Monday, 11 December 2006

Respon terhadap MPKB Denda Pekerja Wanita Berpakaian Seksi


Langkah MPKB untuk mendenda pekerja wanita yang berpakaian seksi telah
mendapat respon dari beberapa pihak. Berdasarkan laporan akhbar harian
pada 7 Disember 06, saya tertarik dengan 2 pendapat, pertamanya pendapat
yang menyokong langkah tersebut, yang disiarkan dalam NST, pendapat
tersebut datangnya dari seorang bukan Islam, berbangsa India dari Pulau
Pinang. Satu pendapat lagi, menentang perlaksanaan denda tersebut, yang
disiarkan dalam Utusan Malaysia, ianya dikemukakan oleh seorang ahli
Parlimen wanita, beragama Islam yang menganggotai satu Jawatankuasa
Parlimen berkenaan Kesamaan Gender.

Saya percaya seluruh rakyat Malaysia yang waras pemikirannya tentu
melihat senario ini dengan seribu persoalan, mungkin ada yang bertanya
mengapa orang bukan Islam nampak kebaikan peraturan tersebut, sedangkan
si Muslim sendiri tidak menyedari atau sengaja melupakan kebaikan
peraturan tersebut yang sememangnya berasaskan kepada kehendak agamanya
sendiri.

Ahli Parlimen wanita tersebut menentang perlaksanaan peraturan MPKB
dengan alasan pihak berkuasa tempatan tidak wajar mencampuri atau
menentukan fesyen pakaian individu dan tindakan tersebut mengganggu hak
asasi kaum wanita.

Pandangan positif warga Bukan Islam, yang menyokong peraturan tersebut
pula menyatakan, masyarakat harus melihat peraturan tersebut dengan hati
yang positif dan terbuka dan jangan berfikiran sempit. Beliau menyarakan
agar MPKB diberikan ruang untuk melaksanakan apa-apa peraturan yang
bersesuaian dengan persekitaran mereka. Malah beliau menyatakan soal
penetapan etika pakaian adalah perkara biasa dan bukannya sesuatu yang
ganjil atau pelik. Penetapan etika pakaian pekerja wanita menurutnya
dapat menghalang wanita daripada menyalahgunakan kecantikan atau
keseksian mereka untuk menarik pelanggan.Malah beliau juga menyarankan
pihak kerajaan mengusahakan kod etika pakaian bersopan di tempat awam
yang menurutnya sekarang ini tercemar dengan bermacam-macam fesyen yang
menjolok mata.

Dua pandangan di atas sedikit sebanyak menarik perhatian kita kepada dua
isu utama. Pertamanya, Kerajaan Kelantan atau pihak berkuasa tempatannya
perlu meneruskan usaha untuk melengkapkan perlaksanaan peraturan dan
Undang-undang yang bertepatan Islam, usaha ini pastinya akan mendapat
pertolongan Allah dan sambutan positif masyarakat.Keduanya, Pihak
Pemerintah BN dan UMNO sebenarnya tidak akan memartabatkan Islam, jauh
sekali untuk melaksanakan peraturan Islam, walaupun mereka mengetahui
akan kebenaran Islam, kerana perjuangan mereka adalah perjuangan untuk
kepentingan peribadi, material dan kepuasan nafsu semata.

Abd Rashid bin Abdul Halim (019-2392021)
Exco Dewan Pemuda PAS Melaka
509 Jalan Merak 1, Taman Merak, Durian Tunggal, Melaka
730103026065

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59