Friday, 29 December 2006

Mangsa banjir di Johor meningkat semula


Beberapa kawasan di Johor dinaiki air ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu, menyebabkan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di negeri itu, kini bertambah kepada kira-kira 6,000 lagi kepada 61,352 orang pagi ini.

Mereka terdiri daripada 28,325 di 76 pusat pemindahan Batu Pahat (bertambah 616) dan 22,456 lagi di Muar (meningkat 5,079 orang) ekoran keadaan air yang masih tidak berubah di Bukit Kepong, Panchor, Lenga dan Kundang Ulu.

Beberapa jalan iaitu Jalan Muar-Parit Sulong, Jalan Bukit Pasir-Pagoh, Jalan Muar-Segamat, Jalan Bukit Serampang-Kandong dan Jalan Pagoh-Panchor kini ditenggelami air antara 0.5 dan satu meter.

Manakala 1,757 mangsa lagi masih berada di 222 pusat pemindahan di Segamat, Kluang (3,707), Kota Tinggi (2,439), Johor Baharu (1,920) dan Mersing (748), demikian menurut laporan Bernama.

Katanya, korban banjir di negeri ini masih kekal 11 orang dan usaha mencari seorang kanak-kanak perempuan Pavila Kamala Nathan, 5, masih dijalankan.

Pahang semakin pulih

Dia hilang selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki bersama keluarganya dihanyutkan arus deras di Kampung Haji Kamisan, Yong Peng, dua hari lalu.

Di Pahang, keadaan banjir semakin pulih dan hanya 195 daripada 37 keluarga, kesemuanya di daerah Rompin, masih berada di tiga pusat pemindahan.

Jurucakap bilik gerakan banjir IPK Pahang berkata mangsa banjir yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Mekang telah dibenarkan pulang semalam.

Di Melaka, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,381 orang sehingga jam 8 pagi ini berbanding 1,493 malam tadi.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata tujuh pusat penempatan banjir di daerah Jasin, menempatkan sebanyak 341 keluarga.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59