Wednesday, 13 December 2006

LCCT HURU-HARA, MEMALUKAN


SEPANG 13 DIS : Keadaan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) hari ini huru-hara apabila 28 penerbangan dikatakan terpaksa ditunda.

Penundaan itu menyebabkan penumpang ke beberapa destinasi mengalami kelewatan penerbangan antara satu hingga lima jam.

Keadaan ini cukup memalukan negara kita yang kononnya mempunyai sistem lapangan terbang yang canggih dan terbaik.

Penumpang keletihan, menunggu berjam-jam, dalam keadaan bersesak-sesak. (foto The Star oleh Rohaizat Md Darus)

Satu penerbangan ke Langkawi pula dibatalkan.

Orang ramai kelihatan duduk bersila di lantai dan duduk di atas troli sementara menunggu penerbangan masing-masing.

Antara penerbangan ke destinasi luar negara yang terlibat termasuk penerbangan ke Solo, Surabaya, Denpasar dan Jakarta (di Indonesia), ke Siem Reap (Kemboja), Phuket dan Bangkok (Thailand) dan penerbangan ke Bandar Sri Begawan (Brunei).

Penerbangan ke destinasi dalam negeri seperti Kota Baru, Labuan, Kuching, Kota Kinabalu, Labuan, Bintulu, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu dan Pulau Pinang turut terjejas.

Tambah memburukkan lagi keadaan, papan notis elektronik tidak berfungsi menyebabkan orang ramai semakin bingung.


Papan notis bertulisan tangan menggantikan papan elektronik jadual penerbangan yang tidak berfungsi. (foto The Star)

Sementara itu, di kaunter AirAsia, tidak jawapan memuaskan diberikan mengenai sebab masa penerbangan-penerbangan itu terpaksa diubah.

Seorang penumpang dari Brunei, Pengiran Mat Salleh berkata penerbangannya dari Kota Baru ke LCCT tertangguh selama dua jam.

"Di terminal ini pula, kami diberitahu bahawa penerbangan kami ke Bandar Sri Begawan juga telah ditunda selama tiga jam," katanya sambil duduk bersila di lantai terminal bersama anaknya yang berumur lima tahun.


Mana-mana pun jadi, asalkan hilang penat! (foto The Star oleh Sam Tham)

Seorang lagi penumpang yang hanya dikenali sebagai Yee berkata, beliau tidak tahan lagi dengan kelewatan penerbangan AirAsia yang kerap dialaminya.

"Ini adalah kali ketiga kami mengalami kelewatan seperti ini. Kali ini penerbangan kami ke Miri yang sepatutnya berlepas pada 4.20 petang ditunda ke 7.40 petang.

"Kami duduk di atas troli berjam-jam lamanya kerana tidak ada tempat duduk," katanya, yang sepatunya terbang ke Miri bersama isteri dan anak lelakinya yang berumur lapan tahun.

Don Farrel yang kerap mengembara berkata beliau membayar RM220 bagi tiket untuk ke Langkawi kerana mahukan penerbangan pada 11 pagi, namum ia telah ditunda ke 3.45 petang.

"AirAsia sepatutnya menyediakan kupon makanan kepada penumpang yang terpaksa menunggu berjam-jam," katanya.

Lewat petang semalam, AirAsia memohon maaf kepada semua penumpangnya berikutan masalah itu.

Syarikat itu mengakui terdapat penangguhan penerbangan sejak dua hari lepas dikatakan berpunca daripada kerosakan teknikal pada tiga pesawatnya jenis Boeing.

"Langkah segera diambil untuk memeriksa secara terperinci dan membaikinya.

"Kerana keselamatan menjadi keutamaan kami, pesawat-pesawat itu diperiksa dua kali sebelum dibenarkan membawa penumpang. Maka, terdapat kelewatan dalam tempoh sehari dua ini," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Syarikat itu menambah, buat masa ini ia menerima "terlalu ramai" penumpang sehingga mencapai purata lebih 90% penuh bagi setiap pesawat.

"Segala usaha sedang diambil bagi memastikan penumpang kami boleh berlepas dengan penerbangan berikutnya ke destinasi masing-masing.

"Untuk mengurangkan kelambatan, penumpang-penumpang seboleh-bolehnya diberikan tempat pada hari yang sama. Kakitangan teknikal dan operasi kami sedang bertungkus-lumus untuk berbuat demikian dan mengurangkan kelewatan," kata kenyataan itu sambil menambah Disember adalah bulan paling sibuk bagi syarikat penerbangan itu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59