Friday, 1 December 2006

Umno JADIKAN PERUNTUKAN RMK9 MACAM HARTA MAK BAPAK MEREKA


Untuk kesekian kalinya Umno menjadikan harta dan projek kerajaan seumpama harta mak bapak mereka apabila sekali mengagihkan peruntukan RMK9 di kalangan kontraktor yang menjadi ahli dan penyokong Umno.

Media melaporkan Umno bahagian akan menyediakan senarai kontraktor kelas F yang layak mendapatkan projek kecil di bawah peruntukan RM600 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

Nampaknya kerajaan Islam Hadhari tidak tahu membezakan mana satu harta Umno dan mana satu harta dan wang rakyat. Pemimpin dan ahli Umno sepatutnya malu dan meminta maaf kepada rakyat dalam hal ini.

Diberitakan bahawa peruntukan tersebut akan diagihkan kepada 191 kawasan Parlimen di Semenanjung dan Sabah dan masing-masing akan memprolehi RM3 juta untuk melaksanakan projek kecil, seperti membaiki parit, mengecat bangunan, menurap jalan dan sebagainya yang bernilai antara RM20,000 hingga RM200,000.

Beberapa pemimpin Umno bahagian yang dihubungi malaysiakini semalam berkata senarai tersebut kemudiannya akan dikemukakan kepada pejabat daerah di kawasan masing-masing.

“Bagaimanapun pemilihan kontraktor akan dibuat oleh pejabat daerah,” kata Ketua Umno bahagian Sungai Siput, Ahmad Fakeh Adam.

Manakala Ketua Umno bahagian Batu Pahat, Senator Dr Puad Zakarshi pula berkata, pemilihan kontraktor bagi projek-projek yang tersenarai di daerah Batu Pahat akan dibuat secara undi.

“Ketua empat bahagian Umno di daerah Batu Pahat telah mencapai kata sepakat bahawa pemilihan kontraktor bagi semua projek yang ada di daerah ini dibuat secara undian. Kita berpendapat ini lebih adil dan berkesan bagi mengelak sebarang pilih kasih.

“Saya beri jaminan, kira-kira 60 kontraktor kelas F di bahagian saya akan mendapat projek,” katanya ketika dihubungi.

Rungutan tiada projek

Katanya, ketua bahagian Umno Batu Pahat, Parit Sulung, Air Itam dan Sri Gading akan hanya bertanggungjawab menyenaraikan senarai kontraktor kepada pejabat daerah, manakala pemilihan seterusnya akan dikendalikan oleh pejabat berkenaan.

Beliau juga berkata, tujuan kerajaan menyalurkan dana RM600 juta ini adalah untuk menjana ekonomi kerana sebelum ini terdapat banyak rugutan tidak ada projek untuk para kontraktor berkenaan.

Ketua Umno bahagian Labis, Sulaiman Taha pula berkata, projek- projek berkenaan adalah untuk orang Umno sahaja.

“Oleh itu, Umno Labis akan memastikan hanya `kontraktor Umno’ sahaja mendapat projek-projek berkenaan.

Ketua Umno bahagian Kubang Kerian, Datuk Dr Nik Mohd Zain Nik Omar juga memberitahu bahawa pemilihan kontraktor untuk projek tersebut akan ditentukan oleh Umno bahagian.

Katanya, kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) akan disokong oleh Umno bahagian untuk mendapatkan projek tersebut.

“Saya berharap semua 200 kontraktor Kelas F di Kubang Kerian akan mendapat manfaat daripada peruntukan RM3 juta itu,” katanya.

Tunggu garispanduan

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Pendang, Rozai Shafian pula berkata, di Kedah pemilihan kontraktor kelas F diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Katanya, selepas pemilihan kontraktor dibuat, agensi kerajaan yang terbabit dengan projek di kawasan berkenaan akan melantik kontraktor-kontraktor tersebut berdasarkan senarai yang diperolehi dari pejabat Menteri Besar.

Bagaimanapun, Rozai menolak dakwaan projek tersebut merupakan projek pilihanraya sebaliknya ia adalah untuk semua rakyat.

Manakala ketua Umno bahagian di Selangor mendakwa mereka belum mendapat garispanduan tentang perlaksanaan projek tersebut.

Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Umar Amzah berkata, setakat ini beliau difahamkan pejabat daerah menjadi agensi pelaksana utama di samping beberapa agensi kerajaan lain termasuk Jabatan Kerja Raya.

“Bukan Umno yang menentukan siapa yang dapat projek, bidangkuasa kami hanya menyenaraikan kontraktor yang layak tetapi kuasa pemutus di tangan pejabat daerah,” katanya.

MALANG SUNGGUH KITA SEMUA BERKETUAKAN 'PENYANGAK' DAN 'PEROMPAK' YANG TIDAK TAHU MANA HARTA MAK BAPAK MEREKA DAN HARTA RAKYAT. KAMI SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA TIDAK AKAN REDHA WANG KAMI DIBERIKAN KEPADA ORANG YANG TIDAK SEPATUTNYA MENERIMA.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59