ialah agama mereka, ” katanya.

Read More...

MEDIA ARUS PERDANA GELAPKAN BERITA BELA ISLAM

Di petik dari Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Hrkh)-Para pemimpin Umno diminta menjelaskan kenapa berita dan penjelasan penyokong kepada Perkara 121 (A) Perlembagaan Persekutuan yang menghalang mahkamah sivil mencampuri keputusan Mahkamah Syariah disekat dari disiarkan media milik mereka.

Perkara ini berlaku ketika media mereka, akhbar dan TV secara bebas menyiarkan penentangan terhadap perkara 121 (A) itu sedangkan perjuangan untuk mendapatkan perkara itu dalam Perlembagaan amat panjang sekali.
Seorang peguam kanan syariah, Puan Kamar Ainiah berkata, perjuangan Allahyarham Profesor Ahmad Ibrahim untuk memasukkan perkara itu dalam Perlembgaan Persekutuan amat panjang.

Kini, ia dibenarkan oleh media yang semuanya dikawal Umno untuk dipertikaikan siang dan malam, kata Kamar Ainiah dalam satu majlis sessi sembang-sembang malam tadi.

Perkara 121 (A) Perlembagaan Persekutuan menetapkan sebarang keputusan Mahkamah Syariah tidak boleh dibatalkan oleh mana-mana mahkamah sivil.

Menurut Kamar Ainiah, langkah media milik Umno membenarkan orang bukan Islam mempertikaikan Islam ini tidak adil dan bahaya seumpama membuka 'pandora box' yang akan membenarkan semua perkara sensitif selepas ini diungkit oleh banyak pihak.

"Saya ingin tanya para pemimpin Umno yang ada dalam majlis ini, apakah sebenarnya yang berlaku ini?" kata Kamar Ainiah.

Menurut Kamar, Persatuan Peguam Syariah Jumaat lalu telah mengadakan mesyuarat tergempar berhubung perkara ini dan telah membuat satu sidang akhbar khas mengenainya.

"Hampir semua wartawan hadir tetapi malangnya pada keesokan harinya tidak ada satupun akhbar yang menyiarkannya.

"Apabila saya semak, rupanya diberitahu, arahan telah mereka terima dari pihak yang tertinggi jangan menyiarkan komen dan pandangan kumpulan Islam mengenai perkara ini.

"Kenyataan lapan kumpulan Islam yang mempertahankan Perkara 121 (A) sebelum ini juga tidak disiarkan oleh media," beritahu Kamar Ainiah.

Sebelum ini, lapan pertubuhan termasuk Abim dan Jim telah membuat kenyataan mempertahankan keperluan perkara 121 (A) dalam Perlembagaan Persekutuan bagi menjaga kewibawaan Islam sebagai agama rasmi negara.

Presiden Persatuan Peguam Syariah, Muhamad Buruk dalam kenyataannya baru-baru ini antara lain meminta Jabatan Agama Islam negeri-negeri membuat khutbah khas bagi mempertahankan perkara 121 (A) dalam khutbah-khutbah Jumaat di masjid-masjid.

Persatuan juga akan membuat satu persidangan khas bagi membincangkan perkara 121 (A) ini.

Di samping itu, mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mencabar kewibawaan Mahkamah Syariah termasuk cadangan memecat hakim Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan mengkaji balik keputusan Hakim Mahkamah Syariah.

Mereka juga memberikan amaran kepada orang bukan Islam agar jangan mencampuri urusan orang bukan Islam, jika tidak, mereka juga akan mencampuri urusan agama lain selain Islam.

Read More...

RAMAI WARGA PERTH MEMELUK ISLAM

Sumber dipetik dari Berita Hairan

CANBERRA: Ini merupakan suatu perkembangan menarik di Australia. Media menyiarkan bahawa beratus-ratus penduduk Australia, khususnya warga kulit putih sekitar Perth di barat negara itu kini memilih untuk memeluk Islam berbanding agama lain, menjadikan bilangan penduduk Islam di negara itu meningkat lebih 40 peratus sejak 1996.

Akhbar The Sunday Times melaporkan semalam, ramai mualaf menganggap Islam mampu menjawab pelbagai persoalan berhubung aspek kerohanian selain menitik beratkan soal kemasyarakatan dan peraturan yang mudah diikuti.

Sekurang-kurangnya 200 warga Perth menjadi mualaf dan tinggal di antara warga Muslim di Australia Barat yang berasal dari 70 negara di Asia Barat, Afrika, Asia dan timur Eropah.

Biro Statistik Australia menyatakan, secara keseluruhan bilangan penduduk Islam negara itu meningkat lebih 40 peratus bagi tempoh 1996-2001.

“Agama Islam menetapkan peraturan bagi setiap aspek kehidupan. Ia mempunyai garis panduan untuk umatnya berkelakuan baik, termasuk kepada mereka di sekeliling. Kitab Injil ada menyatakannya, tetapi kerana terlalu banyak terjemahan, isinya seakan lari.

“Namun paling penting, dalam Islam tidak wujud sebarang perbezaan atau soal hierarki atau mereka yang lebih tinggi daripada saya.

“Semua umat itu sama. Memang Islam ada imam dan pegawai agama lain, tetapi soal kehidupan seharian adalah antara umat Islam dengan Allah,” kata mualaf, Axel Cremer, 50.

Malah Cremer atau nama Islamnya Mohammed, sebelum ini sering mengejutkan jemaah di Masjid Rivervale, apabila melintasi dengan bunyi bising motosikal Harley Davidson miliknya.

Tetapi kini, jaket kulit dan imej ‘ganas’ yang dipamerkannya sebelum ini sudah lenyap, sehinggakan ada jemaah yang terkejut melihatnya berubah dan menjadi sebahagian daripada jemaah masjid itu.

“Mereka juga tidak lagi mendengar deruman bising motosikal saya. Saya pun berasa lebih tenteram berbanding sebelumnya,” kata Pengarah Urusan sebuah firma ini. – Agensi

Cremer adalah antara beratus-ratus warga Australia Barat yang memilih memeluk Islam biarpun agama itu dan umatnya dikelilingi pelbagai tanggapan negatif selepas kejadian 11 September, 2001. – Agensi

Islam juga katanya adalah satu cara hidup dan bukannya sekadar hidup pada setiap hujung minggu.

“Namun, apa yang paling menarik adalah konsep zakat membantu golongan miskin dengan sepenuh keikhlasan,” kata bapa empat anak yang berkahwin dengan seorang wanita Indonesia, tujuh tahun lalu.

Tetapi, dia mengakui mendalami Islam sebelum berkahwin - iaitu bertahun-tahun selepas mengkaji pelbagai persoalan dalam agama lain.

Nicole Banks, 36, pula masih bergelar Muslim biarpun selepas berpisah dengan suaminya, seorang rakyat Mesir.

“Saya tertarik dengan Islam kerana nilai murninya bukan kerana perkahwinan. Kini, saya masih berbangga dapat mempertahankan agama ini biarpun berpisah dengan suami,” katanya yang memeluk Islam pada 1999.

Read More...

KETUK KETAMPI BERBOGEL TIDAK WAJAR

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Apakah pemimpin dan rakyat negara ini memerlukan badan siasatan bebas untuk menentukan ketuk ketampi berbogel wajar atau tidak wajar? Seolah-olah pemimpin dan rakyat yang majoritinya beragama Islam sudah hilang kewarasan sehingga membiarkan amalan ini berterusan bertahun-tahun lamanya.

Andaikata isu ini tidak diketengahkan oleh Teresa Kok tempohari sudah tentu ia berlarutan sampai bila-bila. Mustahil pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab kepada Polis tidak mengetahui akan hal ini.

Semalam Laporan Suruhanjaya Bebas berhubung seorang wanita diarah ketuk-ketampi secara bogel November lalu dijangka mencadangkan supaya prosedur siasatan itu dihapuskan sama sekali.

Ia dianggap menjatuhkan maruah wanita itu yang sama sekali tidak boleh diterima dari segi syariah mahupun undang-undang sivil.

Utusan Malaysia difahamkan, isi kandungan laporan itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail pagi esok. Laporan yang sama juga akan diserahkan kepada Perdana Menteri pada petangnya.

``Laporan merumuskan perbuatan melakukan ketuk-ketampi dalam keadaan bogel itu tidak wajar dilakukan kerana ia menjatuhkan maruah seorang individu.

``Laporan yang mengenal pasti wanita terbabit keturunan Melayu itu turut menekankan bahawa ketuk-ketampi secara bogel wajar dihentikan, lagipun mangsa belum lagi dibuktikan bersalah oleh mahkamah.''

Difahamkan, suruhanjaya telah menemu bual banyak pihak termasuk wanita itu dalam melengkapkan siasatannya.

Wanita terbabit turut menyatakan perbuatan ketuk-ketampi dalam keadaan bogel yang dilakukannya telah menjatuhkan maruahnya.

Sementara itu, setiausaha suruhanjaya itu, Datuk Hamzah Md. Rus ketika dihubungi hari ini berkata, laporan itu akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Pada 23 November lalu, negara digemparkan dengan berita seorang wanita yang didakwa warga China diarah ketuk ketampi dalam keadaan bogel di sebuah lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor.

Ekoran spekulasi itu, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Azmi Khalid telah ke China dipercayai untuk meminta maaf berhubung perkara tersebut.

Abdullah turut mengarahkan penubuhan sebuah suruhanjaya bebas dikenali Suruhanjaya Untuk Menyiasat Prosedur Tetap Operasi, Kaedah-Kaedah atau Peraturan-Peraturan Berhubung Dengan Pengendalian Pemeriksaan Tubuh Berkenaan Dengan Penangkapan dan Penahanan Polis untuk menyiasat isu berkenaan.

Inkuiri berhubung isu tersebut bermula pada 11 Disember lalu.

Ia diberi tempoh masa 30 hari bekerja sehingga 16 Januari ini untuk menyiapkan siasatan sebelum menyerahkan laporan mengenainya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Hamzah, laporan satu jilid yang terbahagi kepada dua bahagian, yang merangkumi cadangan serta lampiran itu akan diserahkan oleh Dzaiddin bersama anggota panel lain di Istana Negara.

Menurut Hamzah, bahagian pertama laporan itu merangkumi ringkasan daripada siasatan yang dijalankan berpandukan kepada terma-terma rujukan yang ditetapkan, sambil melihat kepada syor dan cadangan.

``Bahagian kedua lebih kepada nota-nota daripada inkuiri yang dijalankan dan eksibit yang dikemukakan semasa siasatan berlangsung,'' katanya.

Read More...

BARAT TIDAK HENTI-HENTI ANCAM IRAN

Dipetik dari Berita Hairan

WASHINGTON: Media antarabangsa melaporkan bahawa Presiden Amerika Syarikat, George W Bush, tidak henti-henti berusaha untuk melobi negara barat lain supaya menyokong usahanya untuk menghentikan program nuklear Iran.

Semalam beliau berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada Jerman bagi mengenakan tindakan terhadap Iran selepas menuduh Teheran amat mengancam keselamatan dunia.

Dengan menggunakan perkataan “ancaman terbesar” itu, Bush mengulangi kata-kata sama sebelum beliau menyerang Iraq pada 2003 dengan menekankan kepada bahaya terhadap Israel.

Bagaimanapun ketika di White House sewaktu lawatan Canselor Jerman, Angela Merkel, Bush menekankan kepada harapan untuk mendapat kata sepakat pemimpin dunia lain bagi resolusi diplomatik untuk berhadapan dengan Iran.

Bush dan Merkel berbeza pendapat ketika Amerika dan sekutunya mengetuai perang Iraq, namun dalam perbincangan semalam, kedua-dua pemimpin itu menggariskan strategi cuba menghalang Iran membina senjata nuklear.

Jerman, Perancis dan Britain yang kini berusaha membawa kes Iran ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk dikenakan hukuman manakala Russia kelihatan turut menunjukkan kesediaan menyokong usul itu.

Tetapi sehingga kini Iran masih meneruskan program nuklearnya yang dikatakan bukan untuk tujuan persenjataan.

Kita mengucapkan syabas Presiden Ahmedinejad yang tetap teguh dengan pendiriannya tanpa rasa takut kepada barat.

Read More...

PEMUDA Umno MAHU METRAMAC DISIASAT KES RM35J. TETAPI ISU RASUAH DAN PENYELEWENGAN LAIN PEMUDA Umno DIAM SERIBU BAHASA

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Akhbar hari ini melaporkan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung dakwaan pengambilan wang oleh Tan Sri Halim Saad dan Datuk Anuar Othman daripada Metramac Corporation Sdn. Bhd. (Metramac).

Pengerusi Biro Pengaduan Awam dan Pembelaan Masyarakatnya, Datuk Subahan Kamal berkata, siasatan secara telus dan menyeluruh perlu dilakukan segera kerana ia melibatkan wang rakyat.

``Pemuda UMNO mahu siasatan dijalankan sebab ini gesaan orang ramai kerana ia melibatkan wang pembayar cukai,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurutnya, pihak berkuasa perlu memberi perhatian serius berhubung dakwaan berkenaan kerana orang ramai ingin tahu apa sebenarnya berlaku.

Halim dan Anuar yang merupakan pemegang saham Metro Juara atau Metramac yang dikenali ketika itu dikatakan mengambil sejumlah RM35.2 juta daripada syarikat berkenaan.

Dakwaan tersebut dibuat oleh Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Gopal Sri Ram dalam penghakiman bertulis yang dikeluarkan semalam.

Penemuan itu dibuat selepas Metramac diarah membayar RM65 juta kepada Fawziah Holdings Sdn. Bhd. sebagai bayaran ganti rugi kehilangan hak pengiklanan.

Datuk Fauziah Abdul Karim merupakan pengarah STKG yang berjaya memperoleh beberapa konsesi jalan termasuk jalan Cheras.

Bagaimanapun, penggantungan kutipan tol pada September 1990 dilakukan selepas berlaku satu demonstrasi di Plaza Tol Cheras dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur diarah membayar pampasan RM764 juta kepada STKG.

Menteri Kewangan ketika itu, Tun Daim Zainuddin memberi alasan kepada pemegang saham, kerajaan tidak mempunyai wang untuk membayar pampasan.

Berikutan itu, Metro Juara telah membeli STKG dengan harga RM97.5 juta dan selepas transaksi berkenaan Kerajaan Persekutuan memperoleh dana bagi membayar pampasan kepada Metro Juara.

Sementara itu, Peguam Datuk Zaid Ibrahim berkata, dakwaan tersebut belum dibuktikan dan ia perlu disiasat dengan teliti oleh polis sebelum sebarang andaian dibuat.

``Itu adalah kenyataan hakim kes berkenaan kerana ada keraguan dalam proses pengambilalihan Syarikat Teratai K.G. Sdn. Bhd. (STKG) oleh Metro Juara,'' katanya.

Menurutnya, polis boleh menjalankan siasatan berpandukan kepada penghakiman yang dibuat.

Ujarnya, sekiranya dakwaan tersebut benar, maka dua individu berkenaan boleh didakwa pecah amanah dan pastinya hukuman berat boleh dikenakan.

Tetapi apa yang mendukacitakan kita ialah mengapa pemuda Umno senyap sepi tentang laporan rasuah terhadap Khir Toyo, kehilangan wang PPRT bernilai jutaan ringgit, kerugian Bank Islam RM300 juta, laporan kehilangan wang tabung kesihatan Melaka, politik wang dan banyak lagi kes yang mengaitkan pimpinan Umno dan kerajaan.

Jangan pemuda Umno hanya berkokok tentang isu-isu terpilih sahaja. Sepatutnya mereka lebih berani menyuarakan pandangan dan gesaan tanpa mengira siapa yang terlibat demi kepentingan rakyat.

Read More...

BN SENTIASA BERSEDIA UNTUK HADAPI PILIHANRAYA KERANA MEREKA BEBAS UNTUK MENIPU DAN MENYOGOK PENGUNDI

KOTA BHARU 14 Jan. - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,UMNO dan Barisan Nasional (BN) sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang pilihan raya di Kelantan.

Katanya, UMNO dan BN sudah cukup teruji, berjaya melepasi ujian itu dan tidak gentar diuji lagi.

``Kita sentiasa bersedia, kita telah diuji,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Pengkalan Pasir di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan di sini petang semalam.

Memang kita kita hairan dan pelik dengan kenyataan ini kerana BN sentiasa yakin mereka akan menang kerana BN sentiasa akan menggunakan taktik penipuan (pengundi hantu) di tambah pula dengan SPR yang berat sebelah serta penggunaan wang untuk membeli pengundi.

"Sampai bila-bila pun mereka akan menang jika penipuan dan penyelewengan ini tidak dihalang dan dipantau" jelas Hamzah Yusof Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil ketika diminta mengulas kenyataan Najib di atas.

Read More...

LEMAHNYA PIHAK BERKUASA TEMPATAN SEHINGGA TIADA KUASA HALANG PENJUALAN ARAK

KUANTAN 14 JAN : Berita yang kita baca di dada akhbar semalam tentang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tiada kuasa untuk menghalang penjualan arak di sebuah kedai 24 jam bersebelahan Masjid Bukit Rangin, Permatang Badak dekat sini, membuktikan kepada kita betapa lemahnya PBT di dalam negara kita.

Laporan itu menyebut bahawa PBT tidak mempunyai kuasa untuk menghalangnya kerana kedai berkenaan beroperasi di premis persendirian dengan permit perniagaan kedai runcit untuk menjual barangan keperluan harian manakala arak diklasifikasikan sebagai minuman ringan berdasarkan kandungan alkoholnya rendah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Panching, Datuk Abdul Manan Ismail dilaporkan berkata, berdasarkan undang-undang PBT, kedai berkenaan tidak memerlukan permit khas untuk menjual minuman keras kerana arak yang dijual mempunyai tahap alkohol rendah dan diklasifikasikan sebagai minuman ringan yang boleh dijual di sebuah kedai runcit.

Sudah jelaslah kepada kita undang-undang penjualan arak secara berleluasa dan meluas di negara kita ini adalah dibenarkan dan mendapat 'restu' dari PBT.

Tidakkah pihak berkuasa merasa bersalah membiarkan hal ini berlaku sehingga remaja-remaja melayu dilihat tanpa segan silu membeli arak secara terbuka.

Siapa yang harus dipersalahkan? Jawabnya sudah tentu kerajaan yang memerintah sekarang ini iaitu Kerajaan Islam Hadhari.

Ini amat berbeza di Kelantan di mana arak hanya dijual dikedai-kedai tertentu sahaja dan ianya dihadkan. Bilangan premis yang menjual arak kepada non-muslim amat sedikit, cukup sekadar untuk keperluan penduduk non-muslim.

Golongan non-muslim pula diharamkan dari meminumnya secara terbuka.

Bagi kita selain dari kerajaan yang harus dipersalahkan, rakyat yang mengundi BN dalam Pilihanraya Umum 2004 juga mesti dipersalahkan kerana mereka yang menabalkan kerajaan yang ada.

TIDAKKAH GOLONGAN YANG MENGUNDI BN BERASA BERSALAH?

Read More...

2 KILANG KITAR SEMULA TUTUP

Dipetik dari Hairan Metro

MELAKA 13 JAN : Dua kilang kitar semula di kawasan perindustrian Bukit Rambai, dekat sini, mematuhi arahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri agar menghentikan operasi mereka sehingga siasatan selesai berhubung pelupusan 300 tan sisa toksik aluminium dross di Kampung Gatom, Labis, Johor, semalam.

Tinjauan Harian Metro ke kilang berkenaan mendapati tiada aktiviti dijalankan manakala pekerja yang baru hendak memulakan kerja diarah pulang.

Malah pintu utama kilang yang digunakan mengangkut jongkong aluminium untuk dihantar ke seluruh negara dan pasaran eksport turut ditutup.

Kilang yang beroperasi sejak lima tahun lalu itu diarah menghentikan operasi serta-merta selepas JAS negeri yang menerima laporan JAS Johor mendapati sisa berkenaan dikeluarkan kilang di negeri ini.

Dakwaan itu berdasarkan soal siasat yang dijalankan terhadap kontraktor yang terbabit melupuskan bahan berkenaan.

Dalam kejadian Sabtu lalu, 300 penduduk berkenaan melarikan diri dari rumah masing-masing selepas menghidu gas ammonia yang ditanam secara haram kira-kira 200 meter dari rumah mereka.

Sisa kimia dikenali aluminium dross yang menghasilkan gas ammonia akibat tindak balas air hujan terbebas menyebabkan beberapa penduduk sesak nafas selepas terhidu gas berkenaan.

Read More...

300 JEMAAH HAJI MATI TERPIJAK


Gambar Ihsan Berita Hairan

Dipetik dari Berita Hairan

MAKKAH 13 JAN: Seramai 300 jemaah mungkin maut dipijak ketika berasak-asak untuk melontar di laluan masuk sebelah timur Jamrah semalam, tragedi kedua di Tanah Suci selepas runtuhan asrama yang mengorbankan 76 orang baru-baru ini.

Angka itu diberi sumber perubatan manakala angka rasmi melaporkan 200 korban dan 1,000 cedera setakat ini.

Kejadian berlaku ketika jemaah bergegas menyempurnakan ibadat itu, sebelum matahari terbenam semalam.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi berkata, kejadian berlaku selepas beberapa jemaah terbabit terlanggar beg yang terjatuh dari bas di kawasan laluan.

“Ada beg terjatuh daripada bas yang bergerak di depan sebuah pintu masuk ke Jamrah, menyebabkan jemaah terlanggar lalu terjatuh, tertiarap dan dipijak,” kata jurucakap kementerian itu, Mansour al-Turki.

Stesen televisyen Arab, Al-Arabiya pula melaporkan, ramai jemaah terkorban dalam kejadian berkenaan.

Ketua Operasi Bencana Kementerian Kesihatan, Tarek al-Arnus yang berada di tempat kejadian berkata, masih terlalu awal untuk mengetahui bilangan sebenar mangsa.

Katanya, pasukan perubatan dan ambulans segera dikejarkan ke tempat kejadian.

Kejadian terbaru itu berlaku ketika berpuluh-puluh ribu jemaah haji mengerjakan ibadat melontar pada hari kedua di ketiga-tiga lokasi iaitu Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah.

Kawasan jamrah disifatkan paling berisiko dan beberapa tragedi berlaku sebelum ini termasuk pada 1990 apabila 1,426 jemaah maut dan pada 2004 yang meragut 244 nyawa.

Ketiga-tiga jamrah itu terletak di jejantas pejalan kaki yang luas, selebar lebuh raya lapan laluan di atas satu kawasan di Mina, pinggir kota ini.

Beberapa laluan khas menghala ke kawasan melontar itu turut disediakan dan kejadian jemaah dipijak ini berlaku di satu laluan berkenaan.

Pihak berkuasa Arab Saudi berusaha memastikan lalu lintas dapat dipermudahkan sempena kebanjiran kira-kira 2.5 juta jemaah musim ini.

Ia juga bertujuan memastikan jemaah selamat dalam menyempurnakan ibadat melontar.

Read More...

NEGARA BARAT TERUS SUSAH HATI DENGAN KEBERANIAN IRAN

MELAKA 13 Jan. - Kuasa-kuasa besar dunia terus tidak senang duduk dengan keberanian Iran yang tidak menghiraukan ancaman dan ugutan mereka untuk mengambil tindakan jika Iran meneruskan program nuklearnya. Bukan itu sahaja Presiden Iran bertindak dengan lebih berani dengan menyatakan bahawa negara haram Israel sepatutnya tidak ujud di rantau Arab dan Sharon lebih baik mati daripada hidup.

Terbaru kuasa-kuasa besar dunia mengancam negara itu akan dikenakan tindakan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), tatkala Iran berikrar akan menerusan penyelidikan nuklear yang sensitif.

Menteri-menteri Luar British, Perancis dan Jerman mengadakan pertemuan di Berlin semalam bagi membincangkan tindak balas terhadap pendirian Iran itu.

Perdana Menteri Britain, Tony Blair berkata, Teheran ``pasti'' akan dirujuk kepada Majlis Keselamatan untuk dikenakan sekatan.

Ketiga-tiga negara Kesatuan Eropah (EU) telah berusaha melalui rundingan dengan Iran berhubung program nuklear selama lebih dua tahun.

Iran sekali lagi mencetuskan kemarahan kuasa besar apabila ia membuka sita PBB pada loji nuklear di Natanz dalam usahanya meneruskan kajian pengayaan uranium.

Amerika Syarikat (AS) dan EU marah dengan Iran yang didakwa bertujuan membangunkan bom atom, tetapi Teheran menegaskan programnya adalah untuk tujuan awam.

Uranium yang sudah menjalani proses pengayaan digunakan untuk stesen kuasa nuklear boleh digunakan untuk pembangunan senjata atom.

Naib Presiden AS, Dick Cheney berkata, tindakan merujukkan Iran kepada Majlis Keselamatan merupakan langkah pasti selepas ini.

``Perkara yang akan menjadi agenda utama adalah bagi menguatkuasakan sekatan ke atas Iran,'' katanya.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Sean McCormark berkata: ``Sudah pasti kami sedang menuju kepada Majlis Keselamatan dalam persoalan ini.''

Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan pula berkata, beliau ``amat bimbang'' dengan tindakan Iran, tetapi menambah, terpulang kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) untuk mengendalikan isu terbabit.

Para diplomat Eropah berkata, lembaga gabenor IAEA dijangka membincangkan cadangan merujukkan Iran kepada Majlis Keselamatan pada awal Februari ini.

Mereka berkata, IAEA hanya memerlukan majoriti mudah daripada 35 ahli lembaga gabenor tetapi AS dan EU berharap mendapat sokongan yang banyak semasa pengundian nanti

Read More...

SUDAH ADA YANG MATI BARU HENDAK BERTINDAK

MELAKA 12 JAN : Sudah banyak kes yang berlaku melibatkan kematian di tapak pembinaan namun pihak berwajib masih gagal mengambil langkah yang efektif menangani permasalahan ini. Seringkali bila berlaku kematian barulah Kementerian Sumber Manusia hendak bertindak.

Sepatutnya menteri yang bertanggungjawab terhadap kementerian ini sudah meletakkan jawatan atau dinasihatkan supaya meletakkan jawatan atas sebab kelemahan ini.

Hari ini media melaporkan bahawa dua puluh enam kontraktor yang disifatkan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr Fong Chan Onn "terus-menerus ingkar" dalam meningkatkan ciri-ciri keselamatan di tapak pembinaan, akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi.

Sambil menegaskan bahawa tindakan itu merupakan peringkat permulaan, Fong berkata langkah untuk mengambil tindakan undang-undang mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan itu dibuat berikutan siasatan pegawai kementerian di 301 tapak pembinaan sejak dua minggu lepas.

Fong berkata 26 kontraktor terbabit diberi perintah menghentikan kerja kali ketiga kerana melanggar peraturan keselamatan semasa pemeriksaan itu. Kerajaan sebelum ini memutuskan bahawa firma pembinaan yang menerima tiga perintah menghentikan kerja tiga kali berturut-turut akan menghadapi tindakan undang-undang.

Menurut laporan Bernama, daripada 26 kontraktor itu, lapan daripadanya di Kuala Lumpur, lima di Kedah, tiga di Johor, tiga di Sabah, masing-masing dua di Sarawak, Pulau Pinang dan Perak dan satu di Negeri Sembilan.

"Kita mahu memberi mesej keras kepada semua kontraktor, terutama mereka yang terbabit dalam pembinaan bangunan tinggi yang menjejaskan keselamatan awam, bahawa mereka mesti bejaga-jaga dan bertanggungjawab," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian di Putrajaya semalam.

Tindakan ke atas kontraktor yang ingkar itu diambil ekoran kematian tokoh korporat Dr Liew Boon Horng, 35, akibat ditimpa acuan besi yang jatuh ke atas keretanya dari tingkat 20 bangunan yang sedang dalam pembinaan di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Fong berkata 301 tapak yang disiasat itu, sama ada diberikan perintah menghentikan kerja atau laporan yang tidak memuaskan semasa pemeriksaan sebelum itu.

Pemeriksaan keselamatan

Beliau juga berkata selain 26 kontraktor terbabit, 44 tapak lain didapati telah meningkatkan tahap keselamatan masing-masing manakala selebihnya belum menunjukkan perubahan memuaskan.

Sambil menyatakan lebih banyak pemeriksaan akan dijalankan, Fong berkata tumpuan kini kepada pembinaan bangunan tinggi di kawasan yang kerap dikunjungi ramai seperti tempat Liew terbunuh. Skop itu akan diperluaskan kemudian, katanya.

Fong juga berkata kementerian itu akan mengkaji cadangan meminda akta berkenaan bagi memastikan kontraktor melaksanakan pelan keselamatan di tapak kerja sebelum projek diluluskan.

Menteri itu juga berkata Kabinet hari Rabu meluluskan cadangan kementerian berkenaan untuk meminda Akta Kilang dan Mesin bagi membolehkan pemeriksaan berkanun ke atas pengesahan mesin-mesin dibuat secara penyumberan luar.

"Memandangkan pemeriksaan seperti itu memerlukan tahap kepakaran tertentu, kita mungkin perlu mendapatkan bantuan luar bagi memastikan keselamatan operasi mesin-mesin kita mematuhi standard antarabangsa," katanya.

Fong juga berkata kementerian itu kini dalam proses mewujudkan satu bahagian yang memberi tumpuan kepada kejuruteraan forensik bagi memudahkan siasatan terhadap kemalangan di tempat kerja.

Read More...

KETUA MENTERI MELAKA DIGESA BERSIHKAN NAMA

MELAKA 12 JAN : Ketua DPP Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman menggesa KM Melaka, Datuk Wira Mohd Ali Rustam supaya tampil membersihkan namanya daripada laporan yang mengatakan beliau terlibat dengan penyelewengan membabitkan dana tabung kebajikan yang ditubuhkan oleh beliau.

Jika sekiranya Mohd Ali tidak membersihkan namanya samada menyaman Lim atau membuat kenyataan terbuka menafikan laporan itu maka sudah pasti rakyat akan menaruh syak kepada beliau.

"DPP Kawasan tidak mahu mempunyai seorang KM yang dituduh sebagai 'songlap' duit tabung. Jadi adalah penting untuk Ali menafikan laporan ini jika ianya palsu" tegas Hj Salamat yang juga bendahari DPP Negeri Melaka.

"DPP Kawasan juga menggesa BPR menyiasat perkara ini serta melaporkan hasil siasatan ini kepada umum demi untuk memberikan keadilan kepada semua pihak. Andai Mohd Ali bersih dari tuduhan atau sebaliknya rakyat berhak mengetahuinya" jelas Hj Salamat lagi.

DPP Kawasan juga mengharapkan laporan ini tidak 'dibakulsampah'kan sebagaimana terjadi kepada laporan-laporan yang dibuat oleh Ahmad Lutfi kepada Khir Toyo.

Laporan kepada BPR Melaka terhadap Mohd Ali telah dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan mendakwa berlaku penyelewengan membabitkan dana tabung kebajikan yang ditubuhkan oleh Ketua Menteri untuk membantu pesakit miskin dan berkeperluan membiayai perbelanjaan perubatan dan hospital.

Laporan itu dibuat pada 4 Januari lalu di mana ia merupakan laporan pertama ke atas pentadbiran Ketua Menteri Datuk Mohd Ali Rustam tahun ini dan yang kelima sejak 2004.

Dalam laporan tersebut, Lim mendakwa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyalahgunakan dana yang terkumpul di dalam tabung tersebut, membabitkan RM908,242.33 sejak 19 Disember 2001 untuk membiayai kos rawatan hospital ahli keluarganya.

Dalam salinan laporan kepada BPR yang dihantar kepada media, Lim mendakwa tujuan asal penubuhan tabung kebajikan atas namanya Ketua Menteri itu ialah untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada pesakit miskin dan orang awam bagi membiayai perbelanjaan perubatan di hospital swasta atau kerajaan.

Tabung ini diselenggarakan oleh Southern Hospital yang kini dikenali sebagai Hospital Putra.

Bagaimanapun dakwa Lim, hasil siasatan yang dijalankan, didapati sepanjang tiga tahun tabung misteri ini berorperasi, lebih RM590,000 atau 65 peratus daripada dana berkenaan, telah digunakan untuk orang kaya bergelar datuk-datuk dan ahli keluarga Ketua Menteri Melaka sendiri.

Dakwanya lagi, RM365,000 atau 40 peratus digunakan untuk membiayai kos rawatan isteri, anak-anak, abang ipar, ibu mertua, kakak dan allayaharmah ibu Mohd Ali. Manakala RM225,000 atau 25 peratus lagi digunakan untuk pesakit bergelar datuk ataupun isteri datuk.

Menurut Lim lagi, amat menghairankan mengapa ahli keluarga seperti isteri dan anak perlu mengambil kesempatan dalam tabung misteri ini dan menafikan hak orang miskin apabila rawatan perubatan memang diberikan secara percuma oleh kerajaan kepada ahli keluarganya selaras dengan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Melaka.

“Ini tidak sepatutnya berlaku kerana mereka tidak layak menerima bantuan perubatan berkenaan,” kata Lim dalam laporan tersebut.

Menurut Setiausaha Agung DAP itu lagi, perbelanjaan tersebut didakwa dibuat sejak 19 Disember 2001 hingga 31 Mac 2005.

Lim mendakwa, sumber wang tabung misteri ini berasal dari Umno Melaka sebanyak RM368,283.82 dan bakinya sebanyak RM 539,958.51 diperolehi daripada derma orang awam yang dipungut oleh Ketua Menteri Melaka.

Oleh itu, dakwanya, isu ini ada hubungkait dengan Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan berkepentingan awam kerana melibatkan tiga perkara penting:

* Sumber wang adalah daripada orang awam dan dikutip atas matlamat murni membantu orang miskin dan golongan tidak berada;

* Bantuan wang tidak dihulurkan semua kepada orang miskin dan golongan tidak berada sebaliknya kepada golongan berada bergelar datuk dan ahli keluarga YAB Ketua Menteri Melaka sendiri; dan

* Tidak ada sebarang pengumuman awam bahawa pesakit miskin boleh memohon bantuan atau kriteria kelayakannya sehingga orang awam hanya tahu tentang tabung misterinya selepas tiga tahun didirikan apabila didedahkan oleh DAP Melaka.

Setiausaha Agung DAP itu mendakwa, perbuatan seorang pegawai awam, yang melibatkan wakil rakyat dan ahli pentadbiran, yang didakwanya menggunakan wang awam yang dikutip atas tujuan membantu orang miskin, telah menyalahi peruntukan-peruntukan 10 hingga 15 dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997, khususnya seksyen 15.

Kesalahan sedemikian, katanya, boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada 14 hari dan tidak lebih daripada 20 tahun; dan didenda tidak kurang daripada 50 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM 10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi dibawah seksyen 16.

Lim mendakwa, memandangkan 40 peratus tabung misteri awam ini diberikan kepada ahli keluarga Ketua Menteri Melaka, maka ia bercanggahan dengan matlamat penubuhannya dan ini merupakan satu penyalahgunaan kuasa tertakluk di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Lim turut menyertakan bersama laporannya itu, dokumen-dokumen berkaitan dengan akaun kewangan dan penerima tabung berkenaan.

Read More...

SIAPA PEMBOHONG ANTARA CHAN KONG CHOY ATAU PKR

Tiada ahli MCA P. Pinang sertai keadilan - CHAN
PKR pula sahkan 1009 ahli MCA sertai PKR

KUALA LUMPUR 10 Jan. - Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Chan Kong Choy dipetik sebagai berkata bahawa dakwaan seorang bekas ketua bahagian kononnya lebih 1,000 anggota MCA Pulau Pinang menyertai Parti Keadilan Rakyat adalah tidak benar.

Chan, yang juga pengerusi MCA Pulau Pinang berkata Badan Perhubungan MCA negeri setakat ini tidak menerima sebarang notis daripada anggotanya yang mahu meninggalkan MCA.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula dalam laporan yang disiarkan oleh akhbar internet mengesahkan telah menerima permohonan daripada 1,009 individu yang mendakwa ahli MCA dari pelbagai cawangan di Seberang Perai, Pulau Pinang, untuk menyertai PKR.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Kamarul Bahrin Abas berkata, borang permohonan mereka berada padanya, tetapi beliau tidak dapat mengesahkan sama ada ahli benar-benar ahli MCA.

Dakwaan bahawa mereka adalah ahli MCA dibuat oleh (bekas pemimpin MCA cawangan Bukit Mertajam) Tony Peh Choon Peng.

Borang tersebut diserahkan kepada Kamarul dalam satu majlis makan malam di Bukit Mertajam Isnin lalu untuk mengalu-alukan 1,009 ahli baru PKR. Majlis tersebut turut dihadiri Anwar selaku penasihat PKR.

Mereka yang mengemukakan permohonan itu dikatakan dari enam bahagian MCA – Bukit Mertajam, Batu Kawan, Permatang Pauh, Butterworth, Kepala Batas dan Tasek Gelugor.

Mengenai dakwaan Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Lau Chiek Tuan bahawa hanya 50 orang yang hadir di majlis tersebut, Kamarul berkata, 160 meja dijual dan hampir 2,000 menghadirinya.

Mereka dipercaya bertindak demikian berikutan kekecewaan di kalangan ahli MCA terhadap cara kepimpinan pusat parti itu mengendalikan urusan parti, terutama mengenai dakwaan wujudnya pengundi undi dalam pemilihan pucuk pimpinan parti baru-baru ini.

Bagaimanapun, akhbar The Star juga melaporkan, yang Timbalan Presiden MCA, Datuk Chan Kong Choy menafikan ada ahli parti itu yang keluar beramai-ramai.

Menurut Timbalan Presiden MCA yang juga Pengerusi MCA Pulau Pinang, Chan Kong Choy, MCA negeri menjalankan siasatan dan mendapati sehingga ini tiada permohonan untuk berhenti menjadi ahli dari bahagian-bahagian berkenaan. Oleh itu, kami percaya mereka bukanlah ahli MCA.

Peh bagaimanapun memberitahu akhbar internet tersebut yang beliau tidak perlu memaklumkan secara rasmi kepada pihak parti mengenai keputusannya.

“Tidak perlu diberi notis secara formal. Jika kita tidak membayar yuran tahunan kepada parti (MCA), keahlian kita terbatal secara automatik. Kita telah banyak membazirkan masa dalam MCA,” kata Peh.

Menurut Perlembagaan parti itu, ahli-ahli yang tidak membayar yuran tahunan sebanyak RM2 atau menyertai parti politik lain, secara automatik tersingkir dari parti.

Tinggalkan parti

Sementara itu, Kamarul berkata, satu lagi majlis makan malan bagi meraikan ahli-ahli baru PKR di Pulau Pinang akan diadakan tidak lama lagi.

Menurutnya, ahli-ahli MCA, MIC dan PPP dijangka menyerahkan borang permohonan menyertai PKR di majlis tersebut, yang akan diadakan sewaktu Anwar pulang ke Pulau Pinang nanti.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu kini berkhidmat di Universiti Georgetowan di Washington. Khidmatnya dijangka tamat hubung Mei ini, dan selepas itu beliau akan pulang ke tanahair.

``MCA negeri telah menyiasat dan mendapati sehingga kini kami tidak menerima sebarang permohonan menamatkan keahlian daripada bahagian terbabit. Jadi kami percaya mereka ini bukan ahli MCA,'' katanya ketika dihubungi hari ini.

Siapa pembohong antara PKR dan Chan Kong Choy?

Read More...

KRITIKAN MEMBINA

Email dari seorang ahli web Tranungkite

Tuan Editor,
Setelah lebih hampir 10 tahun saya menetap di Melaka dan berada di dalam jemaah PAS, saya merasa terpanggil untuk memberi komen ikhlas saya tentang PAS Melaka demi untuk kebaikan.

Secara ringkasnya sejarah PAS Melaka bermula pada tahun 1957 dimana cawangan pertama yang ditubuhkan secara rasmi adalah di kawasan Masjid Tanah yang diketuai oleh Hj Latif M Yasin. Proses penubuhan PAS adalah secara berperingkat-peringkat sehinggalah pada penghujung tahun 1958, hampir semua cawangan PAS ditubuhkan disetiap kawasan.

Setelah lebih 46 tahun sehinggalah sekarang, PAS Melaka yang telah bertukar pucuk pimpinannya (Pesuruhjaya) buat 9 kali kini diketuai oleh Ustaz A Ghani masih terkapai-kapai mencari tapak, menongkah perahu mencari haluan, berputih mata mengharapkan kelahiran anak sulung berkembar dua, tiga yang entah kunjung tiba entah tidak. Kepesatan pertambahan penduduk Melaka yang kini hampir berjumlah satu juta langsung tidak membantu PAS Melaka menaikkan sokongan.

Senario politik PAS Melaka sebenarnya agak unik. Hendak dikata tiada tokoh di kalangan rakyat Melaka, tidak masuk akal kerana kita tahu ramai anak-anak watan Melaka yang berkedudukan, berpangkat dan berpengaruh, tidak kurang dengan golongan profesional yang sama-sama boleh menggembleng tenaga bagi memperjuangkan kepentingan parti setempat – pastinya yang sealiran fikrahnya akan menjadikan PAS sebagai pilihan mereka. Berdasarkan pengalaman penulis, ramai golongan profesional Melaka yang seolah-olah tidak tahu macamana mereka boleh memberi sumbangan kepada perjuangan parti, melalui saluran yang tidak mengancam kedudukan mereka. Sehingga ke hari ini, apa yang kita lakukan untuk mendekati golongan seperti ini? Berapa ramai lagi anak-anak muda lepasan IPTA/IPTS yang ingin mendekati parti yang kita pimpin tangan mereka untuk memantapkan lagi kepercayaan, tuntutan agama tentang perkara ini? Jawapannya saya rasa tiada!

Program-program anjuran PAS Melaka tidak kurang bilangannya. Ironinya, jika dikira faktor geografi Melaka tidak sukar untuk mendapat bantuan pimpinan Pusat dari segala segi. Sumber-sumber berita dari Melaka yand disiarkan di Harakahdaily membuktikan usaha-usaha berterusan masih ada dilakukan oleh segelintir para pekerjanya yang terus komited. Tetapi, seolah-olah usaha-usaha yang dilakukan masih belum mencukupi. Apa saja yang dibuat oleh PAS Melaka tidak berhasil. Lihat saja di setiap pilihanraya umum, pastinya menemui kegagalan. Tiada perubahan signifikan yang boleh membantu PAS Melaka di dalam setiap pilihanraya apatah lagi menambah keyakinan atau menjadi tarikan kepada golongan atas pagar, ahli-ahli UMNO apatah lagi bukan Melayu – jauh sekali. Imej dan sokongan terhadap PAS Melaka pada pengamatan saya dalam keadaan defisit untuk bertambah masih jauh. Pada pilihanraya yang lepas juga, penulis yang bertugas sebagai (polling agent & counting agent) PACA PAS melihat saluran 4 dan 5 iaut golongan muda yang dijangkakan akan memihak kepada PAS adalah meleset sama sekali.

Di antara program evergreen PAS ialah ceramah, tetapi dengan keadaan sekarang, kekangan dan ugutan kerajaan terhadap program - berapa kerat lagi yang sanggup dating, dengan kata lain pastikah kita bahawa ceramah boleh menarik minat golongan atas pagar, ahli-ahli UMNO atau non-bumi untuk datang mendengar? Tidak! Yang pasti, bagi golongan rakyat marhaen itu hanyalah salah satu bentuk ‘hiburan’ untuk ahli-ahli PAS mendengarkan hujah berapi-api oleh para pemimpin mereka! PAS Melaka secara khususnya mesti memikirkan kaedah-kaedah lain dalam usaha menarik minat semua golongan masyarakat terhadap PAS.

Kalau dilihat, gelombang DSAI Anwar Ibrahim pada tahun 1999 dulu juga masih tidak mampu menarik undi kaum Melayu ke arah PAS atau PKR, walaupun ada diperhatikan majoriti di tempat tertentu menaik tetapi tidak untuk merampas satu kerusi pun! Sebaliknya, undian DAP melonjak-lonjak sehinggakan 3-4 kerusi terutama di kawasan bandar berjaya dirampas oleh DAP. Walaupun secara keseluruhannya undian terhadap PAS bertambah pada pilihanraya tahun 2004 lepas iaitu sebanyak 0.07% daripada 15.0 namun prestasi PAS Melaka semakin merosot!

Ingin juga kita mengetahui apakah hasil post-mortem yang dibuat setiap kali pilihanraya? Apakah kelemahan-kelemahan sudah dikenal pasti? Apakah improvement yang dilakukan? Ataupun, adakah post-mortem dibincangkan secara serius dan adakah tindakan-tindakan susulan yang dilakukan? Di manakah para pemimpin PAS Melaka sebaik sahaja keputusan penuh tentang kekalahan di semua kerusi yang dipertandingkan diketahui? Tiga ke enam bulan selepas itu, apakah yang dilakukan para pemimpin PAS Melaka? Tarak!! No lessons learnt and the cycle will continues. No improvement made. Ini adalah antara ungkapan segolongan profesional di Melaka tentang PAS Melaka yang kecewa dengan prestasi PAS Melaka setiap kali pilihanraya. Apa hendak jadi wahai PAS Melaka? Sampai bila kitaran ini hendak kita teruskan? Tidak tahukah perjuangan kita adalah berterusan? Perjuangan kita adalah kerana Allah dan bukan kerana hendak menang? Apakah mindset kita tiada bezanya dengan UMNO?

Apakah (strength, weakness, opportunity & threat) SWOT analisis PAS Melaka? Adakah dilakukan secara berterusan? Kalau ditanya, bolehkah semua pemimpin-pemimpin PAS Melaka boleh memperincikannya?

Begitu juga dengan calon pilihanraya baik di perngkat DUN ataupun ADUN. Adakah calon yang dipilih adalah public figure yang dikenali oleh semua peringkat, pihak parti lawan terutamanya? Ataupun, wujudkah pemimpin sedemikian di dalam PAS Melaka? Kalau tiada, apakah fast forward para pemimpin untuk mengatasi yang kritikal ini?

Apakah PAS Melaka tidak pernah membuat kajian, homework, persediaan dsb? Apakah sasaran PAS Melaka dalam 10 tahun ke hadapan? Ataupun, wujudkah think tank PAS Melaka yang betul-betul berwibawa bagi menjana reformasi ataupun perubahan-perubahan yang perlu di dalam parti? Cukupkah sekadar mencari para professional membuat kerja secara adhoc yang maklumat2 nya boleh diperincikan lagi? Kalau ada, siapakah gerangan atau badan yang akan melaksanakan tindakan sedemikian? Bersediakah pemimpin-pemimpin yang sedia ada untuk direformkan secara drastik bagi kebaikan parti? Toleh kanan toleh kiri…

Bersediakah pemimpin-pemimpin kita ditegur secara terus terang demi kepentingan survivor parti dan bagi mempastikan PAS tidak outdated, yang tidak langsung menarik minat golongan-golongan pelapis? Sanggupkah kita menerima kritikan bahawa majority para pemimpin kita alpa, hanyut, tidak berwawasan dan hanya sekadar pak turut, tiada critical thinking, tidak bersedia untuk reform!

Apakah kelemahan-kelemahan PAS Melaka?
Antara kelemahan-kelemahan ketara PAS Melaka dari dulu hingga sekarang adalah:

1. Tiada SWOT analisis. Tidak tahu apakah kekuatan, kelemahan, peluang-peluang ataupun ancaman sedia ada dan bakal ada ibarat membawa kenderaan di waktu malam tanpa lampu!
2. Tiada kesatuan di dalam PAS Melaka. Pihak luar mungkin tidak mengetahuinya, tetapi, walaupun PAS Melaka masih tiada kerusi namun politik dalamannya tidak kurang hebatnya. Lain pula tentang kisah pemudanya.
3. Adhoc basis untuk semua perkara. Tiada perancangan jangka pendek, pertengahan dan panjang tentang hala tuju, strategi-strategi, penyediaan manifesto dan sebagainya.
4. Sistem kerja yang tidak sistematik, tidak synchronized. Tidak suka buat kerja tetapi berharap orang lain yang melakukannya.
5. Fundamental yang lemah. Kewangan tidak kukuh, tidak stand alone. Tiada penjanaan dana diperingkat negeri secara efektif.
6. Kredibiliti tokoh. Rata-rata masyarakat selain daripada ahli-ahli PAS tidak mengenali hampir lebih tiga suku calon-calon PAS yang dipertandingkan. Soalan tipikal adalah siapakah mereka? Apa sumbangan beliau terhadap kawasan tersebut? Apa yang boleh beliau lakukan jika menang?
7. Tidak sensitif dengan keperluan semasa. Syok sendiri. Tidak suka bercampur dengan masyarakat, jauh untuk menjadi public figure. Terikut-ikut dengan cara pihak lawan.
8. Kurang tarbiyah yang berterusan dari para pemimpin ke akar umbi kerana itu adalah fundamental asas dan tujuan perjuangan.

Akhir kalam, senarai-senarai di atas adalah berdasarkan kajian dan pemerhatian penulis, untuk memperincikan segala kelemahan-kelemahan di dalam pimpinan, ahli-ahli, dsb satu badan profesional mestilah dibentuk untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Semoga tahun baru 2006 ini membawa perubahan-perubahan yang konstruktif kepada PAS Melaka khususnya.

Selamat Tahun Baru 2006.

Read More...

APA YANG KERAJAAN ISLAM HADHARI BUAT TANGANI GEJALA MAKSIAT

MELAKA 8 JAN : Peningkatan kes khalwat dan gejala sosial yang meningkat dari tahun ke tahun menunjukkan kepada kita bahawa kerajaan Islam Hadhari pimpinan Pak Lah langsung tidak serius untuk menangani masalah ini.

Kita tidak pernah mendengar akan keluhan dan kegusaran pimpinan Islam Hadhari tentang masalah ini. Apa yang menjadi wirid harian mereka ialah bagaimana hendak memajukan negara dari segi fizikal dan material sahaja. Anak muda nak terlungkup atau nak buat apa sahaja tidak menjadi hal kepada mereka.

Sebab itulah kita melihat walaupun kelab malam, pusat dangdut, konsert, pesta hiburan dan sebagainya, bercambah bagaikan cendawan lepas hujan diendahkan oleh Pak Lah. Apa yang penting ekonomi negara dan pendapatan negara mesti bertambah.

Sebagai contoh di negeri Pak Lah pada 2000, 258 kes dicatatkan dan jumlahnya meningkat kepada 384 pada 2001, 2002 (532) dan 2003 (535) dan 2004 (630). Ini kes yang di tangkap, bagaimana dengan kes yang tidak dilaporkan serta yang tidak dapat ditangkap.

Di Johor Bahru,, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Agama Johor (JAJ), Yosree Ikhsan berkata, daripada 4,618 kes kesalahan syariah sepanjang tahun ini, 2,071 membabitkan kes khalwat.

Read More...

Jawi dakwa Kagat lewat maklum pengislaman Moorthy

Dipetik dari Malaysiakini

MELAKA 8 JAN : Pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa menziarah M Moorthy sebaik sahaja dimaklumkan oleh Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) pada bulan Mei lalu mengenai pengislaman anggota komando tersebut.

Pengarahnya, Che Mat Che Ali menjelaskan bahawa Jawi tidak tahu yang Moorthy telah memeluk Islam sehinggalah dimaklumkan oleh Kagat. Moorthy dilaporkan memeluk Islam pada 10 November 2004.

Ditanya mengapa pihaknya lewat dimaklum mengenai perkara itu, beliau berkata, Kagat lambat berbuat demikian kerana Moorthy adalah kakitangan Kementerian Pertahanan.

“Kagat juga yang menguruskan kemasukan Islam Moorthy dan mendaftarkan pengislamannya dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan bukannya dengan Jawi.

“Kes seperti ini banyak berlaku dan Jawi tidak dapat mengesannya. Pada masa depan kami meminta mereka yang memeluk Islam supaya mendaftarkan nama mereka dengan Jawi,” katanya kepada malaysiakini.

Katanya, kebajikan Moorthy adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pertahanan termasuk urusan agama melalui Kagat.

Bagaimanapun, katanya sebaik diberitahu mengenai pengislaman Moorthy, pegawai Jawi melawat allahyarham setiap hari di rumahnya dan ketika dia berada di hospital.

“Kami tidak melawat beliau sebelum ini kerana tidak diberitahu bahawa Moorthy memeluk Islam pada November 2004,” katanya ketika ditemui di ibu negara hari ini.

Bagaimanapun, katanya, tanggungjawab utama ke atas Moorthy terletak di bahu Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Angkatan Tentera Malaysia.

Lawat Moorthy

Che Mat berkata demikian sebagai mengulas dakwaan beberapa pihak yang mendakwa bahawa Jawi tidak pernah melawat Moorthy semasa beliau lumpuh sejak tahun 1998.

Katanya, keluarga Moorthy termasuk isterinya S. Kaliammal memang tahu pegawai Jawi melawat Moorthy di rumahnya di Desa Tun Hussein Onn di ibu negara.

“Pegawai Jawi juga melawat Moorthy ketika belau koma di Hospital Kuala Lumpur,” katanya lagi.

Ditanya mengapa Jawi tidak mengeluarkan dokumen mengenai pengislaman Moorthy ketika perbicaraan di mahkamah tinggi baru-baru ini, Che Mat berkata, ia tidak diminta oleh pihak mahkamah.

Katanya, pihaknya mempunyai semua dokumen mengenai pengislaman Moorthy.

“Jika tidak ada dokumen sudah tentu Jawi tidak berani membawa kes itu ke mahkamah,” katanya.

Che Mat juga meminta semua pihak supaya menghormati keputusan Mahkamah Syariah yang mengesahkan bahawa Moorthy adalah seorang Islam.

Kaliammal kemudiannya membawa kes itu ke mahkamah tinggi tetapi Hakim Datuk Mohd Raus Sharif memutuskan mahkamah tinggi tidak mempunyai kuasa untuk mendengar kes itu.

Berikutan itu, peguam Kaliamal telah memfailkan kes rayuan kepada di Mahkamah Rayuan.

Read More...

SIAPA PUNYA ANGKARA. BOT BANTUAN TSUNAMI TERBIAR

MELAKA 8 JAN : Akhbar harian hari ini melaporkan bahawa 57 bot bantuan Tsunami terbiar tanpa diagihkan kepada mangsa Tsunami. Siapa punya angkara yang menyebabkan pembaziran dan kezaliman ini berlaku. Nelayan yang sangat memerlukan bantuan ini teraniaya.

Sebanyak 57 buah bot - siap untuk digunakan - dipercayai bagi disumbangkan kepada nelayan-nelayan miskin mangsa tsunami, ditemui terbiar di tiga kawasan sekitar daerah ini dan Hutan Melintang, Perak.

Apa sebenarnya berlaku? Adakah ia satu lagi kerenah birokrasi sehingga bot yang sepatutnya sudah lama disalurkan kepada nelayan itu tidak sampai-sampai. Atau adakah ini disebabkan kelemahan dan penyelewengan pihak-pihak tertentu?

Disebabkan ketiadaan bot, bantuan enjin dan pukat yang diberikan sebelum ini kepada nelayan di Kota Kuala Muda, Kedah hanya disimpan sebagai pameran di rumah mereka.

Tinjauan eksklusif akhbar itu mendapati bot gentian kaca yang masing-masing berukuran 5.8 dan 6.7 meter, bernilai hampir suku juta ringgit itu terbiar di tepi jalan dan di padang sekolah.

Sebanyak 15 bot ditemui `tersadai' dalam keadaan terbalik di kawasan meletak kenderaan rumah kedai Taman Perpaduan, Sabak Bernam dan di tepi Jalan Kampung Kota, Hutan Melintang.

Sementara baki 27 bot pula ditemui di padang Sekolah Kebangsaan Teluk Buloh Hutan Melintang. Kesemua bot itu ditampal logo Proton dan masih dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, ia kini dipenuhi air serta hampir dilitupi lalang.Penemuan ini dijangka merungkai misteri yang menyelubungi mangsa-mangsa tsunami di Kuala Kedah yang mendakwa telah mendapat enjin bot dan pukat tetapi masih belum menerima bot.

Pada 19 Disember lalu, lebih 50 nelayan Kota Kuala Muda menyuarakan rasa kecewa berikutan kelewatan pihak bertanggungjawab menyerahkan bot. Akibat kelewatan tersebut, nelayan pantai di kawasan berkenaan tidak dapat turun ke laut mencari nafkah.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Nelayan Tsunami Kota Kuala Muda, Yusoff Awang berkata, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sebelum ini berjanji akan memberi bot, pukat dan enjin bagi membolehkan mereka menangkap ikan semula.

Sementara itu, seorang penduduk, Yacob Othman berkata, bot berkenaan telah ditempatkan di padang sekolah yang terletak di hadapan rumahnya sejak April lalu.

``Saya sudah tidak larat hendak menebas lalang dan membuang air yang bertakung di dalam bot,'' katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau berkata, pada mulanya, syarikat pembuat bot berkenaan, AF Dot Engineering berjanji untuk menempatkan bot di situ sementara sahaja sebelum ia dibawa oleh pihak ketiga ke tempat lain.

Bagaimanapun, setelah setahun berlalu, bot berkenaan masih ada di situ, menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tidak mustahil tempat ular bersarang.

Lebih membahayakan, tambahnya, bot-bot berkenaan terletak berhampiran sekolah dan tadika Kemas.

``Kita bimbang kalau anak-anak kecil bermain dan jika jatuh di dalam bot berkenaan, boleh lemas,'' katanya.

Dalam pada itu, wakil syarikat AF Dot Engineering, Mohd. Noor Sham Ibrahim berkata, beberapa pegawai Proton termasuk wakil syarikat pengangkutan pernah datang memeriksa bot dan mencari kaedah terbaik membawa bot berkenaan.

Bagaimanapun, sehingga hari ini tiada langkah susulan.

Beliau berkata, pihaknya terpaksa mengupah penduduk kampung membuang air dari bot itu dengan bayaran RM50 untuk sebuah bot.

Noor Sham, menambah, beliau juga menghadapi dilema apabila ada mangsa tsunami dari kawasan berhampiran meminta bot berkenaan untuk membolehkan mereka turun ke laut.

Dalam pada itu, jurucakap Proton ketika dihubungi berkata, pihaknya menyedari kewujudan bot berkenaan.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut kerana masih terdapat beberapa perkara perlu diselesaikan.

Sementara itu, Ketua Pengarah LKIM, Datuk Annas Khatib Jaafar berkata, bot berkenaan bukan di bawah dana bantuan yang dikendalikan oleh pihaknya bagi membantu mangsa-mangsa tsunami.

Beliau berkata, dana bantuan mangsa tsunami berjumlah RM21 juta telah diagihkan kepada lebih 7,000 nelayan yang terjejas akibat bencana alam itu.

``Kami tidak menerima sebarang permintaan untuk mengagih bot berkenaan.

``Mungkin pihak yang membuat bot berkenaan berurusan terus dengan mangsa-mangsa tersebut kerana pada peringkat awal dahulu memang banyak pihak ingin menghulurkan sumbangan,'' katanya.

Read More...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Read More...

CAWANGAN TAMAN CEMPAKA LAKSANAKAN IBADAT KORBAN

Taman Cempaka 7 Jan : Balai Islam Tmn. Cempaka, Peringgit akan melaksanakan penyembelihan
binatang korban bersempena menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10.1.2005 yang akan datang ini. Sebanyak 5 ekor lembu akan dikorbankan oleh penduduk-penduduk Taman Peringgit Jaya/Taman Seri Cempaka, Peringgit pada hari tersebut yang akan disempurnakan secara bergotong-royong bertempat di Balai Islam, Tmn. Cempaka selepas sembahyang sunat Aidiladha.

Ketua PAS Cawangan Taman Cempaka, Hj. Abdullah Hj. Ahmad menjemput orang ramai disekitar Peringgit untuk
hadir bersama-sama untuk menyaksikan serta memeriahkan majlis tersebut.

Read More...

Lajnah Perpaduan Nasional setuju pandangan DAP bahawa cara lantikan NC dan Auku jejas prestasi universiti

MELAKA 6 DIS : Lajnah Perpaduan Nasional DPP Negeri Melaka bersetuju dengan pandang DAP mendakwa bahawa perlantikan pentadbir-pentadbir institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang lebih berdasarkan keputusan politik adalah antara punca mengapa prestasi universiti tempatan merosot.

Sebuah akhbar internet hari ini melaporkan bahawa Naib Ketua Pemuda DAP, Thomas Su Keong Siong berkata, perlantikan Naib Canselor dan timbalannya tidak dibuat berdasarkan kelayakan dan percapaian akademik. Ini menyebabkan pencapaian akademik di universiti-universiti jatuh mendadak. Universiti Malaya (UM) dari tempat 89 jatuh kepada 169 manakala Universiti Sains Malaysia (USM) terkeluar dari senarai 200 universiti terbaik dunia.

Beliau berkata, perlantikan Naib Canselor dan timbalan-timbalanya oleh Menteri Pengajian Tinggi bukanlah satu tatacara yang dialu-alukan.

Menurutnya lagi, Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang diperkenalkan sejak 1971 turut menyumbang kepada kemerosotan akademik tenaga pengajar, para pelajar dan institusi itu sendiri.

Katanya, akta tersebut menyekat kebebasan bersuara dan berfikir mahasiswa dan ahli akademik di institusi pengajian tinggi awam.

Auku telah menyekat kebebasan mahasiswa untuk berucap, berkumpul dan berpersatuan secara aman dan juga mengongkong ahli akademik untuk mengemukakan pandangannya yang dipetik dari satu kenyataan.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda DAP akan mengadakan perbincangan untuk mengkaji Auku, membabitkan pertubuhan mahasiswa, pertubuhan hak asasi manusia dan peguam.

Pihaknya akan mengundang pimpinan Pemuda Barisan Nasional (BN), terutama wakil Pemuda MCA, Pemuda Gerakan dan MIC untuk sama-sama berusaha ke arah mengembalikan universiti-universiti kepada imej yang asal.

Perbincangan itu akan diadakan pada 11 Februari depan bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor sebagai menyahut saranan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Shafie Salleh untuk mengkaji semula Auku.

“Namun, tuntutan kami lebih menjurus kepada pemansuhan Auku yang sedia ada, di mana pindaan terhadap peruntukan-peruntukan yang tertentu sahaja adalah tidak mencukupi,” katanya.
Thomas berkata, perbincangan itu bertujuan menetapkan draf untuk rang undang-undang pemansuhan Auku yang akan dibawa ke dalam parlimen nanti.

Katanya, pihaknya berharap rang undang-undang tersebut dapat disiapkan secepat mungkin supaya dapat dibentangkan dalam sesi parlimen pada Mac depan.

Bengkel ini katanya, amat penting dan bolehlah dianggap sebagai suatu anjakan paradigma dalam gerakan pemansuhan akta itu.

DAP mendakwa bahawa perlantikan pentadbir-pentadbir institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang lebih berdasarkan keputusan politik adalah antara punca mengapa prestasi universiti tempatan merosot.

Naib Ketua Pemuda DAP, Thomas Su Keong Siong berkata, perlantikan Naib Canselor dan timbalannya tidak dibuat berdasarkan kelayakan dan percapaian akademik.

“Ini menyebabkan pencapaian akademik di universiti-universiti jatuh mendadak. Universiti Malaya (UM) dari tempat 89 jatuh kepada 169 manakala Universiti Sains Malaysia (USM) terkeluar dari senarai 200 universiti terbaik dunia,”tegasnya.

Beliau berkata, perlantikan Naib Canselor dan timbalan-timbalanya oleh Menteri Pengajian Tinggi bukanlah satu tatacara yang dialu-alukan.

Menurutnya lagi, Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang diperkenalkan sejak 1971 turut menyumbang kepada kemerosotan akademik tenaga pengajar, para pelajar dan institusi itu sendiri.

Katanya, akta tersebut menyekat kebebasan bersuara dan berfikir mahasiswa dan ahli akademik di institusi pengajian tinggi awam.

“Auku telah menyekat kebebasan mahasiswa untuk berucap, berkumpul dan berpersatuan secara aman dan juga mengongkong ahli akademik untuk mengemukakan pandangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pimpinan BN

Sehubungan itu, katanya, Pemuda DAP akan mengadakan perbincangan untuk mengkaji Auku, membabitkan pertubuhan mahasiswa, pertubuhan hak asasi manusia dan peguam.

Pihaknya akan mengundang pimpinan Pemuda Barisan Nasional (BN), terutama wakil Pemuda MCA, Pemuda Gerakan dan MIC untuk sama-sama berusaha ke arah mengembalikan universiti-universiti kepada imej yang asal.

Perbincangan itu akan diadakan pada 11 Februari depan bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor sebagai menyahut saranan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Shafie Salleh untuk mengkaji semula Auku.

“Namun, tuntutan kami lebih menjurus kepada pemansuhan Auku yang sedia ada, di mana pindaan terhadap peruntukan-peruntukan yang tertentu sahaja adalah tidak mencukupi,” katanya.
Thomas berkata, perbincangan itu bertujuan menetapkan draf untuk rang undang-undang pemansuhan Auku yang akan dibawa ke dalam parlimen nanti.

Katanya, pihaknya berharap rang undang-undang tersebut dapat disiapkan secepat mungkin supaya dapat dibentangkan dalam sesi parlimen pada Mac depan.

Bengkel ini katanya, amat penting dan bolehlah dianggap sebagai suatu anjakan paradigma dalam gerakan pemansuhan akta itu.

Read More...

HENTIKAN PROGRAM PENGEDARAN 300,000 KONDOM PERCUMA DI SELURUH NEGARA.

KUALA LUMPUR 6 DIS : Sebanyak 300,000 kondom akan diedarkan kepada orang ramai secara percuma sempena Kempen Kesedaran HIV/Aids Kebangsaan 2006 di 20 lokasi berlainan di seluruh negara.

Majlis pelancarannya akan diadakan di pusat perniagaan Petaling Street, Jalan Petaling, di sini, pada Ahad ini mulai jam 11 pagi hingga 3 petang.

Presiden Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM), Ng Chin Long menyatakan bahawa pelbagai aktiviti diadakan antaranya pameran, pertandingan kuiz, persembahan nyanyian dan tarian moden yang memaparkan mesej mengenai bahaya penyakit HIV dan Aids.

Menurut beliau sebanyak 5,000 kondom percuma akan diedarkan sempena majlis pelancaran berkenaan manakala bakinya diedarkan di lokasi terpilih itu.

Antara tujuan kempen sehari ini diadakan adalah memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya penyakit HIV dan Aids. Kempen ini dapat membantu membentuk kesedaran masyarakat dan menyelamatkan institusi keluarga daripada musnah akibat Aids.

Ng juga berkata pemberian kondom percuma ini bukan menggalakkan masyarakat untuk melakukan hubungan seks bebas, tetapi sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan dijangkiti virus maut ini katanya pada sidang media sempena kempen itu di sini semalam.

Turut hadir bersama-sama Ng semalam ialah Pengerusi Barisan Nasional kawasan Bukit Bintang, Datuk Dr Lee Chong Meng; Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Loka Ng Sai Kai dan Pengerusi YMM Wilayah Persekutuan, Eng Kin Hoong.

Kempen Kesedaran HIV/Aids Kebangsaan 2006 yang bertemakan `Henti Aids’ adalah anjuran YMM dengan kerjasama Great Vision, ING Insuranse Berhad dan Moon Design Studio.

Antara lokasi terpilih untuk penganjuran kempen itu ialah Muar, Bentong, Sungai Petani, Taiping, Kuala Terengganu, Kota Bahru, Pulau Pinang, Selangor dan Melaka.

Beliau berkata, mengikut statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan sejak 1986 hingga Jun tahun lalu, 67,528 orang dijangkiti HIV manakala 10,024 menghidap Aids serta 7,651 sudah meninggal dunia.

Statistik pada tahun 2002 menunjukkan peningkatan bilangan dijangkiti HIV iaitu 6,978 kes manakala Aids 1,193 kes serta 881 kematian. Tahun 2003 pula 6,756 HIV, 1,076 Aids dan 700 kematian.

Pada 2004, jumlah mereka dijangkiti HIV menurun iaitu 6,427 kes, 1,148 Aids manakala 1,065 kematian. Sepanjang tahun lalu jumlah pesakit hingga Jun ialah 3,089 HIV, 582 Aids manakala 456 kematian.

Masalahnya adakah dengan cara pemberian kondom percuma ini akan benar-benar mengurangkan jangkitan HIV ataupun ia akan hanya akan mengundang masalah yang lebih parah seperti gejala seks bebas yang berleluasa?

Bagi DPP Kawasan Bukit Katil pemberian kondom percuma sudah pasti menggalakkan hubungan seks di kalangan anak muda kerana naluri anak muda yang suka mencuba. Sudah pasti jika mereka mendapat kondom percuma mereka ingin mencuba.

Kerajaan Islam Hadhari sepatutnya insaf dan faham dan masalah ini. Sekarang ini pun masalah seks bebas ini sudah begitu berleluasa maka langkah pemberian kondom percuma ini sudah pasti akan meningkatkan perzinaan. Bezanya cuma sebelum ini perzinaan di lakukan tanpa kondom atau dengan kondom yang dibeli tetapi perzinaan dilakukan selepas ini adalah dengan kondom percuma.

Sebagai orang Islam kita sepatutnya memikirkan bagaimana hendak mengurang dan menghapuskan masalah perzinaan bukan mengurangkan jangkitan HIV. Takan Dollah Badawi tidak faham masalah ini.

DPP Kawasan Bukit Katil menggesa kerajaan membatalkan program di atas yang matlamatnya tidak jelas, demi untuk menyelamat golongan muda dari kancah perzinaan. Kerajaan sepatutnya tidak terikut-ikut dengan cara dan kaedah barat dalam menghadapi masalah aids dan HIV ini. Islam sendiri menggariskan bahawa antara perkara penting yang mesti dilakukan ialah kita mencegah kemungkaran dengan menutup segala punca maksiat serta memperbanyakkan program-program pendidikan.

Tetapi sehingga sekarang kerajaan membiarkan pertumbuhan pusat-pusat hiburan, penganjuran konsert-konsert nyanyian, membiarkan pusat-pusat pelacuran beroperasi, membiarkan stesyen-stesyen TV menyiarkan filem-filem lucah dan separa lucah dan sebagainya. Ini semua sebenarnya menjadi punca dan penyebab mendorong kepada seks bebas yang akhirnya menjadi salah satu punca kepada peningkatan HIV/aids.

"Sepatutnya punca-punca maksiat ini diatasi kemudian langkah penguatkuasaan undang-undang hudud dan takzir pula mesti dilaksanakan dengan segera. Insya Allah masalah ini akan dapat diatasi." tegas Ketua DPP Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman ketika ditemui pagi ini.

Read More...

12 PENGERUSI JKKK DI PECAT OLEH KERAJAAN MELAKA

MELAKA 6 DIS : Seramai 12 pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)dipecat kerana gagal menyerahkan profil kampung pada tarikh akhir 31 Disember lalu seperti yang diarahkan kerajaan negeri.

Mereka adalah pengerusi JKKK Kemuning dalam kawasan DUN Machap, Bukit Senggeh Barat (Asahan), Baruh (Bachang), Kubu (Kota Laksamana), Pengkalan Rama Tengah (Duyong), Jasin Hilir dan Pondok Kempas Hilir (Bemban), Felda Kemendor, Kelubi, Rim, Parit Keliling serta Sempang Kerayong masing-masing dari DUN Rim.

Berikutan itu, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan yang terbabit diarah melantik pengganti jawatan itu dalam tempoh seminggu.

Exco Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Md Yunos Husin ketika mengumumkan pemecatan itu berkata, beliau akan mengeluarkan surat kepada JKKK terbabit bagi memaklumkan keputusan kerajaan negeri itu, hari ini.

“Pelantikan segera perlu dilakukan, selewat-lewatnya seminggu supaya perkara ini dapat dibentangkan pada mesyuarat Exco minggu depan.

“Walaupun ada di kalangan Adun berkenaan berat untuk bertindak, namun atas arahan yang dikeluarkan kerajaan, mereka tidak mempunyai pilihan selain mematuhinya.

“Bagaimanapun, tindakan tegas itu secara tidak langsung memberi peringatan kepada pengerusi JKKK lain supaya lebih peka dengan setiap arahan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang dipengerusikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Seri Negeri Ayer Keroh, di sini Rabu lalu.

Awal bulan lalu, Ali Rustam mengeluarkan amaran akan memecat pengerusi JKKK yang gagal menyerahkan profil kampung masing-masing sehingga 31 Disember 2005.

Bagaimanapun, selepas tarikh akhir penyerahan, pihak Unit Pemantauan Adun (UPA) menerima 241 daripada 253 profil kampung, manakala 12 lagi tidak menghantarnya.

Md Yunos berkata, kerajaan negeri memandang serius terhadap perkara itu kerana dengan adanya profil berkenaan, kerajaan dapat mengenal pasti kemajuan dan kemudahan yang diberi di sesebuah kampung dengan sempurna.

Ia termasuklah bilangan penduduk, pencapaian pendidikan, bantuan yang diberi, jumlah ibu tunggal, fakir miskin serta pekerjaan asas penduduk tempatan.

“Dengan cara itu, kita dapat melihat bagaimana sesebuah kampung itu dapat dibangunkan, sambil memastikan seluruh kampung di negeri ini diberi perhatian khusus oleh kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil Hj Salamat Aman yang diminta mengulas isu ini berkata, isu jelas menunjukkan bahawa ramai Pengerusi JKKK yang dilantik oleh kerajaan negeri adalah terdiri dari mereka yang tidak layak dan tidak mempunyai daya kepimpinan yang baik.

'Mereka ini sebenarnya dipilih atas dasar kroni dan kepentingan-kepentingan lain bukannya berdasarkan kelayakan dan daya kepimpinan mereka' jelas Salamat.

Pemecatan ini jelas membuktikan dakwaan-dakwaan kita selama ini yang menyatakan bahawa perlantikan mereka ini adalah berdasarkan politik semata-mata.

Read More...

MUNGKINKAH KABINET AKAN DI ROMBAK DALAM MASA TERDEKAT?

Ikuti Tulisan Zaini Hassan dalam Utusan ...

Abdullah umum rombakan Kabinet dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang baru pulang dari bercuti di luar negara mungkin telah mempunyai `ilham'.

Ilham apa?

Bagi yang masih teringat di masa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dulu, beliau suka membuat ungkapan ini: ``Saya belum mendapat ilham untuk membuat rombakan Kabinet''.

Penulis semasa membuat liputan Abdullah di New York September lalu juga mendapat jawapan yang sama daripadanya.

Jelas Abdullah (yang beliau kata memetik kata-kata Dr. Mahathir sendiri) ``saya tiada ilham lagi''. Semua yang ada dalam bilik sidang akhbar itu ketawa secara spontan. Malah, Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar yang berada di sebelah Perdana Menteri pun kelihatan tersipu-sipu.

Setelah dua tahun menerajui kerajaan sebagai Perdana Menteri kelima, ramai penganalisis merasakan ``sudah tiba masanya'' beliau membuat sedikit adjustmen kepada barisan Kabinetnya.

Mungkin percaturan itu sedang dibuat beliau. Apa yang pasti beliau mempunyai banyak masa dalam tempoh percutiannya sekarang - sehingga 11 Januari ini - untuk melihat, menilai, menganalisis dan memerhati gerak-geri `anak-anak buah' dalam Kabinetnya mahupun calon-calon di luar.

Dengar cerita kira-kira enam orang menteri penuhnya sedang beribadah dan `berdoa' di tanah Suci Mekah ketika menunaikan ibadah haji. ``Banyak-banyakkanlah berdoa,'' kata seorang pemerhati politik bergurau.

(Menteri-menteri itu adalah Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat yang juga memangku jawatan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Shafie Mohd. Salleh; Menteri Pelajaran, Datuk Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.)

Banyak juga cakap-cakap mengatakan Abdullah kali ini akan membuat kejutan besar. Ada juga yang berkata ``sedikit saja''. Namun apa sekalipun, percaturan itu amat penting bagi memberi wajah segar dalam barisan kepimpinan kerajaan.

Beliau memerlukan satu barisan Kabinet yang mantap dan padu, kerana banyak juga yang melihat susunan sekarang sudah agak `keletihan.'

Menurut sahabat yang membuat analisis dalam akhbar The Star kelmarin, akan berlaku sedikit perubahan di peringkat timbalan menteri bagi parti MCA ekoran keputusan pilihan raya parti itu Jun lalu.

Bagi MIC pula, dikatakan tidak banyak yang berubah.

Namun, ramalan lain yang dibuat sahabat itu telah pun dipercakapkan sejak beberapa waktu lalu.

Kerusi Menteri Wilayah Persekutuan yang kosong sekarang perlu diisi. Difahamkan ramai yang `mengidam' kerusi itu termasuklah bekas menteri yang bertanggungjawab terhadapnya dulu. Timbalan menteri sekarang juga turut dikatakan teringinkan tempat itu.

Begitu juga kedudukan Datuk Seri Rafidah Aziz sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Cakap-cakap mengatakan beliau akan ditukar. Namun setakat ini belum lagi kedengaran soksek-soksek beliau akan digugurkan.

Apa sekalipun, banyak juga menteri-menteri dan timbalan menteri yang `kontroversi' ekoran isu-isu di kementerian masing-masing dikatakan akan turut bertukar angin.

Juga yang dikatakan akan terlibat ialah calon-calon ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang kalah dalam pemilihan September 2004. Mereka ialah Menteri Penerangan, Datuk Seri Kadir Sheikh Fadzir; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Azmi Khalid serta Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Shafie Mohd. Salleh. Jika ikut amalannya nasib mereka ini betul-betul berada dalam tangan dan belas kasihan Abdullah.

Namun Abdullah pernah berkata ``tidak semestinya yang kalah MT akan gugur dalam Kabinetnya.'' Sejauh mana kata-kata beliau itu akan diketahui sedikit masa lagi.

Penulis difahamkan, beliau akan mengumumkan rombakan Kabinetnya dalam masa terdekat ini.

``Masanya sudah due, tunggu sajalah,'' kata satu sumber dalam Kabinet.

Begitu juga, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Radzi Sheikh Ahmad turut disebut-sebut bertukar ke portfolio lain. Dengar kata ke Kementerian Penerangan - mengembalikan semula tradisi Setiausaha Agung UMNO ke jawatan itu.

Jika Radzi ke sini, Kadir ke mana pula? Mungkin juga ada yang berkata balik semula ke Kementerian Luar. Itu hanya cakap-cakap - mungkin betul, mungkin tidak.

Tapi jika Kadir ke Kementerian Luar, ke mana pula Syed Hamid. Mungkin juga beliau akan mengambil portfolio Rafidah, jadi Rafidah ke mana pula? Mungkin sebagai menteri penuh di Jabatan Perdana Menteri. Ada juga yang berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan ke portfolio lamanya MITI?

Dr. Shafie Salleh turut hangat diperkatakan. Ada yang mengatakan `orang luar' akan ke kementerian itu - lebih daring lagi orang itu berkata mungkin juga bukan orang politik. Itu juga tidak pasti. Hanya Abdullah saja yang tahu.

Bahkan para peramal politik ini juga menyentuh mengenai Menteri Besar. Mereka berkata ada antara menteri besar akan dibawa ke dalam Kerajaan Pusat. Ada yang berkata sebagai timbalan menteri?

Beberapa timbalan menteri sekarang pun ada yang panas. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Noh Omar dikatakan akan terbabit dalam pertukaran ekoran isu ketuk-ketampi dulu. Namun, ia hanya sekadar cakap-cakap. Dari segi politik, Noh dikatakan `orang kuat' Abdullah di Selangor.

Selain itu, beberapa muka baru juga dikatakan akan diselit dalam barisan kepimpinan Abdullah. Kata mereka, di kalangan senator sendiri dan yang akan dilantik sebagai senator. Ia bagi memberi jalan mereka menjawat jawatan dalam Kabinet - sama ada selaku menteri ataupun timbalan menteri. Itu juga tidak pasti.

Yang pasti hanyalah Abdullah seorang sahaja.

Bila beliau akan umumkan barisan baru ini? Ada yang kata hari ini (Jumaat), ada yang kata 11 Januari ini (sebaik pulang dari bercuti), ada yang kata lepas raya haji.

Jika dibuat sekarang, sedangkan enam anggota Kabinetnya masih di Tanah Suci, ada yang kata boleh, tapi dari segi politik mungkin tidak berapa kena. ``Takut-takut ada antara mereka yang balik tak dak kerusi!'' kata seorang penganalisis.

Apa sekalipun, kita tunggulah pengumumannya. Tulisan ini hanyalah rumusan daripada apa orang cakap.

Read More...

SELAMATKANLAH PASAR SENI

Di petik email yang di hantar oleh Travel Portal@yahoo.com

Assalamualaikum Semua,

Beberapa hari yang lepas saya ada terbaca akhbar Utusan Malaysia
mengenai 80 peniaga bumuputera yang terpaksa menutup perniagaan mereka
di Pasar Seni kerana pemilik baru bangunan tersebut yang juga dimiliki
oleh warga Singapura telah menaikkan kadar sewa dari diantar RM 2000 -
RM 6000 sebulan.

Ada diantara mereka hampir sudah 10 tahun menjalankan perniagaan di
situ, malah Persatuan Peniaga Pasar Seni sendiri telah meminta pihak
Kementerian Kesenian dan Kebudayaan Malaysia untuk campur tangan dalam
perkara ini memandangkan Pasar Seni merupakan salah satu tarikan utama
pelancongan semasa berada di Kuala Lumpur dan tempat ini penuh dengan
sesejarah yang wajar dikongsi atau diketahui oleh generasi akan datang.
Tetapi malangnya pihak Kerajaan dan Kementerian sendiri tidak dapat
berbuat apa-apa mengenai perkara ini.

Saya hanya ini berkongsi pendapat dengan semua tentang perkara ini.
Ada beberapa soalan yang bermain di fikiran saya:-

1- Wajarkah kadar sewa yang dulunya diantara RM600-RM2000 sebulan
dinaikan melebihi 10% dr harga sewa semasa? Memandangkan barangan yang
dijual disana hanyalah barangan kesenian,kraftangan dan kazanah
warisan bangsa dan bukannya butik pakaian berjenama terkenal.

2- Jika kerajaan tidak dapat menangani masalah ini,pada siapakah lagi
harus peniagan mengadu nasib? Adilkan kerajaan membiarkan mereka yang
memperjuangkan warisan bangsa di anaktirikan?

3- Apakah ini satu konspirasi untuk melenyapkan peniaga-peniaga melayu
dan bumiputera di tengah-tengah kotaraya yang kita semua banggakan?

4- Apakah Pasar Seni disuatu hari nanti akan menjadi seperti "PETALING
ST" dimana semua perniagaan dimonopoli oleh peniaga bukan bumiputera?

5-Kenapa kerajaan dan kementerian terus membisu membiarkan periuk nasi
peniaga bumiputera ditutup oleh kepentingan warga asing?

6- Tidak bolehkan kerajaan atau kementerian terbabit mengambil alih
pengurusan bangunan tersebut? bagi penyelamatkan pejuang warisan
bangsa?

Selamatkan lah PASAR SENI agar ia terus kekal seperti mana yang ada
sebelum ini.Tidak cukup kah peristiwa di PETALING ST. dimana peluang
peniaga melayu dan bumiputera hilang dihimpit politik kaum lain.. ?


Dimana kerajaan yang sepatutnya memelihara dan mendaulatkan warisan
bangsa disaat anak bangsa dihimpit kesengsaraan?

Read More...

HARAP PENGERUSI SEDAR AKAN PENIPUAN BN YANG DAHSYAT PADA SETIAP PILIHANRAYA

MELAKA 3 JAN : Setelah Pengerusi Suruhajaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Rashid Abdul Rahman sedar akan penyalagunaan media awam khasnya RTM yang digunakan oleh BN untuk berkempen secara terang-terangan dalam pilihan raya, rakyat Malaysia mengharapkan beliau juga sedar akan penipuan yang lebih dahsyat iaitu pengundi hantu dan rasuah wang kepada pengundi.

Baru-baru ini Tan Sri Rashid berkata jika kempen ini dibuat di stesyen televisyen swasta maka itu hak mereka, kita tidak boleh mempertikaikan hak mereka tetapi malangnya apabila kempen ini menggunakan hak awam yang menjadi hak milik seluruh rakyat maka ianya adalah sesuatu yang tidak sihat serta menyalahi hak kepentingan awam.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Syarahan Umum bertajuk ‘Demokrasi dan Pilihanraya Di Malaysia’ di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya lagi, sekiranya saluran televisyan awam ini digunakan untuk menonjolkan pembangunan yang dibuat kerajaan tidak mengapa tetapi apabila ianya menjurus kepada kempen pilihanraya maka itu tidak betul.

(Semasa kempen pilihan raya Pengkalan Pasir misalnya, RTM telah digunakan sepenuhnya untuk memukul kerajaan negeri Kelantan dan PAS).

Menurut laporan Harakahdaily.Net, Rashid juga mengakui dengan kuasa, wang yang banyak membolehkan BN terus dapat mengekalkan kuasa sehingga hari ini.

Rasuah pilihanraya

Selain wang dan kuasa BN juga mempunyai sumber tenaga manusia yang mencukupi bagi menghadapi lawan politik mereka dalam setiap kali Pilihanraya diadakan, katanya.

"SPR sendiri sebenarnya tidak bersetuju media milik awam ini digunakan secara tidak adil dan kita seringkali menyuarakan perlanggaran etika ini tetapi nampaknya dari setahun ke setahun tiada perubahan dibuat sebaliknya media awam ini terus digunakan untuk kepentingan politik BN," kata beliau.

Bagi beliau, apa yang berlaku ini seumpama pertandingan yang diadakan di padang yang tidak rata, jika amalan ini berterusan maka bukan saja pembangkang sukar untuk menang malah amalan demokrasi juga tercabar.

Selanjutnya beliau turut mengakui bahawa penipuan memang berlaku dalam pilihanraya namun ianya amat sukar untuk dikesan atau dibuktikan berikutan ketiadaan pihak terbabit tampil membuat pengakuan kepada SPR.

“Sepanjang tempuh lebih 20 tahun bersama SPR, belum ada pihak-pihak yang terbabit dalam kes penipuan dalam pilihanraya ini tampil membuat pengakuan, sama ada pihak yang menerima rasuah lebih-lebih lagi yang memberi jadi bagaimana SPR hendak bertindak.

“Amalan rasuah adalah profesion tertua di dunia dan ianya tak boleh dihapuskan sama sekali, jika ada pihak mengatakan rasuah dapat dihapuskan sekiranya parti lain memerintah negara ini maka ianya adalah satu pembohongan besar," tegas beliau.

Read More...

BALA ALLAH TIADA SIAPA BOLEH MENAHAN

AS DILANDA KEBAKARAN BESAR YANG TIDAK TERKAWAL

AMERIKA SYARIKAT 3 Jan. - Kuasa Allah tiada siapa dapat menahannya. Walau sehebat mana teknologi dan secanggih mana alat yang digunakan kuasa Allah mustahil dapat di halang oleh hambaNya yang lemah dan kerdil.

Media hari ini melaporkan bahawa beberapa kebakaran besar di negeri-negeri dalam AS seperti Oklahoma, Texas dan New Mexico terus tidak terkawal sehingga lewat semalam, termasuk satu kejadian yang memusnahkan beberapa buah rumah di timur laut bandar raya Oklahoma.

Sejumlah penduduk di kawasan terbabit terpaksa dipindahkan tetapi tidak ada kecederaan dilaporkan, kata ketua pegawai bomba, Mejar Brian Stanaland Ahad lalu. Imej televisyen menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah binaan besar dijilat api.

Sekurang-kurangnya 12 kebakaran terus tidak terkawal di seluruh Oklahoma malam tadi, dimarakkan lagi oleh tiupan angin sederas 80 kilometer sejam dan cuaca panas. Satu kebakaran besar dekat Guthrie menimbulkan ancaman terhadap beberapa buah kediaman, kata seorang jurucakap Jabatan Pengurusan Kecemasan Oklahoma, Michelann Ooten.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 20 kebakaran berlaku di Texas, termasuk satu kebakaran di kawasan seluas 3,200 hektar yang mengancam 200 buah rumah dekat Carbon, 200 kilometer ke barat Dallas.

Di Hobbs, New Mexico satu kebakaran padang rumput memaksa sebuah kasino, sebuah kolej dan kawasan kediaman sekitar dikosongkan.

Angin kencang, suhu paling panas dalam sejarah dan keadaan kemarau di seluruh kawasan barat daya Amerika Syarikat (AS) menyebabkan bahaya kebakaran meningkat ke tahap kritikal.Kebakaran tidak terkawal di kawasan seluas lebih 20,000 hektar di Oklahoma dan Texas minggu lepas memusnahkan hampir 100 rumah dan kedai selain meragut empat nyawa. - AP

Read More...